Grab The Promo

Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express

Walaupun Sebahagian negeri telah sampai ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2, telah dibenarkan untuk merentas daerah dan pelbagai operasi  telah dibuka secara berperingkat namun pasti masih ada kegusaran diantara kita kerana impak PPN fasa 2 ini sendiri kita dapat lihat lambakan orang keluar setelah lama terkurung.

Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express

 

 Namun bagi Cik iena masih terlalu awal untuk kita keluar dan bersuka ria. Cik iena pasti ada juga beranggapan yang sama bahawa masih belum selamat untuk kita keluar pada masa ini. Sebaik sahaja kerajaan umumkan Negeri Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya telah memasuki Pelan Pemulihan Negara Fasa 2. Ramai orang mengambil peluang ini untuk keluar.

Dalam pada masa yang sama  sebuah Platform e-Dagang PG Mall telah mengambil Inisiatif untuk menawarkan servis penghantaran ekspress bagi barangan di platform mereka supaya masyarakat di luar tidak perlu gusar untuk keluar membeli barang sekiranya ianya penting dan diperlukan segera.


 
 

PG Mall ataupun pgmall.my merupakan Platform e-dagang Nombor 1 Malaysia dimana ianya merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.Ianya  telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan telah disenaraikan sebagai Top 3 laman web e-dagang di laporan wawasan Iprice https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/


Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express


PG Mall merupakan satu-satunya platform membeli-belah dalam talian pertama yang telah bekerjasama dengan Grab dengan menawarkan penghantaran dalam masa dua jam dengan menggunakan servis perkhidmatan penghantaran ekspres.

Seperti anda sedia maklum Permintaan untuk penghantaran pada hari yang sama meningkat terutamanya di bandar-bandar utama. Kini anda di Lembah Klang boleh dapatkan barangan keperluan anda di PG Mall dengan hanya 2 jam penghantaran.

Untuk pengetahuan fasa pertama kolaborasi, penghantaran GrabExpress ini disediakan untuk pembeli dan penjual lembah Klang sahaja. Pembeli boleh membuat pesanan dan menghantar bungkusannya dalam hari yang sama hanya dengan satu klik sahaja.

Untuk pembeli dan penjual dari negeri lain, perkhidmatan Grab Exspress ini dijangkakan akan  dilancarkan pada tahun 2022 .

Instant Delivery With RM 12 Off

Servis ini sememangnya sangat menarik dan sangat membantu kita. Berbeza dengan Platform e-dagang lain anda perlu tunggu dua tiga hari untuk mendapatkan barangan yang anda beli. Menariknya lagi  PG Mall juga menawarkan Promosi Potongan RM12 PG Mall GrabExpress.


PG Mall Instant Delivery With RM 12 Off
PG Mall Instant Delivery With RM 12 Off

 

Anda cuma perlu membeli di PG Mall dan pilih penghantaran Grab Express untuk penghantaran segera. Klik  PG Mall untuk pembelian pantas.




#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Grabexpress

 

Untuk Maklumat Lanjut



PERTANDINGAN VIDEO CERIA BERSAMA CHEF TAHA

Dalam musim pandemik ni para ibu bapa mesti ada rasa kerisauan anak anak bosan terkurung dirumah. Pasti banyak aktiviti yang ibu bapa aturkan untuk anak anak. Selain dari aktiviti bersama keluarga lain yand dilakukan sekarang. Anda juga boleh cipta kenangan terindah bersama anak anak anda dalam membuat kek batik dan dalam masa yang sama anda boleh sertai pertandingan Video pendek ceria bersama chef taha yang sedang berlansung.

 

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

JOM SERTAI PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

Pertandingan ini cukup mudah. Anda cuma perlu rakam video kreatif berdurasi 1 minit proses membuat Kek Batik bersama anak anda. Amat digalakkan untuk anda turut berada didalam video bersama anak anda. Jadi disini anda dapat cipta kenangan indah bersama si cilik.

Untuk menyertai pertandingan ini antara bahan utama anda perlu gunakan dan perlu ada didalam video anda adalah Susu pekat Manis F&N. Pertandingan ini bertemakan Kek Batik Negaraku Malaysia bersempena Hari kebangsaan malaysia.

Jadi mungkin anda boleh masukkan elemen kemerdekaan sepert menggunakan dekorasi bendera malaysia didalam video MEngggayakan pakaian kebangsaan semasa membuat kek batik atau lebih menarik deko kek batik anda berunsurkan kemerdekaan.

Apa apa yang paling penting adalah moment indah ceria anda bersama si cilik dan susu F&N.

 






 


Istimewa buat ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak berusia 7-12 tahun.

  1. Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 hingga 12 tahun sahaja.
  2. Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
  3. Hasilkan kek batik dan muatnaik video pendek berdurasi tidak lebih seminit secara kreatif di Facebook bertemakan “Kek Batik Negaraku Malaysia”.


 


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

 

SYARAT PERTANDINGAN CERIA BERSAMA CHEF TAHA


1. Peserta perlu menggunakan produk keluaran F&N sebagai salah satu
bahan resipi kek batik tersebut.
 
2. Video yang dihasilkan hendaklah merangkumi tiga bahagian;
   a. Pengenalan bahan masakan.
   b. Proses penghasilan kek batik.
   c. Kek batik dipersembahkan secara kreatif mengikut tema.
 
3. Video yang dihasilkan mestilah asli, hak milik sendiri dan tidak diambil daripada mana-mana pihak ketiga.
 
4. Video tidak mempunyai unsur-unsur negatif atau menyentuhi sensitiviti sesuatu perkara.
 
5. Video yang dimuatnaik disertakan caption “Chef TaHa ceria bersama F&N . . .” dan dilengkapi hashtag #TaHaCilik #F&N.
 
6. Akaun Facebook tidak private dan posting tersebut dapat dilihat umum.
 
7. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke emel kelabtaha@lth.gov.my dengan dilampirkan “Screenshot” muatnaik Facebook sebagai bukti penyertaan.
 
8. Peserta juga perlu sertakan maklumat berikut untuk rujukan pihak TH
   a. Nama :
   b. No. IC :
   c. No. Akaun TH :
   d. No. telefon :
   e. Emel :

Bagaimana daftar Ahli Taha Cilik?

Untuk pengetahuan sekiranya anak anda telah mempunyai akaun tabung haji maka secara automatiknya anak anda adalah ahli taha cilik. Jadi anak anda layak untuk sertai pertandingan ini sekiranya anak anda berusia diantara 7 Hingga 12 tahun.

Sekiranya masih belum pernah mendaftar akaun di tabung haji. Anda perlu daftarkan akaun tabung haji untuk anda terlebih dahulu untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran akaun tabung haji sila rujuk https://www.tabunghaji.gov.my/.../makluma.../pembukaan-akaun

 

Hadiah PErtandingan Video Pendek Ceria Bersama Chef Taha

Tempat Pertama :

Wang Tunai RM350 + E-Baucer F&N RM250 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota


Tempat Kedua :

Wang Tunai RM200 + E-Baucer F&N RM150 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota

 

Tempat Ketiga :

Wang Tunai RM100 + E-Baucer F&N RM50 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota

 

7 X Saguhati:

Wang Tunai RM50 + E-Baucer F&N RM25 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota
 

Tempoh pertandingan bermula 31 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021
 

Untuk terma dan syarat layari Terma Dan Syarat


Untuk info terkini Official : Lembaga Tabung Haji

 

Resepi Kek Batik Mudah

iena kongsikan reels dari adik, masa iena buat video kek batik dia buat video untuk content reel dia.
 

Bahan Bahan

  • Biskut Marie 1 Paket (270gm)
  • Butter Cup 200gm
  • Susu Pekat manis F&N 1 Cawan
  • Milo 2 Cawan

Bahan Chocolate Topping

  • Susu Cair 100ml
  • Dark chocolate Berly 200gm (coin)
  • Buttercup 1 sudu

Cara cara Membuat KeK Batik

  1. Pecahkan biskut marie kepada 4 bahagian
  2. Panaskan kuali
  3. Cairkan buttercup
  4. Selepas buttercup cair, masukkan susu pekat manis F&N
  5. Selepas keduaa dua buttercup dan susu sebati , masukkan milo dan kacau sebati
  6. Selepas adunan sebati, tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dihancurkan dan gaul rata
  7. Kemudian masukkan adunan dalam bekas dan mampatkan.
  8. Kemudian untuk topping tak perlu pun takpa.
  9. Cara buat topping, panaskan kuali, 
  10. Masukkan susu cair dan Dark chocolate Berly, kemudian bila dah sebati masukkan buttercup
  11. Gaul sebati dan curahkan diatas kek batik yang telah dimasukkan dalam bekas.
  12. Kemudian masuk dalam peti ais 2 ke 4 jam

 

Tips Untuk Kek batik

  1. Kalau taknak kek batik keras bila di potong.  Jangan terlalu mampatkan. Masa letak dalam bekas cukup sekadar tekat sedikit bagi masuk dalam bekas. tak perlu mampatkan macam buat nasi himpit.. Kemudian Selepas keluar dari peti ais. Biarkan sekejap   jangan terus potong. Biarkan dalam setengah jam bru potong.
  2. Kalau taknak milo berketul pula pastikan adunan susu dan butter sebati sebelum masukkan milo.


 

#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #bloggermalaysia
#kekbatik



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve