Grab The Promo

NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023

Istimewa buat penggemar Kopi, Nestlé Malaysia kembali lagi dengan melancarkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2023 yang berwajah baharu! Ianya Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020. Edisi kali ini merupakan edisi ketiga produk kopi tempatan keluaran sulung Syarikat. NESCAFÉ Classic Kopi Kedah diperbuat daripada 100% biji kopi Malaysia yang dibeli menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih.


NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, Mencerminkan komitmen Nestlé Malaysia untuk menggiatkan semula perladangan kopi di Malaysia serta meningkatkan lagi punca pendapatan komuniti peladang tempatan. Program istimewa ini telah bermula sejak tahun 2019 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA). Ianya juga bertujuan untuk memberi bimbingan kepada peladang tempatan menerusi latihan dan bantuan teknikal dalam penyemaian benih, penanaman dan penyenggaraan ladang, serta operasi selepas memetik hasil. Dengan menyediakan asas bagi mewujudkan ekosistem
penanaman kopi lebih hijau, program ini juga membantu peladang beralih kepada amalan pertanian lebih mesra alam seperti pertanian regeneratif.

NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, peladang-peladang tempatan boleh menyemai anak benih kopi dengan penuh keprihatinan dan secara bertanggungjawab untuk menghasilkan biji kopi bermutu tinggi yang memenuhi cita rasa dan aroma unik Malaysia. Setakat ini, NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih telah berjaya melatih sekitar 270 peladang dan memberikan sokongan untuk menanam kira-kira 270,000 anak benih kopi di seluas 150 ekar tanah.

En. Juan Aranols, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,

 “Sejak tahun 2019, kami telah berusaha gigih bersama para penanam kopi tempatan kita untuk memulihkan penanaman kopi di Kedah, Perak dan baru-baru ini di Kelantan. Mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), usaha ini adalah sebahagian daripada agenda kelestarian kami untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan melindungi rantaian bekalan makanan. Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan punca pendapatan peladang kopi tempatan kita yang mendapat manfaat daripada hasil tanaman yang lebih tinggi dan
pendapatan yang terpelbagai sambil kami menyokong mereka dalam usaha mengguna pakai amalan pertanian regeneratif seperti tanaman selingan.”


“Kembalinya NESCAFÉ Classic Kopi Kedah memperlihatkan kemajuan program NESCAFÉ
Disemai Dengan Kasih
dan kami sukacita untuk sekali lagi berkongsi cita rasa Malaysia ini
dengan para pengguna,”  tambah Aranols.



NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023

 

 

En. Raef Labaki, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Kopi, Nestlé (Malaysia)
Berhad pula berkata, 

“Setiap cawan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah mencerminkan keprihatinan dan rasa hormat yang dicurahkan oleh para peladang NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih sepanjang proses penanaman kopi. Dalam tempoh beberapa tahun sejak program dimulakan, kami telah melihat kemajuan yang menggalakkan. Kami akan terus menyokong sektor kopi tempatan untuk mencipta detik-detik kopi istimewa untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.”


NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Pada tahun ini, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah kembali dengan wajah baharu yang memaparkan seni anyaman tradisional untuk meraikan warisan tempatan Malaysia. Pembungkusan pada tin juga menunjukkan mercu jaya penting yang dicapai menerusi NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan mengetengahkan salah seorang daripada peladang kopi tempatan program ini yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi bermutu tinggi NESCAFÉ Classic Kopi Kedah dengan cita rasa tersendiri, yang disemai dengan kasih untuk dinikmati sepenuh hati.

Untuk Pembelian secara online : NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023 

 

 



Anara, Calia, Elara The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di negeri Sembilan di bawah pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad. Ianya meliputi kawasan bandar seluas 6,272 ekar tanah pegangan bebas kelas pertama Bandar Sri Sendayan. Pencapaian projek di Tiara Sendayan amat mengagumkan. Terdapat lebih 13 projek yang habis dijual dalam tempoh 3 tahun dan sambutan yang diterima daripada pembeli amat menggalakkan. Tidak hairanlah Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk 

  • The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA)
  • The Edge Billion Ringgit Club 2022
  • The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market
    Capitalisation of RM 1 Billion and above) 
  • Dan banyak lagi.


The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan merupakan kawasan kediaman yang berhampiran dengan segala-gala kemudahan yang memenuhi gaya hidup pemastautin dan terdapat pelbagai kemudahan runcit,hab pendidikan, rekreasi luar, taman gaya hidup, Bazar Makanan, Stesen Minyak dan banyak lagi

Kesemua kemudahan  yang terdapat di Tiara Sendayan  adalah Tiara Biz, 12-acre Central Park, Petrol Station, Medan Tiara, Matrix Global Schools, d’Tempat Country Club & X-Park Sendayan, Sendayan Merchant Square telah selesai pembinaan dan sedia berkhidmat untuk masyarakat.

Matrix Concepts mempunyai rekod prestasi kukuh dalam Tiara Sendayan dan fasa sebelumnya telah dijual sepenuhnya sejak 2018, ini membuktikan bahawa produknya diterima dengan baik dalam masyarakat.

Kini Matrix Concepts memperkenalkan Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan.
Residential parcel ini dikelilingi oleh persekitaran yang tenang dan menghijau. Kisah kejayaan fasa sebelumnya adalah bukti dalam menunjukkan Matrix Concepts sentiasa cakna dalam memastikan yang terbaik disediakan mengikut keperluan pasaran di Tiara Sendayan sehingga  menjadikan projek Matric Concept berjaya dan sangat diterima baik oleh orang ramai.

Berpandukan pengalaman fasa sebelum ini, Matric Concepts telah melakukan yang terbaik untuk 
pelancaran baharu fasa yang baru.


The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

Peluang terakhir untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Tiara Sendayan.


Kepada anda diluar sana yang masih lagi tercari cari rumah kediaman untuk dibeli. Ini merupakan peluang terakhir untuk anda menjadi sebahagian daripada komuniti Tiara Sendayan.

Presint 14C3-A&B merupakan landed residential parcel yang terakhir di Tiara Sendayan . Selepas ini Matric Concepts tidak akan membangunkan landed residential kerana ini adalah yang terakhir. Tiada lagi kediaman 1 atau 2 tingkat pada masa hadapan. Ini adalah peluang terakhir untuk anda memiliki memiliki siri rumah tiara. Presint yang terakhir ini dilengkapi dengan ruang hijau yang luas di dalam presint & juga di dalam kawasan kediaman. Kawasan ini sememangnya Cukup untuk menjalani  kehidupan seharian dengan keperluan harian yang sempurna .
 
The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan
 

Final Parcel akan terdiri daripada 336 unit di atas tanah pegangan bebas. Kediaman ini datang dengan saiz yang pelbagai iaitu 20’ x 65’ hingga 20’ x 75’ dan binaan untuk satu tingkat bermula dari 1,056 kaki persegi. Fully extended design dan double storey bermula dari 1,576 kaki persegi. Projek perumahan terbaru ini  menyasarkan pembeli rumah pertama & empty nester.

The final landed residential parcel di Tiara Sendayan akan dilancarkan tidak lama lagi. Kepada anda diluar sana yang berminat utuk membeli perumahan baru ini sila daftar sekarang.
 

The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan
 

Pelancaran Akan Datang

  • Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan
  • Lot size 20’ x 65’ (Single Storey), 20’ x 70 – 75’ (Double Storey)
  • Built-up from 1,056 sq.ft. (Single Storey), 1,576 (Double Storey)
  • 336 units, 20.54-acre
  • 3 Beds + 2 Baths (Single Storey), 4 Beds + 3 Baths (Double Storey)
  • Price from 225k (Single Storey), 360k (Double Storey)


The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan

 

Kemudahan di Tiara Sendayan

12-acre Central Park dengan pelbagai kemudahn, Gelanggang Futsal , Gelanggang Bola Keranjang,Gym ,Stesen Parcourse, Teres Tempat Duduk, Tempat Perlindungan, Kawasan permainan kanak-kanak dan banyak lagi kemudahan di sekitar Tiara Sendayan. Kemudahan kemudahan sebegini sememangnya amat diperlukan dalam kehidupan seharian bagi melengkapkan lagi hari kita.

d’Tempat Country Club

Kemudahan rumah kelab d’Tempat Country Club yang mempunya pelbagai aktiviti seperti kolam renang saiz olimpik,bowling alley, snooker, movie room, gelanggang tenis, gelanggang badminton,squash, bilik mesyuarat, spa, gim,bar, cafe, kedai makan & sebagainya. Pembeli projek perumahan Tiara Sendayan akan mendapat complimentary keahlian rumah kelab ini dari 2 penggal hingga 5 terma.

Matrix Global Schools

Matric Global Schools dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina dan dalaman yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British ini dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan luar negara. Kemudahan pendidikan juga amat penting dalam memilih untuk membeli rumah untuk tujuan kita tinggal bersama keluarga, dengan adanya Matrix Global School menjadikan Tiara Sendayan lokasi yang sangat bagus untuk anda yang ingin membeli rumah untuk bermastautin bersama keluarga tercinta.
 

X-Park

Terdapat X-Park Sendayan yang merupakan Pusat sukan untuk akitiviti luar terbesar di Negeri Sembilan dengan tarikan lebih 18 aktiviti untuk semua peringkat umur seperti go-kart, paint ball,archery gelanggang badminton, gelanggang futsal dan pelbagai lagi yang menjadi faktor Tiara Sendayan menjadi rebutan buat pembeli.

Merchant Square

Terdapat 163 unit pejabat kedai bagi melengkapkan Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti - Dilengkapi dengan tanah seluas 6.4 ekar yang dikhaskan untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa akan datang.


The Final Landed Residential Parcel di Tiara Sendayan


Jom Rebut peluang untuk memiliki dan menjadi sebahagian komuni Tiara Sendayan dengan menghubungi 1800-88-2688 atau layari laman web http://www.tiarasendayan.com/. Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka untuk mengetahui perkembangan atau promosi terkini mengenai Perumahan di Tiara Sendayan.

#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts






Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve