Grab The Promo

Refurbished Desktop Laptop Murah di APR Electronics and Services

Zaman sekarang ni sememangnya komputer atau kamputer riba menjadi keperluan bagi kita tidak kira golongan pengguna. Bahkan kanak kanak sekolah juga amat memerlukan komputer pada masa kini. Dalam pandemik Covid yang melanda dunia sekarang ini , Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memang sedang giat berlansung.

 

Refurbished Desktop Laptop Murah di  APR Electronics and Services

 

Malahan kebanyakan syarikat juga bekerja konsep work from home dan sememangnya memerlukan komputer riba dirumah. dalam keadaan ekonomi sekarang pastinya agak membebankan jika ingin membeli komputer yang baru.

Jadi refurbished laptop sangat mendapat sambutan bagi mengurangkan kos perbelanjaan dalam meneruskan kehidupan seharian. Disini Cik iena ingin berkongsi tempat dimana anda boleh membeli refurbished laptop atau laptop second hand mahupun komputer yang masih lagi bagus.

Anda juga boleh trade in komputer anda dapatkan di APR Electronics and Services Sdn Bhd melalui APR’s Buyback Programme mereka. Bukan sahaja komputer. Talifon pintar juga anda boleh dapatkan disini.

 Jom Cik iena kongsikan mengenai APR Electronics and Services Sdn Bhd  dan APR’s Buyback Programme dari mereka.



APR ELECTRONIC SERVICES SDN BHD



APR’s Buyback Programme

APR Electronics and Services Sdn Bhd Merupakan sebuah syarikat komputer riba dan PC yang telah diperbaharui yang telah berkecipung dalam industri ini selama 20 tahun yang lalu. Merupakan anak syarikat APR Capital Holding dan kini merupakan salah satu daripada syarikat peranti elektronik terbesar di Malaysia. APR Electronic Services menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan di Penang, Kuala Lumpur, Johor, Malaysia , Pattaya, Thailand dan Sydney, Australia .

APR Electronic Services menawarkan servis  Buyback (Pembelian Balik) / dan Trade In Services(Perdagangan Dalam Perkhidmatan) .Reusing ,Menggunakan semula (Menjadikan komputer riba berpatutan untuk rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan. 

Dengan kerjasama dengan salah satu kolej teknikal dan pusat pembaikan yang terbesar di China, mereka bukan sahaja menjual bahagian pengganti tetapi menyediakan khidmat memperbaiki juga. APR Electronic Services juga mempunyai pasukan juruteknik komputer riba yang terlatih dan diperakui untuk membaiki komputer riba dan notebook seperti jenama Asus, HP, Acer, Dell, Toshiba dan banyak lagi. Untuk makluman mereka juga membaiki perkakasan IT buat  rakan luar dengan AIG, Courts, Harvey Norman, One Care Global & pelbagai MNCs. 


APR
menawarkan penyelesaian pembelian balik dan pertukaran untuk semua pelanggan dan rakan mereka  dari semua syarikat, sekolah, bank atau pembekal dengan sumber yang dapat dikesan.Semua perkakasan yang tidak dapat dipasarkan semula akan dikitar semula - di rumah - dengan semua perakuan dan perakuan pelupusan yang berkaitan.

APR akan membaik pulih dan memasarkan semula 95% peralatan terpakai yang mereka beli dan memanjangkan jangka hayat perkakasan dan mengurangkan pelupusan sampah.

APR juga menawarkan pembelian balik dengan menawarkan penyelesaian bagi hasil. APR mengambil perkakasan, mengumpulkan dan mengaudit sebagai standard. Perkakasan kemudian disimpan di gudang selamat kami, diiklankan dan dijual ke pangkalan pelanggan antarabangsa .

 

APR Electronic Services juga dalam kerjasama dengan penjual dan pengedar untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka. Matlamat utama adalah untuk menyediakan satu penyelesaian IT pada harga yang berpatutan, membekalkan apa yang penting kepada pelanggan dan rakan kongsi.

 


 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai APR’s Buyback Programme boleh rujuk di   https://apr-es.com/buyback-program/



KELEBIHAN APR ELECTRONIC SERVICES


Antara kelebihan APR Electronic Services adalah mereka mempunyai makmal yang besar untuk kerja kerja pembaikan. Mereka juga telah menghantar beberapa pekerja sepenuh masa ke China untuk belajar, mengamalkan kemahiran memperbaiki alat elektonik tersebut. Setiap produk yang dijual juga dikawal oleh QC Department dan setiap tempahan akan tiba di tangan pembeli seawal 7 ke 14 hari. APR Electronic Services juga merupakan satu satunya syarikat elektronik  di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pinjaman sementara peranti kepada para pelanggan apabila peranti mereka dibaiki atau tuntutan waranti.

APR Electronic Service juga telah Membaik pulih lebih daripada 180,000 peranti IT selama 20 tahun. Bekerjasama dengan Acer, Toshiba, Dell dan Intel menjadikan mereka sebuah syarikat pelupusan IT yang berpengalaman, profesional & beretika.


APR CUSTOMER



Rata rata kesemua pelanggan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Jadi kepada anda diluar sana yang ingin mendapatkan komputer mahupun smartphone refurbished pada kualiti terbaik dengan harga berpatutan anda boleh lah dapatkan di APR .

 

Refurbished Desktop Laptop Murah di  APR Electronics and Services

 



Untuk Maklumat Lanjut 

Website : https://apr-es.com/

Anda juga boleh dapatkan pelbagai peranti IT yang baru mahupun refurbish  pada harga yang berpatutan di techmurah.com

datamatrix

 



Tempat Online Terbaik Untuk Membeli Vitamin di iHerb

Dalam masa musim pandemik Covid-19  ni memang ramai yang sibuk mencari vitamin untuk keperluan diri sendiri dan keluarga bagi meningkatkan sistem imunisasi untuk mencegah dari terkena virus Covid-19 yang semakin mengganas.

Tempat Online Terbaik Untuk Membeli Vitamin di iHerb

 

VITAMIN C merupakan nutrisi penting bagi meningkatkan imunisasi tubuh dan kita digalakkan  untuk makan buah-buahan serta sayur-sayuran kerana ia kaya dengan vitamin tersebut. 

Disini Cik iena ingin mencadangkan tempat online terbaik untuk anda membeli Vitamin iaitu di iHerb Bukan sahaja vitamin yang terdapat di iHerb malahan terdapat pelbagai lagi supplements untuk kesihatan, kecantikan mahupun kawalan berat badan serta rangkaian produk penjagaan wajah yang rata rata mendapat review yang baik dari pelanggan pelanggan mereka.

Harga yang ditawarkan juga dikatakan murah menjadikan ramai juga orang membeli secara pukal disini tidak terlepas juga Cik iena. Cik iena juga ambil kesempatan untuk membeli lebih vitamin termasuk supplements untuk kecantikan kulit dan juga vitamin untuk tingkatkan sistem imunity.

 

Tempat Online Terbaik Untuk Membeli Vitamin di iHerb

IHerb.com

iHerb adalah syarikat runcit yang menawarkan vitamin, suplemen pemakanan, dan pelbagai produk mesra alam.

Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 1996, dan menawarkan penghantaran berpatutan (kadangkala percuma) ke seluruh dunia.

iHerb dianggap sebagai salah satu kedai dalam talian terbesar di dunia yang menjual produk semula jadi, dengan pilihan 1,200 jenama dan lebih dari 35,000 produk.

Di antara sebilangan besar jenama ini, terdapat nama-nama terkenal seperti Weleda, Solgar, Munchkin, Twinings, Avalon, dan Tiger Balm.

 

Caj Penghantaran iHerb

Malaysia - Penghantaran Percuma ke Malaysia dengan harga USD $ 40 + Pesanan
Indonesia - Penghantaran Percuma ke Indonesia dengan harga USD $ 40 + Pesanan

 

Tempat Online Terbaik Untuk Membeli Vitamin di iHerb

Berikut Cik iena kongsikan antara produk yang cik iena telah beli

  1. California Gold Nutrition, Gold C, Vitamin C, 1,000 mg, 60 Veggie Capsules
  2. California Gold Nutrition, CollagenUP, Marine Hydrolyzed Collagen + Hyaluronic Acid + Vitamin C, Unflavored, 16.37 oz (464 g)
  3. California Gold Nutrition, Vitamin C Gummies, Natural Orange Flavor, Gelatin Free, 90 Gummies
  4. California Gold Nutrition, Immune 4, Immune System Support, 180 Veggie Capsules
  5. California Gold Nutrition, L-Glutathione (Reduced), 500 mg, 120 Veggie Capsules 

Kesemua produk yang Cik iena beli adalah produk yang i Herb Brands, Produk Best Seller dan iTested product. 


iTested product dari iHerb


Untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan terhadap i Herb Brands, iHerb telah melaksanakan iTested program. iTested menilai Jenama i Herb sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menyampaikan produk yang memenuhi standard kualiti yang tinggi. 


iTested product dari iHerb
iTested product dari i Herb




Apabila produk mempunyai logo iTested, ini bermaksud ia telah dinilai oleh makmal pihak ketiga bebas yang memberikan maklumat neutral dan tidak berat sebelah menggunakan kaedah ujian saintifik.

Setiap produk yang telah iTested akan menyertakan laporan yang Disahkan iTested. Anda boleh melihat laporan iTested Verified untuk setiap produk dengan mengklik pada pautan iTested Verified di halaman produk. Laporan ini akan memberikan perincian ujian yang berlaku dan hasilnya.

iTested product ini sangat pentingbagi i Herb untuk memastikan Kualiti dan Keaslian produk  agar anda dapat membeli Jenama i Herb dengan kepercayaan dan keyakinan. 


Kepada anda diluar sana yang tercari cari Vitamin C pada harga yang berpatutan anda boleh dapatkan di i Herb. Namun dalam mengamalkan Vitamin C anda perlu lah amalkan dalam jumlah yang doiperlukan sahaja. Jangan ambil Vitamin C terlalu banyak kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan anda juga.

 

Kesan vitamin C secara berlebihan

Berikut adalah beberapa kesan sampingan pengambilan vitamin C secara berlebihan atau dalam dos tinggi.

1. Menyebabkan masalah pencernaan


Masalah pencernaan seperti cirit-birit adalah kesan sampingan paling biasa terutamanya jika seseorang itu mengambil vitamin C dalam bentuk tablet.

Gangguan itu boleh berlaku jika anda mengambil vitamin C lebih daripada 2,000 miligram (mg) sekaligus.

2. Zat besi berlebihan


Vitamin C berperanan untuk menyerap zat besi daripada sayur-sayuran dan kajian mendapati, penyerapan zat besi meningkat sehingga 67 peratus ketika seorang dewasa mengambil 100mg vitamin C.

Bagi individu yang mempunyai masalah seperti hemochromatosis iaitu kadar zat besi dalam tubuh berlebihan dan akan melekat pada organ seperti jantung, pankreas dan sendi. Jadi anda harus berhati-hati dengan suplemen vitamin C

3. Meningkatkan risiko batu karang


Lebihan kandungan vitamin C yang dikeluarkan daripada tubuh sebagai oksalat iaitu garam asid oksalik yang terbentuk sebagai hasil sampingan dalam berbagai-bagai tisu tumbuhan dalam air kencing.

Namun dalam beberapa situasi, oksalat ini akan membentuk sebagai kristal yang pada akhirnya menjadi batu karang. Pengambilan vitamin C berlebihan berpotensi meningkatkan jumlah oksalat dalam urin sekaligus menyebabkan pembentukan batu karang.

Kajian mendapati, pengambilan vitamin C sebanyak 1,000 mg oleh orang dewasa dua kali sehari selama enam hari akan meningkatkan peratusan oksalat sebanyak 20 peratus.

Medical News Today pula melaporkan, orang dewasa dinasihatkan untuk mengambil minimum 90mg vitamin C sahaja bagi kaum lelaki manakala minimum 75mg (perempuan) setiap hari.

Berikut adalah tahap Maksimum pengambilan vitamin C berdasarkan usia seseorang;
 

  • 400mg : 1-3 tahun
  •  650mg : 4-8 tahun
  • 1,200mg : 9-13 tahun
  • 1,800mg : 14-18 tahun
  • 2,000mg : 19 tahun dan ke atas

Manakala menurut Kajian i Herb Dos yang dicadangkan untuk Vitamin C untuk dewasa  adalah:

  • Kapsul / Tablet Vitamin C - 250 mg hingga 2,000 mg sehari
  • Serbuk Vitamin C- 250 mg hingga 2,000 mg sehari
  • Vitamin C Gummies - 250 mg hingga 2,000 mg sehari


Tempat Online Terbaik Untuk Membeli Vitamin di iHerb

iHerb Rewards Program | Program Ganjaran

Di penghujung artikel Cik iena kongsikan sedikit mengenai produk yang Cik iena beli di i Herb mana tau anda juga berkenan nak beli sama. Tambahan lagi banyak benefit juga jika anda membeli di i Herb. Anda juga boleh sertai rewards program didalam i Herb. Sekiranya anda mencadangkan rakan rakan anda membeli disini dan mereka membeli menggunakan referal code anda. Anda akan dapar komisyen daripada pembelian rakan anda tersebut.

Bagi Cik iena program seperti ini agak menarik tambahan lagi sekrang memang sangat ramai orang akan beli supplements seperti vitamins. Vitamins menjadi keperluan pada masa kini untuk kita meningkatkan sistem imunisasi badan dalam mengangani wabak Covid-19.

 

Tempat Online Terbaik Untuk Membeli Vitamin di iHerb

Faedah Program Ganjaran:


Semua rujukan akan mendapat potongan 5% dari pesanan mereka menggunakan kod rujukan anda.
Anda akan mendapat komisen 5% dalam Kredit Ganjaran dari setiap pesanan pelanggan yang ada, atau Kredit Ganjaran $ 5 jika rujukan adalah pelanggan baru. Dapatkan komisen tambahan 10% dalam Kredit Ganjaran untuk sebarang pembelian produk Jenama i Herb.

Cara Capai Program Ganjaran (SHOP SHARE EARN)

SHOP, Belanja dahulu: Anda mesti menjadi pelanggan i Herb terlebih dahulu untuk menyertai i Herb Rewards. Selepas pembelian pertama anda, anda akan mendapat Kod Ganjaran atau pautan anda sendiri.

SHARE
, Kongsi: Kongsi pautan Ganjaran atau kod anda dengan semua orang yang anda kenal melalui teks, media sosial, e-mel dan banyak lagi.

EARN, Dapatkan: Dapatkan komisen 5% atau $ 5 dalam Kredit Ganjaran apabila pembelian dibuat setelah mengklik pautan Ganjaran anda atau ketika kod Ganjaran anda dimasukkan semasa pembayaran. Selain itu, dapatkan komisen 10% tambahan dalam Kredit Ganjaran untuk sebarang pembelian produk Jenama i Herb dengan Ganjaran Super ! Tawaran Super Rewards ini adalah sebagai tambahan kepada komisen 5% atau $ 5 yang sudah anda peroleh dari setiap pembelian rujukan .


Tempat Online Terbaik Untuk Membeli Vitamin di iHerb

iTested Produk dari iHerb Yang Cik iena beli

 

Cik iena kongsikan antara produk yang cik iena beli di i Herb yanga mana pada Ck iena ianya dijual pada harga yang murah berbanding dengan di pasaran Malaysia. Selepas ni memang i Herb akan jadi tempat untuk Cik iena dapatkan vitamin dan supplements untuk Cik iena dan keluarga.

Anda juga boleh baca maklumat lengkap mengenai vitamind dan supplements di website mereka beserta review dan Q&A untuk rujukan anda. Kali Ni Cik iena cuma kongsi maklumat dari website mereka. Selepas menggunakannya CIk iena akan review di lain artikel.

 

California Gold Nutrition, Gold C, Vitamin C, 1,000 mg, 60 Veggie Capsules
California Gold Nutrition, Gold C, Vitamin C, 1,000 mg, 60 Veggie Capsules

California Gold Nutrition, Gold C, Vitamin C, 1,000 mg, 60 Veggie Capsules

  • Sesuai untuk Vegan & Vegetarian
  • Diformulasikan untuk Mengandungi: Tanpa Gluten, Tanpa GMO, Tanpa Soya
  • Dihasilkan di Kemudahan yang didaftarkan (Disahkan) cGMP pihak ketiga
  • 100% Gold Guarantee

 


California Gold Nutrition, Gold C, Vitamin C, 1,000 mg, 60 Veggie Capsules
California Gold Nutrition, Gold C, Vitamin C, 1,000 mg, 60 Veggie Capsules

California Gold Nutrition Gold C ™ Vitamin C adalah USP Grade L-Ascorbic Acid dan diuji dengan kualiti tiga kali ganda untuk memastikan bahawa ia memenuhi atau melebihi standard kualiti yang ketat.

Harga RM 21.62

Beli di California Gold Nutrition Gold C™, 1000 mg



California Gold Nutrition, CollagenUP, Marine Hydrolyzed Collagen + Hyaluronic Acid + Vitamin C, Unflavored, 16.37 oz (464 g)
California Gold Nutrition, CollagenUP, Marine Hydrolyzed Collagen + Hyaluronic Acid + Vitamin C, Unflavored, 16.37 oz (464 g)

California Gold Nutrition, CollagenUP, Marine Hydrolyzed Collagen + Hyaluronic Acid + Vitamin C, Unflavored, 16.37 oz (464 g)

  • Peptida Kolagen Sumber Laut + Asid Hyaluronik + Vitamin C
  • Sokongan yang Ditingkatkan untuk Rambut, Kulit, Kuku, Sendi & Tulang yang Sihat *
  • Bioavailable • Tidak berperisa • Bukan Bovine
  • Peptida Kolagen Ikan yang Dihidrolisis secara Enzimatik
  • Diformulasikan untuk Mengandungi: Tanpa Gluten, Tanpa GMO, Tanpa Soya
  • Dihasilkan di Kemudahan yang didaftarkan (Disahkan) cGMP pihak ketiga
  • 100% Gold Guarantee

 

Kolagen, Asid Hyaluronik dan Vitamin C semuanya mempunyai hubungan dengan kesihatan dan kesejahteraan sistem muskuloskeletal. Kolagen adalah protein struktur utama yang terdapat di seluruh badan dan menyediakan infrastruktur penting, di dalam dan di luar. Hyaluronic Acid adalah komponen tisu penghubung dan dapat menyediakan matriks cecair untuk pelinciran sendi, penghidratan kulit dan pembaikan. Vitamin C berperanan dalam penghasilan kolagen dan membantu perlindungan antioksidan. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan nutrien ini secara berkala dapat memberi tubuh asas asas yang dapat membantu menyokong sendi, tulang, kulit, rambut & kuku yang sihat. 


California Gold Nutrition, CollagenUP, Marine Hydrolyzed Collagen + Hyaluronic Acid + Vitamin C, Unflavored, 16.37 oz (464 g)



California Gold Nutrition CollagenUP mempunyai peptida kolagen bukan sumber biologi, Marine Sourced Collagen dengan Asid Hialuronik bukan sumber haiwan dan C. C. Kolagen Ikan yang diproses khas dihidrolisis secara enzimatik (dipecah) menjadi peptida asid amino komponen berat molekul rendah untuk membantu memastikan optimum penyerapan dan ketersediaan bio.

Harga RM151.34

Beli di California Gold Nutrition CollagenUP

 


California Gold Nutrition, Vitamin C Gummies, Natural Orange Flavor, Gelatin Free, 90 Gummies
California Gold Nutrition, Vitamin C Gummies, Natural Orange Flavor, Gelatin Free, 90 Gummies

California Gold Nutrition, Vitamin C Gummies, Natural Orange Flavor, Gelatin Free, 90 Gummies

  • Perisa Jingga Asli
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Diformulasikan untuk Mengandungi: Tanpa Gelatin, Tanpa Gluten, Tanpa GMO, Tanpa Soya
  • Dihasilkan di Kemudahan yang didaftarkan (Disahkan) cGMP pihak ketiga
  • 100% Gold Guarantee


Vitamin C adalah nutrien penting yang menyokong kesihatan imun, kulit dan tisu penghubung serta perlindungan antioksidan. 


California Gold Nutrition, Vitamin C Gummies, Natural Orange Flavor, Gelatin Free, 90 Gummies



California Gold Nutrition Vitamin C Gummies adalah gelatin dan bebas gluten dan merupakan kaedah mencuba yang baik bagi orang dewasa dan kanak-kanak untuk menambahkan Vitamin C ke dalam makanan mereka. 

Harga RM38.91

Beli di California Gold Nutrition Vitamin C Gummies



California Gold Nutrition, Immune 4, Immune System Support, 180 Veggie Capsules
California Gold Nutrition, Immune 4, Immune System Support, 180 Veggie Capsules

California Gold Nutrition, Immune 4, Immune System Support, 180 Veggie Capsules

  • Sokongan Sistem Imun
  • Mengandungi 4 bahan utama: Vitamin C, Vitamin D, Zink dan Selenium.
  • Lindungi Sistem Kekebalan Anda dengan Vitamin & Mineral yang Dipelajari secara Klinikal *
  • Dihasilkan di Kemudahan yang didaftarkan (Disahkan) cGMP pihak ketiga
  • Diformulasikan untuk Mengandungi: Tanpa Gluten, Tanpa GMO, Tanpa Soya
  • 100% Gold Guarantee



California Gold Nutrition Immune 4 membantu melindungi kesihatan anda dengan memberikan sokongan imun tambahan ketika anda sangat memerlukannya. Ia diformulasikan dengan kombinasi empat Vitamin dan Mineral yang dikaji secara klinikal untuk membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang sihat. 


California Gold Nutrition, Immune 4, Immune System Support, 180 Veggie Capsules
California Gold Nutrition, Immune 4, Immune System Support, 180 Veggie Capsules



Vitamin C - Antioksidan yang meningkatkan fungsi sel darah putih dan pengeluaran tubuh sendiri untuk meningkatkan sebatian yang diketahui membantu melawan virus dan bakteria.

Vitamin D - Memainkan peranan penting dalam meningkatkan tindak balas sistem imun ketika dicabar, dan dapat membantu melindungi dari jangkitan pernafasan.

Zink - Apabila tahap zink rendah, fungsi imun keseluruhan merosot, terutamanya aktiviti sel darah putih yang penting dalam memerangi bakteria dan virus yang menyerang.

Selenium - Memainkan peranan penting dalam memperkuat kesihatan imun, terutama fungsi kelenjar timus, "kawalan utama" sistem kekebalan tubuh. 


California Gold Nutrition, Immune 4, Immune System Support, 180 Veggie Capsules
California Gold Nutrition, Immune 4, Immune System Support, 180 Veggie Capsules

 

 

Harga RM45.40

Beli di California Gold Nutrition Immune 4

 


California Gold Nutrition, L-Glutathione (Reduced), 500 mg, 120 Veggie Capsules 

  • Menyokong Proses Detoksifikasi Sihat *
  • Menyokong Kesihatan Selular & Fungsi Imun *
  • Diformulasikan untuk Mengandungi: Tanpa Gluten, Tanpa GMO, Tanpa Soya
  • Dihasilkan di Kemudahan yang didaftarkan (Disahkan) cGMP pihak ketiga
  • 100% Gold Guarantee


Glutathione adalah antioksidan yang diteliti dengan baik yang memainkan peranan penting dalam proses detoksifikasi yang sihat, melindungi sel dari kerosakan radikal bebas, menjaga kesihatan sel dan menyokong fungsi kekebalan tubuh secara keseluruhan. * Bentuk yang dikurangkan telah dikaji untuk ketersediaan bio.

California Gold Nutrition L-Glutathione (Dikurangkan) boleh didapati dalam kapsul sayuran.

Harga RM151.34

Beli di California Gold Nutrition L-Glutathione (Reduced)
 

Diskaun iHerb

Gunakan code dibawah untuk dapatkan diskaun ketika checkout.
CZC6411


Untuk Maklumat Lanjut

Shop now at https://www.iherb.com/?rcode=CZC6411
Instagram - https://www.instagram.com/iherb
Twitter - https://twitter.com/iherb



Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di WTCKL

Cik iena kongsikan Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di WTCKL. Untuk info Temujanji Cik iena pada 20 Jun 2021 Ahad jam 10 pagi- Station 2 WTCKL. Memandangkan Cik iena pergi naik public transport jadi Cik iena keluar dari rumah jam 8.10 pagi.Cik iena naik kereta dan parking di Station MRT Taman connought.

 

Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL

 Untuk ke WTCKL, kita perlu turun di station LRT PWTC aliran sentul timur . Jadi dari MRT Taman connought Cik iena tukar train di MRT Maluri. Sampai di MRT MAluri Cik iena perlu berjalan ke LRT MAluri untuk ambil train ke Station LRT PWTC. Jangan risau sampai sana, memang ada direction untuk ke pusat temujanji vaksin. Atau boleh je tengok vlog Cik iena. Untuk pengetahun Cik iena sampai di main entrance WTCKL jam 9.30 pagi. Dari entrance sampai ke tempat cucuk vaksin memang ngam ngam pukul 10 pagi waktu janji temu. Jadi memang just nice kalau korang tiba di main entrance setengah jam sebelum tarikh temujanji. Dalam video Cik iena cuma tak rakam bahagian pendaftaran dan consultation dengan doktor serta semasa suntikan kerana tidak dibenarkan. Tapi bergantung pada doktor juga. Ada juga youtuber yang boleh rakam Cik iena tengok vlog di youtube.

 

 


 

 

 Cik iena cuma rakam dibahagian yang dibenarkan sahaja.. Secara keseluruhan pengalaman pertama vaksin AZ memang berjalan lancar. Masa isi borang semua ada yang guide jadi tidak perlu risau. Hanya ikut arahan yang telah diberikan dan semuanya akan berjalan dengan lancar. Semasa sebelum suntikan doktor akan tunjukkan dos vaksin yang akan diberikan iaitu 0.5 ml bagi setiap seorang. Untuk info satu botol vaksin yang iena tunjuk dalam video tu menurut doktor dos itu utk dikongsi. Satu botol boleh dalam 10 orang kalau iena tak salah lah. Sebab masa tu tak boleh record apa doktor cakap. Yang pasti untuk memudahkan doktor akan sukat siap siap 0.5 ml dan letak dalam setiap picagari. Jadi kerja suntikakn lebih lancar dan cepat. kalau nak buat satu satu depan kita akan memakan masa juga. Jadi bagi mempercepatkan proses vaksinasi doktor buat macam tu. Semasa suntikan diberi pada Cik iena memang tak rasa apa apa lansung. Rasa kene gigit semut pun tidak. Tiba-tiba dah siap suntik dan doktor tunjuk jarum tu dibuang. Mungkin sebab sebelum ni Cik iena selalu ambil darah jadi dah tak takut jarum dan tak de rasa gementar takut mengigil. Mungkin lah. Sebab beberapa tahun lepas Cik iena ada masalah kesihatan dan memang kerap pergi hospital ambil darah. Jadi munkin dah lali. Jarum ambil darah lagi besar kan hehe..


Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL

Baiklah, info tambahan untuk semua sebelum datang ambil vaksin pastikan kita dah makan terlebih dahulu ya. Dan kalau takut rasa bosan boleh bawa kudap kudapan. Ini yang cik iena baca di blog orang tapi untuk Cik iena tak perlu pun. Cik iena bawa je tapi tak makan pun sebab memang sekejap sangat proses. Selepas vaksin tu pun dia cuma monitor 15 minit sahaja untuk tengok kesan kesan awal. Ada handset, cek sosial media. 15 minit berjalan dengan sangat pantas. Kemudian selesai boleh lah bergambar di tempat yang disediakan dan kita boleh balik. Ouh ya menurut doktor kesan akan dirasa selepas sehari. Mungkin kita akan rasa demam, pening, mengigil , sakit sendi, loya, bengkak kelanja limfa,dan lain lain kesan sampingan. 

 

 

Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL
 
 

 

Namun sekiraya ada kesan lain seperti Kesukaran bernafas ,,Pembengkakan muka, bibir dan tekak , Denyutan jantung yang sangat cepat , Ruam teruk timbul di seluruh badan , Merasa pening dan lemah tubuh badan Anda mesti pergi berjumpa doktor segera.


BOLEHKAH BERSUKAN SETELAH AMBIL VAKSIN ?

Masa consultation Cik iena lupa nak tanya . Jadi selepas vaksin, Cik iena google je lah sebab iena memang hari hari workout.

Jawapannya Ya kita boleh bersukan selepas vaksin sekiranya keadaan kesihatan kita mengizinkan. Sekiranya rasa kurang sihat kita tak boleh teruskan kerana risau badan tak boleh nak bertindak balas dengan vaksin. Bagi badan berehat dulu untuk berikan masa pada sistem imun badan untuk membina daya tahan terhadap virus covid-19.

Kesan-kesan sampingan ini biasanya akan hilang selepas sehari dua dan mungkin akan menjejaskan sedikit sebanyak kemampuan anda untuk melakukan aktiviti harian termasuk berlari atau bersenam. Tetapi ini bukanlah sesuatu yang buruk kerana kesan-kesan sampingan ini menunjukkan yang sistem imun badan anda sedang bertindak balas kepada vaksin.

 

Setakat artikel ditaip jam 4:13 pm masih tiada kesan kesan yang Cik iena rasa. Mungkin esok baru rasa. Jadi petang ni boleh lah workout macam biasa :)

 

PERSEDIAAN SEBELUM VAKSINASI 

  1. Bawa kad pengenalan
  2. Handphone yang anda daftar mysejahtera
  3. Makan beberapa jam sebelum ambil vaksin.
  4. Bawa pen untuk isi borang
  5. Pakai pakaian yang sesuai buat wanita bertudung khususnya

 

TIPS PAKAIAN WANITA MUSLIMAH UNTUK VAKSINASI

Cik iena kongsikan labih mudah jika pakai blazzer, jaket,atau cardigan dengan t-hirt berlengan pendek dibahagian dalam kerana semasa suntikan kita cuma perlu jatuhkan sedikit bahu cardigan atau blazzer atau jaket  dan kemudian tarik baju lengan pendek di bahagian dalam ke atas sedikit untuk suntik. Sangat mudah. Berbanding jika pakai lengan panjang besar nak tarik dari bawah sampai atas dah banyak nampak aurat tangan kita kan :)

Tambahan dalam satu kawasan tu ada dua doktor dan dua penerima vaksin dan juga tiada pintu ya. Orang lalu lalang boleh nampak. Jadi amat penting bagi wanita muslimah diluar sana mengenakan baju yang sesuai untuk mengambil vaksin .


KESAN VAKSIN SELEPAS 24 JAM ?

Pada keesokan hari ketika baru bangun tidur baru Cik iena rasa demam. Rasa tak larat bangun and tangan yang disuntik bahagian kiri sangat sakit. CIk iena makan panadol setiap 4 jam bagi mengurangkan demam.

Alhamdulillah keeseokan hari iaitu pada hari kedua sembuh sepenuhnya. Cik iena dah tiada demam. Cuma bahagian tangan yang disuntik ada rasa lenguh sedikit sahaja. Dan hari kedua selepas vaksin Cik iena kembali aktif rope skipping. Cik iena cuma cuti skipping sehari sahaja kerana demam.

Hari ketiga hilang rasa sakit di tangan tersebut dan kehidupan harian seperti biasa sihat walafiat dan boleh menneruskan aktiviti rope skipping harian yang sering Cik iena lakukan.

 




 

 



MF Design Furniture | Lazada Blacklist Seller

Artikel ini Cik iena kongsi untuk rujukan Cik iena supaya selepas ini tidak beli dari seller ini di Lazada iaitu MF Design Furniture . Cik iena kongsi sebab Cik iena rasa tertipu sangat. Masa beli pokok tu dia tulis ready stock.

MF Design Furniture
MF Design Furniture tipu customer

MF Design Furniture Review

Selepas beli pada 08 Jun 2021 08:48:59 .  Seller update barang dah packed by seller pad Jun.08 17:20 tanpa menyemak stock di warehouse. Klik klik sistem je. Macam tak bertanggung jawab. Asal ada order klik proceed.

Siap bagi info tracking number the lorry. jadi iena ingat benda ni ada. Selepas beberapa hari iena tanya update sebab status masih sama.

 

Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
ni ss dari browser, nampak tu ada tracking the lorry lagi

 


 
 
Bila iena tengok status dah packed. iena biarkan.

 

 

Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
NAMPAK TAK GAMBAR POKOK TU STATUS DA PACKED BY SELLER

 
 
 
 
Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
KEMUDIAN 10/JUN STATUS MASIH TAK BERTUKAR, IENA TANYA UPDATE. SEBAB NI SELLER MALAYSIA JE PUN. BARANG PUN TULIS READY STOCK. YANG TU AUTO REPLY

 
 
Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
DIA TAK JAWAB, HARI SAMA IENA TANYA LAGI ANY UPDATE, DIA JAWAB WE WILL UPDATE TO YOU BY TODAY




Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
 
TIBA TIBA DIA REPLY PRODUK OUT OF STOCK SEDANGKAN DIA SENDIRI YANG UPDATE STATUS BARAMG DAH PACK. DN SIAP BAGI KURIER THE LORRY TRACKING NUMBER LAGI. PENIPU BETUL. SAKIT BETUL HATI. BERMAKSUD BARANG DIA TAK BUNGKUS DAN HANTAR KE THE LORRY LAGI. DIA KLIK KLIK KAT SISTEM JE KATA DA SUDAH. BILA CUSTOMER TAMYA BARU NAK CEK. RUPANYA BARANG TAKDE STOCK.
\
 

Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture


ALASAN YANG TAK MASUK AKAL. BILA DAH JADI MACAM NI IENA BACA REVIEW KEDAI DIA RUPANYA ADA DIANTARA CUSTOMER DIA YANG DAPAT BARANG LAMA GILER SAMPAI SATU BULAN SEDANGKAN TULIS READY STOCK DAN KEDAI DALAM MALAYSIA SAHAJA. KESILAPAN IENA TAK BACA REVIEW DARI PEMBELI LAIN.


iena dah contact lazada customer service. Dia kata akan refund dalam masa 5 hari tapi sampai sekarang takde update. 11 jun iena report kat dia. Yang ni iena lupa screenshoot sebab iena sangkakan lazada akan take action buat kerja betul betul. Rupanya macam takde action je.  kalau 5 hari 16 hb patut dah setel tapi tiba tiba semalam 16 hb dapat mesej dari seller. SS yang atas ni sambungan tu. 


We have see you in a long long time !! come in to see some new product you might like bla bla


Kepala hotak dia, dia dah buat hal dengan kita tipu produk takde tulis redy stock bila dah bayar selepas beberapa hari selepas kita bertanya baru nak bagi tau produk out off stock. Ingat kitra nak jadi customer dia lagi ke. Nak terus jadi mangsa penipuan dia. Beli barang bayar.. Pastu barang takde dia diam. Bila ada stock baru nak hantar sebab tu customer dapat barang dalam masa sebulan padahal seller malaysia je. Beli kat overseas pun dua minggu dah dapat baranng.


Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
iena reply yang mahfuzah tu

 
 
 

Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
DIA CAKAP SEBULAN LEBIH BARU DAPAT


Memang mengundang kemarahan lah. Daripada iena nak kongsi kat blog haritu rasa sejuk hati da mintak refund kat lazada. Takde la nak share story. Bila dia mesej macam tu dan bila iena caek refund tak dapat lagi .Lazada tak take action lagi iena sakit hati rasa membara nak share pengalaman buruk beli dekat seller  MF Design Furniture dari Lazada ni.




 
 
DIA YANG BUAT SALAH . DIA SURUH KIAT MINTAK REFUND SENDIRI KAT LAZADA LEPASTU TAKNAK TOLONG LANSUNG. SURUH KITA BELI BARANG DIA LAGI. KALAU KAU TOLONG AKU SETELKAN REFUND TU CEPAT BOLEH LA JUGAK NAK BELI LAGI KE. TAPI KO NI KEJAR DUIT CUSTOMER JE TAPI TAKNAK TOLONG REFUND UNTUK CUTOMER. PADAHAL KO SELLER BOLEH JE PUSH LAZADA BUAT KERJA CEPAT. 5 HARI BERLALU TADE APA APA UPDATE. NI LAZDA PUNYA STAFF WORK FROM HOME KE SLEEP AT HOME

 

 
IENA NAK CANCEL SENDIRI PUN TAK BOLEH SEBAB SELLER DAH UPDATE PACKED

 
 
Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture


NI KEDAI MF Design Furniture. Mintak dijauhkan lah dari iena terbeli dekat MF Design Furniture ni lagi. IEna update artikel untuk rujukan iena supaya tak terbeli dengan dia.



 
MF Design Furniture BAd seller
NAMPAK TAK TULIS READY STOCK

Tak taulah bila iena akan dapat refund duit iena. iena dah frust nak beli dekat lazada. iena beli dekat shopee pokok yang sama pada  14 Jun 2021, 15 jun dia dah post.


shopee more better


shopee more better

hari ni 17 hb dah sampai sorting hub KL. MYBE ESOK SAMPAI. KES LAZADA NI PENDING LAMA BETUL NAK TUNGGU REFUND.  KALAU KEPAM REFUND ORANG LAMA LAMA. ORANG PUN DAH TAKDE HATI NAK MEMBELI DENGAN AWAK SEBAB AWAK TAK JAGA CUSTOMER. DAN AWAK JUGA TAK MONITOR SELLER YANG BUAT MASALAH. DARI SELLER SELLER YANG BUAT MASALAH NI LAH MENJADI PUNCA UTAMA ORANG BERALIH PLATFORM UNTUK BELI BARANG.


SEKIAN PERKONGSIAN IENA UNTUK HARI INI. nANTI IENA AKAN UPDATE BILA NAK DAPAT REFUND DARI LAZADA NI. HARAP LAZADA TAKE ACTION DEKT SELLER TAK BERTANGGUNGJAWAB YANG FIKIR NAK DUIT JE. AMBIL ORDER BANYAK BANYAK WALAU BARANG TAKDE PUN HAKIKATNYA.


NEW UPDATE 18 JUN 2021

LAzada refund masih tak dapat walau dah report. Status masih sama packed.  Dan Barang yang iena beli di Shopee as expected dah sampai. Pokok yang sama cuma yang ni lebih tinggi 20 cm. Yang Lazada iena ambil 140cm. Yang Shopee iena ambil 160 cm.



Shopee terbaik
Puas hati beli dekat shopee sebab tak tipu customer. barang ready stock betul betul ready stock. Dia tak tipu macam seller iena beli di lzadada ada yang kene tunggu sebulan lebih utuk dapat pokok. Kalau kata delivery problem during lockdown boleh dimaafkan tapi kes lazada MF Design Furniture ni dia tipu tulis ready stock tapi takde pun barangnya. Selepas 3 hari status packed baru nak cakap takde stock itu pun sebab customer follow up tanya update. Jadi ini boleh dikatakan disengajakan. Dia tunggu stock sampai baru nak post selagi customer tak tanya. Iena memang jenis tak suka orrang tipu. Kalau pre order tulis kat situ pre order. jangan tulis ready stock.



Shopee terbaik
Boleh tengok status dia smooth je. Seller memang menepati jani dia kata ready stock memang ready stock. Keesokan hari terus post

NEW UPDATE 22 JUN 2021 Baru dapat refund dari Lazada. Tersangat sangat lambat dapat refund. Sepatutnya kalau kesalahan seller kene terus refund. Memang servis terburuk di abad ini. Tipu customer, hold order lama giler lepastu baru refund sedangkan kesalahan seller tipu customer. Barang takde stock ditipu kata da packed dan waiting kurier. Memang sangat mengecewakan. Tipu customer dan hold duit refund customer lama lama sampaikan beli barang dekat shopee pun dah dapat. Sangat jahat Lazada kepam duit customer dan pemalas taknak take action dekat seller penipu.





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve