Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Ayam Goreng Chicken Fiesta A&W Lazat, Lembut , Rangup dan Pedas


Cik iena bergambar bersama rooty bear



Hai semua , Hari ni Cik iena nak kongsi mengenai A&W . Siapa tak kenal dengan restoran makanan segera ini yang sinonim dengan RB Float ( yang mana sebelum ini di kenali dengan nama Root Beer Float), Beef Coney (yang mana sebelum ini di kenali dengan nama  Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken.


JOM MAKAN CHICKEN FIESTA DI A&W
JOM MAKAN CHICKEN FIESTA DI A&W


Seperti yang kita sedia maklum, A&W sudah bertapak lebih setengah abad namun ianya masih mampu mengekalkan identiti dengan hidangannya yang di hidang segar dan enak.   Buat penggemar ayam A&W khususnya , julung kalinya, A&W Malaysia mengadakan promosi Chicken Fiesta yang bakal bermula 7 November ini dalam memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran.


Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia


Cik iena sendiri telah cuba menu chicken fiesta ini beserta menu baru semasa di  Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia. Majlis tersebut berlansung di A&W cawangan Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman.


Bakal Model A&W
Ehem agak2 boleh tak jadi Model BAru A&W hahaha

Ayam Goreng Chicken Fiesta A&W Lazat, Lembut , Rangup dan Pedas


Untuk itu cik iena kongsikan sedikit mengenai menu yang cik iena cuba baru-baru ini . Antara menu yang ingin cik iena highlight kan adalah seperti di bawah:


RB Float


RB Float yang dahulunya di kenali dengan nama Root Beer Float sememangnya menjadi kegemaran cik iena . Ianya di hidangkan berlainan dari restoran lain yang menawarkan air float. Untuk pengetahuan, sebelum RB Float di hidangkan, Gelasnya terlebih dahulu akan di sejukkan di dalam Freezer kemudian barulah ianya di gunakan.

 RB Float
RB Float sentiasa menjadi pilihan di A&W



Jadi rasanya agak lain berbanding air float sendiri yang anda buat di rumah mahupun di restoran lain. Sekiranya anda inginkanrasa yang sama anda seharusnya membeli Mug RB Float tersebut dan menyejukkan nya di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum meminum float ataupun air-air berkabonat yang lain.

 RB Float
RB merupakan signature drink di A&W yang sangat di gemari ramai


Untuk mendapatkan RB Float Mug ini teruskan membaca okay :)


 RB Float
cik iena sedang menikmati RB Float



Golden Aroma Chicken ('GAC')




Salah satu daripada menu A&W yang terkenal di kalangan peminat ayam goreng adalah Golden Aroma Chicken  dan Spicy Aroma Chicken . Golden Aroma Chicken mempunyai keistimewaannya  yang tersendiri berbanding ayam goreng yang lain. Ayam dari A&W ini  dilapisi tepung dengan herba-herba istimewa dan dimasak sempurna sebelum dihidangkan kepada pelanggan . Rasanya yang lazat, lembut adalah antara ciri utama keunikan ayam ini.


Golden Aroma Chicken
Golden Aroma Chicken




Spicy Aroma Chicken ('SAC')


Spicy Aroma Chicken
Spicy Aroma Chicken


Spicy Aroma Chicken . Golden Aroma Chicken juga adalah Salah satu daripada menu A&W yang terkenal di kalangan peminat ayam goreng . Ianya  dilapisi tepung dengan herba-herba istimewa yang sangat pedas dan dimasak sempurna sebelum dihidangkan kepada pelanggan . Rasanya yang lazat, lembut dan pedas .


Spicy Aroma Chicken
Spicy Aroma Chicken



Chicken Poppers


Chicken Poppers merupakan chicken pop corn yang di hidang bersama sos istimewa yang sangat lazat . Sejujurnya antara tiga menu yang cik iena cerita, cik iena tersangat menggemari Chicken Poppers ini .

Chicken Poppers
Chicken Poppers


Rasa unik sos ala-ala sos thai namun begitu ianya bukan sos thai kerana terdapat rasa unik lain yang terdapat pada sos tersebut. Cik iena sangat menggemari rasa sos tersebut membuatkan cik iena memakannya berulang-ulang dan cik iena juga makan sos uniknya bersama Golden aroma chicken.
 





Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken  


Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken
Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken 


Bermula dari 7 November, 2017, buat kali pertama, A&W Malaysia akan mengadakan promosi ayam goreng Fiesta Chicken untuk memperkenalkan semula secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis set kombo yang ditawarkan oleh A&W sempena Chicken Fiesta ini iaitu Golden Aroma Chicken ('GAC') dan Spicy Aroma Chicken ('SAC') yang akan  di hidangkan bersama RB Float dalam pakej kombo Set-set ini seperti berikut :







chicken fiesta
Dua ketul  ayam, RB Float dan kentang goreng pada harga  RM15 .45 sahaja

  Dua ketul  ayam, RB Float dan kentang goreng pada harga  RM15 .45 sahaja.




chicken fiesta
Enam ketul ayam dan 3 Gelas RB Float pada harga RM 36.99 sahaja.


Enam ketul ayam dan 3 Gelas RB Float pada harga RM 36.99 sahaja.




chicken fiesta
Sembilan ketul ayam dan 4 gelas RB Float pada harga  RM53 .99 sahaja.


Sembilan ketul ayam dan 4 gelas RB Float pada harga  RM53 .99 sahaja.






Untuk harga ala carte ,


2 ketul Ayam RM 10.25
 6 Ketul Ayam RM29.00
9 Ketul Ayam RM45
Chicken Poppers RM5.30





A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90


A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90
A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90




Buat pertama kalinya juga, A&W menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 bermula 11 Oktober lalu hingga hujung tahun ini. Orang ramai boleh mendapatkan mug berukuran 20oz yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat ini di semua cawangan A&W sementara stok masih ada pada harga RM49.90 sahaja.


A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90
A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90




Mengenai A&W (Malaysia) Sdn Bhd


Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia


A&W (Malaysia) Sdn Bhd adalah sebuah restoran makanan segera atau quick service restaurant (‘QSR’) yang pertama kali dibuka di Malaysia. Untuk pengetahuan ,  Restoran A&W  di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman, dibuka pada 31 Oktober 1963 dan ia merupakan Restoran QSR yang pertama di negara ini.

Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia

Selepas lebih dari setengah abad di negara ini, A&W terus mengekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sebagai RB Float (dahulunya dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle, Beef Coney (dahulunya dikenali sebagai Coney Dog ) dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah mengubah rasa sejak diperkenalkan.



Cik iena bergambar bersama rooty bear
Cik ienarasa rooty bear ni nak kenyit mata dengan cik iena tapi tak boleh hahaha..apasal la pandang cik iena gituh ehh..comel eh cik iena ..lalalallalaaaa




Untuk Maklumat Lanjut Layari :


Website : www.anwmalaysia.com.my
Facebook : A&W Malaysia - Official
Instagram : https://www.instagram.com/anwmalaysia/
Twitter : https://twitter.com/anwmalaysia





Cik iena bergambar bersama rooty bear
Cik iena bergambar bersama rooty bear

Comel betul dua ketul Rooty Bear ni kan. Dekat rumah cik iena adear Bear besar lebih kurang macam ni tapi dia kontot la. Gemuk pendek. Katil Bujang cik iena dia yang punya. Letak dia seketul memang untuk dia je. CIk iena dapat tidur sikit je. Tengah malam cik iena tendang dia ke lantai haha..


Kalau bear cik iena boleh gerak macam ni lari tak cukup tanah oooooo




Nikmati Aroma Harum Segar Teh Wangi Ros 888


Teh merupakan minuman yang terkenal di kebanyakan negara dimana ianya di minum pada waktu pagi, petang mahupun malam . Asia merupakan negara yang terkenal dengan Tradisi meminum teh .  Terdapat pelbagai jenama Teh yang terdapat di Malaysia.

Teh Wangi Ros 888


5 Senses 888 High Tea Event



Teh Wangi Ros 888



Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis "5 Senses 888 High Tea Event" yang bertempat di The Forum KL.  Majlis ini diadakan sempena sambutan ulangtahun ke 75 jenama 88.  Majlis ini membawa tema  PESONA LIMA RASA/DERIA untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri Makanan dan Minuman yang serba pantas bersama jaminan jenama 888 "TRADISI TEH TERBAIK BUAT ANDA".


Teh Wangi Ros 888


Melalui tradisi ini,  teh 888 berbangga dapat menyediakan berbagai memori indah tentang kehebatan teh untuk semua masyarakat . Rasa hebat datang dari ketulinan, keaslian, konsisten dan berkeyakinan secara semulajadi ltulah menjadikan jenama 888 SEBUAH JENAMA MALAYSIA YANG MASIH HEBAT PADA MASA INI!


Teh Wangi Ros 888

888 merupakan sebuah jenama dari Malaysia yang telah wujud sejak dari tahun 1942. Ia merupakan jenama yang mengeluarkan Teh dan Kopi yang diusahakan oleh Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd yang berpengkalan di Bedong, Kedah.  Jenama ini cukup di kenali di kalangan rakyat kedah sejak sebelum kemerdekaan lagi.



Teh Wangi Ros 888






Video 5 Senses 888 High Tea Event



Jenama 888 dari Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd Sejak Tahun 1942



Nikmati Aroma Harum Segar Teh Wangi Ros 888
Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGI) merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan berbagai produk lain di Malaysia di bawah jenama "888". Ianya adalah milik penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di dalam Papan utama Bursa Saham Malaysia sejak 1997.

Syarikat ini terletak di sungai Petani, Kedah dan telah menjangkau usia tahun yang mana ianya telah wujud di Malaysia sejak tahun 1942. STGI menghasilkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman  bijiran dalam setahun. Di biayai oleh kumpulan syarikat kewangan yang stabil,  STGI telah membuat penyelidikan dan pembangunan yang berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat para pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir.

Makanan yang tidak selamat mengakibatkan kesan buruk yang serius dan ISO standard pengurusan keselamatan makanan membantu organisasi dalam mengenalpasti dan mengawal soal-soal keselamatan makanan.

Jenama 888 Mempunyai Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia

 
STGI telah memperolehi ISO 22000 dari Standard Antarabangsa mengenai pengurusan keselamatan makanan, GMPdan sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia disamping Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia.

STGI sentiasa menitik berat  kawalan kualiti yang ketat dalam setiap aspek pembuatan untuk jaminan penghasilan yang bermutu tinggi di dalam dan luar negara kerana berbagai produk jenama 888 telah sering kali dieksport ke luar negara.Teh dan Kopi 888 telah di edarkan secara meluas di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur dan juga di eksport kenegara-negara seperti Brunei, China Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

Produk 888 boleh didapati di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur: Tesco, Giant, Econsave, Mydin,Aeon Big,TF Value,NSK, Hero, Pasaraya Howa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee,Sabasun, Senay Supermarket , Pasaraya CKS dan Lulu Hypermarket.




SEJARAH JENAMA 888 


Untuk mengetahui visi sesebuah sarikat, kita haruslah meryelami pembangunannya dengan mendalam.Pada tahun 1942, ketika negara sedang berada di dalam kancah peperangan dunia ke 2, mendiang EncikAng Thong Guam berbasikal selama dua hari untuk meminjam sejumlah RM50 dari mertu- bapa anyadan memulakan pemiagaan pengedaran teh 888 di pasar tempatan di Sungai Lalang Kedah.


Teh Wangi Ros 888


Ianya bermula sebagai sebuah pemiagaan keluaga , pakar dalam pembuatan teh yang di bungkus dengan jenama 888 dan juga jenama yang lain. Setelah selesai perang dunia ke 2, beliau telah  mempunyai  deretan van yang mampu mengedarkan barangan jenama lain. Hasil dari itu,  pasaran pengedaran  jenama 888 semakin berkembang maju .

Hari ini jenama 888 telah menjadi suatu jenama yang di kaitkan dengan kualiti dan ketahanan serta menjadi jenama yang berada ditangga teratas di dalam pasaran. Matlamat jenama 888 adalah untuk meneraju dan memberi inspirasi kepada setiap hirupan dalam secawan teh.

Dengan pengalaman dan pengetahuan jenama 888 tentang berbagai jenis teh dari serata dunia,  jenama 888  lebih tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan teh yang terbaik, dengan  mencampurkan dan mendidihkannya (mengikut cara dan rasa masyarakat Malaysia), seperti yang mereka mahukan.

Teh Wangi Ros 888  Teh Paling Laris Di Kelantan


Teh Wangi Ros 888


Teh berperisa kini menjadi penjenamaan tambahan di mana Teh Wangi Ros 888 telah menjad teh yang paling banyak terjual di Kelantan dan ia merupakan antara 3 jenama paling popular bersama produk segera jenama 888 yang lain iaitu minuman 3dalam 1 yang bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini.


Teh Wangi Ros 888


Hari ini, jenama 888 dengan rasa yang hebat dan mempunyai manfaat kesihatan telah menjadi semakin terkenal bukan saja di luar bandar, bahkan semakin terkenal di kalangan komuniti masyarakat bandar. Untuk memenuhi pemintaan yang semakin meningkat,  Jenama 888 telah menaiktaraf fasiliti produksi jenama 888 secara berterusan untuk menambah kuantiti pengeluaran dan sering mengadakan berbagai latihan kemahiran untuk mengembangkan hasil produk jenama 888 .

Jenama 888 telah berkembang dari generasi kegenerasi menjadikan ianya sentiasa menjadi pilihan pengguna sedia ada.






Pembungkusan lama Teh Wangi Ros 888


Teh Wangi Ros 888


Sejujurnya semasa majlis tersebut cik iena tidak dapat ingat akan jenama ini . Cuma cik iena pernah lihat di pasar raya apabila melihat pembungkusan baru jenama 888 tersebut. Akan tetapi setelah cik iena mencari maklumat mengenai jenama 888 ini di internet cik iena terjumpa akan gambar diatas dan Ya cik iena sebenarnya pernah meminum air Teh Wangi Ros dari Jenama 888 ini sejak kecil lagi.

Teh Wangi Ros 888 Mengimbau Zaman Silam


Teh Wangi Ros 888

Melihat pembungkusan ini membuatkan cik iena teringat memori di zamankanak-kanak ketia masih tinggal di kampung sebelum berpindah ke kawasan perumahan . Ya sememangnya cik iena mengenali jenama 888 dengan pembungkusan yang lama . Teh ini memang menjadi kegemaran Arwah nenek cik iena. Cik iena la yang menjadi si tukang beli Teh di kedai hujung kampung berhampiran sungai.

Morning uols, jom pekena Teh wangi ros @888teacoffee . Haruman dia memang uMmphHh Untuk makluman jenama 888 tea coffee nie dah bertapak di Malaysia sebelum Merdeka lagi iaitu tahun 1942.. Lama kan 75 tahun.ianya terkenal di bahagian Utara Malaysia. . Haa sblm ni iena cakap iena x pernah minum kan.. Haha mlm td nk draft blog post ,bila google pacakging lama dia..serius legend teh ni..iena da ingat dh yeayy.. Iena penah minum, masa kecik dekat kampung, masa tu duk kampung..beli dkat kedai asin buncit..haha giler throwback ni..teringat plak kisah kecik2 dlu kt kg😂😂 Wokay nty cik iena cerita kt blog ye.. Ade bnyk keroje le awakk ..tgh draft lg ..sabau nauuu.. . #tetapbrewtetapbest #tehwangiros888 #888tea #teh888 #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #instagood #photooftheday #fashion #foodie #foodblogger #foodporn
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on

Rindu pula rasanya pada Arwah. Teh Wangi Ros 888 ni sememangnya mengimbau kenangan silam cik iena semasa membesar di Kampung Sungai Masin, Batang Kali.

Cik iena rasa ramai juga diantara anda di luar sana yang sememangnya mengenali jenama ini bukan?
Jenama ini sudah lama bertapak di Malaysia cuma ianya lebih popular di utara Malaysia .


Pelbagai Teh dan Kopi Keluearan Jenama 888




Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888


Teh Wangi Ros 888



Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888



Tetap Brew Tetap Best


Tetap Brew Tetap Best adalah slogan yang di ketengahkan oleh jenama 888 ini dimana  ia membawa PESONA LIMA RASA/DERIA untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri Makanan dan Minuman yang serba pantas bersama jaminan jenama 888 . Teh Wangi Ros 888 sentiasa berusaha mengekalkan mutunya untuk para penggemar teh.



Teh Wangi Ros 888

Kepada anda di Luar sana yang ingin merasai kelazatan dan keharuman Teh Wangi Ros 888 ini anda boleh mendapatkan teh ini di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur: Tesco, Giant, Econsave, Mydin,Aeon Big,TF Value,NSK, Hero, Pasaraya Howa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee,Sabasun, Senay Supermarket , Pasaraya CKS dan Lulu Hypermarket.

Atau anda boleh beli secara online di lazada- Teh 888



Untuk Maklumat Lanjut Layari 


Website : http://888teacoffee.com.my
FAcebook : https://www.facebook.com/888teacoffee/
Instagram : https://www.instagram.com/888teacoffee/
 

Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid | Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 Safi Balqis Oxywhite


Sememangnya agak sukar mencari pencuci wajah yang tidak mempunyai kandungan asid. Kebanyakan produk penjagaan wajah menggunakan pelbagai jenis asid dengan pelbagai kegunaan di dalam sabun pencuci wajah serta krim dan barangan penjagaan wajah yang lain.

Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid
Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid | Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 safi balqis oxywhite


Kebanyakan wanita cenderung memilih produk kecantikan yang bertujuan untuk mencerahkan wajah. Namun bagi cik  kulit yang lembut serta lembab lebih baik dari kulit yang cerah tetapi kering .

Cik iena yakin pasti ramai yang tidak menyedari akan kandungan asid dalam produk kecantikan anda. Namun ada diantara asid yang boleh di gunakan untuk tujuan kecantikan . Kita seharusnya peka dengan kandungan yang terdapat di dalam produk kecantikan kita supaya ianya selamat untuk di gunakan mengikut kesesuaian kulit.

Baru-baru ini cik iena telah menjalani rawatan laser iaitu Cutera Laser Genesis Treatment . Rawatan ini memerlukan cik iena untuk tidak menggunakan produk-produk yang mengandungi asid kecuali Hyaluronic Acid.


Kebanyakan produk yang cik iena lihat di pasaran (watsons dan guardian)  mengandungi pelbagai jenis asid.  Cik iena tidak arif nak terangkan jenis-jenis asid  tapi yang pasti pihak The Suisse Clinic  menasihati cik iena agar tidak menggunakan produk yang mengandungi asid dalam tempoh dua minggu selepas rawatan dan maklumat mengenai Hyaluronic Acid Baik Untuk Hydration juga cik iena tau dari mereka kemudian cik iena google.

Beberapa hari lepas dalam artikel Penjagaan selepas rawatan laser (Cutera Laser Genesis Treatment) cik iena bercerita mengenai sukarnya cik iena mencari produk yang tidak mengandungi asid dan kemudian pihak  The Suisse Clinic  memberitahu bahawa Hyaluronic Acid Baik Untuk Hydration selepas cik iena bertanya tentang keraguan cik iena.

Kemudian hari ini rabu 13 september cik iena sekali lagi ke Guardian KL Sentral untuk mencari Face Mask yang mengandungi Hyaluronic acid dan juga pencuci wajah yang tidak mengandungi asid. Sebelum ni cik iena ada beli semasa misi membeli face mask tersebut akan tetapi setelah mencuba cik iena rasa kurang selesa. Rasa tak bersih muka jadi cik iena beli jenama lain pula.


Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid
Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid yang cik iena beli sebelum ini tapi cik iena kurang selesa

Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid



Maka dengan itu  semasa proses pencarian tersebut cik iena berminat nak cuba Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 safi balqis oxywhite.  Panjangnya nama . Cik iena baca kandungannya ianya tidak mengandungi asid jadi cik iena nak cuba.


 Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 safi balqis oxywhite


Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid
Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid


 Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 safi balqis oxywhite
Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 safi balqis oxywhite

Disebabkan  Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 safi balqis oxywhite yang tidak mengandungi asid ini cik iena tertarik terjatuh hati dengan rangkaian produk safi balqis oxywhite belakang tu . Ini semua salah aunty promoter yang annoying tu.

Ehh nak salahkan promoter pulak . Actually tujuan asal nak cari Hydration Mask and pencuci wajah yang tiada kandungan asid. Disebabkan cik iena pergi waktu lunch hour cik iena nak cepat dan mohon bantuan promoter untuk cari produk yang tiada kandungan asid ..

Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid
Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid yeayy. haha nak tunjuk muka selepas 4 hari buat rawatan laser jugak tu haha

Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid



Maka dengan itu dia cadangkan Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 safi balqis oxywhite  kemudian dia bagi iena cuba tester produk   safi balqis oxywhite yang lain  dan dia mula mempromosi kan dengan tawaran diskaun .



Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid


Apaa?? Diskaun ? okay cik iena terjebak . Maka dengan itu semakin banyak barangan skincare cik iena oleh kerana nak beli dua item je . Jadi macam ni haha

Antara banyak produk safi balqis oxywhite yang cik iena borong , nerikut yang tiada kandungan asid yang akan cik iena guna dalam tempoh dua minggu selepas rawatan dan yang selebihnya selepas tempoh dua minggu cik iena akan gunakan :)

Pencuci skincare Tanpa Kandungan Asid
Pencuci safi balqis oxywhite Tanpa Kandungan Asid


Okay ni pula hydration facemask yang cik iena berjaya jumpa . Hari-hari kene pakai ok :)

Loreal Hydrafresh Masi In Water Gel




Loreal Hydrafresh Masi In Water Gel
Loreal Hydrafresh Masi In Water Gel

Loreal Hydrafresh Masi In Water Gel
Loreal Hydrafresh Masi In Water Gel

Loreal Hydrafresh Masi In Water Gel
Loreal Hydrafresh Masi In Water Gel

Kalau rajin nanti cik iena review okay

 Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid


Pada anda yang sedang menjalani rawatan laser seperti cik iena boleh lah gunakan dua pencici wajah tanpa kandungan asid yang cik iena jumpa ni . Jenuh cik iena baca kandungan tau. Naik rabun mata. Sebelum ni tak pernah kisah pun. Ni semua gara-gara nak cantik buat rawatan laser haha

 Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid
 Pencuci Wajah Tanpa Kandungan Asid

Okaylah dah mengantuk . Nanti ada masa cik iena review produk-produk ni ya ..Cik iena beradu dulu .daaaaaaaaaaa
Semoga selepas tiga rawatan cik iena jadi cantik macam Nora Danish hahaha



Di mana untuk dapakan Rawatan Cutera Laser Genesis ?


Kepada yang berminat boleh dapatkan rawatan ini di The Suisse Clinic


Alamat :
Suisse Clinic Sdn Bhd (1091050-V)
Unit A-M-2, Mezzanine Floor,
Northpoint Offices, Mid Valley City,
No. 1 Jalan Medan Syed Putra Utara,
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

E: enquiries@thesuisseclinic.com
T: +603 2283 6886.




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve