Grab The Promo
Grab The Promo

Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam

Apa Itu Skim Perlindungan B40 mySalam?


Cuba anda bayangkan ini sebagai hadiah perlindungan kesihatan PERCUMA dari kerajaan untuk keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan (dikenali sebagai golongan B40).

Disediakan oleh:
Kerajaan Malaysia (Kementerian Kewangan)
Dikelolakan oleh: Great Eastern Takaful Berhad

Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam


Kenapa Ia Sangat Baik Untuk Golongan B40?

 

  1. PERCUMA SEPENUHNYA
    • Penerima tidak perlu membayar sebarang premium atau caj. Ini adalah bantuan langsung khas buat  mereka yang mungkin tidak mampu mengeluarkan wang untuk insurans kesihatan

  2. Perlindungan Asas Yang Penting
    • Skim ini memberi dua "bantuan tunai" utama apabila ditimpa musibah kesihatan:
    • Manfaat 1: Bantuan Wang Tunai Untuk 45 Penyakit Kritikal (seperti serangan jantung, kanser, strok)
      • Jika disahkan menghidap salah satu penyakit yang dilindungi, penerima akan mendapat wang tunai satu kali (contohnya RM4,000 atau RM8,000, bergantung pada jenis penyakit).
      • Wang ini boleh digunakan untuk sebarang keperluan seperti:
        1. Kos rawatan tambahan
        2. Kos pengangkutan ke hospital
        3. Gantian pendapatan sementara tidak boleh bekerja
        4. Membeli makanan khas atau keperluan keluarga.
    • Manfaat 2: Bayaran Ganti Rugi Hospitalisasi
      • Jika dimasukkan ke wad kerajaan, penerima akan mendapat wang tunai harian (contohnya RM50 atau RM80 sehari) untuk setiap hari di hospital.
      • Wang ini membantu menampung kos sampingan semasa di hospital, seperti:
      1. Kos untuk penjaga yang menemani
      2. Pengangkutan keluarga untuk melawat
      3. Keperluan peribadi di wad. 

  3. Tempoh Perlindungan Dipanjangkan
    • Skim ini pada asalnya adalah untuk tahun 2019-2023, tetapi telah dilanjutkan sehingga 2026 kerana ia terbukti banyak membantu rakyat.

     


    Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
    Wad dua Hospital Kuala Kubu Bharu

     

Kenapa Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam Menguntungkan?

Tiada Kos: Langsung tidak membebankan kewangan penerima.

Wang Tunai Terus Masuk Tangan: Bantuan diberi dalam bentuk tunai, bukan baucar atau bil hospital. Penerima bebas gunakan untuk keperluan paling mendesak.

Jaring Keselamatan: Memberi sedikit 'nafas' kewangan ketika ditimpa sakit teruk atau kemalangan, mengelak keluarga daripada terpaksa berhutang.

Mudah & Sah: Dikelola oleh syarikat takaful ternama, proses tuntutan diuruskan secara profesional.

Siapa Yang Layak untuk mohon Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam?

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH/BKM) atau mereka yang tersenarai dalam pangkalan data B40 kerajaan.

Lazimnya, mereka akan dimaklumkan secara terus sama ada melalui SMS atau surat.

Kesimpulan: Skim mySalam ini adalah jaring keselamatan kesihatan asas secara percuma dari kerajaan. Ia bertujuan meringankan beban kewangan keluarga B40 ketika melalui saat-saat sukar akibat sakit teruk atau kemasukan ke hospital, dengan memberikan bantuan tunai yang boleh digunakan secara fleksibel.

 

Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam

 

DUA JENIS MANFAAT UTAMA

  1. MANFAAT HOSPITALISASI (WANG TUNAI HARIAN)

    • Apa yang anda dapat:
      • RM 50 sehari untuk setiap hari anda dimasukkan ke wad.
      • Maksimum 14 hari setahun (jumlah maksimum RM 700 setahun).
    • Syarat-syarat penting:
      • Hospital yang dilindungi: Hanya untuk kemasukan ke:
        1. Hospital Kerajaan
        2. Hospital Universiti (Awam)
        3. Hospital Angkatan Tentera
      • Peraturan utama: Anda perlu bermalam di wad. Masuk wad dan keluar pada hari yang sama tidak layak.
      • Cara kiraan: Jika dimasukkan selama 5 hari, dapat RM 250 (5 hari x RM 50). Jika dimasukkan 20 hari, tetap dapat maksimum RM 700 untuk tahun itu (kerana had 14 hari).
    • Untuk apa wang ini?
      • Bantuan kos sampingan seperti pengangkutan keluarga, upah penjaga, makanan tambahan, atau keperluan semasa di hospital.
      • Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam

  2. MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL (WANG TUNAI SEKALIGUS)

    • Apa yang anda dapat:
      • RM 8,000 sekali seumur hidup yang akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.
    • Syarat-syarat penting:
      • Jumlah penyakit: Perlindungan untuk 50 jenis penyakit kritikal (senarai lengkap boleh disemak di laman web mySalam).
      • Diagnosis: Mesti disahkan menghidap salah satu daripada 50 penyakit tersebut oleh doktor hospital yang diiktiraf.
      • Bayaran sekali sahaja: Manfaat ini hanya boleh dituntut sekali seumur hidup sahaja. Tidak boleh dituntut berulang kali.
    • Untuk apa wang RM 8,000 ini?
      • Wang ini bertindak sebagai bantuan kewangan besar untuk menanggung kos seperti rawatan khusus, ubat-ubatan, peralatan perubatan, atau menampung kehilangan pendapatan semasa dalam proses pemulihan.

 

SIAPA YANG LAYAK MENJADI AHLI?


Kelayakan adalah AUTOMATIK berdasarkan dua kriteria ini:

KRITERIA 1: ANDA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN

Anda mestilah seorang penerima (atau pernah diterima) dalam mana-mana skim bantuan tunai kerajaan ini:

  1. BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) - ATAU
  2. BSH (Bantuan Sara Hidup) - ATAU
  3. BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) - ATAU
  4. BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) - ATAU
  5. STR (Sumbangan Tunai Rahmah)

Nota: Kelayakan diproses sepenuhnya melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Anda tidak perlu mendaftar sendiri untuk mySalam.

KRITERIA 2: ANDA MEMENUHI SYARAT UMUR

KATEGORI PENERIMASYARAT UMUR
Kategori BerkahwinIndividu 18 - 65 tahun DAN pasangan mereka (tanpa mengira pendapatan pasangan).
Kategori BujangIndividu bujang 21 - 65 tahun.
Kategori OKUIndividu Orang Kurang Upaya 18 - 65 tahun.



PROSES KELAYAKAN (CARA ANDA DIPILIH)

  1. Anda memohon bantuan kerajaan (BSH/BKM/STR) melalui LHDN.
  2. LHDN akan memproses dan menentukan jika anda layak.
  3. Jika anda LAYAK mendapat bantuan tunai DAN memenuhi syarat umur, nama anda akan DIHANTAR OTOMATIK ke Great Eastern Takaful untuk didaftarkan sebagai ahli mySalam.
  4. Anda akan menerima notifikasi melalui SMS yang mengesahkan kelayakan anda. SMS ini adalah bukti anda dilindungi.


RINGKASAN PENTING

  1. PERCUMA: Tiada bayaran langsung daripada anda.
  2. AUTOMATIK: Daftar secara automatik jika layak bantuan kerajaan.
  3. LIPUTAN ASAS: Memberi dua lapis perlindungan - untuk kemasukan ke wad (bantuan harian) dan penyakit kritikal (bantuan sekali gus).
  4. TEMPOH: Dilindungi sepanjang tahun untuk tahun perlindungan semasa (sehingga 2025 setakat ini).
  5. HOSPITAL: Manfaat hospitalisasi hanya untuk hospital kerajaan/awam.


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

  1. Pastikan nombor telefon anda betul dalam rekod LHDN untuk menerima SMS notifikasi.
  2. Simpan SMS yang memberitahu anda layak sebagai rujukan.
  3. Jika anda menerima bantuan kerajaan tetapi tidak pasti status mySalam, anda boleh semak kelayakan secara online di laman web rasmi mySalam atau hubungi pusat khidmat pelanggan mereka.


Skim ini direka khas sebagai "jaring keselamatan kesihatan asas" untuk meringankan beban kewangan segera keluarga B40 apabila berdepan dengan isu kesihatan yang serius.

SEKIRANYA LUPA KATA LALUAN

Kebanyakan kes ini kerana anda telah di daftarkan oleh team wakil rakyat ditempat anda yang membantu penduduk untuk apply skim ini. Jadi untuk kes ini anda perlu menekan option terlupa kata laluan. Anda dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan, kemudian akan tertera nombor talifon dan anda perlu mengesahkan adakah ianya nombor talifon anda. Sekiranya anda didaftarkan oleh orang lain maka nombor orang lain akan tertera jadi disini anda perlu mengesahkan ianya bukan nombor talison anda dan anda perlu memasukkan nombor yang baru.

Jika tak silap Cik iena untuk kes ini ada beberapa solan yang perlu anda jawab untuk mengesahkan identiti anda. Jika tidak silap cik iena poskod alamat yang didaftarkan . Kebiasaannya adalah poskod alamat di dalam nombor kad pengenalan anda.

 

Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam

 

Cara Claim Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam


Layari

https://www.mysalam.com.my/b40/public/

Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
Login MySalam akaun

Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
Menu MySalam, Klik tuntutan


Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
klik penyerahan tuntutan




Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam


Tuntutan Hospitalisasi

Syarat-syarat:
  • Kemasukan ke Panel Hospital di Malaysia untuk perkhidmatan dan / atau rawatan perubatan yang diperlukan untuk sekurang-kurangnya satu malam.
  • Memperolehi satu salinan Surat Discaj yang lengkap dan ditandatangani oleh doktor atau pegawai perubatan apabila keluar dari hospital. Contoh Ringkasan Discaj
Proses langkah demi langkah untuk mengemukakan Tuntutan Hospitalisasi:
1Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
2Klik ikon "Tuntutan", kemudian ikon "Penyerahan Tuntutan". Skrol ke bawah laman dan klik ikon "Tuntutan Hospitalisasi".
3Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang "Lampirkan" untuk memuat naik dokumen berikut dalam format *.pdf, *.png atau *.jpeg
  • a) Salinan Nota Discaj
  • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
4Klik butang "Hantar" untuk melengkapkan proses tuntutan.

Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
klik tuntutan hospitalisasi



Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
isi maklumat yang diperlukan
 


Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
lampirkan salinan ked pengenalan depan belakang dan surat discharge hospital

 


Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
Contoh surat discharge
 


Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
Submit dan sahkan

 

Cara Claim mySalam -Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
Permohonan selesai dihantar



Nanti Cik iena akan update status dari masa ke semasa okay . Sekian perkongsian Cik iena untuk cara claim mySalam . Cik iena tulis artikel sebab ada yang tidak tau bagaimana untuk claim . Cik iena sendiri tolong kawan sebilik masa mak dekat hospital untuk buat tuntutan ni. Bukan semua orang tau kan. Jadi Cik iena kongsi untuk rujukan.



 



Bufet Ramadan 2026 : Dorsett Hartamas Kuala Lumpur - Sajian Nusantara Rasa Warisan Serantau

Ramadan semakin menghampiri kita, dan inilah masa terbaik untuk refleksi, perancangan, serta memperkukuh nilai murni dalam kehidupan dan kerjaya. Bulan yang penuh keberkatan ini bukan sahaja mengajak kita memperbanyakkan amalan, tetapi juga mencipta ruang untuk kebersamaan, kesyukuran, dan meraikan tradisi bersama insan tersayang.



Sajian Nusantara Rasa Warisan Serantau


Seiring persiapan hati, jiwa dan amalan untuk menyambut bulan mulia ini, Dorsett Hartmas Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk menikmati sebuah perjalanan kulinari yang penuh warisan menerusi bufet makan malam mewah yang meraikan kehangatan, keaslian serta kepelbagaian masakan tradisional Melayu dan Nusantara.

SAJIAN NUSANTARA - DATO CHEF ISMAIL


Pengalaman istimewa ini dimeriahkan lagi menerusi kolaborasi khas bersama Chef Selebriti, Dato’ Chef Ismail, yang dipersembahkan bersama Chef Ahmad, Ketua Chef Table Talk. Bufet ini menampilkan pilihan eksklusif hidangan istimewa Dato’ Chef Ismail yang disediakan dengan teliti dan dipersembahkan bersama pasukan kulinari Table Talk.
 
Bufet Ramadan 2026 : Dorsett Hartamas Kuala Lumpur - Sajian Nusantara Rasa Warisan Serantau
Cik iena bergambar bersama Chef Selebriti, Dato’ Chef Ismail



Sebagai penghormatan kepada legasi masakan warisan yang kaya dengan resipi turun-temurun dan rasa autentik seperti masakan di rumah, bufet ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang mengagumkan  daripada pembuka selera segar dan ulam-ulaman tradisional, hidangan utama yang mengenyangkan, gerai masakan secara langsung, sehinggalah pencuci mulut yang memikat. Suasana malam turut diserikan dengan persembahan muzik secara langsung oleh Sam Miguel Entertainment, mewujudkan ambien yang hangat dan harmoni sepanjang pengalaman menjamu selera.

SAM MIGUEL ENTERTAINMENT
SAM MIGUEL ENTERTAINMENT


Pembuka Selera yang Menyelerakan


Pengalaman bermula dengan pilihan Pembuka Selera yang meriah termasuk aneka kerabu seperti:
  • Kerabu Mangga
  • Kerabu Makanan Laut
  • Kerabu Daging
  • Acar Buah


    SAJIAN NUSANTARA - ASSORTED KERABU
    SAJIAN NUSANTARA - ASSORTED KERABU

Hidangan ini dilengkapkan dengan Gado-Gado serta Jeruk Tradisional. Pelbagai jenis Sambal Tradisi, Ulam-Ulaman Desa, salad serta pelengkap hidangan turut disediakan bagi menyerlahkan pengalaman makan ala kampung yang asli.

SAJIAN NUSANTARA - FROM THE BLUE OCEAN
SAJIAN NUSANTARA - FROM THE BLUE OCEAN

Hidangan Laut & Sup Warung yang Menggamit Selera


Peminat makanan laut pasti teruja dengan pilihan From the Blue Ocean, termasuk Salmon salai dan makanan laut segar atas ais.

Tetamu juga boleh menikmati hidangan yang menenangkan seperti:
  • Sup Buntut Sapi
  • Bubur Lambok
  • Sup Cendawan
yang tersedia di gerai warung sup & bubur.

Hidangan Utama Istimewa Dato’ Chef Ismail


Tarikan utama bufet ini adalah hidangan istimewa hasil sentuhan Dato’ Chef Ismail, antaranya:
  • Nasi Briyani Kambing
  • Ayam Penyet
  • Gulai Ayam dengan Nangka Muda
  • Daging Rendang Padang
  • Kari Ketam Bunga
  • Pais Ikan Berulam
  • Rawon
  • Gulai Tanjung
  • Sate Madura
  • Badak Berendam Tepung Pulut Hitam
  • Dodol dan Wajid

Selain itu, hidangan utama turut menampilkan pilihan seperti:
  • Nasi Hujan Panas
  • Kambing Masak Merah
  • Udang Sambal Petai
  • Pelbagai jenis sayuran

yang disediakan oleh Chef Ahmad dan pasukan kulinarinya.

SAJIAN NUSANTARA - NASI KAMBING
SAJIAN NUSANTARA - NASI KAMBING

Gerai Warung Secara Langsung yang Menarik


Menambah kemeriahan malam adalah gerai bertema dan masakan secara langsung, termasuk:
  • Roti Canai dan Murtabak
  • Mee Kari dan Bakso
  • Indo Mee Goreng
  • Aneka Satay
  • Kambing Panggang Seekor
  • Pilihan Pasta
  • Gorengan
  • Rojak Buah
  • Kurma
SAJIAN NUSANTARA - ROASTED LAMB
SAJIAN NUSANTARA - ROASTED LAMB

 

Pencuci Mulut Tradisional yang Menggoda


SAJIAN NUSANTARA - ASSORTED FRUITS
SAJIAN NUSANTARA - ASSORTED FRUITS


SAJIAN NUSANTARA - DESSERT
SAJIAN NUSANTARA - DESSERT


Untuk mengakhiri hidangan dengan manis, para tetamu boleh menikmati:

  • Kuih-muih tradisional
  • Puding dan pelbagai dessert
  • Buah-buahan segar
  • Air Pancut Coklat
  • Aiskrim
  • Cendol dan Ais Kacang

Minuman seperti Teh Tarik, Milo Tarik, serta jus sejuk turut disediakan.


SAJIAN NUSANTARA - ASSORTED DRINKS
SAJIAN NUSANTARA - ASSORTED DRINKS


SAJIAN NUSANTARA OFFER
SAJIAN NUSANTARA OFFER

Harga Menarik & Promosi Istimewa


Pengalaman Sajian Nusantara – Rasa Warisan Serantau ditawarkan pada harga:

  • RM148 nett seorang dewasa
  • RM88 nett untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (5–12 tahun)

Promosi turut termasuk:

  • Early Bird Special hanya RM118 nett seorang dewasa (sehingga 16 Februari 2026)
  • Buy 3 Free 1 untuk minggu pertama bufet (23 Februari – 2 Mac 2026)

    SAJIAN NUSANTARA - SAGEMAKER ASIA
    SAJIAN NUSANTARA - SAGEMAKER ASIA




    Jadi jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur. Tempah Sekarang!

 



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve