Grab The Promo

Kekal Cantik Dengan Glamora


Kecantikan merupakan salah satu aset buat kaum hawa terutama buat wanita-wanita yang bekerjaya . Ramai wanita sanggup menghabiskan duit untuk membeli produk-produk kecantikan yang boleh dikatakan mahal demin untuk menjaga dan mengekalkan kecantikan kulit wajah mereka mahupun tubuh badan.

Glamora

Di sini cik iena ingin memperkenalkan kepada anda semua tentang satu set penjagaan kecantikan kulit yang mana ianya merupakan produk yang berkonsepkan High End pada harga yang berpatutan.


Glamora merupakan Produk berkonsepkan High End dengan harga yang berpatutan dimana ianya boleh dikatakan sebagai harga mampu milik . Ia di formulasikan oleh Profesor-profesor dan Doktor-doktor hasil daripada ramuan dan formulasi dari salah satu institut kaji produk terbaik di PERANCIS dengan menggunakan teknologi micronization terbaru dari Korea.


Glamora merupakan produk yang menitikberatkan keberkesanan dan kesihatan kulit. Pada masa yang sama ia bukan jenis 'dependant' di mana kulit tidak akan kembali kepada keadaan asal sekiranya kita memberhentikan penggunaannya. Produk ini dirumus khas untuk memperbaiki komposisi kulit dari dalam dan bukan dari luar sahaja.

GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum 


GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum
GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum


GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum   merupakan serum berasaskan "water-based". Oil-free, paraben-free dan fragrance-free. Ianya tidak akan menyebabkan alahan , kulit kering, pengelupasan kulit atau jerawat. Ianya juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur tidak kira Lelaki  mahupun wanita.

GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum
Serum ini merupakan serum yang meresap 99.9% ke permukaan kulit. Ini bermaksud,  apabila ianya di sapu pada permukaan kulit wajah ianya mudah meresap dan akan di serap  dalam masa10 saat. Semuanya terserap ke dalam kulit muka dan leher.  Dengan kadar 99% penyerapan ini membuatkan serum ini  lebih  EFEKTIF  kerana jumlah serum yang meresap dan bertindakbalas dengan kulit.


Setelah penyapuan Serum ini, anda akan rasakan bahawa tiada  sisa-sisa serum yang kelihatan di atas kulit, jadi kulit anda tidak akan  nampak berminyak. Untuk mendapatkan kesan yang optimum , serum ini mengambil masa selama lebih kurang dua minggu untuk menampakkan hasil. Tetapi ada juga diantara testimoni yang telah mengalami kesan seawal satu minggu . Kesan terhadap setiap individu mungkin akan berbeza mengikut kesesuaian kulit namun  perubahan nyata yang anda akan rasakan adalah sekitar hari ke  10 hingga hari ke14 .


 FUNGSI DAN KELEBIHAN LUMINATE FAIRNESS FACE SERUM



GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum
GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum

 🍂 Pencerah Kulit 🍂
  •  Mengurangkan pigmentasi berlebihan serta memberikan kulit yang LEBIH CERAH,  GLOWING dan  SEGAR.
 🍂 Meratakan Tona Wajah 🍂
  •  Memberikan tona wajah yang sekata dengan memperbaiki kerosakan akibat ketidakseimbangan hormon,  sunburn dan tompok- tompok tidak sekata.
 🍂 Menghilangkan Parut 🍂
  •  Memperbaiki sel- sel wajah agar PARUT LESAP tak kembali.

Cara Penggunaan GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum

Ianya boleh di gunakan bersendirian sahaja  atau boleh digunakan sebagai kombinasi. Seperti memakai serum terlebih dahulu sebagai asas sebelum bersolek.Penggunaan serum ini akan membuatkan solekan anda tahan lebih lama dari kebiasaan. Pada sebelam malam pula ianya boleh di pakai sebelum anda memakai krim malam anda ataupun topeng muka dan sebagainya .

1. Pakai 2 kali sehari. (Pagi dan malam)
2. Bersihkan wajah terlebih dahulu, pastikan muka & leher bersih & kering
3. Dropkan 1-2 puff serum ke jari dan sapu ke seluruh muka dan leher. Gently massage the face using an outward motion.  
4. Akhiri dgn dap-dap seluruh muka



GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum
GLAMORA LUMINATE Fairness Face Serum


HARGA SEBOTOL: RM155

ISIPADU: 15ML (Tahan sebulan setegah ke 2 bulan) *mengikut jumlah pengunaan.



Testimoni Pengguna Glamora Luminate


Testimoni Pengguna Glamora Luminate

Testimoni Pengguna Glamora Luminate

Testimoni Pengguna Glamora Luminate


Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray


Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray
Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray

Glamora Body Spa merupakan produk pemutih badan dalam bentuk semburan yang pertama di Malaysia . Ianya sangat mudah di gunakan iaitu hanya dengan beberapa semburan terutama pada bahagian yang sukar di capai . Dengan semburan ini ianya akan lebih cepat sampai kebahagian-bahagian yang sukar di capai menjadikan kulit anda putih sekata walau di bahagian yang tersorok atau susah di capai.

Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray

Ianya CEPAT MERESAP, TIDAK BERMINYAK dan juga TIDAK MELEKIT seperti Losyen . Selain itu Ia Sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira lelaki ataupun wanita di semua peringkat umur. Glamora Body Spa  mengandungi sedikit pewangi untuk memberikan bau badan yang segar buat si pemakai.


Glamora Body Spa juga merupakan PRODUK MESRA WUDUK dan ianya juga mempunyai  kelulusan KKM untuk memastikannya selamat. tidak mengandungi minyak, paraben, hyroquinone dan merkuri. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit. Lelaki dan wanita dari semua peringkat umur boleh menggunakannya tanpa was-was. Ia juga berbau wangi supaya badan berasa lebih segar.



Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray
Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray

KELEBIHAN BODY SPA INTENSE LIGHTENING BODY SPRAY

  • Menghapuskan kawasan kulit yang gelap
  • Memutihkan SELURUH BADAN dan KAWASAN TERDEDAH (termasuk leher, siku, lutut, tangan, lengan dan lain lain) 
  • CELAHAN HITAM mudah dirawat dengan pantas (seperti ketiak, celahan paha dan lain lain)
    MENGHILANGKAN PARUT BADAN akibat jerawat
  • MEMUDARKAN SELULIT dan STRECHMARKS perut selepas lahir anak.
  • Mengurangkan kerosakan cahaya matahari (SUNBURN) pada kulit

Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray
Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray


Cara Penggunaan Glamora Body Spa, Intensive Whitening Body Spray

1. Goncang-goncang botol terlebih dahulu
2. Bersihkan kawasan yang hendak di sembur
3. Sembur sekali picit penuh ke arah kawasan tersebut
4. Sapu-sapu untuk ratakan ke kawasan-kawasan berhampiran dengan kawasan semburan itu (spreads well for better coverage)
5. gunakan 2 kali sehari (pagi dan malam)

 #Elak spray ke Muka.

HARGA SEBOTOL: RM145

ISIPADU: 50ML (Tahan 1-2 bulan, mengikut jumlah kuantiti penggunaan)

Testimoni Pengguna Glamora Body Spa


Testimoni Pengguna Glamora Body Spa

Testimoni Pengguna Glamora Body Spa

Testimoni Pengguna Glamora Body Spa


Okay kepada anda di luar sana boleh lah cuba produk ni .  Terdapat banyak lagi testimoni testimoni yang berjaya dari pengguna-pengguna Glamora. 

"Belum Cuba Belum tahu,
Dah Cuba Insya Allah mahu "

Untuk maklumat Lanjut Sila Hubungi Atau Layari

    No Telefon :  013 3108080
    Email: glamora.hq@gmail.com
    Instagram : @glamora_hq
    Facebook : Glamora HQ
    Laman Web : www.glamora.com.my


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




KOREAN FAIR 2016 DI HARTAMAS SHOPPING CENTRE

KOREAN FAIR 2016 DI HARTAMAS SHOPPING CENTRE
Bermula 27 September sehingga 1 Oktober 2016 Pusat Membeli-belah Hartamas  mengadakan  telah menganjurkan Korean Fair . Karnival ini berlangsung selama 5 hari bertujuan untuk mempertengahkan dan mempromosikan produk dan budaya dari Korea seperti fesyen, gaya hidup, makanan dan banyak lagi.

KOREAN FAIR 2016 DI HARTAMAS SHOPPING CENTRE


Korean Fair ini bertujuan untuk berkongsi budaya, menyambung dan pengalaman dengan pengunjung dan pembeli dari Hartamas Shopping Centre. Di sana anda akan dapat melihat pameran kebudaya Korea bermula hari pertama dan seterusnya.

"We would like to appreciate and celebrate the cultures of other nationalities especially among the residences around the mall vicinity as they also our estimated customers,"  kata Encik Alex Tan, Pengurus Pusat di Hartamas Shopping Centre.



KOREAN FAIR 2016 DI HARTAMAS SHOPPING CENTRE

kawasan Hartamas bukan sahaja lokasi utama bagi rakyat Malaysia, tetapi juga rumah bagi pegawai dagang dari negara-negara dari seluruh dunia terutamanya Korea dan Jepun.

Aktiviti harian dipilih untuk dipamerkan semasa 5 hari adil adalah tarian kebudayaan tradisional di pembukaan, / Korea demonstrasi kite Ddakji pada hari kedua, Tuho (membaling tradisional Korea melekat Permainan) pada permainan ketiga, Kimchi demonstrasi pada hari keempat dan Samyang makan pertandingan pada hari terakhir pameran itu dengan produk Korea hebat untuk dimenangi.



KOREAN FAIR 2016 DI HARTAMAS SHOPPING CENTRE


Pelawat dan pembeli semua dialu-alukan untuk menyertai semua aktiviti dan menikmati pengalaman yang Hartamas Shopping Centre menawarkan di pameran ini menarik.




KOREAN FAIR 2016 DI HARTAMAS SHOPPING CENTRE


KOREAN FAIR 2016 DI HARTAMAS SHOPPING CENTRE

Sumber : Gambar dari Blogger - Khairul Iskandar Tajuddin. Terima kasih Is :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8


8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8

Honor merupakan salah satu syarikat subsidiari dibawah pihak Huawei, dimana Honor memfokuskan kepada penjualan peranti melalui dalam-talian .Baru baru ini Honor 8 Telah di keluarkan di Malaysia .  Untuk pengetahuan semua .Antara 8 Sebab mengapa cik iena teringin untuk memiliki Honor 8 adalah seperti berikut .



1 . Kamera utama Dual 12 MP + 12 MP, f / 2.2, laser autofocus, dual-LED (dual tone) 

Kamera utama Dual 12 MP + 12 MP, f / 2.2, laser autofocus, dual-LED (dual tone)

Kamera utama Honor 8 menggunakan lensa 12 MP bagi menghasilkan gambar yang cantik dengan kuantiti cahaya yang cukup di tambah lagi dengan Dual LED ini pastinya gambar yang di hasilkan cantik. Fungsi Laser Autofocus juga sangat menarik bagi memastikan gambar yang kita ambil lebih sharp .

Dengan adanya fungsi ini pastinya gambar yang akan cik iena ambil tidak blur. Dengan fungsi fungsi yang ada ini juga mesti video yang cik iena rakamkan akan lagi cantik dan berkualiti gituw . Haa mudah lah lepasni nak buat video review atau tutorial . Kalau sebelum ni bila record video . fokus asyik lari je  T_________T.

Nah belanja gambar cik iena terbang jalan jalan.. dek kerana suka bergambar dan ambil gambar. Gambar ni pun nak ambil. Kalau boleh semua moment cik iena nak ambik


 

2 . Kamera depan 8 MP + LED flash


Kamera depan beserta LED flash ini sangat mengujakan cik iena kerana ianya sangat sesuai dengan cik iena yang suka berselfie tidak kira tempat . Walaupun keadaan gelap atau ditempat minimum cahaya, gambar selfie dapat diambil dengan terang dan cantik dengan adanya LED Flash. Tak perlu lagi bersusah susah mencari lighting . Mencari lighting yang cantik di bawah sinaran matahari sering di lakukan oleh penggemar selfie untuk mendapatkan gambar yang cantik .
 
Kamera depan 8 MP + LED flash
Jadi dengan adanya LED flash di kamera depan ini tak perlu lagi tercari cari lighting. Tambahan pula Honor 8 ada fungsi Perfect Selfie mode . Mesti gambar cik iena akan jadi lebih cantik lagi.

Okay nah cik iena belanja gambar ratu selfie :)




3 . RAM 3 / 4GB dan memori dalaman 32/64 GB


Kandungan RAM 3/4GB beserta memori dalaman/internal memory 32/64 GB ini sudah pastinya akan membuatkan prestasi multitasking cepat dan responsif. Jadi boleh lah cik iena bermain pokemongo dengan lancar walaupun sedang membuka pelbagai aplikasi dalam masa yang sama . Sambil-sambil jalan cari pokemon sambil-sambil tu boleh update blog atau pun ber online shopping di Lazada :) .


RAM 3 / 4GB dan memori dalaman 32/64 GB
Online shopping ni aktiviti wajib cik iena setiap bulan . Kalau takde barang yang cik iena nak beli pun nanti puan ibunda akan message kakngah mak nak itu mak nak ini . Haaa pantang keluar iklan menarik mengenai barangan lazada kat fb tu mesti mak berkenan :)

4 . Mempunyai kemampuan Dual-SIM Standby


Fungsi Dual-SIM Standby yang dimiliki oleh Honor 8 ini membolehkan cik iena menggunakan dua simcard dalam masa yang sama . Tak perlu lagi lah cik iena guna dua atau tiga handphone untuk di usung ke sana sini . Almaklum lah cik iena buat sms services dan ada banyak nombor telefon . Setiap telco ada nombor tau . Pening juga banyak banyak phone . Kalau boleh guna serentak dua sim dalam satu phone ken lebih mudah .

 5 . Fungsi 3D Finger Print

Telefon pintar yang mempunyai Fungsi Finger print sememangnya menjadi pilihan cik iena kerana ianya memudahkan cik iena untuk mengakses talifon cik iena dalam apa jua keadaan mahupun posisi. Honor 8 ini mempunyai fungsi 3D Fingerprint yang memboleh kan talifon di unlock dalam masa 0.4 saat tidak kira dikeadaan/posisi mana pun jari kita jika jari di imbas di bahagian belakang.

Fungsi 3D Finger Print

Fungsi ini memang sangat menarik . Kebiasaannya cik iena sering menggunakan telefon ketika sedang menunggu LRT mahupun didalam LRT yang ramai orang .Cik iena cek email  dan sebagainya termasuk bermain pokemon go . Dengan fungsi 3D finger print ini pasti ianya lebih mudah untuk di buka walau dalam pelbagai kedudukan.

Cuba bayangkan dalam LRT yang penuh orang kalau kita tak cukup ruang nak unlock telefon kita. Dengan Honor 8 ni mudah je. sentuh jari di bahagian pengimbas jeng jeng kemudian dengan pantas telefon akan unlock .

6. Menyokong keupayaan 4G LTE

Antara fungsi yang cik iena suka juga adalah fungsi 4G LTE yang Menyokong keupayaan untuk akses internet dengan super cepat . Fungsi ini sangat cik iena perlukan untuk kerja kerja harian cik iena . Cik iena juga menggunakan talifon dan internet untuk membuat kerja tau . Jadi ianya sangat sangat penting

7.  Mengecas Dengan Pantas


Selain dari sebab sebab diatas, apa yang membuat cik iena teringin memiliki Honor 8 ini adalah ianya mudah di cas dengan pantas. Mampu mengecas sehingga 47% dalam masa 30 minit sahaja .
Powerhouse 3000mAh bateri bagi Honor 8 dilengkapi dengan Smart Power 4.0 untuk meningkatkan stand-by efficiency . Fungsi mengecas dengan pantas ini sangat sangat di perlukan untuk cik iena yang sentiasa sibuk . 

Mengecas Dengan Pantas

Kadang-kadang cik iena terlupa charge handphone dan kelam kabut pergi ke kerja , bila bateri habis cik iena tak bawa powerbank jadi ianya sangat sukar untuk cik iena semak email di pagi hari ketike dalam perjalanan ke kerja . Cik iena ke tempat kerja menaiki kenderaan awam iaitu LRT . Cik iena sejenis orang yang tidak suka membazir masa . Banyak yang cik iena boleh buat dengan menggunakan handphone termasuk kerja-kerja blogging . Jadi dengan fungi mengecas yang pantas ini sambil sambil cik iena mandi dan bersiap ke pejabat handphone boleh di cas dengan pantas :)


8. Free Gift Bila Beli Honor 8 di Lazada

8 Sebab untuk Dapatkan Honor 8

Haaaaa Free Gift NI semua pasti suka kan . Antara Sebab kenapa anda perlu beli Honor 8 (ehh tapi mesti beli di Lazada tau . Tempat lain takde ) Bersempena MyCyberSale ni ni Lazada bagi hadiah istimewa buat anda yang beli Honor 8 di Lazada.
  • Honor 8 32GB (Black or White) – RM1,699 : FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Harga keseluruhan bernilai RM326)
  • Honor 8 64GB (Gold or Blue) – RM1,899 : FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Harga keseluruhan bernilai RM575)

Siapa lagi nak bagi free gift kan . Jadi amatlah berbaloi jika anda beli Honor 8 Di Lazada . Jangan risau Lazada merupakan pengedar Sah Honor . Cik iena sendiri membeli Honor 7 cik iena di Lazada tau . Di jamin tip top servis lazada . Kalau Ragu ragu juga ni cik iena screenshoot kan


Honor 7


Lazada merupakan pengedar Sah Honor tau . Haaa jangan lepaskan peluang beli dekat lazada. Dapat Free gift lagi . Telefon Honor 7 ni pun cik iena masih pakai sampai sekarang . Elok je takde rosak . Sampai pada cik iena pun cepat dan dalam keadaan yang elok. Handphone beli di Lazada ni jugalah banyak membantu cik iena dalam berblogging :)

Pada yang nak dapatkan Honor 8 Sila klik Honor 8 from RM1699 atau klik gambar di bawah .

honor 8



Product NameSelling Price
Honor 8 32GB (Black) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 32GB (White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 64GB (Blue) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899
Honor 8 64GB (Gold) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899

MyCyberSale




Selain Honor 8 Terdapat pelbagai lagi promosi menarik bersempena MyCyberSale ni tau  . Untuk pengetahuan semua MyCyberSale  ini sedang rancak di jalankan di Lazada bermula dari 26 September 2016 hingga 30 September 2016 . Terdapat pelbagai barangan menarik beserta diskaun sehingga 95% yang pasti buat anda teruja. Selain daripada itu anda juga boleh mendapatkan lagi diskaun sebanyak 25% . Tertakluk pada terma dan syarat.

mycybersale










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu di sekitar sering menjadi bualan ramai. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956 lagi, Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamlebuhraya Karak akan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning dikatakan semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam .

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara. Menurut cerita umum, Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan yang berlaku di sekitar lebuhraya tersebut disebabkan gangguan Volkswagen kuning. 

Ekoran dari kisah misteri volkswagen kuning yang sering

menjadi tanda tanya dan sering di perkatakan umum , Raja Azmi iaitu  Ibu mertua kepada Shadan Hashim mengambil inisiatif untuk membuat filem mengenai kisah ini . Idea asal dari Raja Azmi ini telah di olah dengan kemas oleh pengarah muda Shadan Hashim yang cukup berbakat besar dan filem ini di terbitkan oleh Mejar David Teo.  Filem ini merupakan filem MIG yang ke 115 .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Sinopsis Volkswagen Kuning



Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari  kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.










TAYANGAN PRA TONTON  VOLKSWAGEN KUNING


Tayangan Pra tonton telah diadakan pasa tanggal 20 september 2016. Alhamdulillah cik iena berpeluang menyertai tayangan Pra Tonton filem tersebut . Majlis tayangan  ini di hadiri oleh para pelakon, media, blogger , rakan artis dan juga para peminat artis yang bertuah. 

VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
wefie bersama rakan blogger


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
iena kalau jumpa amai mesti nak amik gambar, amai pulak artis yang sporting and dia ingat iena yeay



REVIEW VOLKSWAGEN KUNING



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Cik iena bukan lah penggemar cerita seram jadi cik iena tak boleh nak bagi komen lebih-lebih . Cerita ni pada cik iena ada mesej yang nak di sampaikan kepada penonton. Ianya diambil dari kisah benar Misteri Volkswagen Kuning .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Ada bagus nya cerita ini di filemkan kerana ada yang masih tidak mengetahui kisah sebenar mengenai Misteri Volkswagen Kuning ini termasuklah cik iena. Selepas cik iena tonton filem ini baru cik iena tau dan bila cik iena google pun kisahnya sama .


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Pada awalnya cik iena sangkakan ada hantu atau akan muncul kelibat hantu atau yang seangkatan tetapi jauh sekali tersasar . So anda semua jangan risau sebab tiada hantu dalam cerita ini . Ianya cuma sebuah cerita seram dari kisah benar . Semasa tonton cerita ni tipulah kalau cik iena cakap cik iena tak seram atau tak takot . Siap tutup tutup muka lagi lepas tu lost tak tau apa jadi hahaha.


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Cik iena rasa cerita ini macam cepat je ke penghujung. Mungkin sebab terlalu khusyuk menghayati sampai tak sedar masa dah berlalu. Tiba-tiba je dah habis. Rasa macam tiada penghujung. Cerita ni macam tergantung sikit endingnya . Mungkin akan ada Volkswagen Kuning Dua siapa tau kan . Sebab cik iena teringat sumpah "Halim" yang mengatakan akan mengganggu keturunan curang tu .
Adakah Sarah akan berjaya melansungkan perkahwinannya dengan Fuad ? Kalau tengok dari cerita ini, mengikut kefahaman iena, kakak kepada Sarah yang sudah agak berusia masih tidak lagi kawin mungkin adalah kerana Sumpah "Halim" pemilik Volkswagen Kuning.



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR

Ehh kalau cerita lebih lebih tak best la pulak kan . Jadi Anda-anda semua perlu tonton filem ini ok terutama buat mereka mereka yang sering melalui lebuhraya karak :)
Supaya anda lebih berhati-hati apabila anda melalui kawasan disana.

Jom sama-sama kita sokong Industri Perfileman Negara. Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri yang sokong siapa lagi nak sokong kan .

Untuk FIlem ini cik iena bagi 4 dari 5 Bintang. Jalan cerita semua cik iena suka kecuali Ending Tergantung.


VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING



BAru-baru ini +Bro Framestone  dan Mejar David Teo telah menganjurkan contest penulisan cerita seram sempena mempromosikan Filem ini . Cik iena merupakan salah seorang peserta dan Alhamdulillah cerita yang cik iena tulis yang mana ianya adalah cerita benar yang berlaku katas diri cik iena telah memenangi contest tersebut.

PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama pelakon

PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama Mejar David Teo


Terima kasih diucapkan kepada +Bro Framestone  , Mejar David Teo, Oppo Malaysia dan juga rakan-rakan blogger yang lain .


PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Bersama blogger terkenal +Bro Framestone 
   

Hasil penulisan ini, setakat entry ini ditaip , cerita ini menerima 22,027 view  dan 379 facebook share  . Cerita ini mencapai 10,000 tidak sampai dua hari ianya di tulis .

VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR


Alhamdulillah walaupun tidak banyak komen di terima di ruangan komen namun ramai yang share cerita ini di laman facebook. Rasa macam pembaca suka cerita seram pula . Boleh la menulis cerita seram lepas ni kan . Tapi cik iena tak la pandai bercerita , Kalau cerita benar yang terjadi pada diri sendiri tu ja boleh di cerita kan :) Cik iena memang banyak lalui pengalaman seram cuma tak terfikir untuk kongsi di blog (^_~)



VOLKSWAGEN KUNING SEBUAH FILEM SERAM DARI KISAH BENAR
Kredit gambar to kak izwa



PEMENANG BLOGGER'S CONTEST FILEM VOLKSWAGEN KUNING
Gembira tak terkata, thanks sebab pilih cerita iena.. ehh masa ni Mejar David hulur tangan nak salam tapi iena just tunduk hormat sebab tak boleh salam orang bukan mahram :)




Okay setakat ini sahaja cik iena tulis ya. Sekejap lagi cik iena nak ke airport . Nak fly ke Bandung . Nak bercuti yeayyy.. Maaf lambat update sebab sibuk di pejabat .
Doakan cik iena selamat pergi dan pulang Malaysia
(^_~)

JANGAN LUPA TONTON FILEM NI TAU
BERMULA 22 SEPTEMBER 2016

Nota  Blog : Ehh lupa nak bagi tau, untuk hadiah smartphone Oppo F1s yang iena dapat tu nanti iena review handphone tu okay . Boleh lah cik iena berselfie denggan Oppo di Bandung nanti . Lepasni gambar cik iena harshtag oppo pulak .



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve