Grab The Promo

Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29 Di Kuala Lumpur International Hotel

Kuala Lumpur International Hotel

Kuala Lumpur International Hotel merupakan salah satu destinasi Hotel ideal yang menawarkan  Buffet Lunch pada harga yang berpatutan .  Untuk pengetahuan semua Keistimewaan Hotel ini adalah terletak pada masakannya.  Masakan melayu di Hotel ini boleh dikatakan persis masakan kampung dari air tangan ibu atau nenek kita.  Makanan buffet sini menyediakan menu asli masakan tradisional Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia dan ina merupakan hotel pertama di Malaysia yang menerima sijil Halal dari JAKIM .


Kuala Lumpur International Hotel Buffet Lunch RM29
Sekiranya anda tercari-cari masakan tradisi melayu ataupun sekiranya anda merindui masakan tradisi orang kampung atau masakan ibu anda , anda boleh mencuba sendiri merasa keenakan masakan melayu di Kuala Lumpur International Hotel.

Cik iena sendiri berpeluang mencuba masakan di Hotel ini beberapa hari yang lepas.  Ternyata apa yang cik iena dengar mengenai keistimewaan Hotel ini yang terletak pada masakan kampungya adalah benar.

Masakan di sini di Masak oleh Chef yang telah mempunyai pengalaman selama lebih kurang 36 tahun. Chef berkenaan juga telah bekerja lebih daripada 30 tahun di Hotel ini.

Cik iena sendiri sempat bertemu dan bergambar dengan chef yang menyediakan masakan di Hotel ini  dan juga sempat bertanya kepada chef tersebut tentang pengalaman beliau sepanjang di Hotel. Apabila cik iena bertanya apakahah faktor yang membuatkan Chef bekerja sangat lama di Kuala Lumpur International Hotel, dengan tenang beliau menjawab bahawa beliau suka akan suasana kerja disini tambahan pula Hotel ini tidak menghidangkan minuman keras atau Arak.


Bersama Chef yang telah mempunyai pengalaman selama lebih kurang 36 tahun
Bersama Chef yang telah mempunyai pengalaman selama lebih kurang 36 tahun

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan Hotel-Hotel  menghidangkan minuman keras atau Arak buat tetamu tetapi berbeza dengan Kuala Lumpur International Hotel. Tiada minuman keras di hidangkan. Jadi kesemuanya di Jamin Halal. Menurut Puan Aishah yang juga merupakan kakitangan hotel tersebut kesemua pekerja wanita beragama Islam di benarkan memakai Tudung berbeza dengan Hotel lain yang mana ada diantara Hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita islam memakai tudung .



REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH


Pertama sekali cik iena ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Hotel dan juga Rakan Blogger +Maha Mahu diatas jemputan .



REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH
Hidangan yang sangat cik iena suka


Makanan buffet di sini menyediakan menu asli masakan tradisional Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia dan yang penting hotel ini adalah merupakan hotel pertama di Malaysia menerima sijil Halal dari JAKIM.



REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH BERSAMA RAKAN BLOGGER
Bersama rakan blogger kaki makan




REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH BERSAMA RAKAN BLOGGER
Bersama rakan blogger kaki makan




Okay jom cik iena ceritakan tentang menu yang telah cik iena cuba.


REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH


Di sini cik iena nak ceritakan seperti yang cik iena maklumkan Hotel ini mempunyai keistimewaan dari segi masakan tradisi melayu yang di hidangkan . Dari beberapa menu yang cik iena cuba iaitu Rendang Tok, Kerabu Taugeh, Udang masak lemak dengan daun pegaga, sayur campur, sup tulang, Kari Kambing, Masak Lemak Telur itik dan kuih muih ternyata masakan masakan ini mempunyai rasa tradisi yang asli .Selain dari masakan yang cik iena sempat cuba ini terdapat banyak lagi jenis masakan.


Masak Lemak Telur Itik

Masak Lemak Telur itik
Masak Lemak Telur itik

Masak Lemak Telur itik Cukup pekat, lemak berkrim serta pedas menjadikan ianya sangat enak untuk dinikmati terutama buat anda penggemar masak lemak mahupun penggemar telur itik. Sungguhpun cik iena bukanlah penggemar telur itik tetapi cik iena suka akan rasa kepekatan kuah masak lemak ini. Walaupun ia sangat pedas dan merupakan menu yang paling pedas diantara yang cik iena makan di sini namun rasa nya yang cukup lemak berkrim itu membuat kan kita lupa akan kepedasan nya dan terus menikmati keenakan kuah tersebut.

 

Masak Lemak Udang dan Daun pegaga



Masak Lemak Udang dan Daun pegaga
Masak Lemak Udang dan Daun pegaga

Masak Lemak Udang dan Daun pegaga juga merupakan menu tradisi melayu di mana jarang diantara kita yang tau akan kewujudan menu ini . Kebiasaannya yang kita dengar adalah Masak Lemak Udang. Cik iena memang penggemar ulam daun pegaga . KEbiasaannya cik iena akan makan mentah iaitu di buat Ulam. Berbeza pada kali ini cik iena makan Ulam pegaga yang di masak bersama masak lemak udang . Kombinasi yang cukup enah di tambah dengan kepekatan santan yang pasti buat anda teruja disamping kepedasan kampung yang bakal memenuhi selera kampung anda.


Masak Lemak Udang dan Daun pegaga
Masak Lemak Udang dan Daun pegaga



 Rendang Tok


Rendang Tok
Rendang Tok

Rendang Tok merupakan rendang warisan negeri Perak . Di sini anda akan dapat merasakan Rendang Tok yang sangat enak untuk di nikmati . Cik iena sendiri suka akan rasa rendang tok ini walaupun cik iena tidak memakan daging lembu. Disebabkan rasa rendang tok yang menusuk kalbu ni cik iena berjaya memakan rendang tok ini. Sekali makan pasti anda inginkannya lagi . Ia juga merupakan menu yang paling di gemari oleh rakan rakan blogger yang lain. Di fahamkan juga rendang Tok ini sangat terkenal di kalangan tetamu di Hotel ini .


Rendang Tok
Rendang Tok


Kari Kambing




Kari Kambing
Kari Kambing

Buat penggemar kambing anda pasti akan menyukai Kari Kambing di sini kerana menurut rakan yang lain karinya sedap cukup rasa dan berasa rempah ratus yang di gunakan. Dagingnya juga adalah lebut. Ini dari review rakan rakan kerana cik iena tak makan kambing . Pernah satu ketika cik iena cuba makan dan keesokan harinya  bibir cik iena kembang dan gatal-gatal . Jadi cik iena tak berani nak cuba kambing . Bila dah terkena alahan memang memakan masa nak sembuh :)


Kari Kambing
Kari Kambing


Kerabu Taugeh



Kerabu Taugeh
Kerabu Taugeh

Ini merupakan kali pertama cik iena makan kerabu taugeh . Rasanya sedap seperti kerabu yang lain. Rasa kerisik nya memang cukup rasa di tambah lagi dengan resepi rahsia yang menaikkan lagi kesedapan Kerabu ini.

Sayur Campur



Sayur Campur
Sayur Campur

Cik iena pasti anda semua pasti pernah makan sayur campur seperti ini . Sayur yang di masak tidak terlalu lama ini membuatkan ianya enak di nikmati kerana sayurnya tidak lembik dan ianya masih dapat mengekalkan khasiat yang terkandung di dalam sayur kerana ia tidak di masak dengan lama. Jadi kesegaran sayur dan khasiat sayur tersebut dapat dikekalkan untuk kita nikmati bersama.

Ulam ulaman dan sambal belacan



 Ulam ulaman dan sambal belacan

Ulam ulaman dan sambal belacan

Jika sebut makanan tradisi melayu pasti tidak lari dari ulam ulaman dan sambal belacan. Ulaman yang di sediakan juga bakal menjadi penambah selera buat anda penggemar ulam seperti cik iena di tambah lagi dengan sambal belacan yang pedas lagi terasa belacannya dan asam nya.

Dessert




Dessert
Dessert


Untuk pengetahuan semua terdapat banyak lagi menu masakan melayu yang terdapat di sini. Insya Allah jika ada rezeki dan panjang umur nanti cik iena akan kongsikan lagi dalam artikel yang akan datang ya. Selain dari makanan yang sedap dan enak, layanan pekerja di sini juga cukup mesra dan baik.

Promosi Lunch Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29


Promosi Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29
Promosi Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29
Untuk pengetahuan semua Promosi hebat ini akan berlansung sehingga penghujung Disember 2016 . Promosi ini hanya sah untuk LUNCH Buffet dengan minimum 2 pax tempahan .
Harga Biasa Untuk Buffet Lunch Dan Dinner adalah RM58 . Istimewa buat anda semua Pihak Hotel menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk Buffet Lunch sehingga Hujung tahun ini .



Promosi Lunch Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29
Promosi Lunch Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29


Cik iena rasa RM29 tersangat murah untuk makan buffet di Hotel. Kita juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk makan bersama rakan-rakan pejabat mahupun rakan-rakan lain . Walaubagaimanapun untuk pengetahuan promosi ini hanya sah pada hari isnin hingga jumaat sahaja iaitu weekdays .

Buffet ini hanya dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang sahaja pada hari biasa tidak termasuk hari minggu dan juga cuti umum. Kawasan ni parking pun banyak dan juga keselesaan makan dalam hotel dengan aircond.



Promosi Lunch Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29
Kuala Lumpur International Hotel Coffee House


Murah dan berbaloi sabgat promosi yang ditawarkan ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini . Sesekali dapat merasa makan di tengah hari di Hotel agak menarik juga.

PROMOSI MAHA 2016


Untuk pengetahuan anda semua Pihak hotel juga menyediakan promosi khas sempena dengan MAHA 2016 ini dimana tetamu yang tinggal dari tarikh 4-12 Disember 2016 akan dapat pakej seperti:-


Harga bilik RM474.00 bersih (4 hari 3 malam)
  • Pakej Karaoke
  • Buffet makan malam
  • Sarapan pagi
  • Wifi percuma
  • Parking percuma



Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur International Hotel Banquet Hall


Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur International Hotel Double Room

Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur International Hotel Front View

Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur International Hotel Dari Drone View

Kuala Lumpur International Hotel Lobby
Kuala Lumpur International Hotel Lobby

Kuala Lumpur International Hotel Lobby





Gambar Beresolusi Tinggi :
 https://www.flickr.com/photos/57368798@N08/sets/72157671591595674

Iena Eliena's Facebook Update : #ienaelienaklih

Iena Eliena's Instagram Update :  #ienaelienaklih


Kuala Lumpur International Hotel 

Lorong Haji Hussein 2, Off Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300  Kuala Lumpur, Malaysia
Website : http://www.klitel.com.my/
Facebook : Kuala Lumpur International Hotel
Instagram : @klinternationalhotel
Tel: 60326978833/016 9218833 (reservation)
Fax: 60326983145
E-mail: 
  • enquiry@klitel.com.my  
  • reservation@klitel.com.my


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




2 comments:

  1. Ala tengahari sahaja rupanya. Tapi agak murah juga harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @bro framestone ha ah tengah hari je, mula2 iena ingatka ade dinner sekali excited nak bawak keluarga datang tapi malangnya tengah hari je..hehe mak iena kerja la pulak..iena pun kerja.. kalau buat malam mesti best kan :)

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve