Grab The Promo

KITKAT CHOCO BANANA INSPIRED BY ILLUMINATION’S MINIONS

KITKAT merupakan antara jenama coklat yang terkenal di Malaysia. KITKAT tidak terlepas dari sentiasa mengeluarkan perasa perasa coklat terbaru bagi menambat hati pelanggan setianya. Terbaru KITKAT Memperkenalkan edisi terhad KITKAT Choco Banana dalam kerjasama dengan Illumination's Minions, dari salah satu francais animasi paling berjaya sepanjang masa. 

 

KITKAT CHOCO BANANA

KITKAT CHOCO BANANA INSPIRED BY ILLUMINATION’S MINIONS





KITKAT CHOCO BANANA

Seperti kita sedia maklum Minions dikenali sememangnya suka akan pisang. Inilah yang menjadi inspirasi gabungan coklat dan makanan lazat dengan pisang oleh KITKAT. Nikmati setiap gigitan wafer renyah KITKAT, digabungkan dengan rasa perisa pisang yang tersendiri, semuanya terbungkus coklat susu KITKAT halus yang enak.


KITKAT CHOCO BANANA

 

 

Kehadiran KITKAT baru ini dengan pembungkusan yang sangat menarik yang menampilkan Minions yang sangat diminati ramai. Pembungkusan edisi ini menunjukkan Minions nakal: Dave, Kevin, Stuart, Phil dan Carl.


KITKAT CHOCO BANANA



KITKAT Choco Banana hadir dalam persembahan produk: beg 4-Finger dengan rekaan empat unik untuk meningkatkan pengalaman percutian anda, dan Multipack yang mengandungi lima keping 2-Finger dengan dua reka bentuk asli untuk dipilih untuk dikongsi dan dinikmati bersama rakan dan keluarga.


KITKAT CHOCO BANANA



Bukan itu sahaja. Untuk pengetahuan Terdapat juga barangan eksklusif KITKAT x Minionsmer untuk anda dapatkan dimana ianya terdiri daripada Limited edition LED keychain serta sarung dapur fungsional funyet yang terdapat dalam dua reka bentuk.


KITKAT x Minionsmer
KITKAT x Minionsmer

 

KITKAT CHOCO BANANA

Ini pastinya merupakan pelengkap yang hebat untuk pengembaraan memasak bagi penggemar KITKAT yang mungkin dijelajahi dengan KITKAT Choco Banana. Untuk pengetahuan kedua item ini adalah  GIFT WITH PURCHASE yang anda secara dalam talian di Kedai Rasmi KITKAT Lazada dan Shopee dan kedai runcit terpilih.

https://invol.co/cl58dvb


KITKAT CHOCO BANANA

 

KITKAT Lazada Flagship Store: https://www.lazada.com.my/shop/kitkat-official-storeKITKAT 

Shopee Flagship Store: https://shopee.com. my / kitkat.os

Selain dimakan begitu sahaja KITKAT CHOCOBANANA ini boleh juga dibuat pencuci mulut. Berikut KITKAT kongsikan dua resepi yang boleh anda cuba.



KITKAT CHOCO BANANA

 


KITKAT PEANUT BUTTER CHOCO BANANA FREEZE CAKE


KITKAT PEANUT BUTTER CHOCO BANANA FREEZE CAKE
KITKAT PEANUT BUTTER CHOCO BANANA FREEZE CAKE



KITKAT CHOCO BANANA MILKSHAKE


KITKAT CHOCO BANANA MILKSHAKE
KITKAT CHOCO BANANA MILKSHAKE

Kedua dua resepi ini boleh ditonton di KITKAT MALAYSIA #EasyRecipeasy Recipes

 

KITKAT CHOCO BANANA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Facebook : www.facebook.com/KitKatMalaysia
Instagram : www.instagram.com/KitKatMalaysia

Have a break, Have a KITKAT!

#KITKATMalaysia

#KITKATChocoBanana

#KITKATEasyRecipeas





Pengalaman Membeli di buymall.com.my

Kebelakangan ni Cik iena lihat di laman sosial media ramai yang berkongsi mengenai pembelian produk china dan taiwan dengan harga murah di buymall.com.my. Cik iena sememangnya gemar memberi barangan kelengkapan photography dari China kerana harga nya lebih murah jika dibandingkan pembalian dari Malaysia.

Oleh kerana itu Cik iena memulakan langkah untuk membeli Soft Box untuk kegunaan Cik iena mengambil gambar produk mahupun mengambil gambar Cik iena sendiri di rumah. Memandangkan barangan lain seperti tripos, ring light, LED light, photography backdrop beserta beberapa jenis microphone cik iena sudah miliki jadi Cik iena cuma beli barangan yang perlu sahaja. Kali ni Cik iena membeli Photography Light Soft box.

Jika di Malaysia harga Photography Light Soft box ini akan lebih dari RM100 berbeza di buymall.com.my harga Photography Light Soft box ini cuma RM52.80. Walaubagaimanapun harganya sudah pasti tidak termasuk kos penghantaran.

Sebelum Cik iena kongsikan pengalaman membeli Photography Light Soft box di buymall.com.my , Cik iena terangkan terlebih dahulu tentang buymall.

Apa itu Buymall Malaysia?

Buymall Malaysia merupakan platform e-dagang yang merentasi sempadan (cross-border e-commerce) dan kumpulan logistik (logistik team) beroperasi di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2014 dengan memfokuskan untuk menyokong bisnes online yang semakin meningkat di pasaran global.
 
Untuk pengetahuan buymall Merupakan sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me untuk membantu rakyat Malaysia untukmenyelesaikan masalah membeli-belah di China.

Buymall merupakan Malaysia No. 1 Trusted Taobao Expert with high speed air & sea freight yang merupakan anak syarikat kepada Revenue Group Berhad (0200) di mana menyediakan perkhidmatan :

• Perolehan barang pengguna dari luar negara
• Logistik merentasi sempadan
• Last mile delivery ke dalam pasaran Malaysia

Apakah Perkhidmatan Buy-For-Me?

 


 

Apakah Perkhidmatan Ship-For-Me?

 
 
 
 

Kenapa Memborong Barangan Dari Luar Negara melalui Buymall Malaysia?

Jika sebelum ini memborong barangan dari Cina dilakukan oleh peniaga. Kini di Buymall anda juga boleh membeli secara borong barangan dari China atau Taiwan. Anda boleh membeli barangan terus dari China atau Taiwan tanpa perlu pergi ke negara tersebut. Pembelian borong secara online ini boleh dibuat di kedai online yang terkenal di China dan Taiwan iaitu Taobao.

Buymall Malaysia dapat membantu untuk memastikan barang yang dibeli, sampai dengan selamat kepada anda.Buymall Malaysia merupakan platform e-commerce yang terus berhubung dengan kedai online Taobao.Mereka akan memastikan barangan anda selamat sampai ke gudang dan memastikan barangan anda dihantar mengikut method penghantaran yang anda pilih.
 
Dari pemahaman iena buymall ni sebenarnya adalah orang tengah yang membantu kita dalam urusan pembelian barangan dari Taobao, Tmall, 1688. Ianya boleh dikatakan sebagai Agent Tabao.
 


Untuk pengetahuan Taobao, Tmall dan 1688 merupakan laman web pusat membeli-belah terbesar di
China, semuanya dimiliki oleh kumpulan Alibaba. Dengan menggunakan buymall anda hanya memerlukan satu akaun Taobao dimana anda boleh melayari di 3 laman web dengan satu account.

Taobao Agent | Buy-For-Me


Taobao Agent di dalam buymall adalah perkhidmatan pembelian Buy-For-Me untuk membantu anda melakukan proses pembelian dengan penjual Taobao, dan perkhidmatan penghantaran Ship-
For-Me mempunyai sebuah gudang di China dan Malaysia yang menerima parcel dari penjual di China dan menghantar parcel di Malaysia.


Kelebihan membeli melalui Buy-For-Me di Buymall Malaysia

• Barang yang dibeli selamat sampai di rumah.
•  Boleh pilih dan beli apa sahaja barang dari China tanpa sekatan secara atas talian.
• Anda akan terima barang yang dibeli dalam masa tak lebih dari 7 hari.
• Boleh menikmati pulangan dan sistem perlindungan yang lengkap.
• Dapat professional service daripada Buymall customer service team.

Perkhidmatan penghantaran | Ship-For-Me

 
Perkhidmatan Ship-For-Me akan membantu anda untuk menjimatkan lebih banyak kos daripada penghantaran antarabangsa.Buymall  Ship-For-Me bergabung dengan syarikat high speed sea freight  untuk menghantar barang dengan selamat dan cepat.
 

Kelebihan menggunakan servis Ship-For-Me

• Pickup servis
• Hour+
• High Speed Sea Freight
• Safe


Shipping Method & Fee


Buymall bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara dan laut ke rumah, tetapi juga menyediakan perkhidmatan pickup yang boleh anda pergi ke tempat kumpul terdekat atau gudang Buymall Klang untuk mengumpul barang anda semasa masa lapang anda.

Anggaran Kos Penghantaran


Contoh parcel adalah 5 kg normal produk dan dimensi adalah 40x30x50cm.
 




Untuk perkhidmatan pickup pengangkutan udara ialah RM105, pintu ke pintu ke Malaysia Barat adalah RM128. Untuk perkhidmatan pickup pengangkutan laut adalah RM28, pintu ke pintu ke Malaysia Barat adalah RM55

Tempoh Masa


Kargo udara lebih mahal daripada angkutan laut tetapi penghantaran kapal udara lebih cepat dari angkutan laut, angkutan udara akan mengambil 4-7 hari kerja, angkutan laut akan mengambil 15-22 hari kerja. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia perlu membayar kos penghantaran dan bayaran sensitif.
 

Pengalaman Membeli di Buymall Malaysia

Buymall buy for me process 

Cik iena kongsikan pengalaman Cik iena membeli Photography Light Soft box di buymall. Mula-mula Cik buka laman sesawang buymall.com.my dan kemudian cik iena cari barangan yang cik iena ingin beli dan Cik iena add to cart seperti gambar dibawah.





Buymall buy for me process
Pilih barangan yang hendak di beli dan klik go to cart sekiranya anda selesai memilih barang dan ingin membayar




Buymall buy for me process
Selepas pilih go to cart, anda pelu tandakan produk yang ingin di beli kemudian klik Choose Delivery

Buymall buy for me process
Pilih VIP Sea Freight




Air Freight adalah shipment melalui Kapal Terbang. Shipping feenya tinggi, tapi anda boleh dapat parcel dalam 1 minggu.


Sea Freight adalah shipment melalui Kapal laut. Shipping feenya rendah, tapi anda hanya boleh dapat parcel dalam 1 bulan. Tapi barangan Cik iena beli dapat hampir dua bulan , mungkin disebabkan kes covid. Jadi perlu lebih bersabar kalau nak kos shiping yang murah ya.


Buymall buy for me process
Sahkan pembayaran. Jika anda tidak mempunyai wang dalam buymall e-wallet anda perlu topup terlebih dahulu.


Buymall buy for me process
Selepas klik confirm, anda berjaya bayar- Cik iena ada duit dalam buymall e-wallet jadi terus success bayar

Buymall buy for me process
Selepas membuat pembayaran pihak penjual akan menghantar barangan kita ke Gudang buymall. Proses ini memakan masa sehari menurut apa yang cik iena baca


Cik iena selesai membuat pembayaran pada 10 July 2020 jam 7:44PM

Selesai bayar pihak penjual akan mengantar barang anda ke Gudang Buymall dalam masa sehari. Email akan dihantar selepas barang di terima di Gudang Buymall. 

Cik iena received email pada Mon, Jul 13, 2:14 PM Tapi Cik iena sibuk sikit jadi Cik iena buat pembayaran pada 15/7/2020.  Cik iena kongsikan proses pembayarannya seperti dibawah.












 
 
 

Set Taobao Penghantaran Maklumat

 
Selesai bayar anda perlu membuat akaun taobao pada yang masih belum mempunyai akaun.
Klik gambar profile, kemudian pilih dashboard dan pilih forwarding address
 

Panduan cipta akaun Taobao

 
 
 

Selepas anda mendaftarkan akaun Taobao, kini anda perlu menyiapkan alamat gudang penyertaan dalam akaun anda. Untuk menetapkan alamat perkapalan bagi iena adalah sangat rumit jika anda tidak memahaminya, anda perlu log masuk ke akaun Buymall anda untuk mendapatkan alamat gudang penghantaran. 
 
Login akaun Taobao anda pergi ke pengurusan akaun untuk set alamat penghantaran. Jangan isikan nama sebenar dan nombor telefon anda, kerana gudang hanya menerima petak oleh ID Penerima yang diberikan oleh Buymall sistem.


Klik Chine sea fright
Klik Chine sea fright









Video Set Taobao Penghantaran Maklumat

 




Street menurut Video pilih jalan rahsia, iena cari tak jumpa jadi iena terpaksa translate ke china balik dan find street yang kita highlight dari buymall, boleh rujuk video untuk ambil yang mana. Selepas di translate semulake English Jalan rahsia tu adalah Hailong Jiedao





Seterusnya Cik iena akan update proses seterusnya selepas menerima email ya.

Cik iena pun masih belajar, just nak kongsi cara beli dengan anda semua memandangkan ramai yang cakap agak sukar membeli di buymall. Cik iena akui memang sukar, Jadi Cik iena kongsikan untuk panduan bagi yang ingin membeli di buymall.


Sambungan..

Cik iena received email pada Jul 18, 2020, 8:07 PM. Memandangkan sangat sibuk pada hari tersebut jadi Cik iena baru sempat membuat pembayaran untuk shipment ke Malaysia pada 20 July 2020.

Berikut Cik iena kongsikan lagi screenshoot proses pembayaran tersebut untuk rujukan pada yang ingin membeli tetapi mengalami kesukaran untuk membeli. Cik iena sangat akui prosesnya sangat  rumit namun ianya sesuai untuk anda yang ingin membuat pembelian secara pukal kerana harga secara pukal akan lebih murah.

Tapi Cik iena tunjuk ni contoh beli satu barang sahaja la ya. NAk beli pukal Cik iena bukan berniaga pun .

tutorial buymall
setelah dapat email, perlu bayar kos shipment ke Malaysia. Just klik pautan shipping centre pada email







tutorial buymall
Tandakan barangan yang ingin di hantar ke Malaysia dan klik NEXT




Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
Kemudian klik confirm untuk meneruskan pembayaran

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
klik ok untuk teruskan

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
Klik next

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
klik confirm untuk teruskan pembayaran

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my







Pengalaman Membeli  di buymall.com.my











Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
 
 
Selepas selesai membayar kos penghantaran ke Malaysia. Anda cuma perlu tunggu barang ada sampai. Untuk pengetahuan jika ingin jimat anda boleh pilih untuk pickup barangan di buymall warehouse di Malaysia. Cik iena lebih prefer memilih mereka terus hantar pada Cik iena.
 
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kos kos penghantaran anda boleh terus chat di ruangan chat buymall, mereka akan jawab dengan pantas dan akan membantu anda. Cik iena cuma kongsikan pengalaman Cik iena sahaja.
 
 
Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
Untuk lihat status barang boleh pergi ke bahagian my parcel

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my

 
 
Untuk pengetahuan Cik iena dapat barang hampir dua bulan dari tarikh Cik iena add to cart dan bayar harga barang. 27 Ogos 2020.Cik iena iena memilih penghantaran seafright kerana nak jimat. Lagipun Cik iena tak rushing nak barang ni jadi bagi Cik iena takde masalah untuk tunggu lama.
 
Cuma nasihat Cik iena jika anda tidak boleh bersabar mohon jangan membeli disini kerana sesungguhnya anda memerlukan kesabaran dalam segala urusan termasuk menunggu barang sampai. Sekiranya barang yang anda beli anda perlu dalam kadar segera amatlah tidak dinasihatkan untuk membeli disini.
 
Anda digalakkan membeli di buymall jika anda ingin membeli secara pukal iaitu dalam kuantiti yang banyak. bermaksud secara borong. Sekiranya secara borong kos penghantaran adalah lebih murah berbanding platform lain. Sekiranya beli 1 item seperti Cik iena anda akan rasa kos penghantaran mahal namun selepas di tambah kos penghantaran dan harga barang yang cik iena beli ianya tatap murah berbanding di tempat lain. Sebab itu Cik iena beli Photography light soft box di buymall.
 

Video review buymall dan unboxing produk buymall

 
Baiklah Cik iena kongsikan video review tentang buymall dan unboxing produk yang cik iena beli dari buymall. Gambar produk Cik iena lupa ambil so tonton video je dulu ye. Nanti Cik iena beli mentol baru ambil gambar produk yang da siap pasang. 
 


 
 
 
Untuk Maklumat Lanjut
 
 
 


LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?

Musim Lockdown ni berat badan memang agak merisaukan bila kita work from home memang Cik iena yakin kita akan lebih kerap makan berbanding jika bekerja di pejabat. Tambahan lagi ada banyak aktiviti masak yang kita buat dirumah terutama yang sudah bekeluarga.

 

LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?

 

Bila dah kerap makan pastinya berat badan kita akan naik bukan? Dalam mengatasi masalah berat badan naik Cik iena tertarik dengan satu posting di instagram Leedee.hq yang menyatakan bahawa Leedee Pineapple dikatakan mampu menurunkan berat badan sebanyak 10KG dalam masa 10 hari dan untuk dapatkan kesan yang bagus lagi perlu diambil dengan Leedee Tox Peach.

 


 

Serius sangat teruja nak test keberkesanan nya. Adakah kenyataan ini betul. Kalau betul memang melompat lompat lah berat turun dalam masa 10 hari kan. Maka dengan itu Cik iena pun Cuba lah 1 Kotak Leedee Pineapple dengan Leedee Tox Peach. Kedua dua kotak ini mengandungi jumlah sachet yang sama iaitu 10 sachet 1 kotak.

 

REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH
LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

 

Tapi sebelum Cik iena kongsikan Review Jujur pengambilan 10 sachet Leedee Pineapple dengan Leedee Tox Peach ni. Cik iena kongsikan terlebih dahulu tentang kedua dua produk istimewa ini.


 

PRODUK LEEDEE NI ADA KELULUSAN KE?


REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH
 LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

 

Ini pasti menjadi tanda tanya semua orang apabila nak amalkan apa apa supplements. Kita sememangnya tidak boleh ambil sembarangan supplements tanpa tahu tentang kelulusan produk tersebut. Supplements ni melibatkan kesihatan kita juga. Kalau tersalah ambil memang boleh memudaratkan kesihatan kita.

Orang kata kita perlu pentingkan kesihatan kita dahulu. Perlu kaji sejauh mana produk ini selamat untuk diamalkan.  Sebelum tu jom kenali apa itu Leedee.

 

APA ITU LEEDEE?

Leedee merupakan produk keluaran NADD EMPIRE SDN BHD. Leedee adalah produk makanan tambahan berupa Serbuk Sachet dan telah 3 tahun di pasaran sejak 2018. Leedee Pineapple adalah makanan tambahan yang berasaskan Jus Nenas Brazil dan Manga Afrika sebagai bahan utama bersama campuran makanan Raspberry Ketone, Hoodia, Bitter Orange, dan fructose adalah gula yang dikenali sebagai gula buah kerana ia terdapat dalam banyak buah-buahan untuk pengurusan berat badan.
 

Jadi Leedee ni sama sepertimana jenama jenama diluar dan yang ada dekat drugstore dan farmasi. Cuma ianya tidak dijual di farmasi.


KENAPA LEEDEE TAK JUAL DI FARMASI?

Mesti ada keraguan dihati kenapa tidak ada dijual difarmasi. Untuk pengetahuan, Leedee didaftarkan sebagai jualan online jadi ianya tidak termasuk ke  farmasi dan drugstore lain.Untuk dapatkan produk Leedee anda perlu melalui talian atau agen yang berdaftar.


JADI BAHAYA KE TIDAK LEEDEE NI?


Leedee merupakan satu jenama, dan bila sebut bahaya atau tidak orang lebih kaitkan dengan supplements / makanan tambahan yang dihasilkan bagi membantu orang-orang yang
mengalami masalah berat badan atau mempunyai masalah pembuangan.

 

REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH
LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

 


Leedee juga telah mendapat surat BKKM iaitu dibawah Pengkelasan Makanan dan bukan dibawah ubat-ubatan yang perlu didaftar dibawah ubatan. Selain daripada itu, Leedee juga telah mendapat kelulusan Ujian Makmal daripada Malaysia dan malah Singapura juga iaitu ALS dan menunjukkan Leedee terbukti bebas dari bahan terlarang Sibutramine.


Sebagaimana yang anda tahu, setiap makanan tambahan/supplements kategori berkaitan haruslah
melalui product registration di Malaysia. Berikut adalah certificate yang dikeluarkan terhadap produk Leedee.

 

Lampiran pengkelasan produk leedee
Lampiran pengkelasan produk leedee

 


Laporan kelulusan Ujian Makmal
Laporan kelulusan Ujian Makmal


Laporan Ujian Makmal yang menyatakan bebas daripada sibutramine
Laporan Ujian Makmal yang menyatakan bebas daripada sibutramine


Laporan Ujian Makmal ALS (SINGAPURA) yang menyatakan bebas daripada sibutramine
Laporan Ujian Makmal ALS (SINGAPURA) yang menyatakan bebas daripada sibutramine


Haa sekarang dah tau Leedee selamat digunakan dan tidak merbahaya berdasarkan laporan laporan ujian makmal dan laporan pengkelasan produk leedee yanng dilampirkan diatas. Jadi Sekarang Cik iena nak cerita pula tentang Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach.


LEEDEE PINEAPPLE

Leedee Pineapple didatangkan dalam bentuk serbuk sachet dan ianya boleh damalkan dengan dua cara iaitu kemam atau minum bersama air. Leedee Pineapple dikatakan  mampu membakar Lemak 6 kali ganda  di bahagian Perut, Peha dan juga lengan Lengan.


LEEDEE PINEAPPLE
LEEDEE PINEAPPLE

 

Dengan produk ini anda tidak perlu bersenam bersungguh sungguh. Cukup sekadar 10-20 minit sehari sahaja. Anda juga tidak perlu berlapar kerana produk ini akan membuatkan perut anda berasa kenyang disamping dapat mengawal nafsu makan serta ianya dikatakan produk yang mampu meningkatkan metabolisma badan anda.
 

Selain berfungsi untuk menurunkan berat badan ianya juga berfungsi untuk mencantikkan kulit anda kerana ianya mengandungi Vitamin C. Kandungan Vitamin C dalam satu sachet adalah 200 mg.

 

6 BAHAN TERBAIK LEEDEE PINEAPPLE JUICE


1. NENAS

  • Membakar Lemak
  • Kaya dgn Vit C
  • Melawaskan
  • Menghaluskan kulit wajah
  • Mencerahkan Kulit



2. GARCINIA

  • Meningkatkan Tenaga
  • Mengurangkan Selera Makan
  • Menstabilkan Mood


3. MANGGA AFRIKA

  • Meningkatkan Metabolisma
  • Menukar Lemak ke Tenaga
  • Membakar Lemak
  • Melambatkan pembentukkan lemak
  • Perut Rasa Kenyang


4. RASPBERRY KETONE

  • Meningkatkan Metabolisma
  • Melambatkan Pembentukkan Lemak
  • Membakar Lemak
  • Mengurangkan Selera Makan
  • Meningkatkan Tenaga


5. HOODIA

  • Mengawal Selera Makan
  • Membakar Lemak Degil
  • Menukarkan Lemak ke Tenaga
  • Badan lebih Bertenaga


6.  FRUCTOSE

  • Gula Asli dalam buah-buahan



CARA PENGAMBILAN LEEDEE PINEAPPLE

1 sachet pagi 30 min sebelum sarapan pagi.  Untuk anda yang ada gastrik disarankan untuk ambil
30 min selepas sarapan pagi Dan jangan lupa banyakkan minum air putih untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak.

 

Harga Leedee Pineapple

Leedee Pineapple berharga RM89.00(sm) RM92(ss)

 

LEEDEE TOX PEACH

Leedee Tox Peach merupakan produk  Melawaskan  tanpa sakit perut yang memulas yang dapat membantu masalah sembelit disamping Menyingkirkan toksin dalam badan. Ianya dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan dapat mengembalikan kecergasan badan yang lesu.


LEEDEE TOX PEACH
LEEDEE TOX PEACH

 

Selain itu ianya juga mengandungi 200 mg Vitamin C bagi setiap sachet yang mampu mencantik dan mencerahkan kulit anda.

Ianya didatangkan dalam bentuk sachet liquid. Sangat mudah untuk diamalkan .Rasanya juga sangat sedap dan pastu membuatkan anda rasa ingin makan lebih dari satu sachet sehari.

 

10 Bahan Terbaik Leedee-Tox Peach


1. PEACH JUICE

  • Tinggi serat
  • Membantu sistem pencernaan
  • Tinggi Vit C
  • Menghaluskan kulit wajah
  • Mencerahkan Kulit


2. ALOE VERA

  • Melegakan sembelit
  • Membuang toksin dalam tubuh
  • Bagus untuk rambut & kulit



3. GUARANA SEED

  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Menurunkan berat badan
  • Menyihatkan mata


4. PASSION FRUIT

  • Kaya Vit C
  • Meningkatkan sistem pencernaan
  • Mengandungi Vit A
  • Tinggi Antioksidan


5. VITAMIN C

  • Kulit berseri
  • Menghindari jangkitan kuman
  • Penghasilan kolagen


6. OAT FIBER

  • Untuk tenaga
  • Membantu masalah sembelit
  • Kesihatan jantung
  • Kulit cantik


7. PEAR

  • Antioksidan
  • Sumber Vit C
  • Mencegah sembelit
  • Tinggi serat
  • Bagus untuk kulit


8. FLAXSEED

  • Tinggi Serat
  • Mengurangkan berat badan
  • Antioksida
  • Kesihatan Pencernaan


9. L-CYSTEINE

  • Anti-Penuaan
  • Untuk Detox
  • Mencerahkan kulit
  • Menguatkan sistem imun


10. SOLUBLE CORN FIBER

  • Kesihatan penghadaman
  • Penyerapan calcium yg baik

 


CARA PENGAMBILAN LEEDEE TOX PEACH 

1 sachet sebelum tidur malam . Jika ingin lebih sedap, Simpan di dalam peti ais
sebelum amalkan.

Untuk anda yang  ada masalah sembelit disarankan ambil 1 sachet setiap hari atau 2 hari 1 kali (bergantung pada keperluan setiap badan)


Leedee Tox Peach
Cik iena suka giler Leedee Tox Peach ni memang sedap. Tak letak dalam peti ais pun iena dah rasa sedapnya. Kalau letak dalam peti ais lagi berganda sedap. Kalau ikut nafsu tak cukup satu ni hehe


 

Bagi yang tiada masalah Sembelit disarankan ambil separuh sachet dan  amalkan 2 atau 3 kali
sehari. Separuh sachet boleh simpan di dalam peti sejuk.

Apa yang penting anda perlu Cukupkan minum air putih untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak

 

Harga Leedee Tox Peach

Leedee Tox Peach berharga RM79(sm) RM82(ss)


REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

Baiklah sekarang Cik iena akan berkongsi review penggunaan kedua dua produk ini untuk 10 sachet. Tapi Cik iena ada berhenti ambil masa hari ke 7 sebab Cik iena baru lepas ambil vaksin AZ takut ada kesan lain pula nanti. jadi Cik iena berhenti dua hari dari amalkan apa apa supplements kecuali Vitamin C.

 


REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

 

Semasa 6 hari pengambilan kedua dua produk ini tiada kesan penurunan berat badan yang Cik iena dapat. Ini mungkin kerana faktor usia CIk iena yang dah 3 series dan kadar metabolisma Cik iena rendah dengan tambahan masalah pencernaan yang dihadapi. Kesan yang dapat adalah perut berasa kenyang dan badan rasa bertenaga walaupun Cik iena stop pengambilan Kafein.

Cik iena ada baca untuk dapatkan kesan yang bagus perlu tinggalkan kafein. Jadi ini dikira pecah rekod Cik iena tak amalkan sebarang kafein semasa amalkan kedua dua produk ini. Jika sebelum ini Cik iena amat memerlukan kafein supaya Cik iena bertenaga dan tidak mengan tuk jika buat kerja.

Dengan pengambilan kedua dua produk ini Cik iena tidak berasa mengantuk bahkan badan rasa lebih bertenaga. Perut rasa kenyang selalu. Memang tiada rasa nafsu nak makan. Cuma Disini situasi Cik iena Cik iena perlu paksa diri makan mengikut waktu makan Cik iena.

Untuk pengetahuan Cik iena memang ada masalah perut tidak boleh kosong. Beberapa tahun lepas Cik iena pernah kogsi di Blog. Ini berkaitan kesihatan pankreas Cik iena. jadi yang ni memang Cik iena perlu paksa diri untuk makan sebab kesihatan perut Cik iena yang berkehendakkan Cik iena untuk makan setiap kali tiba waktunya.

Selain kesan kenyang dan bertenaga, kedua dua produk ini sememangnya sangat membantu masalah pencernaan Cik iena. Cik iena memang susah nak membuang dalam masa seminggu. Secara normalnya jika tidak mengambil ubat untuk melawaskan Cik iena takkan membuang. Cik iena akan membuang seminggu sekali.

Ni memang masalah dari dulu sampai sekarang. Memang memerlukan ubat lawas untuk membuang. Alhamdulillah dengan amalkan dua produk ini. Cik iena akan membuang selepas sarapan pagi. Bila kita dapat membuang memang perut tu rasa ringan.

Dibawah Cik iena kongsikan video unboxing selepas 5  hari Cik iena dah amalkan. Ni sehari sebelum pergi vaksin.


VIDEO LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?



Rekod Berat di awal Pengambilan Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach


LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?
Rekod timbang berat Cik iena semasa hari pertama pengambilan Leedee Tox Peach pada 14 Jun 2021 malam sebelum tidur. Mengikut rekod Berat 57.5 KG dengan bacaan Body Fat 27.7%


Selepas ambil vaksin Cik iena berhentikan pengambilan selama dua hari dan kemudian sambung semula. Bila dua hari stop maka dengan itu dua hari juga tidak membuang. Selepas sambung makan, Cik iena kembali membuang seperti biasa.

 

Berikut pula selepas hari terakhir pengambilan Leedee Tox Peach dan Leedee Pineapple

 

LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?
Rekod timbang berat Cik iena amalkan 10 sachet  Leedee Tox Peach dan Leedee Pineapple pada  27 Jun 2021 pagi. Mengikut rekod Berat 57.2 KG dengan bacaan Body Fat 27.6%

 

Secara kesimpulannya selama amalkan 10 sachet kedua dua produk ini Cik iena hanya berjaya menurunkan 300 GM sahaja dan body fat pun turun sikit. Hehe nampaknya Cik iena tak berjaya turunkan 10 Kg dalam masa 10 hari atau 10 sachet pengambilan Leedee pineapple dengan Leedee Tox Peach. Mungkin untuk badan Cik iena perlu makan 3 kotak keatas. Kalau sekotak 10 sachet mungkin tak cukup untuk turunkan berat dengan faktor usia 3 series.

Macam Cik iena bagi tau kesan bagi setiap individu adalah tidak sama bergantung pada kadar metabolisma seseorang itu. Apa yang kebaikan dapat Cik iena rasa dari kedua produk yang Cik iena amalkan ini adalah ianya mampu memberi tenaga buat Cik iena dan juga mengenyangkan perut. Dan juga ianya sangat sangat membantu dalam sistem pencernaan Cik iena. Boleh membuang setiap hari.


Selama tempoh amalkan produk ini Cik iena lansung tak amalkan kafein. Walaupun tak amalkan kafein namun Cik iena masih kekal bertenaga tidak mengantuk bila work from home. Kebiasaannya Cik iena perlukan bantuan kafein :)


Untuk pengetahuan sepanjang pengambilan kedua dua produk ini Cik iena berhenti ambil Vitamin C sebab dalam kedua dua produk memang dah ada 200 mg bagi setiap sachet menjadikannya 400 mg Vitamin C untuk kedua produk ini dalam masa satu hari. Kadar maximum pengambilan vitamin C adalah 2000mg dalam sehari. Jika lebih ianya amat merbahaya untuk buah pinggang kita.

Jadi sudah mencukupi Vitamin yang diperlukan untuk tubuh . Tak perlu ambil Vitamin C dari produk lain.


Kepada anda diluar sana yang mencuba untuk kurus boleh lah cuba produk Leedee ni mana tau ianya berkesan dengan anda. 


Untuk maklumat lanjut 

Website :  www.leedee.my
Instagram : @leedee.hq
Facebook :  Leedee Online HQ


 









Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve