Grab The Promo

Jerawat dan parut jerawat

Jerawat merupakan penyakit kulit yang disebabkan oleh bakteria dan kebiasaannya ianya muncul pada bahagian muka, leher, belakang badan dan dada. Kesan akibat jerawat yang paling ketara adalah parut jerawat merah, yang mungkin memakan masa yang lama untuk hilang.

Jerawat dan parut jerawat

Apa itu Jerawat?

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat benjolan atau bintik pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah jerawat yang teruk.


Parut Jerawat ?

Parut jerawat merupakan kesan sampingan daripada proses penyembuhan jerawat. Masalah parut jerawat ini sememangnya susah untuk dielakkan dan hampir setiap individu akan mengalami masalah parut jerawat. Jenis parut yang dibentukkan ditentukan oleh jenis jerawat dialami, serta cara jerawat dijaga pada permulaan.


Punca Terjadinya Jerawat

  1. Alahan Kepada Makanan
  2. Tidur
  3. Pemilihan Produk Yang Salah.
  4. Bakteria
  5. Hormon Tidak Seimbang
  6. Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan
  7. Terdedah Dengan Persekitaran




1. Alahan Kepada Makanan


Sekiranya anda terlalu banyak makan makanan yang berminyak, pedas, kopi, coklat dan kekacang  juga boleh menyebabkan jerawat naik pada wajah.

Minum air yang tidak mencukupi dapat mengurangkan pengaliran darah dalam badan. Maka dengan itu, toksin dalam badan akan kekal lama dan seterusnya ianya akan menyebabkan jerawat bertambah teruk.

2. Tidur


Sistem pembaikan sel-sel badan tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan kekurangan tidur. Kita seharusnya tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk sistem imunisasi yang optimum.

3. Pemilihan Produk Yang Salah.

Produk penjagaan wajah yang tidak sesuai seperti terlalu berminyak juga menjadipunca terjadinya jerawat. Selain itu, solekan juga boleh menyebabkan liang roma kulit tersumbat yang seterusnya menjadi punca  utama yang menyebabkan jerawat. Tabiat sering bertukar produk penjagaan wajah juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.

4. Bakteria


Menyentuh dan memicit jerawat akan menyebabkan lebih banyak bakteria menjangkit kulit kita. Memicit jerawat  boleh menyebabkan jerawat tersebar di sekelilingnya. Ini menjejaskan pemulihan jerawat dan seterusnya akan menyebabkan parut hitam selepas jerawat kering.

5. Hormon Tidak Seimbang

Masalah hormon yang tidak seimbang juga merupakan salah satu punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini adalah kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Ia terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak di wajah. Hai ini sering berlaku dalam keadaan tekanan hidup, kurang tidur atau hormon dalaman yang tidak seimbang.

6. Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan

Tidak berdisplin dalam megikuti basic penjagaan wajah iaitu memakai cleanser, toner, moisturiser, anti-blemish dan sunblock menyebabkan kulit kurang imunisasi dan jerawat menjadi lambat pulih.

7. Terdedah Dengan Persekitaran

Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan mencetuskan “free radical”dalam kulit wajah kita seterusnya ianya menjadi kulit lambat pulih dan menjadi kusam.


Jenis-Jenis Jerawat

1. Jerawat Bintik putih (whiteheads)
2. Jerawat Bintik hitam (blackheads)
3. Jerawat Papule
4. Jerawat Pustule
5. Jerawat Nodule
6. Jerawat batu (kistik)
7. Jerawat pasir

 

1. Jerawat Bintik putih (whiteheads)


Jerawat Bintik putih (whiteheads)


Whiteheads merupakan keadaan di mana kumpulan minyak dan sel kulit mati bercampur dan menyumbat liang pori. Situasi ini seterusnya akan memerangkap sebum (minyak), dan bakteria pada liang pori wajah. Anda akan dapat melihat bintik putih di atas permukaan kulit anda.Walaubagaimanapun Whiteheads merupakan sejenis jerawat yang tidak menyebabkan keradangan pada kulit.


2. Jerawat Bintik hitam (blackheads)

Jerawat Bintik hitam (blackheads)

 

Blackheads merupakan kumpulan minyak dan sel kulit mati yang terbuka dan teroksidasi dengan udara yang menyebabkan ianya berwarna hitam. Hitam yang kelihatan itu bukanlah kotoran tetapi ia merupakan pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara. Walaubagaimanapun Blackheads merupakan sejenis jerawat yang tidak menyebabkan keradangan.

3. Jerawat Papule

Jerawat Papule

 


Jerawat Papule merupakan jerawat blackhead yang menjadi radang kerana tidak dirawat dan dijangkiti bakteria. Ianya akan membentuk benjolan merah atau merah muda pada kulit.

Jerawat ini sangat sensitif kepada sentuhan. Memicit jerawat jenis ini akan menyebabkan keradangan menjadi lebih teruk dan seterusnya akan mengakibatkan mengakibatkan parut.


4. Jerawat Pustule

Jerawat Pustule

 


Jerawat Pustule berlaku apabila bintik merah meradang dan tidak diubati. Jerawat ini akan kelihatan jerawat bernanah sama ada berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat matang.

Elakkan daripada memicit atau meremas jerawat ini kerana perbuatan ini boleh menyebabkan parut dan masalah jerawat yang semakin kronik.


5. Jerawat Nodule

Jerawat Nodule

 


Jerawat Noduke termasuk dalam kategori keadaan serius. Pada asasnya, punca jerawat ini adalah sama dengan jerawat yang lain. Cuma, jerawat jenis ini berlaku akibat keradangan yang meresap ke lapisan kulit yang lebih dalam.

Akibatnya, pembentukan lesi yang lebih padat dan lebih besar berlaku. Malah, jerawat nodul dikatakan menyebabkan kesakitan yang agak mengganggu. Elakkan untuk tidak memicit jerawat ini kerana ia akan meninggalkan parut jerawat yang sukar untuk dihilangkan nanti.

Selalunya jerawat ini adalah serius sekiranya tidak dirawat. Keadaan ini sudah pastinya menyebabkan keyakinan diri individu semakin berkurangan.


6. Jerawat batu (kistik)

Jerawat batu (kistik)

 


Jerawat kistik  atau lebih diknali dengan nama jerawat batu terjadi akibat terdapat pengumpulan minyak dan sel kulit mati dalam liang pori permukaan kulit muka. Ia akan bengkak kerana terkena jangkitan kuman pada lapisan atas kulit, kemudian terjadi jerawat kistik berbentuk besar, keras, dan berwarna kemerahan.

Jerawat batu hampir sama dengan jerawat nodul, jerawat ini juga akan menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung. Jika tidak dirawat dengan segera, keradangan akan memecahkan pori-pori yang boleh merebak ke tisu kulit sekeliling.


7. Jerawat pasir

Jerawat pasir

 


Jerawat jenis mekanika dikenali sebagai jerawat pasir boleh terjadi akibat adanya tekanan, suhu badan yang tidak menentu, dan gesekan pada satu-satu bahagian permukaan kulit. Sebagai contoh, bila gesekan terjadi, permukaan kulit akan mudah menjadi kasar dan jerawat akan berkembang, Jerawat mekanika tidak terlalu dilihat, tetapi akan terasa apabila disentuh, dan jerawat pasir ini timbul dalam jumlah yang banyak.


Cara Merawat Jerawat

Untuk anda yang mengalami masalah jerawat, anda tidak perlu terlalu bimbang, kerana keadaan ini boleh dicegah dan dirawat dengan mengamalkan tip-tip yang mudah seperti berikut:

  • Cuci kulit muka anda setiap hari dengan pencuci yang lembut, yang lagi sesuai untuk hilangkan lebihan minyak, bakteria dan kotoran.
  • Syampu rambut dengan kerap supaya minyak tidak akan turun ke muka.
  • Pilih alat solek yang hanya berasaskan air atau dilabel sebagai non-comedogenic.
  • Elak memicit atau menyentuh jerawat kerana ia berisiko menyebarkan minyak dan bacteria.
  • Elak menyentuh muka dengan tangan yang kotor agar kulit muka kekal terjaga


Sekiranya anda telah mencuba tips berikut namun jerawat  masih menghantui anda, sila dapatkan nasihat daripada doktor kulit. Mereka mungkin akan membekalkan anda dengan ubatan topikal yang perlu disapu pada kulit bermasalah agar kondisi ini dapat dicegah dan dirawat.

 

Jenis parut jerawat

  1. Parut berkawah/lekuk @ physical scaring
  2. Parut berwarna hitam @ hyperpigmentation (post inflammatory)



Rawatan Parut Jerawat Berlubang


Jika anda mempunyai parut jerawat yang berkawah atau berlubang, anda perlu untuk membuat rawatan yang khusus kerana parut jenis berkawah ini tidak boleh sembuh dengan menggunakan produk sapuan krim.

Rawatan terbaik untuk parut jerawat jenis berkawah ini adalah dengan menggunakan rawatan laser ataupun microneedling. Rawatan ini adalah bertujuan untuk membuat luka-luka halus pada kawasan kulit yang berparut, hasilnya secara semulajadi nya badan akan menghasilkan kolagen dan tisu kulit yang baru yang lebih cantik dan kemas maka dengan itu lubang pada parut jerawat akan semakin hilang sedikit demi sedikit secara semulajadi. Rawatan microneedling memerlukan beberapa sesi bergantung kepada keadaan lubang pada parut jerawat.

Untuk mendapatkan rawatan seperti ini adna boleh dapatkan di https://www.klinikdrbazilah.com/


Klinik Dr. Bazilah
Klinik Dr. Bazilah

Rawatan Parut Jerawat Hitam


Untuk parut jerawat hitam yang disebabkan oleh lebihan pengeluaran melanin. Parut jerawat jenis ini tidak membentuk sebarang kawah atau lekuk pada permukaan kulit sebaliknya menunjukkan warna hitam dan ada kalanya berwarna merah gelap. Selain daripada berpunca daripada jerawat, parut hitam ini juga boleh berpunca daripada kesan cahaya matahari mahupun hormon yang tidak stabil dalam badan.

Parut jerawat hitam ini akan hilang dan sembuh dengan sendiri dalam tempoh masa tertentu. Namun jika kawasan bekas jerawat itu terlalu dalam akan mengakibatkan parut ini kekal. Walau Bagaimanapun masih terdapat cara untuk menghilangkan parut jerawat ini antaranya adalah dengan menggunakan produk krim.


4 Petua Nak Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa Singkat


Terdapat beberapa amalan atau petua untuk menghilangkan bekas perut jerawat yang boleh diamalkan. Kelebihan petua ini adalah anda tidak perlu untuk mengeluarkan kos yang banyak untuk mengamalkannya.


Pengambilan Vitamin C Dan E


Untuk merawat parut jerawat, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin terutamanya vitamin C dan vitamin E penting untuk memberikan nutrisi untuk kulit.

Anda boleh mengamalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin E seperti sayuran hijau, buah avokado, dan juga kekacang. Untuk vitamin C pula anda boleh mengamalkan memakan buah seperti limau ataupun jus limau. Vitamin C ini juga terkenal sebagai sumber antioksidan yang bagus untuk tubuh badan


Menggunakan Madu


Madu juga adalah bahan semulajadi yang bagus untuk merawat jerawat dan parut jerawat. Petua tradisional ini cuma menggunakan madu sebagai pelembab untuk kulit wajah. Dengan menjadikan madu sebagai krim sapu pada jerawat boleh bertindak sebagai anti keradangan dan juga antibakteria.

Campuran madu dan serbuk kunyit  juga dikatakan boleh membantu untuk menghilangkan jerawat dan seterusnya mengurangkan risiko parut jerawat wujud.


Air Kosong


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa minum air yang cukup boleh membantu kulit untuk menjadi lebih sihat dan cantik. Ini kerana kulit memerlukan kelembapan yang optima untuk sihat, dengan mengamalkan minum air yang cukup boleh mengelakkan kulit menjadi kering dan tidak sihat, apabila kulit sihat maka mudah untuk sel kulit membaiki sel-sel kulit yang rosak disebabkan jerawat.

Minyak Kelapa Dara


Minyak kelapa dara adalah salah satu minyak yang kaya dengan sumber fatty acid omega, bahan inilah yang dikatakan amat bagus untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Apabila kulit muka berada dalam keadaan baik, maka lebih mudah kulit untuk sembuh daripada parut jerawat.

Sapukan sedikit minyak kelapa dara di bahagian muka dan parut jerawat, elakkan menggunakan dalam kadar yang banyak.


5 Produk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

  1. Retinol @ Vitamin A
  2. Niacinamide (Vitamin B3)
  3. Ascorbic Acid (Vitamin C)
  4. Alpha Arbutin
  5. Exfoliation



Adakalanya kita agak sibuk untuk melakukan rawatan rawatan traditional dirumah . Anda tak perlu khuatir, untuk menghilangkan parut dengan cepat tanpa perlu lakukan rawatan traditional mahupun memakai produk hilang parut jerawat , anda juga boleh dapatkan rawatan untuk menghilangkan parut jerawat di https://www.klinikdrbazilah.com/

 

Klinik Dr. Bazilah
Klinik Dr. Bazilah

 

Rawatan jerawat di selangor dan Kuala Lumpur


Klinik Dr. Bazilah
Klinik Dr. Bazilah

 

Untuk pertanyaan , nak dapatkan khidmat nasihat atau temujanji untuk rawatan, boleh hubungi Klinik Dr Bazilah

Whatsapp : wa.me/60196571563
Temujanji: http:temujanjidrbazilah.wasap.my

Website: www.klinikdrbazilah.com
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah

Klinik Dr Bazilah, Bangi

C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan
Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931

Klinik Dr Bazilah, Shah Alam

R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A
Seksyen 13, 40100, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur

(Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8
Jalan Sentul Pasar
51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve