Grab The Promo

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face Tonic


ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face Tonic
Face Tonic atau Toner atau penyegar adalah salah satu daripada produk asas yang perlu dimiliki setiap jenis kulit dalam rangkaian penjagaan wajah. Setiap jenis kulit memerlukan toner dan akan merasakan manfaatnya asalkan memilih jenis toner yang tepat untuk kulitnya. Toner perlu di pilih dengan baik agar ianya sesuai di pakai oleh kulit kita.

Pada saat kita membersihkan wajah, baik menggunakan pembersih makeup ataupun sabun cuci muka, kita mengangkat semua kotoran yang ada di liang-liang. Ibaratnya seperti span pencuci pinggan mangkuk yang berlubang dan setelah dicuci bersih kita lap hingga kering, pori-pori yang sudah kita bersihkan menjadi "kosong" seperti rongga-rongga dalam span pencuci pinggan tersebut. Toner berfungsi mengembalikan semula kesegaran pada kulit dengan "membasahi" liang-liang tersebut sehingga kulit kembali kelihatan segar dan kenyal. 
Selain itu, kulit yang segar kerana toner akan lebih mudahnya menyerap produk-produk rawatan wajah selepas. Toner juga berfungsi menyeimbangkan pH balance pada kulit selepas kita bersihkan. Selain itu, produk ini juga membantu membersihkan sisa-sisa pembersihan yang melekat pada kulit. Perlu diingat, bahawa toner tidak berfungsi sebagai pembersih, seharusnya pada tahap ini kulit kita sudah bersih dengan sempurna selepas proses pembersihan dengan pembersih makeup dan sabun cuci muka.


Make Up Cleanser Milk sangat bagus untuk membersihkan solekan dari wajah di samping memberikan nutrisi pada wajah serta mengekalkan kelembapan wajah . Buat anda yang berkulit kering.



Setiap kulit memerlukan toner - baik kulit kering, normal mahupun berminyak sekalipun. Kita perlu bijak  memilih toner yang tepat untuk kulit kita. Kerana, apabila kulit kekurangan kelembapan dan cecair, maka kulit akan menghasilkan lebih banyak sebum untuk mengatasi kekurangan bekalan kelembapan tersebut.

Untuk kulit kering dan normal pilihlah toner yang boleh menambah kelembapan pada kulit iaitu toner yang mempunyai kandungan Hyaluronic Acid dan / atau glycerin sebagai kandungan utama toner tersebut. Elakkan toner yang mengandungi alcohol denat kerana boleh membuat kulit kering makin kering lagi dan lama-kelamaan dehidrasi.

Manakala untuk kulit berminyak boleh memilih toner yang dapat membantu mengekalkan pengeluaran minyak di wajah dan juga memberikan hasil yang matte seperti toner yang mengandungi zinc. Selain itu, biasanya toner yang dikhususkan untuk kulit berminyak mengandungi astringen tinggi sehingga membuat kulit pedih. Elakkan jenis toner seperti ini terutama dengan kandungan alkohol tinggi. Walaupun alkohol memberikan kesan matte pada awal pemakaian, tapi hasil tersebut hanya bersifat sementara.

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face Tonic

Dalam mengatasi beberapa masalah kulit ini Toner dari Ecowell Organic Skincare sesuai digunakan oleh semua jenis kulit kerana ianya mengandungi bahan organik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit serta membuang sebum serta kulit mati pada kulit disamping ianya tidak mengeringkan kulit malah ianya melembabkan kulit.






ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face TonicCik iena sendiri telah mencuba Face Tonic ini selama 18 hari .  Kulit lebih lembab dan glowing di tambah lagi dengan penggunaan Ecowell Make Up Cleanser Milk , Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream, Liquid Facial Soap dan Cell Renewal & Hydrating Face Mask.

Face Tonic ini memberikan kesegaran serta kelembapan pada raut wajah anda. Ianya juga tidak berminyak atau melekit. Ianya mudah meresap kedalam kulit dengan pantas.

Untuk mengelakkan pembaziran cik iena tidak menggunakan kapas seperti yang dinyatakan . Cik iena hanya sembur/spray pada wajah dan ratakan. Oleh sebab ianya dalam bentuk spray , sangat mudah untuk di aplikasikan dan ianya di yakini bersih kerana tiada sisa-sisa kotoran/ bakteria tangan melekat pada produk tersebut .

Produk produk kecantikan ini perlu di jaga rapi dari di hinggapi bakteria bakteria yang sedikit sebanyak mampu mengurangkan hasil yang sepatutnya di terima selepas memakai produk kecantikan. Produk-produk yang di cemari bakteria tidak akan memberi kesan yang sepenuhnya .

Jadi pada cik iena packaging produk jenama Ecowell ini sangat bagus, dengan menggunakan spray termasuk untuk krim pelembab muka . Kebiasaannya krim pelembab dalam bekas yan memerlukan kita menggunakan spatula yang bersih untuk mengambilnya bagi menhindari dari ianya di jangkiti bakteria tetapi kebiasaannya kita selalu engambil dengan menggunakan jari, ini sedikit sebanyak akan mendatangkan bakteria jika tangan kita tidak bersih.

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Face Tonic


Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini bolah dapatkan di senarai online store di bawah . Ianya juga di jual dalam bentuk trial pack bagi memudahkan anda untuk mencuba produk ini terlebih dahulu . 

Kebiasaannya tahap kesesuaian sesuatu produk kepada seseorang adalah berlainan . Jadi anda boleh mencuba trial pack tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui keberkesanannya . Cik iena sendiri mencuba trial pack tersebut. Nanti cik iena akan kongsikan lagi apa yang ada dalam trial pack ini dalam artikel berikutnya .

Set Lengkap Ecowell yang mengandungi Face Tonic, Ecowell Make Up Cleanser Milk , Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream, Liquid Facial Soap dan Cell Renewal & Hydrating Face Mask.
Set Lengkap Ecowell yang mengandungi Face Tonic, Ecowell Make Up Cleanser Milk , Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream, Liquid Facial Soap dan Cell Renewal & Hydrating Face Mask.



 DI MANA ANDA BOLEH DAPATKAN PRODUK INI ?




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve