Grab The Promo

Majlis Raja Sehari Mega 2014 (RSM) Disambut meriah - Eika & kecek



Pada 24 & 25 Mei 2014 telah berlansung satu majlis yang cukup gilang gemilang yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Wawasan Baharu.
Raja Sehari Mega adalah program perkahwinan beramai-ramai anjuran Pertubuhan Belia Wawasan Baharu.
Program ini bermatlamat membantu belia-belia yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk melangsungkan perkahwinan dalam bajet yang rendah tetapi meriah.

Menarik kan program nie (^_~)
untuk belia2 yg ingin mendirikan rumahtangga tp bajet tak berapa banyak korang blh la join program nie
program ni diadakan setiap tahun.
ape yang cik iena tau untuk kwsn KL,Putrajaya,selangor event ni akan diadakan setiap tahun pada bulan mei
Jadi pada belia yg berminat nak join program ni boleh la start daftar (^_~)

nak daftar mcm mana ??

haaa kene baca sampai abes okeyhh..

program ni mmg bnyk membantu la sb nye
pengantin xde buat keje da..family pn xde buat keje
datang makan je.. semua dh tersedia
cuma bayar RM5000 sahaja
hah jimat kan.. yang mana hantaran 10 K tu..korang dah jimat 5K
boleh la saving duit tu tuk kegunaan selepas berumah tangga kan

apa yg korang akan dpt dgn 5K


Kelebihan Raja Sehari Mega


Apa yang bakal penganntin dapat dengan RM5000 untuk pendaftaran?

  • Baju Pengantin untuk setiap pasangan (3 pasang-Nikah,Dinner,Bersanding)
  • 3 X make up (Nikah,Dinner,Bersanding)
  • Pelamin MEGA (Resepsi)
  • Pengurusan Pernikahan termasuk jurunikah
  • Penginapan Hotel untuk setiap pasangan
  • kad Kahwin untuk setiap pasangan
  • Doorgift untuk jemputan
  • Meja Makan Beradab untuk ibubapa pengantin


Bukan atas ni je yg pengantin akan dpt
pengantin dpt naik cruise kt putrajaya then berconvoi dgn kereta mewah
dapat cake dua tingkat..

hihi tp untuk setiap tahun mayb ade beza sikit kan
so utk next year mungkin akan bertambah lagi..

so jgn lepaskan peluang ni pada belia2 d luar sana yg nak kawen tp budget kurang

nak kawen bukan pakai duit siket woo
10K pon blm tentu cukup kan
lagi2 kalau belah lelaki
nak sediakan duit hantaran
nak beli cincin la rantai lah
nak beli katil lah..

mcm2 la ak d beli nye kan
hurmm opss lupe
untuk event baru ni pengantin dapat cincin emas
hahhh kan da jimat x yah beli cincin tuk nikah hihi (^_~)

okies cmne la cik iena tau event nie kan
cik iena tau dari sepupu cik iena yg join program ni

selepas berjumpa dgn organizer nie cik iena berminat untuk join event nie sebagai make up artist
maka nya kazen cik iena request cik iena tuk mekap dia.


untuk para2 make up artist kami ade group d facebook n wassap
tp cik iena sillent reader je hihi
almaklumlah bz bebenor
mehh tunjuk siket pic mua2 yg hebat. tp cik iena xde dlm gmbr nie..dah pergi dewan sb family ade.



pic ni credit pd Andaman Citra


tanpa mereka pengantin tak gojes okeyh (^_~)
team make up artist memang best n ceria
tp rugi cik iena tak dapat berkenalan dgn semua
Insyaallah next program cik iena join n cik iena berkenalan dgn semua yer
program baru ni kan kazen yg kawen..so agak bz la dgn family (^_~)
pastu bz fashion show lg hihi

ok mcm da panjang je bebel..
jom tgk gambar sket
pic ni 24 mei 2014, masa pengantin d nikahkan d Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.
Hampir 1500 hadirin turut sama menyaksikan hari yang penuh sejarah ini.
time ni cik iena n kazen xde sb kazen da nikah da .So dia tak join time nikah nie
hihi time nie cik iena tgh bz job fashion show dgn sophie paris (^_~)


jom baca nie
http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20140525/wk_04/73-pasangan-diijabkabul-dalam-Majlis-Raja-Sehari-Mega

http://www.ienaeliena.com/2014/05/majlis-raja-sehari-mega-2014-dinner.html

http://www.ienaeliena.com/2014/09/sijil-penghargaan-sebagai-make-up.html

moh layan pic dari henset cik iena d sepanjang program ni berlansung. tapi bukan pic keseluruhan event lah ye..pic family cik iena je (^_~)


sblm tu tunjuk pic before n after make up la kan hihi
cabaran mekap kazen nie adalah dia tgh pregy..dia asyik mual2 je..kejap2 nk ke toilet
hihi kazen nikah 25 April 2014

opss cm putih lak kan..tu sb kene flash kamera.
BIARLAH GAMBAR BERBICARA (^_~)



































































































opss banyak nye gambo (^_~)
wokiess pada anda2 yg berminat

Pendaftaran Dan Pertanyaan
Untuk sebarang pendaftaran dan penyertaan boleh rujuk dibawah :
Encik Izhain : 01134043003
Puan Diana : 0126053557 fb -(Futhiana Rafiee)
Facebook : FB/rajaseharimega








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve