Grab The Promo

Giant Petai | Petai Gergasi



Pernahkah anda menjumpai petai gergasi ini?





Petai gergasi  dikenali sebagai " Entada Phaseoloides".

"Entada Phaseoloides, yang kelihatan serupa dengan petai, hanya akan tumbuh di dalam hutan kerana ia adalah sangat besar . Menurut  Malaysian Herbs : Goh Kong Ling,  Entada Phaseoloides  beracun walaupun tahap ketoksikan yang sebenar tidak diketahui,"

Liang berkata makan kacang beracun tidak semestinya membawa kepada kematian. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan fizikal. Oleh itu, beliau menasihatkan semua tidak makan  Entada Phaseoloides .




"Dari segi perubatan Cina,  Entada Phaseoloides  boleh melegakan kekejangan dan kesakitan, dan juga untuk mengalirkan kelembapan. Membantu dalam sakit perut, jaundis, hernia dan rawatan," katanya.

Walau bagaimanapun, Liang berkata tidak lebih daripada 10 gram  Entada Phaseoloides  harus digunakan walaupun untuk perubatan. Selain itu, pesakit perlu mendengar arahan doktor sebelum makan Entada Phaseoloides .

" Entada Phaseoloides boleh menjadi 30mm diameter dan sehingga 1m panjang. Setiap Entada Phaseoloides  akan mempunyai enam hingga 11 biji. Biasanya, hanya  Entada Phaseoloides  mempunyai kacang besar. Ia memang bukan petai," tambah Liang. (Sin Chew Daily)












Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


Khasiat dan Manfaat Petai - Mampu Atasi Masalah Stroke


Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan tentang bau nafas yang kurang menyenangkan apabila kita memakannya. Oleh itu, berkemungkinan besar ada yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan di siang hari ketika waktu bekerja.



Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika, seperti di negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Dengan nama latin parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik ketidak enakan bau nafas, namun tahukah anda ia sebenarnya adalah sejenis ulam yang banyak menberi manfaat kesihatan kepada kita.





Sumber gizi penting

Penelitian menunjukkan bahwa buah petai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga zat ini adalah gula alami yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai 4x lebih banyak daripada epal. Selain itu, kandungan karbohidrat, fosfor, vitamin A, zat besi dan vitamin serta mineral lain yang terdapat pada petai juga lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

Atasi anemia

Anemia biasanya ditandai dengan gejala-gejala seperti tubuh lemas, letih dan kurang bersemangat. Anemia juga menyebabkan penderitanya mengalami kesulitan konsentrasi dan nyeri pada persendian tulang. Perkara ini terjadi kerana badan kekurangan zat besi. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangi anemia atau masalah kurang darah ini.

Mampu Mengurangkan Stres dan Depresi

Sekiranya anda mengalami stres dan depresi, itu tandanya anda kekurangan triptofan. Triptofan adalah suatu asid amino penting yang apabila dikonsumsi, maka akan diubah menjadi serotonin, yang mampu mempengaruhi sistem kerja saraf dan berfungsi memperbaiki “mood” kita.

Stres juga berisiko mempercepat metabolisme tubuh dan mengurangi kalium dalam tubuh. Kalium berguna menstabilkan degup jantung dan melancarkan aliran oksigen ke otak. Untuk itu, ketika stres, anda memerlukan lebih banyak kalium untuk tubuh. Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi.

Menyihatkan mata dan meningkatkan konsentrasi

Petai memiliki kandungan vitamin A yang cukup tinggi, iaitu 200 IU per 100 mg. Seperti diketahui, vitamin A bermanfaat untuk menjaga kesihatan kornea mata. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya berfungsi untuk membantu meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Mengurangi tekanan darah tinggi dan mencegah stroke

Kandungan kalium yang tinggi, namun rendah garam dalam petai mampu menstabilkan degupan jantung. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang penyakit jantung dan gejala stroke. Bahkan The New England Journal of Medicine menerbitkan hasil penelitian yang mengatakan bahawa pemakanan petai secara teratur mampu menurunkan risiko kematian akibat stroke hingga 40 peratus.

Melancarkan sistem pencernaan

Serat juga banyak terkandung dalam petai. Serat atau fiber berguna melancarkan pencernaan. Bagi anda yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti konstipasi atau sembelit, memakan petai akan dapat membantu mengurangi penderitaan anda. Petai juga memiliki efek antasid pada tubuh. Jika anda merasa mual dan sendat kerana makan terlalu banyak, petai mampu mengurangi rasa sakit tersebut.

Jadi, jangan segan-segan untuk memakan petai!



Note: Cik iena suka makan petai..hahahahah
tp da lame x mkn T__T










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


Feeds Homeless 27Apr2012



Program Agihan Makanan kepada homeless tetap dijalankan seperti biasa
walaupun terdapat perhimpunan bersih didataran merdeka.
Para sukarelawan bertungkus lumus menyediakan makanan untuk diagih kepada homeless.
Pelbagai dugaan yang dilalui kerana pada mlm ini agak sukar dengan kehadiran
pengikut2 perhimpunan bersih.
Ada diantara mereka yang igat bahawa makanan yang disediakan adalah untuk ahli perhimpunan bersih.
huhuhu 
pocikk mokcikk oittt
nie utk homeless laaaa
walaupun makcik pokcik sibuk berpolitik..
volunteer2 1 charity tetap meneruskan program agihan makanan kepada homeless.
Antara yang menjadi mangsa perhimpunan ini adalah homeless
kesian mereka hilang arah tuju
tambahan lagi NGO lain  yg selalu dtg memberi makanan kepada homeless ada yg tidak hadir kerana risau akan keselamatan mereka.
Akan tetapi volunteer drpd 1 charity tetap meneruskan misi ini.
Syukur alhamdulillah dgn keizinan allah semuanya berjalan lancar.
(^_~)
"Allah sentiasa melindungi mereka2 yg berbuat baik"

Okies jom tgk pic yg d ambil oleh abg naga..

cik iena x dtg mlm nie sb
cik iena volunteer baru..
kak enn bg tahu valunteer yg kurang dari 3 bulan penglibatan
dinasihatkan agar tidak hadir bg mengelakkan sebarang kesulitan
(^_~)


volunteer sibuk menyediakan makanan





volunteer basuh pinggan ..hihi
rajinnnn..bakal menantu sape la nie
(^_~)

makanan utk midnite run



get ready ..
midnite run


Lokasi 1

Difahamkan kesemua volunteer menggunakan motor utk midnite run
bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas
(^_~)


lokasi 2


Lokasi 3

Volunteer mengejut homeless utk memberitahu mereka membawa makanan



Begini lah keadaan mereka



Sedihkan T__T


Lokasi 4
Mereka Volunteer yg hebat
(^_~)


Kak suri berbual dgn mereka


Lokasi 5




Lokasi 6



Lokasi 7





APAKAH PERASAAN ANDA MELIHAT MEREKA BEGINI?






Lokasi 8



Lokasi 9


Lokasi 10




Ops ade banyak lg gambar
cik iena amek siket2 je
kalau nk tgk lg
blh tgk kt fb abg naga

Okies cik iena difahamkan malam nie akan ade program khas utk gelandangan
Insyaallah cik iena akan hadir
(^_~)



"Untuk makluman sahabat sekalian.. Atas cadangan senior 1CHARiTY.. Mlm ni kami rancang akn buat program khas utk gelandangan(homeless).. Sbb kami dh fikir, berdasarkan pengalaman 'himpun' yg lalu.. Ramai sahabat2 homeless ni yg turut jd mangsa keadaan.. Mereka amat kelaparan & brd dlm keadaan yg sadis akibat menerima tempias dari tindakan 'himpun' tahun lalu.. Oleh itu, kami merayu kpd sahabat2 yg brd di luar sana utk turut bersama menyertai kami dlm mghulurkan bantuan kemanusiaan agar kita sama2 dpt mbantu golongan (homeless) yg amat memerlukan ini.. Kami akn mulakan program slps mahgrib ygmana kami akn memasak nasi & lauk di perkarangan Masjid Jamek seterusnya diagih2kan kpd mereka (homeless).. Kepada sahabat yg mpunyai masa terluang kami ingin menyeru.. Ayuhlah wahai sahabat sekalian.. Bantulah kami utk mbantu mereka.. Barakallahu Lakum..."
















Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


Khasiat Bawang Putih Yang Tersendiri

Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.

 Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain.


Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.

Kegunaan bawang putih yang lain:


  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering  
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga  
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya


Jom manfaatkan khasiat bawang putih!

Sumber










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


Day 3 : With 1 Charity Volunteer & Homeless(26 april 2012)


Sedang menyediakan makanan 
midnite run for homeless
cik iena suka midnite run nie
tp utk ari kamis xdpt join midnite run
hahah sibuk tlg volunteer membasuh pinggan..
lepas tu g ke depan
dorang dh gerak dah
hahah xdpt la ikut..

just tlg2 yg kt masjid jer
(^_~)

ops cik iena tak keluarkan kamera pn kali nie
bz meyhh
rase mcm kekurangan volunteer je..
gmbr yg ade amek kt fb volunteer je.

Ape yg special utk aktiviti homeless utk arini ialah ade doktor volunteer yg dtg
untuk membuat pemeriksaan kesihatan

time nie lah homeless nie baru dapat jmp doktor..
bru dapat ubat..




kt bwh nie kak Enn
kesian dia ..kuali terjatuh kt kaki dia
kuali besar yg kite tgk org masak kuey teow goreng bnyk2 kt pasar mlm tu..
perghh berat tu..
bengkak kaki dia + luka
nasib baik ade doktor..




yg bwah tu ..baju oren
tu doktor volunteer

video pn xsempat nk amek
ade yg nie je
hihi
menyempat je amek video doktor tgh merawat homeless
(^_~)



Kenalan baru cik iena
ketika d masjid jamek



his name "Ben"


very peramah kooo
suka buat lawak
(^_~)



Today hari jumaat cik iena tak pergi sebab
our senior tak bagi newbie join sebab nye
kan hari sabtu ade
BERSIH
so agak bahaya lah utk yg newbie cm cik iena nie

so insyaallah minggu depan khamis dan jumaat cik iena akan hadir
if takde aral melintang.

Aktiviti 1 Charity bersama homeless ini diadakan setiap minggu pada hari khamis dan jumaat
bertempat di masjid jamek KL
kepada anda yg berminat untuk menjadi volunteer
bolehlah hadir 
pada pkl 9.00 mlm.

Banyak pengalaman yg korang blh belajar kt sini
disamping dapat ramai kenalan.









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve