Grab The Promo

FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 | 23 - 26 Disember 2018


FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018


Istimewa buat warga utara yang gemar mencuba produk makanan dari Industri Kecil Dan Sederhana atau  IKS terutama produk makanan daripada Wilayah utara, anda amat dialu-alukan untuk mengunjungi FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 pada  23 hingga 26 Disember 2018 bertempat di Pusat Operasi Fama Sungai Petani. bermula jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Selain dari produk makanan terdapat juga produk pertanian tempatan dari wilayah utara untuk anda kenali.




FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
SUASANA DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018


FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018



FAMAFEST 2018 dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri  yang bertujuan untuk menonjolkan kepelbagaian makanan warisan, popular dan eksotik disamping mempromosikkan makanan popular baru bagi negeri utara iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis serta mengetengahkah resepi sajian makanan popular yang boleh di proses sebagai produk Makanan.



Menurut Pengarah Kanan (Galakan Pasaran Dalam Negara dan Pemasaran Online), Mohamad Mustahapa Awang,




Famafest 2018 mensasarkan kehadiran 200,000 pengunjung untuk tempoh empat hari program itu berlangsung dan turut mensasarkan nilai jualan sehingga RM1juta merangkumi jualan produk segar, produk Agromas, jualan terus dari ladang termasuk jualan food truck. Menurut beliau lagi, seramai 88 usahawan diberi peluang menjual produk mereka, selain merebut peluang pasaran dengan ejen dari dalam dan luar negara.

Tambah Beliau lagi, Gerai tersebut antaranya buah-buahan, makanan tempatan serta pelbagai jenis produk tempatan dari Kedah dan beberapa produk makanan istimewa dari negeri Pulau Pinang, Perlis dan Perak.


FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018



Untuk pengetahuan,  FAMAFEST 2018 seperti kebiasaan akan menjual pelbagai barangan dan buah-buahan tempatan dengan diskaun harga lima hingga 20 peratus .Selain itu terdapat penganjuran istimewa ‘kendurian’ buat peminat raja buah itu yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.


Makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah


Istimewanya Penganjuran FAMAFEST 2018  kali ini adalah penampilkan  makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’ yang tular, baru-baru ini.



makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’
makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’



Untuk pengetahuan, beronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah.

makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’
makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’



Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.
 




makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’
makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’
makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’
makanan Eksotik Komuniti Melayu, Langkawi Kedah yang popular iaitu ‘bronok’



Turut dijual anak benih pokok durian, kelapa serta spesis orkid flora dan fauna. FAMAFEST 2018 kali ini juga menyediakan pameran dan jualan ikan hiasan.


FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
ANTARA GERAI DURIAN DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018




FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
PELBAGAI TANAMAN ULAM DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
BENIH POKOK DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018

FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
POKOK ORKID DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018

FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
POKOK ORKID DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018




Selain dari anak benih pokok durian, kelapa serta spesis orkid flora dan fauna,di  FAMAFEST 2018 , anda juga boleh mendapatkan buah-buahan tempatan seperti Rambutan , Nenas dan lain lain.



FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
NANAS MD2 DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018


Selain daripada  itu,  penganjuran FAMAFEST 2018 kali ini terdapat pelbagai aktiviti sampingan bakal berlangsung seperti sukan rakyat, persembahan busker, karaoke serta mengadakan bengkel kursus ‘up-skilling’ durian’.



FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
SUASANA DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018

FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
SUASANA DI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018


MAKANAN-MAKANAN POPULÄR WILAYAH UTARA



Antara makanan-makanan popular Wilayah Utara yang patut annda cuba di FAMAFEST 2018 adalah seperti Teh Ais Lembah Bujang, Pak Jo Bihun Sup, Udang Sanggul Perlis, Putu Perak, Laksa Telur Goreng Bersarang, Ubi Kayu Rebus, Jus Mangga Lagenda Botak, Char Kuew Theow Pasembor Pulau Pinang dan macam-macam lagi.



FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
Teh Ais  & Teh Ais Cincau Lembah Bujang


FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
Udang Sanggul Perlis

FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
Gerai Udang Sanggul Perlis

FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
Roti Jala



FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
Eyda Ice Cream


FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
My Pizza

FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018
Coconut Shake dan MAnggo Shake




LOKASI FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018


Pusat Operasi FAMA Sungai Petani,
Jalan Bakar Arang,
Sg Petani Kedah

(Berhampiran Tesco Sg Petani Selatan)


LOKASI FAMAFEST WILAYAH UTARA
LOKASI FAMAFEST WILAYAH UTARA



GPS Tracking : 5.619442, 100.473030
Waze : https://waze.com/ul/hw0zryqfps?fbclid=IwAR0Vdm_MfXsLAxMZytF3CHgSe0E1-LZTZboyHZwtHbRE1ZCDca_v2oY9cEc

Kepada anda di luar sana. Jangan lupa hadir ke FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 dan  dapatkan barangan keperluan hasil pertanian serta barangan produk Makanan di sini ya :)


#FamaFest
#famafestwilayahutara2018
#famadihatirakyat
#famakedah
#FruitFlowerFoodFiesta
#agrobazaaronline



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve