Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019

Bulan Ramadan menjelang tiba. Pasti ramai yang sudah memulakan membuat perancangaan untuk bulan Ramadhan dan juga sekaligus persiapan raya. Bagi yang mempunyai kerjaya yang agak sibuk dan mempunyai jadual yang agak padat pastinya anda mempunyai kekangan masa dalam penyediaan juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa.  Begitu juga dengan Cik iena, untuk memastikan Cik iena dapat hadapi masalah kekangan masa dalam penyediaan juadah berbuka puasa terutamanya penyediaan minuman, Cik iena akan pastikan Cik iena membeli dan menyimpan stok air kotak mahupun botol  dari Yeo’s.


Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019
Jom Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019

Selain daripada itu untuk membantu memudahkan dalam penyediaan makanan untuk bersahur mahupun untuk berbuka ketika Cik iena kesuntukan masa Produk Makanan dalam tin Yeo’s juga  amat membantu. Jadi untuk persiapan Ramadhan nanti Cik iena akan pastikan dapur Cik iena dilengkapkan dengan produk dari Yeo’s . Tambahan lagi Ramadhan tahun ini Pihak Yeo’s ada menganjurkan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019 yang menawarkan Proton x70 sebagai hadiah utama. Bertambah banyak lah produk Yeo’s yang akan Cik iena beli , mana lah tau Cik iena menang Proton x70. Boleh lah bawa keluarga Beraya dengan kereta baru.



Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019





Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019


Untuk pengetahuan Yeo’s Malaysia sedang menganjurkan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019 bermula 15 April 2019 sehingga 9 Jun 2019 . Peraduan ini adalah bagi menghargai pelanggan Yeo’s yang sentiasa menjadikan Yeo’s produk pilihan untuk seisi keluarga. Sebanyak RM 200,000.00  hadiah terkumpul untuk anda menangi pada Ramadhan kali ini . Sudah pastinya Cik iena aim Hadiah  Utama Proton x70 .Tapi kalau tiada rezeki  dapat duit raya RM500 pun ok juga .  Cik iena akan  kongsikan bagai mana caranya untuk sertai peraduan ini tapi sebelum tu kita lihat dulu Hadiah yang ditawarkan.

Hadiah Mingguan
  • 200 x RM 500.00 Wang Tunai

Jadual Cabutan Mingguan
  • •    Minggu 1: 15 Apr – 21 Apr 2019
  • •    Minggu 2: 22 Apr – 28 Apr 2019
  • •    Minggu 3: 29 Apr – 5 Mei 2019
  • •    Minggu 4: 6 Mei – 12 Mei 2019
  • •    Minggu 5: 13 Mei – 19 Mei 2019
  • •    Minggu 6: 20 Mei – 26 Mei 2019
  • •    Minggu 7: 27 Mei – 2 Jun 2019
  • •    Minggu 8: 3 Jun – 9 Jun 2019
                       
Hadiah Utama
  • 1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD 


Cara Menyertai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019

Langkah 1:
  • Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. 


Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019
Cik iena pun nak sertai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019, nak menang Proton x70 :)

  • Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)
  • Resit Rasmi kedai perlu dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.




Langkah 2:
  • Buka aplikasi WhatsApp , muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan sertakan maklumat (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).

muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan sertakan maklumat (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan sertakan maklumat (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).
muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan sertakan maklumat (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).
  • Lampiran gambar resit hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
  1. Menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  2. Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:   
  • Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873
  • Peserta akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.



Langkah 4:
  • Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.




Mudah bukan nak sertai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019 ni. Beli dan menang dengan bergaya . Tak perlu muatnaik gambar di laman sosial. Terus whatsapp ke nombor yang diberikan sahaja. Cik iena pun kalau pertandingan yang perlu muat naik gambar ni perlu fikir juga banyak kali juga kalau nak sertai. Perlu atur strategi dan perlukan gambar yang cantic serta kreatif. Tapi jika peraduan yang tidak memerlukan cik iena memuat naik gambar sememangnya Cik iena akan sertai. Kepada anda terutamanya pengguna tetap produk Yeo’s jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hantarkan penyertaan anda kepada Yeo’s sebanyak yang mungkin. Tuah ayam Nampak dikaki tuah manusia tak siapa yang tau. Mana tau dapat menang hadiah utama Proton x70, boleh lah raya dengan kereta baru :)

Ouh ya jika anda tidak ada idea untuk beli produk Yeo’s apa untuk sertai peraduan ini. Jika anda perasan salah satu syarat peraduan ini adalah Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. Jadi disini Cik iena nak cadangkan Produk Yeo’s dalam botol yang boleh anda beli iaitu Yeo’s Soya 1 Liter.


Yeo’s Susu Soya 1 Liter Kini Dalam Botol Baharu.


Yeo’s susu soya 1 Liter
Yeo’s susu soya 1 Liter


Kini anda boleh dapatkan Yeo’s susu soya 1 Liter dalam botol. Jika sebelum ni dalam kotak . Kini ianya diperbaharu dengan menggunakan teknologi pemprosesan pengisian sejuk bagi mengekalkan kesegaran susu soya tersebut. Selain daripada itu dengan pembungkusan dalam botal yang baru ini ianya sangat mudah alih dan mudah untuk disimpan serta ianya tidak mudah tumpah dan paling penting botol Yeo’s soya boleh dikitar semula.


Untuk Maklumat lanjut sila layari www.yeos.com.my/yeos-peraduan-raya-bergaya/



1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve