Grab The Promo
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan


Berkunjung ke mana-mana negara pastinya kita tidak lepas dari mencuba masakan-masakan tradisi dan masakan-masakan istimewa sesebuah negara itu. Yogyakarta, Indonesia terkenal dengan menu Nasi Gudeg, Nasi Kucing dan Sate Klathak .Namun begitu terdapat juga restoran atau rumah makan yang menawarkan makanan lain yang menarik untuk di cuba. Restoran Yang Cik iena maksudkan adalah Jejamuran.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan


Hari pertama Cik iena menjejakkan kaki di Jogja, Cik iena singgah makan tengah hari di Jejamuran.
Jejamuran merupakan Restoran yang terkenal di Yogyakarta. Ianya juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Jogja. Jejamuran menawarkan aneka masakan menu tradisional berasaskan Jamur iaitu cendawan dengan aneka bumbu. Jejamuran terletak di Niron, Pandowowahrjo, Sleman, Yogyakarta.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Kali pertama menjejakkan kaki ke dalam restoran ini,Cik iena tercari-cari dimanakah ruang makan restoran ini.Pada bahagian pintu utama restoran ini, satu sudut utama yang mempamerkan lebih 15 jenis cendawan segar berbeza spesies. Cendawan di susun atur menarik dengan blok cendawan digantung dan disusun rapi membolehkan sudut itu dijadikan ruang khas untuk bergambar bagi pengunjung yang datang.

Lebih menarik adalah apabila spesies cendawan yang dipamer terdiri daripada pelbagai warna menghidupkan suasana seperti di kebun cendawan. Ada warna hitam, putih, kuning bahkan jenis tiram bewarna merah jambu paling dilihat istimewa.

Selepas melepasi sudut pameran,  barulah Cik iena nampak ruang belakang restoran yang luas dikhaskan untuk pelanggan menjamu selera. Ruang makan di sini sangat luas dan kelihatan sangat ramai pelanggan masuk ke dalam restoran tersebut.


Keadaaan di sini sangat selesa dan tenang walaupun pelanggan yang datang tidak putus-putus bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Selain dari ruang makan, di satu sudut lain, restoran ini lengkap dengan fasiliti lain seperti  ruang main kanak-kanak, tandas , ruang solat dan spa ikan.
 Di sini anda boleh merendamkan kaki anda di dalam kolam spa ikan untuk membuang toksik-toksik dalam badan.



Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Blogger in Action :)



Belum habis Cik iena rasa teruja melihat hiasan dalam restoran, Cik iena dihidangkan dengan beberapa menu popular di situ yang kesemuanya dimasak menggunakan jenis cendawan berbeza. Memandangkan ini merupakan FAM trip oleh Tourism Indonesia jadi pastinya menu-menu adalah yang  dicadangkan oleh pihak meraka.Cik iena dan rakan-rakan tidak perlu pening kepala untuk memilih menu yang hendak dicuba. Kesemua menu yang dipesan memang sangat sedap dan sesuai di sajikan buat pelancong khususnya bagi memperkenalkan kulinari di Jogja.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Khusyuk betul ya Cik iena ambil gambar makanan :)



Antara menu yang Cik iena dan rakan-rakan cuba adalah


Jamur Sweet and sour, Tumis kankung jamur, Goreng tepung merang, Tumis jamur, KaredokPaket, tahu dan tempe, Tongseng Jamur, Ayam Bakar, Satay Jamur dan Sup Jamur


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan






Tumis kankung jamur



Masakan Tumis kankung jamur ini kelihatan biasa namun ianya tetap istimewa. Gabungan sayur kankung dan juga cendawan butang yang sedap. Belum pernah lagi Cik iena masak cendawan bersama kankung. Lepasni boleh lah cuba kerana kombinasi keduanya menghasilkan rasa yang enak untuk dimakan.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tumis kankung jamur

Goreng tepung merang


Masakan Goreng tepung merang ini juga unik dan sedap. Sesuai dimakan dengan nasi panas dan juga sesau dimakan begitu sahaja seperti snek. Cendawan merang atau di Malaysia di panggil Cendawan Jerami padi yang juga lebih dikenali dengan nama Straw Mushroom di salut dengan tepung istimewa resepi jejamuran dan di goreng . Kebiasaannya di Malaysia kita menggunakan cendawan tiram. Berbeza di Jejamuran mereka menggunakan Cendawan Jerami Padi.


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Goreng tepung merang


Tumis jamur


Tumis jamur disini juga enak rasanya. Anda boleh memesan jamur pilihan anda untuk di tumis.Antara menu wajib anda cuba di sini.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tumis jamur

Karedok


Menu istimewa Karedok, campuran lima sayuran mentah termasuk kobis, kacang panjang, timun dan tauge disiram dengan kuah kacang  . Rasa yang unik dan lazat. Anda harus mencuba menu ini jika ke Jejamuran :)

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Karedok

Paket tahu dan tempe


Paket tahu dan tempe menu simple namun sedap digandingkan bumbu yang enak. Sambal bumbu yang disediakan walaupun pedas tapi sangat lazat dan bakal membuatkan anda makan bertambah nasi.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Paket tahu dan tempe



Tongseng Jamur


Tongseng Jamur antara menu istimewa disini juga dan anda patut cuba.  Jika di Malaysia tongseng ini dipanggil Kari. Namun kari atau tongseng di Jogja adalah berbeza dengan di Malaysia. Jika di Malaysia ianya lebih pekat dengan rasa rempah ratus berbeza disini kurang rasa rempah ratus dan ianya agak manis.


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tongseng Jamur

Ayam Bakar


Menu yang bakal buat anda rasa ingin datang lagi disini. Ayam Bakar disini sedap, ayamnya terasa di marinated dan ianya lembut. Bubmu nya juga enak namun agak pedas buat Cik iena. walaupun pedas ianya sangat sedap membuatkan Cik iena lupa akan kepedasannya dan terus mamakannya walaupun Cik iena berpeluh kepedasan :)


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Ayam Bakar

Satay Jamur


Satay Jamur antara menu paling Cik iena gemari dan Cik iena sangat mencadangkan anda untuk mencubanya kerana rasanya yang unik dan sangat enak. Tak seperti rasa cendawan. Rasa macam daging pun ada. Ianya menggunakan dua jenis cendawan iaitu cendawan tiram dan cendawan butang yang di marinated bersama rempah dan di padat-padatkan sehingga menyerupai daging. Pada awalnya Cik iena ingat kan daging. Cik iena sangat terkejut bila diberitahu ianya adalah cendawan. Anda wajib cua menu satay cendawan yang pasti membuat anda rasa ingin datang kesini kembali :)


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Satay Jamur

Sup Jamur


Sup Jamur menu biasa yang kita boleh dapati namun cara masaknya bagus kerana sayurannyatidak terlalu lembik. Adakalanya sup sayur yang dimasak , sayurnya lembik. Berbeza disini ianya rangup dan enak di makan.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Sup Jamur





Yang ini Cik iena lupa nama masakannya :) Dan rasanya Cik iena agak ianya sedap. Cik iena tak sempat makan kerana portionnya agak sedikit dan cik iena terlewat untuk ambil jadi mungkin kerana ianya sedap. ianya habis. Kesimpulannya dapat Cik iena katakan mungkin ianya sedap :)

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Berikut Cik iena kongsikan vlog cik iena di Rumah Makan Jejamuran.






Menarik bukan makanan disini? Jadi, sekiranya anda ke Jogja, ini merupakan Restoran yang wajib anda kunjungi. Cik iena amat mencadangkan restoran ini untuk anda cuba masakannya kerana masakannya enak-enak belaka. Anda pasti jatuh hati dengan masakan disini.


Untuk pengetahuan anda,istimewanya lagi rumah makan ini adalah kesemua cendawan yang dimasak disini mahupun sayuran yang digunakan dalam masakan di rumah makan ini diambil dari kebun mereka sendiri. Untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka telah membuka kebun sendiri untuk menanam cendawan terutamanya disamping sayuran lain seperti tomato, kankung , cili dan sayuran lain.

Nanti Cik iena akan kongsikan juga video kebun cendawan mereka yang cik iena lawati selepas menikmati masakan enak di Rumah Makan JEjamuran.


Menu Rumah Makan Jejamuran


Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran



Waktu Operasi Rumah Makan Jejamuran


Sabtu    9am–9pm
Ahad 9am–9pm
Isnin    9am–9pm
Selasa    9am–9pm
Rabu    9am–9pm
Khamis    9am–9pm
Jumaat    9am–9pm


Alamat : Jl. Pendowoharjo No.RT.01, RW.20, Niron, Pandowoharjo, Kec. Sleman, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55512, Indonesia






FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR


Untuk update di instagram boleh lihat di #ienaelienajogja
Playlist di Youtube : IENAELIENA X TOURISM INDONESIA

Artikel Berkaitan

Day 1 : 
  1. Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
  2.  Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
  3. Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta 

DAY 2 :

  1. Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Video Summary sepanjang FAM TRIP

Menjejak Keunikan dan Keenakan Kulinari diJogja




 #jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia #ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja





ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room

Menggunakan konsep Travel More, Pay Less , Zen Rooms semakin mendapat tempat di  hati pelancong dan juga penduduk Malaysia yang menginginkan percutian budget pada keadaan bilik yang sempurna. Walaupun bayaran bilik murah tetapi perkhidmatan dan kelengkapa penginapan sangat bagus dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Malahan boleh dikatakan harga yang ditawarkan juga adalah murah untuk kelengkapa yang ditawarkan.


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room

ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka

Terletak di "Negeri Bersejarah Malaysia" Melaka, yang terkenal dengan 'warisan budaya yang kaya dan makanan yang hebat', Hotel Weilia sesuai untuk pelancong perniagaan & percutian. Hotel ini mempunyai bilik kemas dan meja depan 24 jam dan Keselamatan. Hotel ini berada di lokasi yang sangat baik kerana terletak berhampiran tempat-tempat bersejarah dan tarikan pelancong lain di negara ini.

ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room


Hotel ini beralamat di  No. 4 & 6, Jalan Taman Melaka Raya 20, Malacca , Malaysia. Lokasi yang boleh dikatakan strategik kerana ianya berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Bandaraya Bersejarah Melaka.

Dari pandangan luaran sahaja hotel ini akan membuat anda tertarik hati kerana warna banggunannya yang ceria. Warna cat didalam bilik juga mereka menggunakan warna-warna yang ceria yang akan menaikkan mood gembira anda.


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room


Keadaan persekitaran hotel di bahagian lobi juga bersih.  Antara kemudahan di Hotel ini adalah seperti didalam gambar di bawah.

ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka

Untuk pengetahuan  semasa check in anda akan dikenekan bayaran Heritage Tax sebanyak RM2 seorang. Dan anda juga perlu membayar deposit RM50 sahaja.

Review ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka



Sepanjang Cik iena berada di ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka, Cik iena rasa berpuas hati. Ruang bilik yang selesa dan dilengkapi dengan kelengkapan asas untuk bilik hotel. Penghawa dingin yang sejuk.  Telivision, hair dryer, water heater, kettle. Ruang bilik mandi yang besar.

ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Bilik 1


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Bilik 1


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Bilik 1

Untuk penginapan kali ini Cik iena ambil dua bilik Superior Twin Room berharga RM96 untuk kedua-dua bilik selepas menggunakan code IENAELIENA . Harga adalah selepas 20% diskaun daripada code yang Cik iena guna.


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room



Pada Cik iena memang berbaloi dengan  bayaran RM96 sahaja Cik iena dan keluarga dapat menginap dengan selesa. Pekerja disini juga rajin menolong. Untuk pengetahuan di sini tiada lift di sediakan jadi anda terpaksa naik tangga. Tetapi usah kuatir kerana pekerja disini ada untuk membantu anda membawa barangan anda jika perlu.


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Bilik 2


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Bilik1





Ruangan lobi ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka ini juga selesa dan besar . Untuk pengetahuan tiada parking disediakan. Anda perlu meletakkan kereta di kawasan parking kupon berhampiran ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka. Memandangkan semasa Cik iena menginap adalah cuti umum jadi tiada charge parking kupon dikenakan.


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Bilik 1


ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Bilik 1

ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Bilik 2



Secara keseluruhannya Cik iena berpuas hati dengan penginapan Cik iena disini dengan harga yang ditawarkan cuma terdapat sedikit kebocoran pada toilet di bilik Cik iena. Walaubagaimanapun ianya bukanlah masalah besar buat cik iena. Harga yang Cik iena dapat pun sememangnya murah dan berbaloi .

ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Wefie di Lobi



Video Review ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka

Mengenai ZEN Rooms


Untuk pengetahuan anda, ZEN Rooms merupakan rangkaian hotel bajet no 1 di Asia yang mengendalikan lebih daripada 5,000 bilik di 35 bandar di 7 negara (PH, TH, SG, HK, MY, ID, SL). Menawarkn semua keperluan penting (Fast free wi-fi, Cool AC, Hot shower, 24/7 Customer Service, Bed spotless) dan banyak lagi. Harga pula bermula dr RM 25 / malam.
Kadar harga juga dinamik dan berubah bergantung pada permintaan dan tarikh.





Untuk Booking ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka - klik pautan dibawah
https://www.zenrooms.com/hotel/react/35/hotel-weilia-malacca-10164#
Peringatan, untuk mendapatkan bilik yang cantik haruslah booking bilik Zen Room kerana bilik dari Zen Room di jaga sendiri dan dikawal oleh pihak zen rooms sendiri bagi memastikan pelanggan selesa dan berpuas hati dengan bilik tersebut. Sekiranya anda mengambil bilik dari hotel itu sendiri yang bukan bilik zen room, keadaan dan kelengkapan bilik mungkin berlainan dan mungkin tidak seperti yang dijangka.

DISKAUN 20 %  ZEN Rooms Dengan Menggunakan code : IENAELIENA


Istimewa untuk anda pembaca blog cik iena dan juga follower instagram cik iena. Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk semua lokasi di zen rooms. Hanya masukkan code  IENAELIENA semasa checkout.




Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral

Menggunakan konsep Travel More, Pay Less , Zen Rooms semakin mendapat tempat di  hati pelancong dan juga penduduk Malaysia yang menginginkan percutian budget pada keadaan bilik yang sempurna. Walaupun bayaran bilik murah tetapi perkhidmatan dan kelengkapa penginapan sangat bagus dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Malahan boleh dikatakan harga yang ditawarkan juga sangat murah untuk kelengkapa yang disediakan.

Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral





Hotel Budget Cantik Selesa  : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral

Terletak berdekatan KL Sentral dan Nu Sentral yang beralamat di 22, Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  . Harga semasa Cik Iena Check in pada 4 ogos 2019  adalah RM78 satu malam. Harga akan berubah bergantung pada tarikh pilihan anda. Harga asal atau harga paling mahal yang mungkin dikenakan adalah  RM144.32.

Pada pandangan Cik iena RM144.32 harga ini masih murah dan berbaloi dengan keluasan serta kelengkapan didalam bilik yang disediakan. Dibawah Cik iena akan sertakan gambar yang Cik iena ambil semasa check ini disini. Gambar selebihnya anda boleh lihat di Website zen room yang cik iena lampirkan dibawah. Secara keseluruhannya gambar yang ditunjukkan didalam gambar adalah sama seperti keadaan di dalam bilik tersebut.

Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room



Cik iena stay di bilik berjenis Suite . Katil jenis King. Luas dan sangat selesa untuk berdua. Boleh juga muat tidur bertiga. Bantal , cadar serta selimut yang disediakan juga sangat bersih dan tidak berbau berbeza dengan sebahagian hotel budget yang lain. Antara kelengkapan yang terdapat di dalam bilik ini semasa penginapan Cik iena adalah seperti.

  1. Iron dan papan iron
  2. Safe Deposit Box
  3. Syampoo/shower cream
  4. Flat Screen TV
  5. Free Wifi
  6. Jakuzi
  7. dua shower (shower besar bahagian atas dan attachable shower) - ada air panas dan sejuk.
  8. penghawa dingin yang sejuk
  9. kettle dan cawan
  10. 1 Universal Plug dan 1 standard plug


Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral

Lokasi hotel ini berdekatan Nu Sentral. Cik iena jalan kaki ke Nu Sentral hanya memakan masa 10 minit sahaja. Hotel ini sesuai untuk backpackers atau anda yang tidak membawa kenderaan kerana tiada ruangan parking hotel disediakan. Namun terdapat parking DBKL disekitar hotel.
Parking ini anda pelu bayar jika anda menginap pada hari isnin hingga sabtu. Memandangkan Cik iena menginap pada hari ahad jadi Cik iena tidak perlu membayar parking DBKL.

Jika ada malas jalan atau mahu berjimat, anda boleh makan di gerai tepi jalan berdekatan hotel. Tapi perlu diingat disini adalah akwasan india jadi gerai makan di hadapan jalan hotel cik iena dapati semuanya India. Jika anda ingin ke gerai melayu anda perlu jalan lebih kurang 5 minit.  Keluar daripada hotel berjalan kearah kiri kemudian dihadapan terdapat lorong sebelah kanan diamna lorong tersebut lorong jalan sehala. Masuk laluan itu , kiranya anda akan melawan arus. Di pertengahan dan hujung jalan terdapat gerai melayu dan indonesia di tepi jalan. Jika anda ingin berjimat boleh lah makan disini.

Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral


Harus di ingati ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral merupakan Hotel Budget jadi tiada kolam renang untuk hotel ini. Keistimewwan hotel ini adalah harga murah dengan keadaan bilik yang cantik serta kelengkapan yang memuaskan. Jika anda berhajat untuk mandi kolam renang hotel ini tidak sesuai. Tapi nak mandi jakuzi, dalam bilik berjenis Suite ada jakuzi. Bilik air juga sangat cantik dan luas.


Bilik Yang Cantik untuk Bachelor Party atau Anniversary.


Untuk pengetahuan suasana bilik ini juga sesuai untuk anda yang merancang "bachelor party" untuk rakan anda jika anda mempunyai budget yang kecil akan tetapi inginkan bilik yang kelihatan mewah dengan ruangan yang luas serta bilik mandi luas dan jakuzi.

Cik iena juga pernah terjumpa instagram post tetamu hotel menyambut majlis anniversarry. Bilik ini dihiasai agar nampak lebih romantik. Kelihatan sangat cantik dan istimewa.



Gambar Semasa Cik iena di ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral



ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Ruangan Lobi

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Ruangan lorong depan pintu bilik


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Sila pastikan bilikanda ada notis zen room ini. kalau tiada bermaksud pihak hotel memberikan bilik yang salah.

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Insider's guide to kuala lumpur


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Jakuzi yang terdapat di dalam ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Tandas di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
terdapat dua shower di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
terdapat dua shower di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Jakuzi ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Ruangan TV di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room




ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room




ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
gambar wide -ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

Mengenai ZEN Rooms


Untuk pengetahuan anda, ZEN Rooms merupakan rangkaian hotel bajet no 1 di Asia yang mengendalikan lebih daripada 5,000 bilik di 35 bandar di 7 negara (PH, TH, SG, HK, MY, ID, SL). Menawarkn semua keperluan penting (Fast free wi-fi, Cool AC, Hot shower, 24/7 Customer Service, Bed spotless) dan banyak lagi. Harga pula bermula dr RM 25 / malam.
Kadar harga juga dinamik dan berubah bergantung pada permintaan dan tarikh.





Untuk Booking  ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room klik pautan dibawah
https://www.zenrooms.com/hotel/react/27/zen-rooms-royce-hotel-kuala-lumpur-9602
Peringatan, untuk mendapatkan bilik yang cantik haruslah booking bilik Zen Room kerana bilik dari Zen Room di jaga sendiri dan dikawal oleh pihak zen rooms sendiri bagi memastikan pelanggan selesa dan berpuas hati dengan bilik tersebut. Sekiranya anda mengambil bilik dari hotel itu sendiri yang bukan bilik zen room, keadaan dan kelengkapan bilik mungkin berlainan dan mungkin tidak seperti yang dijangka.

Sekiranya anda booking melalui zen rooms dan dapat bilik yang buakn bilik zen rooms yang mana biasanya bilik zen rooms akan terdapat sign board zen rooms serta bantal zen rooms anda boleh minta tukar bilik kerana bilik yang anda booking adalah bilik zen rooms.


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room


Cik iena kongsi sebab pernah terjadi. Pihak hotel memberi bilik lain dan bilik sama sekali tidak sama seperti didalam gambar website zen room. Jadi anda berhak untuk mendapat bilik yang sebetulnya. Mungkin pihak hotel mengambilkesempatan dan telah memberikan bilik tersebut pada walk in customer mereka. Bilik tersebut Cik iena masih belum kongsikan di Blog. Memandangkan Cik iena tak suka keadaan bilik jadi Cik iena tak kongsi lagi sekarang.  Insya Allah jika ada masa Cik iena akan kongsikan juga untuk rujukan.

Semoga ianya tidak terjadi kepada anda yang lain :)

DISKAUN 20 %  ZEN Rooms Dengan Menggunakan code : IENAELIENA


Istimewa untuk anda pembaca blog cik iena dan juga follower instagram cik iena. Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk semua lokasi di zen rooms. Hanya masukkan code  IENAELIENA semasa checkout.


NEW UPDATE  DEC 2023

iena remove link sebab zenroom website dah tak wujud. iena tak sure samada zenroom dan zenhotel sama atau tidak sebab iena cari website baru zeenroom tak jumpa, cumajumpa zenhotel . Bila chat dengan website zen hotel tanya adakah zenroom dan zen hotel dibawah syarikat yang sama. Jawapan dia tak membanti dia cuma jawab zenhotel is our company. So maybe tiada kaitan lah. Tapi iena tengok Hotel ni ade je tersenarai dekat zenhotel. Memandangkan tiada kerjasama yang baik jadi iena letak link yang iena jumpa di booking.com.

Cik iena share link sebab cik iena pun ada rancangan nak bermalam disini lagi sebab bilik dia murah dan cantik dan paling penting Suite room ade jakuzi tab tu. Cik iena nak itu je hehe.

okay ini link dari booking.com tapi make sure pilih Suite room . Suite room je ade jakuzi ni. Harga semasa Cik iena cek utk weekend RM159


https://www.booking.com/Share-1iFOAI



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve