Grab The Promo

Tukar Bateri Kereta di Carput

Aplikasi Carput dapat membantu pemandu kereta di Malaysia yang merangkumi servis hantar & pasang bateri kereta, 'jumpstart' bateri, tukar tayar pancit, penghantaran petrol dan khidmat tundaan, 365 hari setahun.

Tukar Bateri Kereta di Carput



Baru-baru ni kereta Cik iena tiba-tiba tak boleh start. Mengikut tanda-tanda icon tu menunjukkan masalah bateri. Memandangkan Cik iena sendiri sedia maklum yang bateri kereta dah lama tak tukar. Jadi memang Cik iena takde call adik lelaki tanya masalah dan apa perlu buat.

Cik iena terus google penggantian bateri kereta online. Kalau kita duduk di kampung atau dekat sedara mara boleh panggil untuk jumstary kereta bawa ke bengkel lan. Memanndangkan Cik iena duduk bujang seorang jadi Cik iena decide untuk terus booking via apps sahaja.

Sebelum ni ada je dalam group Skyawani 3 hantar message minta tolong orang jumper. Cik iena macam segan sikit. Lagipun benda boleh setel sendiri kita uruskan sendiri lebih mudah. Lainlah kalau kejadian ni terjadi masa di luar kawasan rumah mungkin Cik iena sedikit kelam kabut.

KEjadian kereta tak boleh start berlaku di parking rumah masa CIk iena nak pergi kerja hari isnin 2 Oktober. PErkara pertama CIk iena message boss request WFH sebab kereta tak boleh start. Selepas tu mesej kawan office yang patut tau juga.

Lepas tu baru Cik iena google macam mana nak tukar bateri kereta. ada tiga empat syarikat juga. Lepas kawan suggest Carput , Cik iena pun buat perbandingan harga dengan aplikasi lain. Memandangkan di Carput lebih murah dan harga dipamerkan adalah harga termasuk penghantaran, trade in bateri lama dan servis pemasangan bateri baru. Cik iena pilih CArput.

 

Sebelum Cik iena kongsi pengalaman CIk iena cerita sedikit mengenai Carput.

 

Apa itu Aplikasi Carput?


Aplikasi Carput adalah platform mudah alih yang direka khas untuk membantu pemilik kenderaan mengatasi situasi darurat semasa memandu, seperti kenderaan rosak, kehabisan bahan api, atau tayar pancit. Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri yang sangat berguna untuk menjadikan pengalaman memandu anda lebih selamat dan selesa.

Manfaat Utama Aplikasi Carput


Pemulihan Kenderaan Darurat

Salah satu ciri yang paling penting dalam Aplikasi Carput adalah perkhidmatan pemulihan kenderaan darurat. Jika anda mengalami masalah dengan kenderaan anda, seperti terkandas di jalan, hanya dengan beberapa ketukan pada skrin telefon anda, anda boleh membuat tempahan bantuan yang akan tiba di lokasi anda dengan segera. Ini membantu anda menjimatkan masa, wang, dan mengurangkan stres yang mungkin timbul dalam situasi darurat seperti ini.

Bahan Api Dihantar ke Anda

Aplikasi Carput juga menyediakan perkhidmatan penghantaran bahan api terus ke lokasi anda. Jika anda kehabisan bahan api atau hanya ingin mengelakkan beratur panjang di pam minyak, aplikasi ini akan membantu anda mendapatkan bahan api dengan cepat dan mudah.

Penjadualan Penyelenggaraan Berkala

Aplikasi Carput membolehkan anda menjadualkan penyelenggaraan berkala untuk kenderaan anda, termasuk servis berkala dan pertukaran minyak. Dengan sistem pemberitahuan yang terintegrasi, anda tidak perlu bimbang melepaskan jadual penyelenggaraan penting untuk kenderaan anda.

Perkhidmatan Tayar Pancit

Masalah tayar pancit adalah perkara biasa yang boleh berlaku semasa memandu. Aplikasi Carput boleh membantu anda mendapatkan perkhidmatan membaiki tayar pancit dengan cepat dan cekap, membolehkan anda meneruskan perjalanan anda dengan selamat.

Pemberitahuan dan Penjejakan Real-time

Aplikasi ini juga menyediakan ciri-ciri pemberitahuan dan penjejakan waktu sebenar, yang membolehkan anda tetap dimaklumkan tentang status bantuan yang anda pesan. Anda boleh melihat di mana bantuan anda berada dan berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke lokasi anda.

Ketersediaan 24/7

Perkhidmatan Aplikasi Carput tersedia sepanjang masa, 24/7, membolehkan anda bergantung pada bantuan darurat pada bila-bila masa yang anda perlukan, malah pada waktu tengah malam atau hari perayaan sekalipun.


Kesimpulannya Aplikasi Carput adalah alat yang sangat berguna untuk pemilik kenderaan yang ingin menjaga mobiliti mereka tetap lancar dan bebas masalah. Dengan ciri-ciri seperti pemulihan kenderaan darurat, penghantaran bahan api, penjadualan penyelenggaraan berkala, dan perkhidmatan tayar pancit, Aplikasi Carput memberikan penyelesaian menyeluruh kepada masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kenderaan. Oleh itu, jika anda ingin menjaga kenderaan anda dalam keadaan terbaik dan merasa lebih selamat semasa memandu, pertimbangkan untuk memuat turun Aplikasi Carput hari ini. Dengan begitu, anda dapat meraih ketenangan fikiran yang anda cari semasa berada di jalan.

 


Tukar Bateri Kereta di Carput


Selesai download apps dan daftar. Ikut sahaja step, masukkan maklumat kereta dan booking slot anda. Untuk kes CIk iena booking jam 1 tengah hari sebab CIk iena kira bekerja WFH. Jadi Cik iena schedule jam 1pm untuk penggantian bateri kereta.

Nanti pihak Carput akan whatsapp kita. 


Terima Kasih atas pesanan anda. sila ambil perhatian bahawa.

1-Technician akan menelefon sebelum menuju ke sana , sila angkat panggilan telefon jika tidak technician tak akan bergerak ke lokasi
2-Technician akan menyemak sebelum menukar bateri
3-Harga sudah ada dengan trade in
4-Pemasangan dan penghantaran percuma
5-Sebarang pembatalan jika juruteknik tiba di lokasi anda akan dikenakan caj perkhidmatan RM60

 

CENTURY ROADMASTER NS60
Waranti 15 bulan bermaksud dari tarikh pasang bateri jika ada masalah bateri boleh rujuk Carput. Selepas 15 bulan memang kene tukar bateri baru. So Cik iena kene ingat 2 MArch 2025 perlu tukar bateri kereta ya

Untuk kes emergency yang berada diluar rumah mungkin perlu buat dalam masa terdekat. Untuk info pembayaran dibuat selepas selesai penggantian bateri baru. Staff CArput akan hantar pautan untuk bayar. Selesai bayar pekerja yang hadir akan ambil gambar resit pembayaram kita dan resit akan di email kemudian.


Tukar Bateri Kereta di Carput



Mudah sahaja berurusan dengan Carput. Tempoh menggantikan bateri tak sampai 10 minit. Kira cik iena tengok jam cik iena mesej dia tunggu dimana dan selesai pembayaran dah tunggu lift tu tak sampai 10 minit. Sangat sekejap.

Mula mula dia akan cek bateri kereta. Just ikut arahan dia suruh start then cabut kunci. Lepas cek bateri dia tukar bateri. Lepas tukar untuk test, dia suruh once bunyi alark kereta, masukkan kunci kereta, just on tak perlu start kemudia tekan button matikan alarm kereta. Then bukak aircond and lampu .

Selesai boleh buat pembayaran. Tak samai 10 minit semua selesai. Jadi kepada anda diluar sana if ada masalah bateri boleh try Carput ok.


 CENTURY ROADMASTER NS60

Cik iena tulis artikel ini untuk rujukan Cik iena juga. Kebiasaannya segala berkaitan kereta Cik iena akan google dekat blog Cik iena dulu ada tulis apa-apa tak. Untuk kes servis kereta, tukar tayar Cik iena ada tulis. Jadi ada rujukan. Untuk kes bateri kong nampaknya masa bateri kong sebelum  ni Cik iena sangat sibuk dan tak tulis di blog. Jadi hari ini selepas selesai tukar bateri Cik iena terus tulis untuk rujukan Cik iena di masa hadapan dan juga untuk rujukan anda yang mengalami masalah sama seperti Cik iena.

Waktu Operasi Carput

Isnin Hingga Ahad jam 7 am hingga 11 pm

Jom download Carput
refferal code : 6B2XP7


Okay dekat atas Cik iena tulis takde tulis artikel mengenai tukar bateri kereta sebelum ni kan. Cari balik rupanya Cik iena cuma buat vlog. Tapi situation lain masa PKP. haha lama sangat tu tak tukar  bateri. Masa tu pun beli bateri yg mahal dekat bengkel kereta. 3 Tahun yang lepas ya haha .
Okay nanti Cik iena review bateri paling murah yg CIk iena beli ni tahan berapa lama . Sebelum ni beli yang mahal tahan 3 tahun 5 Bulan. Lupa pulak nak catiti jenama bateri haha. Kali ni catit









Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve