Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Jemputan Event. Show all posts
Showing posts with label Jemputan Event. Show all posts

Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato

Baru baru ini The National Federation of Agricultural Cooperative Associations (Zen-Noh) dengan kerjasama  AEON BIG dan Eurofarm telah melancarkan dua produk tanaman daripada Jepun iaitu  Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potato di AEON BIG Store Mid Valley.


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Memperkenalkan auhentic produk pertanian Jepun untuk pasaran Malaysia (kedua kiri ke kanan) Encik Mitsuru Nakata (AEON BIG Pengarah Urusan), Encik Harumi Nakagawa (JA Zenoh Naib Pengerusi Ibaraki), Encik Takeshi Takahashi (Zenoh Pengerusi Lembaga Penyeliaan Tochigi), Encik Yukio Oshima (JA Zenoh Naib Pengerusi Tochigi), Encik Takaaki Inazawa (JA Zenoh Wakil Tochigi Pengarah Lembaga Pengarah dan Presiden), Encik Yoshiaki Sakuma (JA Zenoh Wakil Tochigi Pengarah Lembaga Pengarah dan Presiden), Encik Nobuyoshi Kurosaki (Pengarah JA Zenoh Tochigi Wakil Lembaga dan Presiden), Encik Satoshi Nozawa (Tochigi Prefecture Kerajaan Urusan Kanan), Puan Edmanda Chang (Pengarah Eurofarm), dan Encik Jeffrey Tan (Pengarah Urusan Eurofarm). Memberikan mereka sokongan penuh mereka adalah Mama Orange, Mascot AEON BIG (kiri) dan Tochimarukun, Mascot Tochigi ini.


Majlis di lengkapi dengan ucapan dan penerangan dari Mr Takesgi Takahasgi, Mr Harumi Nakagawa dan akhir sekali ucapan dari Mr Mitsuru Nakata iaitu Managing Director, Aeon Big.
Katanya, mulai tahun depan akan ada lebih banyak produk makanan, buah buahan dan sayur sayuran segar dari Jepun  memasuki pasaran Aeon Big seperti ikan dan sayuran seiring dengan permintaan masyarakat Malaysia yang kini mementingkan sumber makanan yang sihat dan berkualiti disamping dapat memperkukuhkan ekonomi, teknologi dan persahabatan antara dua negara.


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato


Selain daripada itu menurut Encik Jeffrey Tan, Pengarah Urusan Eurofarm
"Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potato  merupakan dua produk pertanian terbaik di Jepun, dengan itu Eurofarm amat sukacita untuk membawa buah yang paling menarik dan lazat ini ke Malaysia,"



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Blogger-blogger Malaysia yang berjaya menarik perhatian bos-bos besar Jepun semasa Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Bersama rakan-rakan blogger yang turut sama memeriahkan Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato. Sampaikan Bos-bos besar dari jepun pun nak bergambar dengan kami yang comel kiut miut nie (^_~)

Tochigi Nikkori Pear 

 

Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Boleh di dapati dengan harga promosi RM22.90 sebiji

Nikkori Pear dihasilkan dari wilayah Tochigi. Ia merupakan buah pear lewat matang atau dalam erti kata lain kualiti buah pear yang tahan lama, boleh kekal baik sehingga 4 bulan  apabila buah disimpan pada suhu bilik. Berat purata adalah 800 gm dan boleh mencecah sehingga 1 kg sebiji. Kulit Nikori Pear bewarna  coklat kemerahan dengan isi yang putih serta jus yang manis dan kurang berasid.
Nikkori Pear hanya boleh dituai pada pertengahan Oktober dan disimpan untuk tempoh masa yang panjang sehingga Februari.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Nikkori pear yang besar dimana berap purata sebiji dari 800 gm ke 1kg




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
nampak tak kebesaran nikkori pear ni ;)

Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
kelihatan sangat menyelerakan aummmmm

 REVIEW CIK IENA :


Nikkori pear ni sangat manis, rangup dan berjus. Jika di bandingkan dengan buah pear yang lain. Kemanisan nya jelas ketara berbeza. Kerangupan nya juga membuatkan ianya sangat lazat dan membuatkan kita rasa nak makan dan makan lagi. Rangup, manis dan ber jus. 




Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Nyummyy sedap sangat, anda perlu cuba okay ;)

Ibaraki Japanese Sweet Potato

 


Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Boleh di dapati dengan harga promosi RM9.90 1 kg

 

 

Ibaraki merupakan pengeluar kedua terbesar sweet potato di Jepun. Sweet potato lebih di kenali dengan nama keledek di Malaysia . Di Jepun, Ibaraki Japanese sweet potato paling banyak ditanam adalah 'Beniazuma dan Beniharuka' yang terkenal dengan tekstur bersifat lembut dan flaky serta manis.


Sweet potato kaya dengan , kalsium, vitamin A dan vitamin, B. Di Jepun, Sweet potato ini di amalkan untuk mereka yang ber diet bagi mengurangkan pengambilan kalori disamping mendapatkan semua nutrisi, serat dan vitamin C.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Ibaraki Sweet Potato yang telah di rebus

 REVIEW DARI CIK IENA:


Sweet potato atau keledek ni memang sangat manis jika di bandingkan keledek yang terdapat di Malaysia. Setelah mak kepada cik iena rasa. MAk bagi tau , ini adalah pertama kali dia merasakan keledek yang sangat manis. Serius memang manis gila . Cik iena just rebus makan macam tu je tak perlu cicah apa-apa. Tapi kalau nak lagi umphhh cicah dengan kelapa parut muda perghhh memang terangkat. Gabungan keledek yang manis dan kelapa parut yang lemak berkrim pasti membuat anda teruja. Okay nanti cik iena nak beli lagi dan makan dengan kelapa parut muda. Keledek ni kalau buat kuih keria rasanya tak perlu gula kot sebab ianya tersangat manis. 


Untuk pengetahuan anda, buat masa ini  hanya  kedai atau pasar raya besar sahaja yang menjual  kedua-dua hasil pertanian jepun ini dimana salah satu daripadanya adalah AEON Big Mid Valley.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan makanan berkhasiat lagi sedap dan manis daripada jepun ini okay.



Majlis Pelancaran Tochigi Nikkori Pear Dan Ibaraki Sweet Potato
Ahaa sedondon kan cik iena dengan maskot ni.. tapi cik iena lebih comel kot lalalalallaaa













iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pitbull Miami Grill Malaysia



Pitbull Miami Grill Malaysia


Buat kali kedua cik iena hadir ke Miami Grill Malaysia tetapi kali ini cik iena di undang untuk membuat food review yang dianjurkan oleh +Hai Blogger! Official  dan yang paling tidak dapat dilupakan kejutan buat cik iena untuk peraduan selfie yang telah cik iena sertai sebelum ini.
Pitbull Miami Grill Malaysia
 

Terima kasih tidak terhingga buat pihak Miami Grill diatas penghargaan anda. Cik iena sangat hargainya. Insya Allah ,Pasti cik iena akan hadir lagi bersama kawan-kawan yang gemar mencuba burger-burger yang lain daripada yang lain.

Pitbull Miami Grill Malaysia
Nyummy pelbagai burger yg lazat


Blogger manakah yang bertuah akan cik iena bawa nanti jeng jeng jeng. Rahsia. Yang pasti blogger yang suka Burger (^_~). Kenapa cik iena pilih untuk membawa rkan bloggr yang belum pernah hadir ke Miami Grill? kerana cik iena ingin berkongsi kelazatan burgur yang terdapat di sini disamping dapat membantu menghebahkan kewujudan Miami Grill Malaysia dengan rakan blogger tersebut.
Okay bercerita tentang food review kembali, jika sebelum ini cik iena mencuba chicken philly cheese burger  berlainan pula kali ini di mana cik iena mencuba beef burger daripada Miami Grill. Terdapat pelbagai menu beef burger yang di hidangkan. Kebanyakan menu burger adalah daging akan tetapi anda boleh untuk menukarkan daging kepada ayam.


Pitbull Miami Grill Malaysia

Untuk pengetahuan semua cik iena memang tidak makan daging lembu mahupun kambing. Tetapi kali ini cik iena mencuba burger daging yang di hidangkan kerana terlalu excited melihat rakan-rakan blogger yang lain makan dengan berseleranya membuat cik iena ingin mencuba walaupun pihak Miami Grill telah menyediakan burger ayam buat cik iena.

Pitbull Miami Grill Malaysia

Pada malam tersebut cik iena telah mencuba Nacho Burger yang berharga RM  27.90 untuk double dan single RM24.90 . Burger ni ada rasa pedas-pedas yang memenuhi citarasa masyarakat melayu . Jalapenos yang terdapat pada burger tersebut membuatkan ianya rasa pedas-pedas yang mana ianya memuaskan cita rasa cik iena la. Bagi bukan penggemar daging dan yang sebetulnya yang tak makan daging. Rasa pedas itu membantu cik iena untuk membiasakan diri memakan daging. Kebiasaan nya jika memakan burgur cik iena memang tak makan burger daging. Alhamdulillah Miami Grill Berjaya membuka selera cik iena untuk memakan daging. Mungkin selepas ini untuk mendapatkan khasiat daripada daging lembu cik iena perlu datang Miami Grill Malaysia (^_~)

Okay jemput lihat video oleh +KAIO STUDIO  ini. Ada video food review dari cik iena yang tentang Nacho Burger yang cik iena makan. 






Selain Nacho Burger, terdapat burger lain yang harus anda cuba iaitu

Miami Grill Burger

  1. Classic Super Burger - Single RM 18.90 - Double RM 21.90
  2. Rodeo Burger - Single RM 28.90 - Double RM 31.90
  3. Nacho Burger -  Single RM 24.90 - Double RM 27.90
  4. South Beach Burger - Single RM 28.90 - Double RM 31.90
  5. Big Miami Burger - Single RM 24.90 - Double RM 27.90
  6. Grilled Chicken Burger - Single RM 16.90 - Double RM 19.90
  7. Chicken Cheese Burger - Single RM 18.90 - Double RM 21.90
  8. South Beach Chicken Burger - Single RM 20.90 - Double RM 23.90

Harga diatas adalah harga untuk ala carte , cik iena cadangkan jika perempuan atau yang kurang makan mungkin anda perlu cuba size single dimana lapisan daging nya hanya single . Double terlalu banyak buat cik iena. Boleh share dua orang tau . Jimat jugak tu satu burger share dua orang kan.

Jika ingin lebih jimat adalah digalakkan untuk mengambil combo set dimana ia di datangkan dengan Spiral Fries or colesaw , dan air minuman ringan yang boleh di refill. Berikut merupakan Harga Bagi Set Combo . Untuk pengetahuan set kombo menggunakan Double size burger. Ahaaa kalau ikut perut cik iena, untuk dua orang makan yang seperut dengan cik iena nie, cik iena akan order satu set combo dan tambah softdrik atau side dish lain sebab burger double ni memang sangat besar portion dia. Tak mampu cik iena habiskan . Kalau anda nak bijak berbelanja lagi. Satu set memadai, air kan boleh refill. Ini untuk perut size cik iena lah yer. Kalau yang pelahap kuat makan tu ahahaha ya ampun enggak cukup . Tambah lagi burgernya memang sedap. Almaklum lah cik iena perut kecik sekali makan sikit tapi Awas, cik iena banyak makan jugak. tapi bukan sekali makan tu banyak. Cik iena makan sikit tapi kerap ahahaha. Itu lah pipi montel (^_~)

Combo Set

 

  1. Classic Super Burger - RM 28.90
  2. Rodeo Burger -  RM 38.90
  3. Nacho Burger -  RM 34.90
  4. South Beach Burger - RM 38.90
  5. Big Miami Burger - RM 34.90
  6. Grilled Chicken Burger - RM 29.90
  7. Chicken Cheese Burger - RM 29.90
  8. South Beach Chicken Burger - RM 29.90

KLIK UNTUK LIHAT SENARAI HARGA MIAMI GILL MALAYSIA




Pitbull Miami Grill Malaysia



Pitbull Miami Grill Malaysia
Combo Set Chicken Cheese Burger - RM 29.90


GAMBAR BERSAMA RAKAN BLOGGER







Pitbull Miami Grill Malaysia
Bersama rakan blogger , kak nanie







Pitbull Miami Grill Malaysia
bersama selebriti blogger, Nisa Kay








Pitbull Miami Grill Malaysia
bersama rakan blogger, pieqa dan di photo boom oleh Kaio dan Nisa Kay (^_~)







Pitbull Miami Grill Malaysia
ehhh siapa tu menyorok :)








Pitbull Miami Grill Malaysia
bersama rakan blogger, pieka



Terima kasih di ucapka kepada +Hai Blogger! Official  dan Miami Grill Malaysia Khususnya diatas jemputan ini dan diatas kejutan untuk hadiah bagi pemenang kontest selfie Miami Grill.


A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on



Istimewa buat pelanggan Miami Grill Malaysia, Miami Grill Malaysia berbesar hati menawarkan separuh harga untuk burger di Miami Grill Malaysia. Jika anda ternampak Banner di bawah ini di Miami Grill Malaysia, anda harus serbu kerana anda layak mendapatkan separuh harga untuk burger-burger yanng terdapat di Miami Grill Malaysia

burger separuh harga Miami Grill Malaysia
Promosi burger separuh harga Miami Grill Malaysia





Untuk pengetahuan semua, Miami Grill Malaysia dikendalikan oleh syarikat bumiputera Hani Maju Sdn. Bhd. Chef nya juga merupakan bumiputera Malaysia beragama Islam iaitu Chef Mohd Redzuan (ig : https://instagram.com/chefkorek/ )

Miami Grill Malaysia

Lot LG2.127, Blue Atrium, Sunway Pyramid.
Mon – Sun: 10:00 am – 10:00 pm
http://www.miamigrill.com.my
https://instagram.com/miamigrillmy
https://www.facebook.com/miamigrillmalaysia
info@miamigrill.com.my
03-56133363





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal



KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal

Baru-baru ini KFC Malaysia telah meganjurkan sebuah peraduan di Instagram bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bertemakan #sehatisejiwa. Dimana peraduan itu telah berlangsung bermula dari 1 Ogos sehingga 3 September 2015. Peraduan ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan.
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal


Tanggal 10 september 2015 , bertempat di The View, Roof Top, G Tower Hotel, KL,  KFC  telah mengadakan satu majlis untuk meraikan para pemenang peraduan tersebut. Cik iena turut sama di jemput untuk memeriahkan majlis tersebut yang diberi nama KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal.

View, Roof Top, G Tower Hotel, KL
cik iena di View, Roof Top, G Tower Hotel, KL



Melalui peraduan tersebut , peserta dikehendaki mengambil gambar secara bersendirian atau berkumpulan beserta pesanan makanan yang di beli melalui KFC Delivery hotline atau laman web mengikut kreativiti memasing . Gambar yang dimuat naik perlu membawa pengertian “ Sehati Sejiwa “ bersempena dengan tema kemerdekaan tahun ini .
Pemenang kontes KFC Delivery #sehatisejiwa
Pemenang kontes KFC Delivery #sehatisejiwa


Gambar para peserta yang bertanding dalam peraduan ini telah dinilai melalui gambar kretif berkaitan dengan KFC Delivery dan slogan yang  terbaik. Seramai tiga pemenang utama telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1500 ( Johan ), RM 1300 ( Naib Johan ) dan RM 1000 ( Tempat Ketiga ) . Manakala 7 lagi telah mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM 200 setiap seorang . 
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Cik iena bersama Scha Alyahya



KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
cik iena bersama Awal Ashaari





Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan termasuk cabutan bertuah, face painting, dan juga pelbagai permainan yang menghiburkan . Sesi ramah mesra dengan selebriti jemputan iaitu pasangan suami isteri popular Scha dan Awal adalah acara yang paling meriah. Telatah Awal dan Scha sangat mencuit hati para hadirin yang hadir. Sifat ramah mereka menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.


KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Permainan bersama artis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal



Gambar bersama rakan blogger yang turut hadir di majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
Gambar bersama rakan blogger yang turut hadir di majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal




KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal
KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal

Terima kasih di ucapkan kepada KFC kerana sudi menjemput cik iena dan rakan-rakan untuk memeriahkan majlis ini. Mohan jangan segan silu jemput lagi  (^_~)
 Website : www.kfcdelivery.com.my
Hotline  : 1300-222-888

Gambar Kredit Kepada  : www.feeqsays.com


Live Update


















iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Produk penjagaan dan kecantikkan diri keluaran Oceanlife Marketing  kini melebarkan sayapnya dengan melancarkan tiga lagi produk terbaru iaitu sabun kecantikan untuk muka dan badan(Ephyra Skin Bar), jus premium wanita (Inteemor) dan minuman tenaga buat kaum lelaki ( M2Flex).

Ephyra Skin Bar RM39


Ephyra Skin Bar , sabun yang diformulasi 100% dari bahan asli semulajadi dan dirumuskan untuk kegunaan muka dan badan. Dapat memberikan kebaikan untuk merawat kulit berjerawat dan menghilangkan parut jerawat serta jeragat. Dengan penggunaan Ephyra Skin Bar, kulit bukan sekadar lebih lembut malahan lebih anjal dan tegang serta bebas kotoran dan minyak.

Inteemor RM49


Inteemor pula adalah minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan dalaman dan luaran, kesuburan dan kesihatan wanita persis gadis sunti.

M2Flex RM180


M2Flex adalah minuman kesihatan tambahan yang dirumuskan khas untuk lelaki. M2Flex dapat mengaktifkan otak dan otot serta sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gim. Selain dapat menambahkan prestasi tenaga dan mental, minuman M2Flex dapat membina otot, membuang lemak dan meningkatkan komposisi badan kepada bentuk badan yang diidamkan setiap lelaki.

Ketiga-tiga produk terbaru ini telah diformulasikan dengan teknologi terkini dan diperakui keberkesanannya setelah melalui proses penyelidikan secara intensif.



Gambar Di Sekitar Ephyra Gala Dinner



Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ephyra  telah memPerkenalkan 3 Produk Baru ini  pada majlis gala dinner yang berlansung pada 14 Ogos yang lalu di Dewan Tun Dr Ismail PWTC. Sehingga hari ini cik iena telah mencuba Ephyra Skin Bar dan cik iena sangat suka akan hasilnya.


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ianya dapat memudarkan parut jerawat dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat datang bulan cik iena. Satu produk lagi cik iena masih belum cuba iaitu Inteemor- minuman jus premium wanita . Selepas cik iena habiskan Produk review untuk produk supplement yang sedang cik iena amalkan ni cik iena akan cuba yang ni. Cik iena kene cuba satu-satu untuk mendapatkan keberkesanannya.



Manakala produk M2Flex untuk abam-abam sado tu cik iena beri pada orang lain. Kalau cik iena makan nanti sado pulak badan cik iena kan. Habis korang semua tak kenal cik iena nanti. Maka nya cik iena beri pada encik boyfriend sebab cik boyfriend memang aktif bersukan badminton dan sukan basikal. Encik Bf pun rajin jogging. Cik iena je yang kurang rajin. Rajin pergi event je (^_~)





Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru

Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru






Terima kasih kepada pihak Epyhra kerana sudi menjemput cik iena dan bersama dua orang blogger lagi ke Malam Gala Dinner Ephyra. Acara gilang gemilang untuk meraikan dan menghargai rakan niaga, pengedar, media cetak, elektronik, media sosial serta pengguna setia Ephyra yang sentiasa menyokong perjalanan Ephyra selama ini.

Bagi anda yang berminat nak dapatkan produk Ephyra boleh buat pembelian online di website Oceanlife2u, facebook Oceanlife2u. Instagram : @ephyra2u





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Magnum White Almond



Magnum White Almond
Magnum memperkenalkan produk inovasi terkini terbaru  iaitu Magnum Almond White. Coklat putih yang pasti memukau anda dengan  dengan hirisan badam rangup dan ais krim vanila . 
Kepada penggemar coklat putih anda pasti akan menyukai Magnum Almond White . Rasa  yang kaya dengan badan rangup dan ais krim vanila yang menyamankan, di penuhi dengan coklat putih yang pasti memukau rasa dan membuat anda tergoda dengan sensasi coklat putih.

Tidak lupa juga kepada penggemar ais krim , inovasi terbaru coklat putih ini pasti dapat memberikan anda rasa yang pasti menggemparkan . Kebiasaannya ais krim disaluti coklat tetapi berbeza kali ini Magnum membuat inovasi baru dengan menyalutkan Coklat putih sebagai ganti coklat. Anda pasti teruja mencubanya



Baru-baru ini pada 27 Ogos 2015, cik iena dijemput untuk memeriahkan majlis pelancaran air krim terbaru ini (MAGNUM SENSATION IN WHITE PARTY)

Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Vincent Chong dan Pengerusi Unilever Malaysia, Rakesh Mohan di ‘White Sensation’ party pada 27 Ogos yang lepas.
Tiga dari kiri, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Vincent Chong dan Pengerusi Unilever Malaysia, Rakesh Mohan di ‘White Sensation’ party pada 27 Ogos yang lepas.
 "
Menurut  Mr Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Magnum menyasarkan lebih dari sekadar menghasilkan ais krim berkualiti tinggi. Magnum juga punyai semangat tinggi untuk memenuhi cita rasa peminat ice cream.
                                                                                                                                               "







Magnum Almond White kini boleh didapati di semua pasar raya terkemuka, pasar raya besar, kedai serbaneka dan kedai stesen minyak. Mereka boleh didapati dengan harga RM 4.50 Sebatang atau pek multipek(3 batang)  pada harga  RM13.50.  









Untuk Maklumat Lanjut boleh layari





GAMBAR CIK IENA DAN RAKAN BLOGGER  DI MAGNUM SENSATION IN WHITE PARTY 

 

 

Magnum White Almond

Magnum White Almond

Magnum White Almond

Magnum White Almond


Magnum White Almond

Magnum White Almond

Magnum White Almond

Magnum White Almond


Magnum White Almond
Abg Man rajalawak juga turut hadir sama, beliau sangat sporting okay

Magnum White Almond

Magnum White Almond

Magnum White Almond

Magnum White Almond


Magnum White Almond

Magnum White Almond
Tasha shilla turut hadir, beliau sangat cantik, sporting dan paling penting humble :)

 

 

 

 

Okay Jangan lupa dapatkan di pasaraya terdekat tau
(^_~)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve