Grab The Promo

Cara Renew Roadtax Online | Cara Perbaharui Cukai Jalan

Selepas memperbaharui Insurans kereta, langkah seterusnya adalah renew roadtax. Sekiranya anda masih belum renew insurans kereta anda tidak boleh renew roadtax. Jadi Berikut Cik iena kongsikan cara renew roadtax secara online melalui MYeg.

Jika sebelum sebelum ini kereta yang pertama Cikiena gunakan servis Myeg untuk renew insurans sekali roadtax. Diakan buatkan sekali. Tapi setelah Cik iena buat pengiraan. Renew insurans sendiri lebih murah. Jadi cik iena prefer renew insurans kereta sendiri. Anda boleh rujuk CARA RENEW INSURANS KERETA ONLINE.

Selepas itu anda boleh teruskan renew roadtax kereta seperti yang Cik iena tunjukkan dibawah. KLIK UNTUK RENEW ROADTAX.

 

 
 

Cara Renew Roadtax Online
Masuk ke website myeg atau klik pautan yang Cik iena nyatakan. Login akaun anda dan pilih MYROADTAX. Sekiranya masih belum ada akaun myeg anda perlu daftar terlebih dahulu.
 

 

 
 

Cara Renew Roadtax Online
Kemudian pilih jabatan pengangkutan jalan
 
 

 

 
 

Cara Renew Roadtax Online
Kemudian pilih perbaharui cukai jalan
 
 
Cara Renew Roadtax Online
kemudian pilih Pembaharuan Cukai Jalan Kereta
 
 
 

Cara Renew Roadtax Online
isi maklumat yang diperlukan



Cara Renew Roadtax Online | Cara Perbaharui Cukai Jalan
Pilih cara pembayaran dan teruskan pembayaran

 

 

Cara Renew Roadtax Online
selepas bayar akan keluar resit pembayaran
 
 
 

Cara Renew Roadtax Online
anda juga boleh tengok summary  di akaun myeg anda
 
Dah selesai. Senang je. Memandangkan Cik iena pilih collection method delivery ke rumah. jadi Cik iena hanya perlu tunggu di rumah sahaja.. nanti mereka akan posroadtax dekat alamat. Kos penghantaran cuma RM6 sahaja. Servic charge myeg cuma RM2.75 . Kalau ambil pakej sekali insurans kereta dia jadi lagi mahal dari yang cik iena renew insurans sendiri.

 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021

Dalam musim pandemik ni sememangnya menggunakan perkhidmatan online lebih mudah dan selamat. Seperti Biasa Cik iena renew insurans kereta dan juga roadtax kereta secara dalam talian sahaja kerana ianya agak mudah dan lebih murah jika menggunakan agent.

Tahun lepas juga Cik iena ada kongsikan artikel cara renew insurans  kereta secara online. Tujuan asal untuk rujukan Cik iena lah. Ternyata ianya sangat membantu Cik iena. Setahun sekali renew bukan ingat sangat. Kalau dah di tulis dalam arikel boleh rujuk. Tambahan pula Cik iena selalu jadi rujukan keluarga macam mana nak renew insurans kereta online. 

Artikel tahun lepas http://www.ienaeliena.com/2020/06/cara-renew-insurans-kereta-online.html

Berikut Cik iena kongsikan screenshoot cara-cara Cik iena renew insurans di Etiqa Takaful.

 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Masukkan terlebih dahulu nombor plat kereta anda
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Pilih pilihan sum covered type
 

Market Value

We will reimburse you with the value of your car at the time of total loss or theft. *The amount stated is the maximum amount.

Agreed Value

We will reimburse you with the total amount in case of total loss or theft.

 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Cik iena pilih agreed value sebab ni yang dia recomended..value dia boleh tukar  ikut bajet kite..iena biar default je



 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Kemudian update info kereta dan personal details
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Update juga bank akaun untuk future claim. Mesti nama akaun pemilik kereta
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Sebelum proceed jangan lupa update second driver jika ada.Leyaklah nama keluarga, suami,isteri
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
iena ambil windscreen coverage
 
 
Windscreen ni kalau taknak ambil pun takpe.Untuk pengetahuan windscreen ni untuk cermin depan kereta kita. Biasakita bawa kereta ada risiko batu-batu lori jatuh ke. kalau pecah boleh claim, atau bila accident pecah boleh claim. Amount berapa kita nak pilih tu terpulang. Ikut jenis kereta sebenarnya. Kalau kereta mahal lagi mahal lah kan. Kalau kereta iena murah je . Kalau ikutkan jumlah default value dia letak RM800 tapi memandangkan tengah sengkek ni, dah masa untuk major service kereta ni pula, datang serentak.So Iena buat minimum value je RM400 . lagi pun setakat ni tak pernah pecah lagi. Harap-harap tak pecah lah.


Kalau takde budget kalau tak ambil pun takpe, cuma kalau berlaku apa-apa cermin pecah, insuranse tak cover lah.
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
tanda bahagian declaration
 
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
pilih payment options
 
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
jangan lupa disabled pop up blocker, kemudian tekan retry.Nanti akan buakak online banking
 
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
selesai bayar kene tunggu kat page ni
 
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
selesai page tu generate semua dokumen keluar page ni dan anda boleh download all document dan simpan ya. Doc ni juga akan di beri dalam email.
 
 
 Untuk Pengetahuan, sebelum ini Cik iena memang ambil isnurans yang sama jadi ada email reminder. Jika Cik iena klik dari email reminder jumlah sum kena bayar lebih tinggi. Rasanya ini untuk komisyen merek. Jadi Cik iena cuba buang referal parameter dalam url dan yes jumlah perlu dibayar lebih siket. Betul lah teori tu. So boleh klik link yang Cik iena kongsi di awal artikel.

Gambar dibawah Cik iena kongsi perbezaannya. Walaupun sedikit ianya mempengaruhi keadaan keewangan juga kan. Selagi boleh jimat dengan ciri ciri yang sama why not kan.
 
 



Haa mudah je kan nak renew insurans kereta. Tapi lepas tu jangan lupa renew roadtax pula. Biasa kalau kita renew dengan agen mereka akan buat sekali renew roadtax. Tapi harga akan jadi lagi mahal lah. Kalau kita buat sendiri lebih mudah. Untuk Renew roadtax kereta boleh klik CARA RENEW ROADTAX ONLINE
 
 

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

Umumnya masyarakat kita dan juga minuman kafein memang tidak dapat dipisahkan. Ramai dikalangan masyarakat kita yang mengamalkan minuman berkafein sewaktu bersarapan sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Kita sedia maklum kandungan kafein ini mampu membuat mata kita bertahan dan tidak merasa mengantuk.

 

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

Malahan golongan pelajar juga merupakan antara golongan yang kerap mengambil kafein kerana perlu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Sama juga seperti Cik iena di zaman belajar dahulu. Cik iena mula mengambil kafein sewaktu belajar di IPT kerana ingin berjaga malam untuk ulang kaji pelajaran dan ianya sudah menjadi kebiasaaan bagi Cik iena tambahan lagi kerja sebagai programmer ada kalanya perlu berjaga malam.


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

Jadi minuman kafein sememangnya banyak membantu. Namun harus anda ingat juga bahaya jika mengambil kafein terlalu banyak dalam sehari. Cukup sekali sahaja anda minum kafein dalam sehari tau. Istimewe buat penggmar kafein seperti Cik iena khususnya  kini NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam dan menambah dua variasi baharu iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.

 

KOPI CHAM DAN KOPI-C DUA VARIASI BARU NESCAFE EDISI KOPITIAM 


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam. Dua Variasi Baharu Diperkenalkan adalah NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.

 Buat anda penggemar kopi di Malaysia, adakah seharusnya  mencuba sesuatu yang baharu dari NESCAFÉ®  Edisi kopitiam ini yang menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya.


 

NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.

 

NESCAFÉ® Kopi-C 

 


 

NESCAFÉ® Kopi Cham 





Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

Menurut April Wong selaku Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,” 



NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C



Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C


 
Untuk pengetahuan, penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini terdiri daripada

  1. NESCAFÉ® Tarik
  2. NESCAFÉ® Tarik Kaw 
  3. NESCAFÉ® Kopi-O 
  4. NESCAFÉ® White Coffee 
  5. NESCAFÉ® Ice

 

Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan juga di platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee.

 


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

 

Jom Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja anda berada dengan NESCAFÉ Kopitiam!

#NescafeKopitiam
#NescafeKopitiamSeries
#NescafeKopitiamMoments
#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe

AIK CHEONG IT’S SIX PACK

Kopi Merupakan antara minuman paling digemari kerana ia dapat mengurangkan rasa mengantuk. Tahukah anda kopi sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah, kopi adalah minuman yang selamat untuk diminum setiap hari. Namun sebagai langkah yang selamat, minumlah sekadar yang perlu iaitu satu atau dua cawan sehari sahaja.


AIK CHEONG IT’S SIX PACK
AIK CHEONG IT’S SIX PACK

 
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kopi  segera yang berada di pasaran. Mungkin ada sesetengah yang Anda pernah cuba dan mungkin juga belum. Antara jenama kopi yang dikenali di Malaysia adalah Aik Cheong Coffee. Berikut Cik iena kongsikan mengenai Aik Cheong Coffee dan beberapa jenis produk Aik Cheong Coffee yang telah Cik iena cuba sendiri keenakannya.

 

AIK CHEONG COFFEE

Aik Cheong merupakan Jenama kopi yang dikenali ramai di Malaysi. Aik Cheong telah menjangkau usia 66 tahun yang mana ianya telah ditubuhkan pada  tahun 1955. Jenama ini menawarkan air yang segar, sihat dan berkualiti kepada pelanggan. Mempunyai pelbagai rangkaian produk minuman segera yang popular dari Kopi-O, “White Coffee”, Teh Susu, Minuman Coklat Malt, Minuman Bijiran dan lain-lain.

 

AIK CHEONG IT’S SIX PACK
AIK CHEONG IT’S SIX PACK

Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah” dan dengan inisiatif kuat dalam mengembangkan produk. Selepas kejayaan minuman panas cawan segera yang dikenali IT’S Coffee series  kini Aik Cheong Coffee hadir dengan keluaran baru iaitu It's Six Pack series.

Sebelum Cik iena kongsikan mengenai It's Six Pack series, Cik iena kongsikan terlebih dahulu versi awal It's Six Pack series iaitu  IT'S More Than Just Series dan juga salah satu produk Aik Cheong Coffee yang menjadi kegemaran Cik iena juga iaitu IT’S Granola.


AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES

 

AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES
AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES

 

IT'S More Than Just Series merupakan minuman panas cawan segera .IT'S More Than Just Series atau  IT’S Coffee series ini sememangnya sangat catchy dan membuat mata mata terpaku dan terpukau dengan pembungkusannya yang memilih rona warna yang terang. Pemilihan warna yang terang ini membuatkan IT’S Coffee series ini menjadi lebih menarik.


AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES
AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES

 

Ianya juga sangat mudah disediakan dan sangat sesuai untuk anda yang sibuk seperti Cik iena khususnya. Dalam kesibukan bekerja dengan IT’S Cup series, dapatlah Cik iena menikmati aneka IT’S Cup series yang sedap dengan kepelbagaian perasa yang ada.

IT’S Cup series atau IT'S More Than Just Series ini terdiri daripada  6 perasa iaitu

  • Long Black (Extra Shot)
  • Flat White (Extra Shot)
  • Cappuccino (Choco Toppings)
  • Matcha Latte (Nata De Coco)
  • Teh Tarik (Gula Melaka)
  • Chocolate (Mashmallow)

 

AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES
AIK CHEONG IT’S MORE THAN JUST SERIES

 

AIK CHEONG IT’S GRANOLA

Granola adalah salah satu makanan sihat yang baik untuk diet .Ianya merupakan sejenis makanan yang terdiri dari beberapa komponen, seperti oat, kacang-kacangan, biji-bijian, dan buah-buahan kering. Granola merupakan makanan tinggi fiber  dan juga merupakan sumber protein. Sangat sesuai dimakan ketika sarapan mahupun ketika minum petang.


AIK CHEONG IT’S GRANOLA
AIK CHEONG IT’S GRANOLA

 

Aik Cheong juga menawarkan It's Granola yang terdiri dari dua jenis granola yang pastinya akan membuat anda suka akan campuran dua jenis granola yang ditawarkan. Tambahan lagi Granola ini tidak mengandungi artificial flavour ataupun gula tambahan, ianya adalah berasaskan kandungan semulajadi. Dua jenis granola dari Aik Cheong tersebut adalah It's granola berries cup 50g dan it's granola mix fruits and nuts 50g.



AIK CHEONG  IT’S Granola
IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS

 


IT'S GRANOLA BERRIES
IT'S GRANOLA BERRIES



AIK CHEONG IT’S GRANOLA
AIK CHEONG IT’S GRANOLA

 

 AIK CHEONG IT’S SIX PACK

It's Six Pack series merupakan keluaran terbaru Aik Cheong dimana ianya berkonsepkan “Family-styled boxed” . Tt's sixpax series mengekalkan konsep nikmati kopi sebenar di rumah . Ianya juga merupakan lanjutan dari IT’S Cup series atau IT'S More Than Just Series. It's Cup series hanya menawarkan 1 hidangan minuman segera manakala  It's Six Pack serie ini lanjutan dari It's cup yang mana ianya menawarkan 6 hidangan minuman segera dalam 1 box yang sangat cantik , menarik dan eksklusif. Pembungkusannya juga sesuai untuk di jadikan hadiah buat teman mahu keluraga tercinta.


AIK CHEONG IT’S SIX PACK

 

Terdapat empat pilihan untuk  It's SixPack series iaitu

  1.  IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow
  2. IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping
  3. IT’S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka
  4. IT’S SIX PACK  White Coffee Salted Gula Melaka

 

 

1. AIK CHEONG IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow

 


AIK CHEONG IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow
AIK CHEONG IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow

Chocolate sering dikaitan dengan penurunan tekanan kerana ia mengandungii enzim dalam rasa coklat yang mampu membuat  anda berasa tenang. Bagi menampilkan kelainan dan rasa unik menggoda,  Marshmallow  ditambah  bagi memberi rasa kemanisan yang lebih sekata. Dalam cawan bewarna merah jambu ini pasti membuatkan anda lebih relax dan santai menikmati minuman coklat panas ini.

 


AIK CHEONG IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow
AIK CHEONG IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow

 

IT’S SIX PACK Chocolate Marshmallow mengandungi

  • Chocolate Premix 40g x 6 sachets
  • Marshmallow 3g x 6 sachets
  • Brown Sugar 5g x 12 sachets 



2. AIK CHEONG IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping

 


AIK CHEONG IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping
AIK CHEONG IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping

 

 Masa untuk tea time dan anda boleh berehat sebentar dengan secawan Cappuccino Choco Topping dalam cawan menarik bewarna  biru. Ia juga mudah untuk disediakan dengan tambah air panas dan ia sedia untuk dinikmati selang waktu rehat seketika. 


AIK CHEONG IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping

 

IT’S SIX PACK Cappuccino Choco Topping mengandungi

  • Cappuccino Premix 25g x 6 sachets
  • Choco Toppings 0.5g x 6 sachets
  • Brown Sugar 5g x 12 sachets



3. AIK CHEONG IT’S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka

 

AIK CHEONG IT’S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka

 

Jika anda beristirehat minum dengan raan-rakan apa yang anda sering pesan untuk minum mestilah secawan Teh Tarik bukan?. Ia bagaikan satu nostalgik kepada suasana santai dan berborak yang lebih panjang. Kali ini Teh Tarik Aik Cheong menggunakan Gula Melaka sebagai ganti kepada gula konvensional atau susu pekat. Jadi tak salah nikmati Teh Tarik sihat ini dengan cara mudah dalam cawan menarik bewarna coklat ini.


AIK CHEONG IT’S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka

 

 IT’S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka mengandungi

  • Teh Tarik Premix 40g x 6 sachets
  • Nata De Coco 32g x 6 pcs


4. AIK CHEONG IT’S SIX PACK  White Coffee Salted Gula Melaka


AIK CHEONG IT’S SIX PACK  White Coffee Salted Gula Melaka
AIK CHEONG IT’S SIX PACK  White Coffee Salted Gula Melaka

 

White coffee salted gula melaka merupakan campuran kopi  Arabica, liberica dan Bobusta yang diadunkan dengan Salted Gula Melaka (gula asal Melaka). Campuran kopi istimewa ini pasti akan membuat anda mengimbau kenangan kisah dongeng keluarga dan anak-anak yang sedang berlarian di perkampungan kembali menjelma ketika anda sedang menghirup campuran kopi ini.



AIK CHEONG IT’S SIX PACK  White Coffee Salted Gula Melaka
AIK CHEONG IT’S SIX PACK  White Coffee Salted Gula Melaka

 

IT’S SIX PACK  White Coffee Salted Gula Melaka 

  • White coffee premix 30g x 6 sachets
  • Freeze dried coffee 1g x 6 sachets

 

 Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda membeli Aik Cheong It's Six Pack series Sempena perayaan hari Raya ini , anda akan dapat percuma 1 set sampul raya (angpow) bagi setiap box.

Baiklah, nak tengok macam mana rupa air ni boleh tonton video dibawah Cik iena bancuh semua air It's Sixpax series.

Aik Cheong IT’S SIXPACK berkonsepkan “Family-Styled Boxed” 


 

 

Dapatkan Variasi Produk Aik Cheong Secara Online


AIK CHEONG IT’S SIX PACK
 
 
Selaras dengan kemajuan teknologi terkini, kini anda boleh dapatkan produk Aik Cheong secara online di Official store mereka seperti dibawah.
 

Anda juga boleh dapatkan  variasi produk Aik Cheong di Aeon Big, Giant dan  Mydin.


AIK CHEONG IT’S SIX PACK

Untuk Maklumat Lanjut

Aik Cheong Instagram : @aikcheong_official
 
 IT's more than just Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc
 IT's more than just Instagram :  @its_by_acc

 

 

 

 

 

Tips Staycation di Hotel Semasa Pandemic

Dalam musim pandemicCovid-19 yang melanda satu dunia ini. Antara industi yang terkesan teruk adalah industri pelancongan. Terdapat juga banyak hotel yang terpaksa ditutup disebabkan pandemic ini.  Justeru itu dalam membantu industri pelancongan negara kita, kita juga boleh membantu dari segi  percutian dalam negara atau staycation.

Semasa pandemic covid-19 ini kita juga boleh pergi staycation bersama keluarga di Hotel hotel yang berdekatan dengan kita. Sekiranya aktiviti rentas negeri dibenarkan boleh lah ke negeri lain. Namun haruslah di dalam Malaysia.

Tips Staycation di Hotel  Semasa Pandemic

 

Tipu lah kalau kata tak rindu nak travel. Cik iena memang rindu sangat nak travel. Tapi mungkin dalam masa terdekat semasa musim pandemic ini Cik iena nak rancang staycation di Hotel sahaja. Tak perlu keluar berjalan jalan ke tempat public. Cuma nak Self reward dengan pergi staycation berdekatan. Bermalam di hotel tenangkan fikiran. Makan makanan sedap di Hotel dan mungkin juga boleh "Work From Hotel" bila da bosan asyik "work from home" je kan.

Baiklah bagi sesiapa yang merancang untuk Staycation di Hotel pada musim pandemic Covid-19 boleh lah ikut tips staycation dibawah. Tapi jangan pergi staycation semasa PKP 3.0 ni pula ya. Tunggu PKP 3.0 habis tau. Sebelum tu kita cuma rancang dulu.

Berikut Cik ienai Kongsikan 7 tips untuk anda yang nak buat staycation atau holiday masa Covid-19 belum reda ni.

Tips Staycation di Hotel  Semasa Pandemic


1. Bawa dan Gunakan Disinfectant /Sanitizers


Jangan lupa sepanjang anda berada di hotel, pastikan anda bawa hand sanitizer anda.Perkara pertama yang perlu disanitasi ialah kad bilik atau kunci yang anda dapat . Selepas dapat kunci anda  juga perlu  sanitasi semula ic dan kad kredit anda yang dipulangkan oleh staff front desk.


Germ Killer Produk Pembasmi Kuman berasaskan Air

 



Kemudian sejurus tiba dibilik anda juga perlu sanitasi bilik anda. Walaupun pihak Hotel telah sanitasi bilik tersebut  namun tak rugi jika anda membersihkannya sekali lagi. Sanitasi kawasan selalu disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, remote tv, sehinggalah ke kawasan letak tangan di meja dan kerusi.  

Sekiranya anda dapat bilik yang mana tingkap boleh dibuka. Buka ia sebentar. Beri udara segar masuk sekali-sekali.

Review The Everly Putrajaya Hotel



2. Pilih Hotel Baru / Rangkaian Antarabangsa


Tips Staycation di Hotel  Semasa Pandemic


Kebanyakan hotel baru ada ventilasi dengan standard terkini dan juga fasiliti yang baru. Ada yang dilengkapi dengan sistem penapis HEPA. Walaupun pakar tidak sepakat tentang kadar jangkitan Covid disebabkan sistem ventilasi, lebih baik untuk anda tinggal di hotel baru dari yang berusia. Seeloknya juga anda tempah hotel rangkaian antarabangsa. Hotel sebegini lazimnya serius dengan tahap kebersihan semasa Covid. 


Tips Staycation di Hotel  Semasa Pandemic

 

Kebiasaannya Hotel sebegini juga ada doktor yang dilantik khas oleh hotel jika ada sebarang kecemasan. Staff mereka juga lebih terlatih untuk kes yang melibatkan Covid dibandingkan dengan hotel bajet milik keluarga.

Tips Staycation di Hotel  Semasa Pandemic

 

Sekiranya anda ingin bercuti di sekitar Kuala Lumpur anda banyak pilihan hotel yang menarik untuk Staycation KL. Untuk orang melaka pula anda boleh cuba bercuti di The Pines Melaka. Bagi anda yang berada ni negeri sembilan jangan lepaskan peluang bercuti di  Lexis Hibiscus Port Dickson . Bolah lah pilih bilik yang ada private pool. 

Tips Staycation di Hotel  Semasa Pandemic



3. Baca Review. Elak Hotel Dengan Masalah Aircond


Antara  benda perlu dititikberatkan sebelum booking hotel anda perlu membaca review hotel . Ianya sangat penting lagi lagi semasa musim pandemic Covid ni.Apa yang perlu anda elakkan adalah hotel yang mempunyai masalah aircond. Kalau anda dapati ada yang merungut tentang air aircon yang menitik, berbau atau tidak sejuk, anda boleh cari hotel lain.


Review The Everly Putrajaya Hotel


Ada kemungkinan yang ianya tidak diservis dengan baik, dipenuhi habuk tebal dan berpeluang memerangkap kuman dan virus di dalam penapisnya. Anda juga perlu rajin-rajin juga untuk terus ke laman web rasmi atau FB hotel yang anda ingin menginap. Lihat samada mereka ada bercerita tentang langkah yang mereka ambil semasa Covid. Kalau tiada sebarang hebahan tentang cara mereka mensanitasi atau beradaptasi semasa Covid, pilih hotel lain.

4. Terhadkan Masa di Kawasan Sesak Hotel



Semasa berada di Hotel, kurangkan duduk lama dan bersembang kosong semasa makan di restoran hotel, jangan bersantai di lobi dan di kawasan awam hotel lain. Elakkan dari pergi gym, spa dan kolam renang walaupun ia dibuka. Tetapi kalau nak pergi juga perlu patuh sop.


Review The Everly Putrajaya Hotel



5. Kurangkan Contact dengan Orang Lain


Sekiranya anda biasa menggunakan valet parking, ini masa untuk anda park kereta anda sendiri. Seeloknya juga tidak perlu ambil service housekeeping. Anda boleh beritahu pekerja front desk yang anda tidak perlukan housekeeping.Ini adalah kerana sebelum ke bilik anda, staf housekeeping telah masuk ke banyak bilik lain dan mungkin terdedah kepada virus .


Review The Everly Putrajaya Hotel



Sekiranyasebelum ini anak-anak suka aktiviti pool dan biasa layan Kids Club, anda bolehlah skip aktiviti sebegini Anak anda boleh lakukan aktiviti mandi tub di dalam bilik hotel sahaja..Manakala sekiranya anda makan, lebih baik untuk anda order room service dari makan di restoran hotel kerana pada waktu ini, semua tetamu yang hadir membuka pelitup muka masing-masing. Anda tak tahu siapa sihat, siapa sakit.

 

6.  Tandas 

Sekiranya anda berada dikawasan lain di hotel jangan gunakan tandas lain di kawasan hotel. Sebaiknya gunakan tandas dibilik anda sahaja. Ini lebih selamat kerana toilet di kawasan awam hotel pasti ramai pelanggan dah guna dan kita pun tidak tau mereka bebas dari virus atau tidak.



7. Yang Penting – Jaga SOP


Ini juga sangat penting tidak kira dimana jua anda berada. jaga SOP. Jaga jarak fizikal anda bersama orang lain sekurang kurangnya 1 meter. Kerap pakai sanitizer dan jangan terlalu lama berborak dengan orang lain. Tidak kira dimana jua anda berada sila jaga SOP okay.

Kepada anda yang tidak sihat, Mohon jangan tidur di hotel kalau anda rasa kurang sihat, atau anda tinggal di dalam rumah yang ada mereka yang bergejala. Duduk di rumah adalah cara terbaik untuk anda mengelak dari dijangkiti, atau menjangkitkan orang lain dengan virus ini.

Tapi kalau anda sihat dan nak tidur di hotel sebab lemas di rumah semasa PKP,  ikut saranan WHO dan 7 tips yang cik iena kongsi diatas

Semoga kita semua dilindungi dari wabak ini.Aminn

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve