Grab The Promo

Pastikan CC TV Berfungsi Untuk elak kecurian



Kepada peniaga atau pekedai pastikan cc tv anda berfungsi dengan baik bagi mengelakkan berlakunya kejadian kecurian di tempat anda. Sekiranya CC TV anda tidak berfungsi ada kemungkinan pekerja anda sendiri yang akan melakukan kegiatan curi tersebut atau mereka boleh juga memberi maklumat kepada orang-orang tertentu bahawa cc tv anda rosak lebih-lebih lagi ketika pada cuti umum.




Pastikan CC TV Berfungsi Untuk elak kecurian
Gambar keadaan kedai di my new fashion berjaya times square yang susunan barang agak sesak yang memudahkan lagi kerja-kerja pencuri atau penyeluk saku . Diatas bukan gambar pencuri ya..cik iena ambik gambar keadaan kedai je


Kehadiran pelanggan yang ramai boleh mengkaburi mata anda daripada aktiviti si pencuri. Pelbagai teknik di gunakan oleh pencuri termasuk menggunakan kanak-kanak. Maka anda perlu lebih berwaspada untuk mengelak dari berlakunya kejadian kecurian di tempat anda yang mana sedikit sebanyak akan menjejaskan nama kedai anda.



SUSULAN KES PICK POCKET CIK IENA DI MY NEW FASHION TIMES SQUARE



Kejadian berlaku pada 8 November 2015. Pada 10 November 2015 setelah tiada panggilan di buat daripada pihak kedai dan juga pihak pengurusan times square maka cik iena membuat keputusan untuk hadir sendiri ke kedai tersebut. Cik iena mengambil tindakan ini dengan meminta izin terlebih dahulu daripada pegawai polis yang memegang kes cik iena. Menurut Beliau cik iena ada hak untuk ke kedai tersebut tanpa pihak pengurusan dan polis untuk mengetahui perkembangan mengenai rakaman cc tv yang di janjikan.

 Setelah sampai di tempat kejadian . Cik iena bertemu tuan empunya My New Fashion . Menurut beliau cc tv beliau sudah rosak 4 hari yang lepas. Tiada rakaman yang boleh di lihat. Nampaknya peluang cik iena untuk lihat bagaimana si pencuri mengambil handphone dan barang-barang berharga cik iena tidak kesampaian. Terkilan memang sangat terkilan. Takpelah takda rezeki nak tahu. Insya Allah pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini.


Gambar keadaan kedai di my new fashion berjaya times square
Gambar keadaan kedai di my new fashion berjaya times square



Menurut tuan empunya kedai . Kebiasaannya beliau akan memantau cc tv beliau jika beliau berada di kedai. Jika terdapat kecurigaan berlaku beliau sendiri akan memeriksa  tetapi pada hari kejadian beliau hadir setelah cik iena di pick pocket dan untuk menyelamatkan daripada pencuri dan pekerja mengetahui bahawa cc tv rosak. beliau telah menghalau cik iena dan rakan dan menyatakan tidak mungkin berlaku di situ mungkin di tempat lain. Di situ cik iena berasa sangat kecewa dengan tindakan beliau .

Setelah bersemuka dan mendengar  segala penjelasan  beliau bahawa melakukan seperti itu adalah untuk keselamatan kedai  beliau. Walabagaimanapun pada cik iena, caranya agak keterlaluan dengan menghalau  pelanggan. Baiklah cik iena maafkan je lah benda dah berlalu cuma terkilan tak dapat tengok rakaman cc tv . dimana pada cik iena rakaman itu sangat penting selain dapat melihat wajah pencuri dapat juga merakamkan cara-cara pencuri mencuri dimana ianya boleh dijadikan iktibar buat cik iena dan juga rakan-rakan yang lain.

Menurut tuan empunya kedai kebiasaan nya kes kecurian yang berlaku di kedai beliau , si pencuri adalah berbangsa india. pada kali ini cik iena menasihati beliau bahawa beliau perlu lebih berhati-hati kerana dalam kes cik iena bukan warga india yang mencuri sebaliknya bukan warganegara malaysia.

MEnurut beliau lagi pelbagai cara di guna untuk mencuri termasuk menggunakan kanak-kanak.  Pabila si ibu atau bapa memilih pakaian dan menyuruh pekerja mengambil pakaian. Si anak akan menjalankan kerja-kerja mencuri di bahagian kaunter kedai. Jadi kita perlu lebih berhati-hati dengan semua orang di sekeliling kita. Zaman sekarang orang sanggup buat macam-macam untuk memenuhi keperluan hidup.



Gambar keadaan kedai di my new fashion berjaya times square
Gambar keadaan kedai di my new fashion berjaya times square


Selain daripada kanak-kanak menjadi alat untuk mencuri. Wanita berjubah bertudung labuh juga pernah mencuri di kedai beliau . Kebanyakan kejadian kecurian di lakukan secara berkumpulan bagi mengaburi mata orang ramai.

Okay secara kesimpulannya tidak kira dimana jua kita berada kita perlu berhati hati dengan kejadian seluk saku seperti ini . Jika di pusat membeli belah Pencuri memilih untuk menjadi penyeluk saku kerana ianya di buat secara senyap dan teliti maka tiada yang akan perasan dan mengejar mereka .



TIADA TINDAKAN SUSULAN DARIPADA PENGURUSAN BERJAYA TIMES SQUARE


Disini cik iena ada rasa dukacita kerana apa yang dijanjikan hanya kata-kata semata. Bahkan cik iena pula yang follow up dengan tuan kedai untuk melihat rakaman cc tv. Pihak pengurusan tidak membuat sebarang tindakan lagi menurut tuan empunya kedai . Tiada lawatan susulan di buat di kedai tersebut. Mohon Pihak pengurusan Berjaya Times Square jangan sekadar cakap mulut tapi tiada tindakan yang di buat. Mungkin bukan awak yang kene pick pocket awak tak tau rasanya macam mana kehilangan barang penting kerugian beribu ringgit . Dan mungkin anda juga terlalu kaya sehingga merasakan kerugian beribu ringgit seolah sepuluh sen dua puluh sen . Maka anda pun mengambil sambil lewa.

Semasa cik iena membuat aduan di pihak pengurusan pihak pengurusan mengatakan kebanyakan mangsa tidak memberi salinan report polis maka tidak ada tindakan untuk melihat rakaman cc tv di buat di kedai. Tapi cik iena telah pun memberi salinan report polis namun tiada tindakan di buat menurut tuan kedai. Mungkin nak tunguu seminggu dua atau sebulan dua baru nak ambil tindakan. Nanti cakap ouh memori cc tv full tak dapat tengok. (^_~)

Mohon pihak penguran mana-mana pusat membeli belah pun jangan ambil sambil lewa sahaja. benda ini sedikit sebanyak akan menjejaskan nama pusat membeli belah dimana anda bekerja.


Sehingga kini juga tiada update daripada pihak polis yang meminta IMEI number hp cik iena . Takpelah memang mustahil nak dapat balik kan. Cik iena berharap semoga pencuri mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat .


Lokasi Kejadian : My New Fashion, Lot 02-56D & B, East, Second Floor , Berjaya Times Square , Kuala Lumpur





http://www.ienaeliena.com/2015/11/simcard-baru-di-digi-berjaya-times.html?m=0

http://www.ienaeliena.com/2015/11/boat-noodle-berjaya-times-square.html?m=0








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve