Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, August 9, 2016

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream



ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Make Up Cleanser Milk
Moisturuzing cream atau krim pelembabsangat penting untuk perawatan kulit tidak kira untuk kegunaan siang hari mahupun malam hari terutama buat anda yang bermasalah kulit kering.

Penggunaan yang konsisten mampu memberikan kelembapan pada wajah anda dan merawat masalah pada wajah anda.

Terdapat banyak jenis Krim pelembab yang berada di pasaran, diantaranya yang harus anda cuba adalah  Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream  dari Ecowell . Ianya merupakan Organic Skincare yang di cipta has buat anda untuk merawat kulit anda secara semulajadi tanpa bahan yang boleh memudaratkan kulit anda. Krim pelembab yang berasaskan bahan semulajadi sangat di sarankan kerana pelembab berbahan semulajadi ini mampu  membantu mempertahankan kelembapan kulit lebih lama berbanding pelembab yang bukan dari bahan semulajadi.

Selain daripada itu di sebabkan ianya daripada bahan semulajadi , jadi ianya sangat bagus untuk di gunakan  dalam jangka waktu yang cukup panjang . Pelembab berbahan semulajadi ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit .



Make Up Cleanser Milk sangat bagus untuk membersihkan solekan dari wajah di samping memberikan nutrisi pada wajah serta mengekalkan kelembapan wajah . Buat anda yang berkulit kering.

Cik iena sendiri telah mencuba Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream  ini selama 12 hari . Ianya sememangnya mampu mengekalkan kelembapan kulit cik iena. Cik iena dapati walaupun cik iena tidak membasuh muka di waktu cik iena datang bulan (tidak solat) kulit muka cik iena kekal lembab dan rasa lembut sahaja.

Selain daripada itu jerawat datang bulan cik iena juga mengecut dan kering dengan cepat dengan penggunaan set kecantikan wajah dari Ecowell ini . Tidak perlu lagi menunggu lama untuk menghilangkan jerawat datang bulan.





ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream
 Packaging nya juga sangat memudahkan anda untuk mengaplikasikan  Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream  tersebut . Ianya dalam bentuk spray. jadi sangat mudah untuk menggunakannya.  Hanya spray pada jari anda  dan aplikasikan pada wajah anda . Lakukan urutan supaya ianya meresap ke dalam kulit kemudianboleh di pakai dengan BB cream kegemaran amda.

Anda juga boleh mengenakan solekan pada wajah kerana ianya akan kelihatan lebih cantik dengan kadar kelembapan kulit anda ketika memakai set kecantikan ini.

Kulit yang cantik dan lembab mampu merubah raut wajah anda apabila solekan di kenakan. Wajah anda akan lebih berseri-seri dan glowing.


 Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini bolah dapatkan di senarai online store di bawah . Ianya juga di jual dalam bentuk trial pack bagi memudahkan anda untuk mencuba produk ini terlebih dahulu . 

Kebiasaannya tahap kesesuaian sesuatu produk kepada seseorang adalah berlainan . Jadi anda boleh mencuba trial pack tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui keberkesanannya . Cik iena sendiri mencuba trial pack tersebut. Nanti cik iena akan kongsikan lagi apa yang ada dalam trial pack ini dalam artikel berikutnya .








 DI MANA ANDA BOLEH DAPATKAN PRODUK INI ?

ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream
ECOWELL ORGANIC SKINCARE | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Facebook Comment