Grab The Promo

Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Menjaga kecantikan kulit amatlah penting terutama buat wanita bekerjaya , tidak lupa juga buat para isteri yang ingin menjaga kecantikan untuk suami.

Bagi Cik iena yang masih belum berkahwin semestinya Cik iena amat mementingkan kecantikan kulit tambahan lagi Cik iena merupakan wanita bekerjaya dan juga seorang fashion dan beauty blogger. Jadi amatlah penting bagi Cik iena untuk memastikan kondisi kulit yang sihat dan cantik.

Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati


Pada bulan lepas Cik iena telah membuat satu rawatan pada kulit wajah Cik iena di Lovina Clinic. Memandangkan beberapa bulan yang lepas Cik iena kerap berjalan dan terdedah kepada sinaran matahari jadi kulit agak sedikit kering. Jadi Cik iena telah membuat Rawatan Diamond Silk Peel di Lovina Clinic.

Berikut Cik iena kongsikan serba sedikit mengenai rawatan ini dan juga vlog semasa cik iena menjalani rawatan ini untuk perkongsian bersama pembaca dan juga untuk rujukan pembaca. Manalah tau jika ada yang ingin membuat rawatan ini namun kurang pasti dan tertanya-tanya apakah prosuder rawatan dan bagaimana ianya dijalankan.


Untuk pengetahuan Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine  ini juga dikenali sebagai Silkpeel Diamond Dermalinfusion.


Apa itu Silkpeel Diamond Dermalinfusion ?


Silkpeel Diamond Dermalinfusion merupakan gabungan rawatan microdermabrasion dengan kuasa penjagaan kesihatan gred perubatan anda. Dermalinfusion SilkPeel mampu merawat masalah jerawat, ku;it kekering, masalah liang pori besar, masalah garis halus dan kedut pada wajah, dan masalah kulit kusam agar kkelihatan lebih segar dan bersinar.


Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati

APAKAH ITU FACIAL MICRODERMABRASION?


Microdermabrasion adalah salah satu kaedah bebas kimia dan bebas invasi yang dilakukan menggunakan microcrystals yang disapu lembut ke permukaan kulit. Prosedurnya akan melalui proses lelasan/sedutan bahagian kulit paling luar untuk membuang sel-sel kulit mati, white head, black head, jerawat sekaligus menjadikan kulit bersih licin, serta cerah berseri. Microdermabrasion juga merupakan salah satu rawatan untuk skin rejuvenation yang bermaksud proses peremajaan kulit. Ia bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik.

APAKAH ITU FACIAL MICRODERMABRASION



BAGAIMANAKAH MICRODERMABRASION BERTINDAK SELEPAS RAWATAN?


Lapisan kulit epidermis (lapisan kulit paling luar) dan dermis menjadi lebih tebal.
Proses pengelupasan kulit epidermis pada akhirnya akan mencetus pertumbuhan kulit baru lebih optimum sehingga menjadi lebih tebal secara keseluruhan.
Kulit akan menjadi lebih cerah oleh sebab pembentukkan baru kolagen dan elastin.
Penggunaan rutin dapat memperbaiki tekstur kerut halus, melicinkan dan mengecilkan liang roma.
Kulit akan menjadi lebih cerah oleh kerana kemerosotan zat melanin (pigmen) pada lapisan kulit.
Peningkatan kadar ceramid (moisturizer alami kulit) walaupun pada 1-2 hari pertama kulit terasa kering, tapi hasil akhir yang diperolehi adalah kulit yang lebih lembap pada tindakan 1-2 tindakan pertama.

KEBAIKAN MIKRODERMABRASION ?


  • Mengurangkan pigmentasi.
  • Mengurangkan kesan kedutan.
  • Mengurangkan garis-garis halus.
  • Mengurangkan liang-liang roma yang besar.
  • Merawat parut jerawat.



JENIS-JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN


Terdapat 3 jenis alat untuk rawatan mikrodermabrasi. Perbezaan terletak pada bahan / alat yang digunakan untuk menyedut lapisan sel kulit mati pada bahagian luar kulit

1) Kristal aluminium

2) Diamond tip (Diamond Silk Peel)

3) Geometric matrix point (GMP)


 Apa itu Diamond Silk Peel ?


SilkPeel adalah satu-satunya prosedur perubatan dengan teknologi technology Dermalinfusion yang dipatenkan untuk merawat pelbagai jenis keadaan kulit yang kelihatan, di muka dan badan. Ia adalah rawatan yang tidak dinasihatkan (tidak ada cengkeraman atau pemotongan sama sekali) yang dilakukan oleh ahli dermatologi yang disahkan oleh lembaga, Dr Desjarlais. Teknologi di belakang SilkPeel menggabungkan rawatan microdermabrasion berkualiti tinggi (berlian dibantu) dengan penyerahan serum topikal yang mendalam ke permukaan kulit dan ke pangkal pori-pori. Itulah Dermalinfusion. Tiada peranti lain yang menggunakan teknologi Dermalinfusion yang benar. Ia adalah paten SilkPeel eksklusif!



Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati

SIAPAKAH YANG SESUAI MENDAPATKAN RAWATAN INI?


  1. Mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus
  2. Mereka yang mengalami masalah bintik-bintik penuaan, masalah sunburn, pigmentasi  dan tona tidak sekata
  3. Mereka yang mengalami masalah kulit kusam
  4. Mereka yang mempunyai masalah pori-pori terbuka, pori tersumbat
  5. Mereka yang mempunyai jerawat , white head dan black head.


Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati


Vlog Pengalaman Rawatan Diamond Silk Peel di Lovina Clinic





Review Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati


Ini merupakan pertama kali Cik iena melakukan rawatan Diamond Silkpeel. Apa yang cik iena suka adalah ianga tidak mempunyai tempoh downtime. Bermaksud tiada kesan sampingan selepas rawatan dan Cik iena boleh terus mengenakan solekan.


Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati



Selepas rawatan ini kulit lebih berseri dan licin. Kulit bertambah cantik bila cik iena pakai rangkaian penjagaan kulit harian cik iena beserta supplement. Ianya membantu mempercepatkan proses penambah baikan pada kulit.



Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati
hasil kotoran yang telah di sedut semasa rawatan


Semasa rawatan , kulit yang tersumbat dengan minyak telah disedut jadi apabila aplikasikan krim muka ianya mudah meresap kedalam kulit dengan cepat. Jadi ianya membantu lagi mempercepaktan kesan skincare yang Cik iena gunakaan.

Kulit wjah lebih halus dan kulit akan kelihatan glowing bila mengenakan solekan walaupun hanya solekan tipis.


Rawatan Diamond Silk Peel - Aquamarine di Lovina Clinic Wangsa Melawati
Bergambar bersama Dr.Hamidah yang membuat rawatan untuk Cik iena.



Untuk Maklumat Lanjut

Instagram : https://www.instagram.com/lovinaclinic/
Facebook : https://web.facebook.com/lovinaclinic/
Website :  https://lovinaclinic.com/
Whatsapp : 601156739627

Alamat : No. 6, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur


Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Sepanjang tempoh 7 tahun Cik iena bekerja di sini, ini merupakan kali kedua Annual Dinner di buat di Hotel. kali pertama adalah di JWW Marriot Hotel pada tahun pertama Cik iena bekerja iaitu pada tahun 2012.

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur




Cik iena kongsikan gambar dan juga video aktiviti semasa Majlis makan malam ni untuk rujukan cik iena dan juga kawan-kawan pejabat. Memandangkan cik iena merupakan salah seorang ahlijawatan kuasa. Jadi Cik iena kurang bergambar kerana sibuk menguruskan meja pendaftaran dan juga merakam video aktiviti.

Makan pun Cik iena tak sempat tau.  Pada malam ni Cik iena tak beriya sewa baju atau beli baju kerana kekecewaan pada annual dinner 2018 yang mana pemenang Best Dress bajunya sangatlah mendukacitakan. Walaupun berpakaian tidak cantik tetap boleh menang sekiranga tettttt..Boleh faham sendiri.

Jadi tahun ni memang paka baju yang sedia ada dimana baju ni Cik iena pakai untuk pergi Event. Cik iena pernah pakai semasa premiere screening filem apa Cik iena lupa. Jadi dah jimat. Tak perlu membazir keluar duit beli baju mahupun sewa baju dan tak perlu juga upah make up artis. Semuanya sendirian berhad sebab tragedi tahun sebelumnya memberikan pengajaran buat Cik iena.

Lagi sedih baju yang menang super tak vogue lansung hahaha. Berbanding orang lain yang datang. Pada tahun ni menggunakan sistem undian secara online. Berbeza dengan tahun sebelumnya yang secara manual.Hurmm kalau manual boleh dimanipulasi yer dok  :)




Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur
Pemenang best dress 2019


Tahun ni pemenang best dress memang layak dan baju dia cantik. Kalau tengok pandangan depan macam biasa tapi Cik iena suka belakang dress dia ada tali berpintal bersulam. Memang canti baju dia. Solekan pun simple dan terselah keayuan dia..





Seperti kebiasaannya acara wajib setiap tahun adalah persembahan kumpulan dan juga pertandingan karaoke. Berikut Cik iena kongsikan video


Persembahan Kumpulan

Menariknya pada tahun 2019 buat julung kalinya hadiah tempat pertama bagi persembahan kumpulan bernilai RM1000 dimana kebiasaannya jika tidak silap Cik iena hadiah tempat pertama persembahan kumpulan hanya RM300. Ini merupakan perubahan yang sangat bagus dan harap dikekalkan supaya staff lebih bersemangat untuk membuat persembahan berkumpulan.









Pertandingan Karaoke








Gambar Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur



Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur
Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur


Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur



Dinner di Papparich Melawatimall

Melawati mall merupakan antara lokasi kesukaan Cik iena untuk makan selepas waktu bekerja mahupun di hujung minggu. Memandangkan lokasi mall ini berdekatan rumah Cik iena pastinya ianya menjadi pilihan utama untuk Cik iena keluar makan mahupun membeli belah.




Dinner di Papparich Melawatimall


Ditambah lagi terdapat pelbagai kedai didalam Melawati mall. Berikut Cik iena kongsikan vlog Cik iena makan malam di Papparich Melawati Mall


Untuk pengetahuan Papparich merupakan antara restoran kegemaran Cik iena . Kebiasaannya jika Cik iena tidak ada idea untuk cuba makanan di restoran mana pula. Papparich pasti menjadi pilihan.










Dinner di Papparich Melawatimall
Dry Kuey Teow

Dinner di Papparich Melawatimall
Dumpling

Dinner di Papparich Melawatimall
Dry Egg Noodle

Dinner di Papparich Melawatimall
Steammed chicken

Dinner di Papparich Melawatimall
3 layer tea with gula melaka pearl Milo dinasour with black pearl





Buffed Club E-sports Tournament (January) | MORTAL COMBAT XL

Ini merupakan aktiviti kedua untuk tahun 2020 dimana aktiviti pertama dimulakan dengan acara badminton. Tapi Cik iena lupa nak kongsi sebab masa tu takde terfikir nak update blog tentang aktiviti syarikat. Memandangkan ekarang iena sangat sibuk dan kurang ambil job. Iena perlu ada content untuk blog, jadi iena akan tulis yang personal la sekarang.


Buffed Club E-sports Tournament (January) | MORTAL COMBAT XL




Almaklumlah sekarang iena pergi kerja lebih kurang 3 jam sebab kene hantar adik pergi kerja ke alam damai dulu baru iena ke pejabat. Adik tak pandai memandu dan 100% sepenuhnya mengharapkan kakaknya. Begitulah nasib seorang kakak. hahah So iena memang tak ambil job. Hanya yang tertentu sahaja. Tambahan lagi Cik LHDN kejor wak..Tolong jangan cari saya lagi Cik LHDN. Kite da tak seaktif dulu.

Okay berbalik kepada aktiviti kedua untuk Syarikat tempat iena bekerja tahun ni.

Buffed Club E-sports Tournament (January) | MORTAL COMBAT XL

 


Buffed Club E-sports Tournament (January) | MORTAL COMBAT XL
iena ss dari video je..sibuk buat vlog xde gambar




Tampil berbeza dari tahun sebelumnya. Memandangkan ahli jawatan kuasa berubah maka dengan itu aktiviti pun akan ada sedikit perubahan. Tahun ni akan lebih banyak aktiviti. Cik iena merupakan salah seorang AJK. Cik iena terpaksa, bukan dengan kerelaan hati haha.


Buffed Club E-sports Tournament (January) | MORTAL COMBAT XL
begini lah rupa student dan cikgu bile tengah game on



Tahun depan sila jangan iena okay. Programmer macam kurang sesuai pegang jawatan dalam buffed club ni sebab programmer sibuk. Mungkin perlu cari staff yang tak berapa sibuk tu. Mereka lebih sesuai sebab banyak masa terluang untuk buat kerja-kerja Buffed club ni daripada layan youtube je kan :)


Buffed Club E-sports Tournament (January) | MORTAL COMBAT XL
okay dua2 atas ni cikgu iena tengah lawan..Bila iena kene lawan dengan cikgu sendiri, hire cikgu lain pulak

Untuk menjaga KPI semua staff perlu hadir aktiviti buffed club. Setiap kehadiran ada markah. Kalau takdatang akan effect KPI . So Cik iena terpaksa rela untuk datang. Walaupun tak pandai pun main game.

Cik iena belajar masa nak lawan tu juga. Zai yang ajarkan. Dari 18 orang yang sertai, Cik iena dapat No 4 kira okay lah kan :)


Buffed Club E-sports Tournament (January) | MORTAL COMBAT XL

Yeayyyy cik iena masuk semifinal hahahah. Kalah ditangan Cikgu Zainurin Syafiq.



Buffed Club E-sports Tournament (January) | MORTAL COMBAT XL

 


Okay jemput tonton vlog  je la ye





Raikan Tahun Baru Cina Dengan Fortune Burger di Marrybrown

Tahun baru Cina semakin menghampiri kita, terdapat pelbagai menu-menu tahun baru cina yang dikeluarkan oleh pelbagai perusahaan makanan terutamanya Hotel, restoran mahupun restoran makanan segera. Tidak terlepas juga Marry brown  telah berkongsi 'fortune' dengan menghidangkan Fortune Burger untuk semua sempena perayaan Tahun Baru cina.



 Marry Brown Fortune Burger
 Marry Brown Fortune Burger


Fortune Meal di Marrybrown


 Marry Brown Fortune Burger
 Marry Brown Fortune Burger

Untuk Tahun Baru Cina kali ini Marrybrown telah memperkenalkan 'Fortune Meal' yang menghidangkan 2 jenis burger iaitu Cheese Burger dan Black Pepper Burger . Set Fortune Meal ini didatangkan sekali dengan Golden Fortune Fries dan Minute Maid Refresh Orange (Regular size). Set istimewa ini di jual pada harga RM14.60 sahaja.

 Marry Brown Fortune Burger
 Marry Brown Fortune Burger



Menurut Dato' Joshua Liew, selaku Chief Executive Officer di Marrybrown

“Chinese New Year is when family and friends gathered to catch up with one another. Like any true Malaysian, it is vital that good food is available to ensure abundance for the year, and we want to make certain of that by having options between savoury and spice fillings to choose from for our Fortune Burgers. After all, Fortune is made to be shared with everyone!”




 Cik iena rasa harga RM14.60 ni berbaloi untuk set yang ditawarkan. tambahan lagi isi ayam dia sangat besar dan memang mengenyankan. Sangat berbaloi untuk anda datang makan bersama keluarga .


Menurut Dato' Joshua lagi “At Marrybrown, we are always looking to serve our customers with the tastiest food on every occasion that will give them the feeling of contentment and satisfaction. For this Chinese New Year, we hope that the Year of the Rat brings our fellow Malaysians prosperity, good health and plenty of wealth,”









 Marry Brown Fortune Burger


Baru-baru ini Cik iena sempat berkunjung ke Marry Brown Melawati Mall untuk mencuba sendiri menu tahun baru cina istimewa dari Marry Brown ini.  Cik iena mencuba kedua-dua jenis burger iaitu Blackpepper dan juga cheese.

 Marry Brown Fortune Burger
 Marry Brown Fortune Burger



Marry Brown Fortune Burger  - Blackpepper


Marry Brown Fortune Burger  - Blackpepper
Marry Brown Fortune Burger  - Blackpepper


Bagi anda yang sukakan akan rasa pedas , CIk iena  cadangkan untuk anda memilih Black pepper Burger. Black Pepper Burger yang dihidangkan di sini didatangkan dengan cendawan butang serta sos lada hitam istimewa. Gabungan rasa ayam empuk yang masih berjus dengan roti yang di stim sudah pastinya menambat selera anda si penggemar makanan pedas.

Marry Brown Fortune Burger  - Blackpepper
Marry Brown Fortune Burger  - Blackpepper


Cik iena bukanlah penggemar masakan pedas kerana Cik iena tak boleh makan pedas. Tapi Cik iena boleh makan burger blackpepper ini sebab rasa sos blackpepper nya berasa dan sedap, ditambah lagi dengan cendawan kegemaran cik iena menjadikan cik iena jatuh cinta dengan burger ini. Cuma bagi tekak Cik iena ianya agak sedikit masin.  Bagi anda mungkin lain. tahap kemasinan seseorang boleh berbeza kan.


Marry Brown Fortune Burger  - Blackpepper
Marry Brown Fortune Burger  - Blackpepper


Marry Brown Fortune Burger- Cheese


Marry Brown Fortune Burger- Cheese
Marry Brown Fortune Burger- Cheese


Bagi anda yang sukakan rasa keju, Cik iena cadangkan anda memilih Cheese Burge. Gabungan rasa ayam empuk yang juicy beserta salad dan sos cheese yang banyak dan enak pasti membuat penggemar cheese suka akan burger ini.

Marry Brown Fortune Burger- Cheese
Marry Brown Fortune Burger- Cheese


Cik iena sendiri merupakan penggemar cheese, Cik iena dapat katakan burger cheese ni memang sedap dan memenuhi citarasa Cik iena. Burger ni sangat sesuai untuk anda yang tidak makan pedas.




Blackpepper dan Cheese Mana Cik iena suka.


Kedua-duanya menepati citarasa Cik iena, cuma blackpepper agak sedikit masin untuk cik iena. Anda perlu cuba kedua-duanya baru best. Cik iena datang berdua dengan adik. Jadi kami order lain-lain. Boleh lah rasa kedua-dua sos.



 Marry Brown Fortune Burger
 Marry Brown Fortune Burger


Tapi kaau hanya di beri satu pilihan Cik iena pilih blackpepper walaupun cik iena tak makan pedas dan walaupun cik iena penggemar cheese. 



Raikan Tahun Baru Cina Dengan Fortune Burger di Marrybrown
Raikan Tahun Baru Cina Dengan Fortune Burger di Marrybrown






Raikan Tahun Baru Cina Dengan Fortune Burger di Marrybrown
Raikan Tahun Baru Cina Dengan Fortune Burger di Marrybrown















Untuk maklumat lanjut layari :

Website : https://marrybrown.com/
Facebook : https://web.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve