Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Monday, November 30, 2015

Rysya Skincare Rahsia Kejelitaan Rozita Che Wan



Mempunyai wajah yang cantik mulus adalah dambaan semua wanita . Wajah yang cantik boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang untuk berhadapan dengan umum. Wajah yang kusam boleh membuatkan wanita hilang keyakinan untuk berdepan dengan umum terutamanya di Majlis-majlis tertentu seperti di Majlis Alumnai .

Empat langkah mudah Rysya Skincare
Empat langkah mudah Rysya Skincare

Pasti sudah ramai mengetahui akan kejelitaan Rozita Che Wan pelakon terkenal Malaysia yang sentiasa menarik perhatian ramai.  Beliau merupakan pengguna dan juga Duta kepada produk kecantikan Rysya SkinCare.

Rysya Skincare Rahsia Kejelitaan Rozita Che Wan
Rysya Skincare Rahsia Kejelitaan Rozita Che Wan, Harga Sate Set yang mengandungi 5 Item RM390

Untuk pengetahuan Beliau sememangnya menggunakan produk ini sendiri dan merasa kebaikan serta perubahan pada wajahnya . Beliau menerima tawaran untuk menjadi Duta produk adalah kerana beliau sendiri telah menggunakan produk ini dan yakin akan keberkesanannya.


Rysya Skincare Rahsia Kejelitaan Rozita Che Wan



Penjagaan kecantikan sangat penting bagi kaum hawa terutamanya pada yang sudah memasuki alam 30 an seperti cik iena . Kecantikan dan kelembapan kulit perlu di utamakan bagi menjaga kulit supaya tidak kusam dan berkedut.   Di usia 30 an ini lah wanita akan tampil lebih menawan daripada usia remaja beliau sekiranya penjagaan kulit dijaga dengan rapi. 


Maka dengan itu amatlah penting bagi seseorang wanita terutamanya untuk menjaga kecantikan wajah. Pada minggu yang lepas cik iena telah menghadiri Majlis Bersama Blogger Rysya SkinCare dan berpeluang mendengar tentang produk tersebut yang mana jika dari penerangan membuatkan cik iena berasa sangat teruja untuk mencuba dengan kandungan-kandungan zat seta kebaikan yang terdapat pada setiap produk Rysya. Untuk pengetahuan, Cik iena juga di beri satu set produk Rysya Skincare untuk cik iena sendiri mencuba  produk  ini. Kalau nak tau review dari cik iena, baca sampai habis tau.


MAJLIS BERSAMA BLOGGER RYSYA SKINCARE

 

 

Okay cik iena tak cakap banyak mengenari majlis ni, cik iena tunjuk sedikit gambar dan seterusnya cik iena akan terangkan tentang produk Rysya ni tau :)
jemput jamu mata tengok gambar


Puan Noorazlina, pengasas produk Rysya Skincare sedang memberi penerangan mengenai produk rysya skincare
Puan Noorazlina, pengasas produk Rysya Skincare sedang memberi penerangan mengenai produk rysya skincare



aksi blogger berwefie
aksi blogger berwefie

Bersama pengasas produk Rysya Skincare, Puan Noorazlina
Bersama pengasas produk Rysya Skincare, Puan Noorazlina



ahaa boleh jadi che ta tak (^_~)
ahaa boleh jadi che ta tak (^_~)


Bersama rakan-rakan blogger
Bersama rakan-rakan blogger




Eh nak cantik macam che ta la, cik iena cuba dulu ya :)
Eh nak cantik macam che ta la, cik iena cuba dulu ya :)


Selesai gambar sewaktu majlis bersama blogger rysya skincare, sekarang cik iena nak cerita hasil daripada pendengaran cik iena di majlis tersebut (^_~)
Nak Cantik Macam Chekkkk tak
Ahhhaaa
Jom baca
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V









gegedik selfie dengan rysya skincare, selepas 8 hari penggunaan tapi ni cik iena pakai simple make up lah
gegedik selfie dengan rysya skincare, selepas 8 hari penggunaan tapi ni cik iena pakai simple make up lah, bedak, lipstick , mascara, celak . Ahaa pakai Rysya kulit akan lembab so sangat senang nak apply make up. Nie gambar with flash. gambar takde flash kat bawah ye


Ehhh maaf bukan cantik macam cheqq naaaaa
cheqq  tak cantik macam che ta pon
Tapi ade simpan niat nak cantik macam che ta
ahaaaaaaa
mohh baca,
Apa yang penting korang kene konsisten tau pemakaian kalau nak cantik macam che ta.
Jangan lah sekejap pakai sekejap tak Janganlah pakai sebulan dua je
Macam mana nak cantik kan
Nak cantik kene usaha lebih
Rajin-rajin kan diri belai wajah
(^_~)










Baiklah sekarang  cik iena cerita tau. Untuk kekal cantik seperti Rozita Che Wan, Rangkaian produk kecantikan kulit Rysya Skincare hanya memerlukan Empat langkah mudah. Iaitu


  1. LY Facial Cleanser / Pencuci Muka LY
  2. LY Facial Toner / Toner Muka LY
  3. Rysya 24K Gold Serum 
  4. Rysya 24K Gold Miracle Cream
 Okay mari cik iena terangkan satu-satu mengenai produk ini



LANGKAH 1

LY Facial Cleanser / Pencuci Muka LY RM45


LY Facial Cleanser dirumus untuk membuat "pembersihan secara lembut" terhadap kulit wajah. Ia membersihkan segala kekotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa menganggu kelembapan semula jadi kulit. Ia tidak akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas.

LY Facial Cleanser / Pencuci Muka LY
LY Facial Cleanser / Pencuci Muka LY


Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cecair pencuci pada tapak tangan yang telah dibasahkan. Gosok kedua-dua belah tangan secara perlahan-lahan sehingga berbuih, kemudian sapukan ke seluruh muka dan elakkan terkena bahagian mata. Bilas sehingga bersih.
BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT PADA CLEANSER

1.    Vitamin C

-    Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat
-    Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak
-    Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka
-    Mencerahkan kulit
-    Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.
-    Bertindak sebagai agen anti-penuaan

2.    Licorice

-    Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis
-    Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.
-    Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah
-    Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi
LANGKAH 2

LY Facial Toner / Toner Muka LY RM45


Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan Toner Muka LY yang konsisten membolehkan kulit wajah lebih tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit, memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.

LY Facial Toner / Toner Muka LY
LY Facial Toner / Toner Muka LY

Arahan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka dengan Rysya Facial Cleanser. Elakkan terkena bahagian mata.
BAHAN YANG TERDAPAT PADA TONER
1.    Phyto Placenta Extract

-    Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.

2.    Vitamin B3

-    Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.
-    Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.
-    Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.






LANGKAH 3

Rysya 24K Gold Serum RM140


Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu  mencerahkan  kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit.  Rysya  24K Gold Serum mengandungi lebih banyak bahan aktif berbanding dengan krim muka yang lain (hanya mengandungi bahan aktif sebanyak 3-5 peratus sahaja). Rysya 24K Gold Serum mampu menyampaikan kepekatan nutrien yang lebih besar bagi menembusi ke bahagian dalam kulit.


Rysya 24K Gold Serum
Rysya 24K Gold Serum

Arahan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan Rysya Skincare Toner Muka. Urut dengan teliti ke seluruh kulit wajah.
 BAHAN YANG TERDAPAT PADA 24K GOLD SERUM
1. Pullulan

-    Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.
-    Bertindak sebagai antioksidan
-    Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang

2.Glycine Soja ( Soya Bean )

-    Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C
-    Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit
-    Melindungi kulit daripada radikal bebas
-    Ejen anti-radang

3. Red Algae

-    Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino
-    Membersih dan menyuburkan kulit

4. 24K Gold

-    Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit
-    Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit

LANGKAH 4

Rysya 24K Gold Miracle Cream RM140


Rysya LY 24K Gold Miracle Cream mengandungi ramuan anti-penuaan unik yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Penggunaan Rysya 24K Miracle Cream dapat membantu meningkatkan ketengangan, keanjalan dan kelicinan kulit.  Formula Vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya kulit menjadi lebih muda. Bahan-bahan di dalam produk penjagaan kulit Rysya membantu merangsang regenerasi kulit dan dapat melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi.


Rysya 24K Gold Miracle Cream
Rysya 24K Gold Miracle Cream

Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Tunggu sehingga 24k Gold Serum diserap sepenuhnya ke dalam kulit sebelum menyapu 24K Gold Miracle Cream. Urut dengan teliti pada kulit.



BAHAN YANG TERDAPAT PADA 24K GOLD MIRACLE CREAM

1.    Red Algae

-    Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi
-    Meningkatkan fungsi daya tahan kulit
-    Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
-    Meningkatkan keupayaan kelembapan

2.    Soy Placenta Extract

-    Mengurangkan kedutan
-    Menggalakkan kulit supaya lebih cerah
-    Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan

3.    Virgin Coconut Oil

-    Menghidratkan kulit
-    Menyerap, melembap dan melembutkan kulit
-    Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain
-    Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit




Selain daripada empat produk diatas, Rysya Skincare juga mengeluarkan produk skrub badan sarang burung LY yang mana ianya bertujuan untuk mencerahkan badan, menegangkan kulit badan. Ianya juga boleh di guna di wajah kita seminggu dua kali bangi membuang sel-sel kulit mati.
Dikatakan produk ini menjadi permintaan ramai terutamanya golongan lelaki kerana ianya mudah untuk di gunakan.

Bird Nest Body Scrub / Skrub Badan Sarang Burung LY RM25


LY Bird’s Nest Body Scrub ialah sabun buku bukan alkali yang mengandungi "sarang burung Walet dan kolagen". Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. LY Bird’s Nest Body Scrub adalah formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit Rysya. Cubalah sendiri dan kongsikan pengalaman anda kepada kami selepas menggunakannya. Sesuai untuk kulit sensitif.






Bird Nest Body Scrub / Skrub Badan Sarang Burung LY
Bird Nest Body Scrub / Skrub Badan Sarang Burung LY




Arahan: Gunakan dua kali seminggu. Gosok sabun seluruh badan menggunakan bahagian yang lembut dahulu sebelum menyental menggunakan bahagian ‘scrub’. Bilas sehingga bersih.



Produk Rysya Skincare boleh dibeli terus melalui talian dan juga kedai-kedai terpilih diseluruh negara atau terus membuat pembelian ke ibu pejawat Rysya Skincare melalui talian  +603 7831 8669 dan +6019 738 8866.

Harga produk Rysya bermula serendah dari RM25.00 hingga RM140.00 setiap satu.  Puan Lin sebagai Pengarah Urusan Syarikat juga mempelawa semua yang berminat untuk menjadi rakan niaga Rysya Skincare bagi  menambah pendapatan disampingan sambil kekal menawan dengan kulit muka yang cantik menawan.

Menurut Puan Lin


 “ Tiada wanita di dunia ini yang tidak mahu kelihatan cantik dan kecantikan yang asli itu bukan sahaja dari kulit muka tetapi juga hati yang ikhlas bagi setiap apa yang dikerjakan, pasti dengan Rysya Skincare akan menambahkan keyakinan itu”



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Thames Skincare Sdn Bhd
Email: sales@rysya.com
Webpage: www.rysya.com
Instagram: @rysyaskincare / #rysyaskincare
Facebook: www.facebook.com/rysyaskincare
Whatsapp: 019-7388866 / Office: 03-78318669

Alamat:
Themes Skincare Sdn.Bhd , D10-9-1 Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1,
Jalan PJU 1A/46
47301 Petaling Jaya
Selangor









REVIEW DARI CIK IENA SETELAH 8 HARI PENGGUNAAN (hari ke 8- 22 November 2015)


Cik iena sangat menggemari CLEANSER, walaupun buih tidak banyak tetapi ianya mampu membuang sisa-sisa solekan cik iena. Kebiasaannya cik iena akan membuang solekan menggunakan produk lain sebelum mencuci muka. Setelah cik iena membaca review dari pelanggan Rysya Skincare yang mengatakan cleanser Rysya mampu membuang sisa solekan maka cik iena pun mencubanya. Cik iena tidak membuang solekan seperti biasa menggunakan produk lain. Cik iena terus menggunakan Rysya Cleanser  selepas itu cik iena menggunakan kembali make up remover cik iena untuk melihat masih ada lagi kah saki baki kotoran. Dan ianya sangat mengejutkan. Tiada saki baki kotoran. Kapas bersih sahaja :)


cik iena dan rysya skincare
cik iena dan rysya skincare, gambar tanpa flash


Pada awal pemakaian cik iena agak ragu-ragu kerana buih yang sedikit seolah-olah cik iena rasa seperti tidak dapat membuang sisa solekan di wajah cik iena. Ternyata tanggapan itu salah.

Untuk kesan-kesan yang lain cik iena akan kemaskini dari semasa ke semasa. Takkan baru seminggu pakai dah cantik macam che ta kan (^_~)
Apa yang boleh rasa pada kulit adalah kulit terasa lembab dan satu lagi jerawat batu cik iena yang baru naik di hidung magic dah hilang, tak sempat membesar dengan sihat.Muka cik iena memang akan dinaiki jerawaat sebiji dua pada musim musim datang bulan ahaaa ;)


Pada yang berminat untuk mencuba boleh lah hubungi nombor atau laman sosial diatas atau pun anda boleh juga mendapatkam melalui stokis Rysya Skincare



instagram : @azilaazhar
Facebook : Azila Azhar
No. Tel : 0122610594
COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang Jaya, Petaling Jaya





FB : Shema Reis
Ig : @shema_reis
Phone no : +60192277673
COD kawasan Damansara,PJ,Bangi, Kelana Jaya,Subang ,KL Sentral,Shah Alam dan Klang.
Boleh jugak buat pengeposan ke seluruh Malaysia,Singapore dan Brunei.







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


read more

Sunday, November 29, 2015

French Chocolate Box Dari Cake Sense



 French Chocolate Box Dari Cake Sense




Merupakak Kek bercitarasa mewah dengan harga yang berpatutan . Tekstur  kek yang mampat dan padat dengan coklat beserta chipsmore ditambah dengan dekorasi coklat yang cukup indah dan menawan pasti membuat anda rasa teruja untuk mencuba kek ini.




 French Chocolate Box Dari Cake Sense
 



Ianya sesuai untuk di beri buat insan tersayang seperti keluarga, mahupun teman lelaki atau wanita dan juga mungkin sahabat akrab anda. Dekorasi kek yang cukup cantik pasti membuat kan si penerima kek berasa sangat teruja dang gembira di tambah lagi dengan rasa kek yang sedap .


 French Chocolate Box Dari Cake Sense
 French Chocolate Box Dari Cake Sense


Selain untuk menyambut kelahiran, ianya juga sesuai di jadikan hantaran pertunangan mahupun perkahwinan . Dekorasi yang cukup indah menjadikan ianya sangat sesuai untuk hantaran. Anda tidak perlu mengubah dulang hantaran anda lagi kerana dekorasi yang terdapat pada kek ini semangnya cukup menarik untuk di jadikan hantaran pertunangan mahupun perkahwinan. 




 French Chocolate Box Dari Cake Sense
 French Chocolate Box Dari Cake Sense


Jika sebelum ini kek secret recepi menjadi pilihan cik iena untuk menyambut sambutan hari lahir ahli keluarga tapi berbeza pada kali ini cik iena mencuba kek daripada cake sense . Ternyata ianya sangat sedap. Sebelum ini cik iena hanya membeli kek dari cake sense untuk menyambut hari lahir kawan pejabat . Kali ini untuk family pula. Mak cik iena memang hebat buat kek ni, Kalau bagi kek yang tak sedap ahaaa memang dia pandang sebelah mata je lah.


 French Chocolate Box Dari Cake Sense
 French Chocolate Box Dari Cake Sense


Kebiasaan nya memang mak akan buat permintaan nak kek secret recipe . Setelah mencuba kek ni, yeay Alhamdulillah lepas ujian. Mak suka kek ni .




 French Chocolate Box Dari Cake Sense
 French Chocolate Box Dari Cake Sense

 French Chocolate Box Dari Cake Sense
 French Chocolate Box Dari Cake Sense


Harga yang di tawar pula adalah sangat berbaloi untuk dekorasi kek yang cukup cantik ini. Harga cuma RM95 termasuk GST. Teringat pula cik iena sebelum ni selalu beli kek secret recipe yang mana harganya lebih mahal daripada kek ni . Ehemm jom lakukan perubahan cik iena. Kita bertukar ke Cake Sense pula. Dari harga-harga kek yang lain cik iena lihat pun memang murah untuk dekorasi dekorasi kek yang di tawarkan :)



Okay jemput layan gambar potong kek hari jadi Awek kepada adik lelaki cik iena. Memandangkan ahli keluarga lain sibuk maka kami sambut kami-kami je haha. Janji taka lupe birthday bakal adik ipar ni kan (^_~) Semoga korang sampai ke jinjang pelamin lah. Tak mau gadoh gadoh okay.

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA





SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
amboi, pandai mak possing naa

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
amek gambar dengan birthday girl tengah2

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
amacam, comel tak saya..hahaha dekno

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
Untung bday girl dapat cake sense dari bakal kakak ipar yang comel lagi kiut ni haha




SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
sesi suap kek, mak

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
sesi suap kek, abah

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
sesi suap kek, Arif

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
sesi suap kek, pasangan merpati sejoli haha

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
ahaa suap kek dekat akak retis plak lalallalaaa

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
suap dekat my PA pulak lalallaaa, ni la yang selalu assist iena pergi event


SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
yeahh  nak ambil gambar dengan french chocolate Box yang kite hadiahkan tuk bakal adik ipar :)

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
PA a.k.a adik cik iena yang comel gituh

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
amoi abah possing ke tu, siap suh mak ambilkan gambar

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
birthday girl dengan adik cik iena

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA


SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA

SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
with birthday girl


SELAMAT HARI LAHIR ATEN ALESYA
wefie yuk, eh abah xde lak.. g toilet lalalaa


 Wokay ada banyak gambar lagi sebenarnya boleh tengok dekat FB  ienaeliena.com ya. Sory pada kakak sebab tak dapat tunggu kakak. Kakak nye sibuk mengalahkan YB. Sabtu Ahad siang malam sibuk ada program. Kalah cik iena okay. sebenarnya nak celebrate sekali birthday kakak. Tapi mak cakap kakak sibuk ade event sabtu ahad sampai malam. Jadi terpaksalah lupakan hajat untuk celebrate dua orang serentak. Next celebrate birthday kakak pulak .




Jangan lupa cuba kek French Chocolate Box dari Cake Sense ni tau.
Sangat sesuai untuk sambut hari lahir insan tersayang gitu.
Terutamanya birthday aweks-aweks
ahaa senyum sampai telinga bakal adik ipar dapat kek cantik dari cake sense nie


 French Chocolate Box Dari Cake Sense
 French Chocolate Box Dari Cake Sense


Memandangkan Decoration yang cukup cantik ni, cik iena rasa ianya juga amat sesuai untuk di jadikan sebagai hantaran pertunangan mahupun perkahwinan,
tak perlu lagi nak deco cantik-cantik



 French Chocolate Box Dari Cake Sense
 French Chocolate Box Dari Cake Sense

Insya Allah kalau cik iena kawen nanti nak beli Cake dari Cake Sense Je lah Untuk Hantaran
Sebelum ni tengok kalau orang kawen atau tunang hantaran mesti cake secret recipe
haaaaaaa nanti cik iena nak ubah, 
nak guna cake dari cakes sense yang boleh di katakan kesemuanya mempunyai deco yang cukup menarik.
Okay Insya Allah ada masa cik iena tunjukkan gambar cake-cake yang lain dari Cake Sense ya
(^_~)



Untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari

Facebook : Cake Sense
Instagram : @my_cakesense
Tel : 03-6272 1851
Fax : 03-6272 1831
Email : info@cakesense.com


Cawangan-cawangan Cake Sense


Petaling Jaya
No 19. Jalan SS 24/8 , Taman Megah
47301 Petaling Jaya
Tel/Fax : 03-7805 

Taman Tun Dr Ismail
No.26 Jalan tun mohd fuad, Taman tun dr ismail 
60000 Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-7727 0176

Tropicana City Mall
Lot LG-45 , Tropicana City Mall, jalan SS20/27 
47400 Petaling Jaya
Tel/fax : 03-7731 1908

Setia City Mall
Pot UG-K02, Setia City Mall , Persiaran setia dagang, Bandar setia alam, SEK U13
40170 Shah Alam

Suria KLCC
C03-C05, Suria KLCC Shopping centre, jalan ampang
50088 Kuala Lumpur
Tel/fax : 03-2163 5951


Paradigm Mall
Lot LG-30 , paradigm mall jalan SS7/26a , 
47301 Kelana jaya
tel : 03-7887 0189

Empire Shopping Gallery
Lot FK03A, First floor, Empire Subang, jalan SS16/1 
SS16, 47500 Subang ajaya
tel/fax : 03-5613 0189





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


read more

Saturday, November 28, 2015

Chowrasta Adaptasi kisah naib canselor UiTM


Mengisahkan kisah benar tentang kehidupan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Chowrasta merupakan Filem ke-38 pengarah terkenal Profesor Datuk A Razak Mohaideen.Penghasilan filem chowrasta adalah di adaptasi daripada buku biografi Sahol berjudul Mencorak Destini  yang berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu..


Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta

Filem berlatarbelakangkan zaman 60 an dan 70 an ini merupakan terbitan  bersama FiTA Studios Sdn Bhd dan Nation Film Studio Sdn Bhd yang mana ianya menggabungkan empat genre berbeza iaitu komedi, Bol­lywood, aksi dan romantis. Filem ini juga adalah sebagai buah tangan daripada Profesor Datuk A Razak Mohaideen untuk 600,000 alumni UiTM di seluruh negara.
Filem ini di barisi pelakon hebat iaitu Hero Malaya Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan Nur Risteena Munim, dan  juga pelakon baru yang ingin di ketengahkan sebagau tunjak Utama iaitu Chem Ammar . Chowrasta bakal menggegarkan 60 buah pawagam di seluruh Malaya bermula 3 Disember nanti.




SINOPSIS RINGKAS CHOWRASTA


Kehidupan Hamid penuh dengan perjuangan. Sejak kecil lagi, kehidupannya sentiasa dihimpit kemiskinan serta sering dihina dan dicaci. Namun, demi kelangsungan hidup diri dan keluarganya, di Hutton Road, Pulau Pinang, dia terus bangkit. Segalanya bertitik tolak daripada gesaan ibunya yang meminta dia untuk tidak hanya berdiam apabila dibuli dan meminta Hamid untuk menjadi seorang yang berani bukannya seorang pengecut.

Dari situ Hamid bertekad dan belajar seni mempertahankan diri “Muay Tai”, yang dikendalikan oleh Pak Ngahnya yang terkenal dengan nama “Uncle Don”. Berkat kegigihannya berlatih di samping tekad yang terpahat, akhirnya Hamid dapat meletakkan dirinya sebagai seorang yang disanjungi oleh rakan-rakannya dan digeruni oleh pihak lawan.

Selain bertarung di gelanggang, dia juga mula terlibat dengan kegiatan kongsi gelap yang dikepalai Pak Ngah Don di Chowrasta serta mula berjinak dengan kelab malam. Malah, dia juga telah mula rapat dengan Zaharah, iaitu seorang penyanyi di kelab tersebut. Pada masa yang sama, kawasan di bawah penguasaan Pak Ngah Don semakin bertambah, seiring itu musuhnya turut juga bertambah. Konflik demi konflik membawa Hamid ke kancah pertarungan sengit sehingga suatu ketika dia hampir menemui ajalnya di tangan Jali. Akan tetapi dia dapat diselamatkan oleh Zaharah dan kawan baiknya Eng Choon.
Melihatkan keadaan itu. Hamid diminta oleh Pak Ngah Don dan ibunya supaya meninggalkan Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya.

Hamid kemudiannya diterima masuk ke ITM dan menjadi seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Prestasi Hamid dalam pelajaran menyerlah, namun disebabkan kemiskinan, Hamid terpaksa bekerja di tempat pembinaan bagi menyara kehidupan keluarganya. Disebabkan Hamid tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran, dia kemudiannya gagal mencapai gred yang ditetapkan dan terus dibuang ITM.
Dengan tiada tempat lain untuk dituju, Hamid pulang ke kampung dan kembali menerajui Chowrasta. Dalam pada itu, Pak Ngah Don telah menemui ajal apabila dia dibakar hidup-hidup oleh musuh ketatnya, Jali. 

Hamid terus memburu Jali untuk membalas dendam dan berlakukan satu pertarungan sengit yang menyaksikan Jali menyerah kalah dan berjanji untuk tidak menganggu Hamid lagi. Tidak lama kemudian, Hamid didatangi oleh Miss Tan, seorang pensyarahnya yang bertujuan untuk membantu. Hamid diberi peluang kedua untuk melanjutkan pelajarannya dengan semua perbelanjaannya ditanaggung oleh Miss Tan. Semenjak itu dia tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan semangat dan usaha bersungguh-sungguh, Hamid akhirnya berjaya  sehinggalah beliau menjadi seorang yang sangat disegani.




TRAILER CHOWRASTA



Mengisahkan kisah benar tentang kehidupan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol...
Posted by ienaeliena.com on Saturday, November 28, 2015



GAMBAR-GAMBAR SEDUTAN DALAM FILEM CHOWRASTA

 

 

 

Chowrasta Adaptasi kisah naib canselor UiTM
Hamid sedang bertarung untuk merebut gelaran juara Muay Thai


seni pertahanan diri Muay Thai
seni pertahanan diri Muay Thai


Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta

chowrasta

Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta

Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta

babak di mana pakngah don atau rosham nor di bunuh
babak di mana pakngah don atau rosham nor di bunuh

Antara babak romantik dalam Chowrasta


Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
Lakonan Hebat pelakon Chowrasta

Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
Lakonan Hebat pelakon Chowrasta


Chowrasta Adaptasi kisah naib canselor UiTM
Babak sedih sebelum Hamid ke ITM, dimana sebelum ini hamid tidak pernah berenggang dengan ibunya

Chowrasta Adaptasi kisah naib canselor UiTM
Hamid ketika kecil, di gelar karipap amarica kerana membantu ibunya menjual kuih

Nur Risteena
Nur Risteena

Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
latihan seni pertahanan diri Muay Thai


Ost Filem Chowrasta Cinta Ke akhir cerita 

Tajuk : Cinta Ke Akhir Cerita
OST filem Chowrasta
Penyanyi : EEZA ZAINAL & TAUFIQ RODZI
Komposer & Penggubah Lagu : AZMEER pc
LIRIK : SHAHRUL FITRI MUSA




Tajuk : Cinta Ke Akhir CeritaOST filem ChowrastaPenyanyi : EEZA ZAINAL & TAUFIQ RODZIKomposer & Penggubah Lagu : AZMEER pcLIRIK : SHAHRUL FITRI MUSA
Posted by ienaeliena.com on Saturday, November 28, 2015




TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015

 

TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015

 

Pada 18 November 2015 cik iena  mewakili www.hyebro.com ke Majlis Tayangan Khas dan Sidang Media Chowrasta Yang bertempat di GSC Nu Sentral . Majlis gilang gemilang ini berjalan dengan lancarnya dan di hadiri dengan tetamu-tetamu terhormat , pihak media dan juga tetamu-tetau lain seperti pelajar-pelajar Uitm sendiri dan juga Artis-artis tanah air. 


TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
CIK IENA DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015

CIK IENA DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
CIK IENA BERSAMA DATUK ROSHAM NOR, PAKNGAH DON  DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015





REVIEW CHOWRASTA DARI CIK IENA


Walaupun cerita ni agak lewat di mulakan, dalam tempoh menunggu cik iena ada terasa bosan lah tetapi setelah cerita ini dimainkan tiada rasa bosan tersebut. Di sepanjang cerita ini dimainkan  terdapat pelbagai babak dan jalan cerita yang menarik untuk di hayati bersama.

Tiada bahagian yang akan membuat anda bosan. Sebelum ini cik iena tengok abang bond spectre tu ada bahagian-bahagian yang rasa..errr apa ni bosannya. Haa kalau cerita ni memang best sampai ke akhir cerita cik iena duk khusyuk tengok dan baca kisah-kisah yang terjadi kepada kesemua watak dalam cerita tersebut, ape yang mereka buat pada waktu sekarang.

Filem chowrasta yang berlatarbelakangkan zaman 60 an ni jika di lihat pada warna-warna 60 an mungkin agak bosan bagi kita yang lahir pada tahun 90 an ke atas ni , namun apabila cerita ini di mainkan timbul rasa minat dan ingin tau dari cik iena.

Sebenarnya masa dapat invitation ni cik iena terkejut dengar tajuk filem ni. Chowrasta?? hah filem apa tu . Tengok gambar poster macam tak bersemangat nak pergi kan. Selepas tau cerita ni dari Profesor Datuk A Razak Mohaideen baru cik iena berkeyakinan nak datang. Ahaa ko ingat ko diva ke cik iena haha .

Haaaaaa okay apa-apa pun filem ni best tau. Maaf lambat update. Cik iena sibuk kerja di pejabat T___T .

Kepada anda di luar sana jangan lupa saksikan filem ini yang bakal di tayang kan di pawagam pawagam berhampiran anda pada 3 Disember 2015. Filem yang bakal menggegarkan Industri Perfileman Negara dengan berlatarbelakangkan suasana zaman 60 an dan ianya berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu..








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


read more

UBER PROMO CODE - IENA

UBER PROMO CODE - IENA