Grab The Promo

Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my


Assalammualaikum, hari ini cik iena nak buat artikel ringkas mengenai  tutorial membayar zakat fitrah secara online di  zakat2u.com.my .KEnapa cik iena buat sebab cik iena baru je lepas bayar zakat secara online. Cik iena sememangnya mengalami kekangan masa . jadi cik iena memilih untuk membayar zakat fitrah secara online.

Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my



Jika sebelum ini cik iena membayar melalui sms di mana sistem tersebut cik iena sendiri yang kendalikan tapi tahun ini syarikat cik iena dah tak ambil projek tu . Jadi cik iena kembali ke pembayaran online sepertimana yang cik iena buat sebelum ini.


Sekarang da banyak penambahbaikan pada sistem yang cik iena nampak.

Okay jom cik iena tunjuk screenshoot. Mungkin ada yang da tau dan mungkin juga masih belum tau. 
Well, sharing is caring :)
Untuk membayar zakat secara online klik https://www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
 
Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
page yang keluar selepas login, kalau masih tiada id sila daftar. Maaf cik iena terlepas step login. Daftar apatah ;agi sebab cik iena da lama berdaftar  since tahun 2012




Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
pilih jenis zakat dan jumlah bilangan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
jangan lupa baca niat zakat tau kawan-kawan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
pilih bank

Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
request tac dan masukkan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
selesai



okay boleh cetak resit untuk rujukan
okay boleh cetak resit untuk rujukan




Haa mudah bukan, Jika sebelum ni takde resit macam ni kalau tak silap cik iena. Last cik iena bayar zakat secara online pada tahun 2015 . Maaf cik eina letakwatermark ter resize screenshoot sekali jadi kecik..haha

Wokay semua jangan lupa tunaikan rukun islam ke tiga kita iaitu menunaikan zakat

Untuk maklumat Lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/myzakat
Twitter : https://twitter.com/ppzwp
Youtube : https://www.youtube.com/user/ppztv



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless




Hai semua Hari ni cik iena nak kongsi Oxygenating mask dari Bliv yang cik iena cuba . Oxygenating mask ni di panggil O2 Bubbly Bright Facemask .



Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

 

Oxygenating mask




Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

Bliv O2 Bubbly Bright Facemask merupakan Oxygenating mask yang menggabungkan gelembung oksigen dan tepung beras untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit. Dengan pemakaian Bliv O2 Bubbly Bright Facemask anda akan rasakan krim tersebut berubah menjadi buih lembut yang berfungsi untuk merendam kekotoran sementara manik lembut merah secara perlahan akan cair bagi tujuan mengelupas lembut kulit anda dan seterusnya  apabila di cuci  kulit anda akan terasa lembut, licin dan bercahaya.

Kebaikan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

purifying + brightening +exfoliating 


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask ini mampu membersihkan wajah secara mendalam  untuk menanggalkan sisa-sisa kotoran degil khususnya dan seterusnya ianya juga akan mengelupaskan sisa-sisa kulit mati yang tidak diperlukan pada wajah dan hasilnya kulit wajah akan lebih cerah dari biasa.

Penggunaan yang berterusan akan membuatkan wajah anda semakin cerah dan berseri :)


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

 

Bahan-bahan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

O2 Bubble (Purifying)

  • Bubble ini akan terus menembusi kulit untuk membasuh lubang-menyumbat, kekotoran, serpihan dan minyak yang berlebihan

 Rice Powder/Serbuk beras (Brightening)

  • Ia membantu melembapkan dan mencerahkan; Meninggalkan kulit cerah, lembut dan penuh dengan kilau.

Red Soft Beads (Exfoliating)

  • Manik selulosa merah yang mencairkan untuk mengelupas permukaan kulit yang mati, menyebabkan kulit lembut, licin dan bercahaya. 



Cara Penggunaan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask





1. Sapukan sedikit ke muka dan urut perlahan-lahan. Bubbles akan terbentuk.
2. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Urut sekali lagi untuk pembersihan yang lebih mendalam.
4. Bilas dengan air suam dan teruskan dengan langkah-langkah penjagaan kulit yang tinggal.

 Review Bliv O2 Bubbly Bright Facemask


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

Buat penggemar facemask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika ianya menghasilkan buih. terasa lah seperti ada kerja-kerja pembersihan di lakukan. Selepas cuci muka memang kulit akan lebih licin. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.

Tips Kulit flawwless

Jadi cik iena cadangkan sebelum nak mengenakan solekan. Untuk hasil yang terbaik pakai facemask ni dulu untuk mendapatkan kulit licin, halus dan mulus bagi menghasilkan solekan yang flawless :)

Harga Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

 

Harga : RM 99

Pada yang berminat untuk cuba jom dapatkan di website mereka . Sila Klik http://bit.ly/bubbly-mask


Untuk maklumat lanjut layari










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Tukar dan Jimat dengan Produk Watsons




Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Baru-baru ini cik iena telah berpindah ke rumah baru . Jika sebelum ini cik iena hanya menyewa bilik, sekarang cik iena menyewa sebuah rumah. 
Maka dengan itu sudah pastinya perbelanjaan harian cik iena meningkat lebih dari 100% dari yang sebelumnya.

Jadi bagi merancang perbelanjaan yang bijak cik iena mula bertukar jenama produk untuk penjimatan yang maksimum agar cik iena dapat mengawal keewangan cik iena  dengan baik. 
Tukar jenama bukan lah bermaksud memilih jenama yang tiada kualiti tetapi memilih jenama yang sama kualiti atau kualiti yang lebih bagus tetapi pada harga yang berpatutan.

Almaklumlah perbelanjaan cik iena sekarang semakin meningkat bila dah menyewa sebuah rumah. 
Bayangkan cik iena juga ada membeli sebuah rumah di kampung untuk keluarga. 
Rumah tersebut cik iena perlu bayar, rumah sewa di Kuala Lumpur juga perlu di bayar, kereta dan juga perbelanjaan lain.

Memang terasa drastik sangat perbelanjaan cik iena ni semenjak pindah ke rumah yang baru.

Maka dengan itu cik iena perlu lah mengambil langkah berjimat. Antara salah satu langkah yang cik iena buat adalah dengan menukar produk-produk berjenama yang cik iena gunakan ke jenama yang biasa atau yang lebih murah pada kualiti yang bagus.

Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons


Okay cik iena nak kongsi dengan anda semua salah satu produk yang cik iena tukar jenama dan berjimat yang mana sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan cik iena.
Sebagai contoh cik iena bertukar Mouth Wash dari  jenama X kepada Mouth Wash jenama Watsons yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding jenama lain disamping kualiti yang sama. 



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons

Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
nampak tak brand watsons menjadi pilihan umum terlebih dahulu berbanding brand lain. jika rujuk pada paparan harga pun jelas menunjukkan perbezaan harga yang sangat ketara



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Terdapat 4 pilihan Mouth Wash dari  jenama Watsons untuk pilihan anda. Cik iena Gemar menggunakan Cool Mint Mouth Wash


Apa yang menarik  lagi di watsons anda akan mendapat diskaun jika anda membeli "Purchase With Purchase" jadi disini juga cik iena dapat lebih berjimat. Dengan setiap pembelian RM20 atau apa-apa produk jenama watsons anda layak untuk membeli PWP product dengan diskaun sebanyak 30%.
Jimat bukan, tapi sebelum tu pastikan anda semua telah menjadi ahli watsons supaya anda dapat kumpul mata dan dapatkan lebih banyak leagi keistimewan sebagai ahli.

Untuk pengetahuan banyak lagi produk jenama watsons yang terdapat di watsons. jadi ambil-ambil lah masa untuk anda lihat dan teliti produk manakah yang perlu anda tukar dan jimat . Cik iena semestinya akan cuba terlebih dahulu kualiti nya dan bandingkan kualiti serta harga. Cik iena akan memilih kualiti yang baik pada harga yang murah berbanding kualiti yang baik pada harga yang tinggi. Jika sekiranya ianya lebih berkualiti pada harga yang murah sudah tentu cik iena akan tukar.




Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons



Cik iena mula bertukar jenama salah satunya kerana faktor keewangan di sebabkan cik iena berpindah dari bilik ke rumah sewa jadi kos sara hidup sangat tinggi dan satu lagi adalah kerana di sebabkan terpengaruh dengan artis-artis Malaysia yang terlibat dalam kempen Switch And Save Watsons



Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons 

Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons ini   menyarankan pengguna membeli barangan berkualiti sekali gus dapat berjimat dari pembaziran. Watsons mempunyai banyak cawangan di seluruh pelusuk Malaysia dan seterusnya  menjadikan ianya sebagai farmasi utama untuk kecantikan dan kesihatan. 

Watsons telah mengekalkan kualiti produk dan mempelbagaikan pelbagai jenama dari barangan penjagaan peribadi, keperluaan kecantikan, dan barangan kesihatan tanpa menjejaskan kualiti yang terbaik.

Setiap barangan yang ada di dalam farmasi Watsons telah diuji selama 18 bulan melalui proses penghasilan untuk memastikan barangan tersebut dalam keadaan yang berkualiti dan terbaik disampin itu sangat 'value for money'

Okay selain dari Mouth Wash yang cik iena tunjuk terdapat banyak lagi barangan jenama watsons yang boleh kita pertimbangkan untuk tukar dan jimat.
Terdapat pelbagai rangkaian produk dari watsons seperti produk penjagaan kulit , rambut, produk mandian, produk penjagaan kesihatan, produk penjagaan peribadi dan banyak lagi katagori produk  yang boleh cik iena dapatkan pada harga yang murah tetapi berkualiti :)
Okay kalau nak tau boleh lihat di  watsons brands 




win an exclusive shopping spree with fasha sandha


Untuk pengetahuan anda lagi anda berpeluang untuk memenangi Shoppiing Spree bersama Fasha Sandha


win an exclusive shopping spree with fasha sandha
win an exclusive shopping spree with fasha sandha








Klik untuk mengetahui lebih lanjut : win an exclusive shopping spree with fasha sandha


Wokay jom sama-sama kita tukar dan jimat dengan rangkaian produk watsons :)


Anda juga boleh membuat pembelian online di  http://www.watsons.com.my










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land

Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis berbuka puasa dan Sidang Media Riuh Raya IJM Land bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam yang bakal diadakan pada 15 Julai 2017 bertempat di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery.

Riuh Raya 2017 bersama IJM Land Erat Sillaturrahim

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Sambutan Riuh Raya 2017 bersama IJM Land ini adakan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan .Program seperti ini juga akan mengeratkan sillaturrahim diantara pengunjung yang hadir bersama keluarga terutamanya. Bukan itu sahaja, jika anda bertuah, anda akan dapat pelbagai jenis hadiah pada hari tersebut termasuklah menikmati buffet makanan yang disediakan oleh IJM Land.  

 Permainan 'Spin The Wheel' dengan Pelbagai Hadiah menarik

Selain daripada itu, anda juga boleh mengabadikan kenangan anda dalam bentuk gambar di photo booth Riuh Raya 2017. Lebih menarik lagi jika anda sertai permainan 'Spin The Wheel' dan anda  berpeluang untuk memenangi pelabgai hadiah yang menarik. Kepada kanak-kanak pastinya kehadiran di sambutan Riuh Raya 2017 ini lebih meriah dengan  duit raya yang bakal di berikan oleh pihak IJM Land :)

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam 


Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land

Riuh Raya 2017 IJM Land ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Malaysia seperti Akim & The Majistret, Stacy yang akan membuat persembahan ketika majlis tersebut dan majlis ini akan  diacarakan oleh Adam AO dan Zulin Aziz yang semestinya  havoc dan menceriakan . Kepada anda yang tinggal di Seremban dan juga kawasan yang berdekatan  jangan lepaskan peluang ini untuk temuai Artis kesayangan anda :)


Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Rebat istimewa sehingga RM10,000

Selain dari persembahan artis, apa yang menarik lagi adalah,istimewa buat pengunjung pada hari tersebut,  IJM Land turut menawarkan rebat istimewa sehingga RM10,000 untuk pembelian beberapa hartanah yang terpilih. Kepada mereka yang berminat. Jadi inilah masanya untuk anda merebut peluang ini.

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Jangan lupa save the date tau. Kunjungi  Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam  di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery pada 15 Julai 2017 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.


Gambar di sekitar Majlis Berbuka Puasa dan Hebahan Media Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land 



Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
bersama rakan blogger

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
comel kan kami pakai baju kurung cotton  :)




Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land



Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
cik iena sempat selfie bersama stacy dan akim yang sememangnya peramah :)

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
yeayy selfie bersama Jasmeen, anak kepada rakan blogger 


Pstttttt jangan lupa tau 15 Julai 2017 ni :)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Diskaun 10% Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One


Sepanjang Ramadhan ini pasti terdapat banyak Hotel mahupun restoran membuat tawaran istimewa bagi berbuka puasa di tempat mereka. Begitu juga denan De Palma Hotel. Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam bersama dengan rakan Blogger.


Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One


Apa yang Istimewanya di sini selain menyajikan pelbagai jenis makanan dengan 15 jenis gerai yang berbeza. Ianya juga menawarkan persembahan dari artis veteren yang tidak asing lagi iaitu Jay Jay. Selain dari persembahan JAy Jay istimewanya De Palma Hotel Shah Alam adalah  terdapat ceramah agama dan juga alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari pelajar Tahfiz ketika anda sedang berbuka puasa. Selain itu terdapat juga persembahan nasyid dari kumpulan Saff-One.



Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One
bersama rakan blogger


Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam  


Ramadhan  sinonim dengan kemeriahan pelbagai juadah yang mana ianya hanya muncul setahun sekali istimewa pada bulan ini. Kekangan waktu dan sebagai meraikan kejayaan diri menempuhi puasa seharian membuatkan ramai umat Islam memenuhi bazar-bazar Ramadhan untuk mencari juadah yang menepati selasa setiap kali tibanya waktu berbuka puasa.

De Palma Hotel Shah Alam Menawarkan Menu Muhubah Tiga Kaum iaitu Melayu, Cina dan India


De Palma Hotel Shah Alam merupakan peneraju hotel yang berlandaskan syariah merupakan pilihan terbaik lokasi berbuka puasa untuk sepanjang bulan Ramadhan .  ‘Rasa Muhibah’ diangkat menjadi tema bufet Ramadhan pada kali ini. Muhibah merujuk kepada campuran tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menjadi asbab pemilihan tema menu tahun ini.

 Rasa Muhibah Hidangan Melayu



Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017
De Palma Hotel Shah Alam cukup terkenal dengan keenakan masakan ala kampung tradisi membariskan pelbagai juadah enak warisan masyarakat Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Assam Pedas Batang Keladi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tetel, Bendi Goreng Berlado, Talapia Merah Masak Lemak dengan Daun Kunyit, Pucuk Manis Masak Lemak dengan Keledek, Siput Sedut Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam. 

 Rasa Muhibah Hidangan Cina



 Rasa Muhibah Hidangan Cina
Rasa Muhibah kedua iaitu hidangan istimewa yang berasal daripada masyarakat Cina turut menampilkan menu-menu seperti Daging Masak Halia, Sayur Kailan Ikan Masin, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Bercili, ‘Egg Foo Yong’, ‘Lemon Chicken’ dan pelbagai lagi. 

 

Rasa Muhibah Hidangan India



Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017
Sebagai pelengkap tema Rasa Muhibah, menu masakan India turut diselitkan bersama. Barisan juadah yang disediakan adalah seperti Kambing Masala, Kari Ikan dengan Bendi, Sayur Aloo Gobi, Acar Terung, Daging Varuval, Ayam Goreng Berempah, Ayam Tikka, Kari Kambing dengan Ubi Kentang, Petola Goreng, Ayam Tandori, Kambing Masala dan sebagainya. 



Menu-menu yang disediakan adalah berbeza dari hari ke hari sekaligus memberi kelainan dan keterujaan kepada pengunjung yang datang sekalipun mereka berkunjung dengan kadar yang kerap.

De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Bazar Ramadhan


De Palma Hotel Shah Alam sangat menitikberatkan keselesaan para pengunjung kerana pihak hotel  memberi para pengunjung menimba pengalaman seperti berkunjung ke bazar Ramadhan atau  tanpa perlu memecah keringat dan berasak-asak dalam lautan manusia seperti lazimnya.

Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017


Istimewa kali ini, gerai Ikan Bakar Portugis, Sengkuang Calit, Jambu Batu Asam Boi, Kambing Golek dan Bulgogi yang pasti membuat para pengunjung tersenyum lebar. Tidak ketinggalan masakan India seperti Capati, Vadey, Tosei, Rojak Mamak, Puri serta pelbagai lagi.

Menu-menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung setiap kali bufet Ramadhan diadakan seperti Char Kway Teow, Mee Goreng Mamak, Ikan Keli Goreng, Goreng-goreng dan Cucur juga di sediakan di sini.



De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Bazar Ramadhan


De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Lauk Pauk Kenduri



De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Lauk Pauk Kenduri

Kepelbagaian hidangan yang dihidangkan ditambah seri dengan lauk pauk kenduri atau dikenali dengan lauk pengantin yang diberi sentuhan moden sesuai dengan citarasa golongan muda masa kini selain mengekalkan sebahagian ciri-ciri asli lauk tersebut. Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Bukhari beserta lauk pauk terkenal yang tak lapuk ditelan zaman seperti Daging Masak Hitam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Rendang juga dihidangkan pada setiap hari.

De Palma Hotel Shah Alam Saji Hidangan Kanak-kanak


Selain itu ianya juga menyediakan hidangan pilihan buat kanak-kanak. Antaranya adalah Jejari Ikan Goreng, Sosej, Nasi Ayam dan tidak ketinggalan pencuci mulut kegilaan kanak-kanak malahan juga orang dewasa iaitu aiskrim dan ABC juga turut disediakan.

Untuk bahagian minuman pula, selain kordial pelbagai perisa, tahun ini turut di hidangkan air kopi yang diperbuat daripada kopi asli tempatan selain teh tarik yang mempunyai aura tersendiri .

De Palma Hotel Shah Ala menyelitkan Pengisian Rohani dan Persembahan Artis


Sejajar dengan pematuhan syariah yang diterapkan, sedikit pengisian rohani diselitkan bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Alunan Qasidah yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahfiz jemputan akan mengisi ruang masa sebelum tibanya waktu berbuka puasa disusuli dengan laungan azan Maghrib secara langsung di dewan berbuka puasa.



De Palma Hotel Shah Ala menyelitkan Pengisian Rohani dan Persembahan Artis


Sedikit tayangan khas Ramadhan akan dipertontonkan semasa solat maghrib bagi mengisi ruang waktu sebelum forum santai bersama penceramah jemputan bermula yang akan dikendalikan oleh kumpulan Saff-One. Kumpulan Nasyid Saff-One juga akan mempersembahkan alunan lagu-lagu nasyid sebagai santapan halwa telinga. Istimewa pada tahun ini, penyanyi terkenal Jay Jay diundang khas untuk menghiburkan setiap pengunjung yang datang dengan lagu-lagu beliau yang cukup enak didengar.

Video Persembahan Jay Jay

Berikut merupakan salah satu dari persembahan artis veteren yang tidak asing lagi Jay Jay.



De Palma Hotel Shah Alam Menyediakan Imam buat Solat Terawikh Berjemaah

De Palma Hotel Shah Alam tidak hanya menyediakan bufet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Solat terawikh akan diimamkan oleh Imam Residen De Palma Hotel Shah Alam.

Harga Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel



Harga Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel


De Palma Shah Alam

Dewasa : RM 69.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM34.00

De Palma Ampang

Dewasa : RM 80.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM40.00

De Palma Kuala Selangor

Dewasa : RM 49.90
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM25.00

Untuk kanak-kanak 5 tahun dan kebawah percuma

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dengan Kod : Blog ienaeliena.com


Istimewa buat anda yang membaca artikel ini anda boleh mendapatkan diskaun 10% dengan menyatakan Kod : Blog ienaeliena.com  ketika membuat tempahan. (Voucher sah di semua rangkaian De Palma Hotel)




Kepada Para pelanggan yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam boleh membuat tempahan terus ke Kaunter Ramadhan atau pun menghubungi talian khas tempahan bufet Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 611/608/405/406. Sebarang tempahan atau pertanyaan juga boleh diajukan kepada noraini@depalmahotel.com.



Senarai De Palma Hotel


De Palma Hotel Shah Alam

19/15, Jalan Nelayan, Seksyen, 40300 Shah Alam, Selangor

De Palma Hotel Ampang

Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia

De Palma Hotel Kuala Selangor

Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia





Gambar di  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017




Di sini cik iena ingin kongsikan beberapa lagi gambar di dalam koleksi kamera cik iena  semasa cik iena berbuka puasa di sini. Maaf cik iena tak dapat ambil gambar makanan sebelum berbuka kerana cik iena tiba lewat .
 


Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One
 
Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One


Wokies, kepada anda yang tinggal di Shah Alam dan  berdekatan Shah Alam Khususnya jangan lupa cuba berbuka puasa di sini ya dan dapatkan diskaun 10% dengan menyatakan kod Blog ienaeliena.com :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve