Grab The Promo

Mangidam Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle

Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle di boat noodle
 
 
Boat Noodle sebuah Restoran makanan Thailand yang tidak asing lagi. Cik iena yakin pasti ramai yang sudah berkunjung ke Boat Noodle . Sebelum cik iena pernah review makanan di Boat Noodle . Selepas merasa keenakan makanan di sini , boleh di katakan cik iena sering datang ke Boat Noodle untuk menikmati hidangan dari Boat Noodle.


Boat Noodle Berjaya Times Square
Boat Noodle Berjaya Times Square
Diantara Boat Noodle yang sering cik iena kunjungi adalah di Berjaya Times Square, Avenue K dan juga Sunway Putra Mall. Diantara ketiga tiga lokasi ini,  cik iena lebih suka makan di Berjaya Times square. Sebelum ni cik iena hanya post di Laman sosial sahaja jika datang makan di Boat Noodle, tidak di abadikan dalam blog post sebab cik iena sangat sibuk tapi atas nasihat rakan blogger cik iena perlu tulis apa jua maksimum satu artikal satu hari.
 

Boat Noodle Berjaya Times Square
Boat Noodle Berjaya Times Square
 

Pening juga cik iena fikir nak tulis apa . Kalau nak tulis Advertorial punya post untuk cik iena makan masa kerana perlu mencari sumber terlebih dahula dan tulis betul-betul. Jadi hari ni kebetulan cik iena makan di Boat Noodle Berjaya Times Square Jadi Cik iena Kongsikan di Blog Okay.
 

Boat Noodle Berjaya Times Square
thanks deqnor
 

Terima kasih buat adik cik iena sebab melayan karenah kakak nya yang nak makan Boat Noodle. Tak nak makan bayak pun sekadar melepaskan niat teringin nak makan . Adik cik iena tak berapa suka boat noodle dia cuma suka air di boat noodle dan sangkaya berbeza dengan cik iena. Hampir kesemua menu di boat noodle menepati cita rasa cik iena.



Yum Mama Boat Noodle
Yum Mama Boat Noodle

Memandangkan cik iena dalam mood berdiet jadi cik iena cuma makan 3 mangkuk Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle dan Yum Mama serta coconut shake . Adik pula makan 2 mangkuk yutthaya Chicken Thai Rice Noodle dan Yum Mama kami kongsi serta Air teh kegemaran adik. Nampak tak siapa yang makan banyak sebenarnya. Kalau ikutkan cik iena boleh makan lebih dari 3 mangkuk tapi di sebabkan dalam mood diet , jadi tak boleh ikut nafsu :)
 



Yum Mama Boat Noodle
Yum Mama Boat Noodle



Jumlah makan malam kami hari ni cuma RM 37.60 . Selalu nya lebih dari ni . Kalau macam ni kene diet selalu dapat jimat. Okies Sehingga bertemu lagi Boat Noodle .



Boat Noodle




Mangidam Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle
TErima kasih deqnor temankan akak


Okies nak tau lagi ceritera cik iena di Boat Noodle jemput baca
Haha bukan main bagi link tapi yang cik iena tulis tak banyak pun walaupun dah banyak kali pergi
Almaklumlah sibuk sangat.
Sekarang walaupun sibuk cuba juga tulis satu artikel satu hari
(^_~)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve