Grab The Promo
Grab The Promo

TIPS KECANTIKAN WAJAH



Secara umumnya wanita harus menjaga kulitnya dari berbagai gangguan. Tindakan yang patut dilakukan adalah seperti berikut :

• Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh wajah Anda
• Lakukan cleansing kulit wajah pada pagi dan malam hari: Perlu dilakukan di malam hari – walaupun anda tidak bermakeup, kareaa wajah mudah dinodai oleh polusi. juga perlu dilakukan pada pagi hari, karana kulit Anda mengeluarkan lemak dan kotoran pada malam hari.
• Di malam hari, luangkan waktu untuk mengurut kulit untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran sel-sel pada kulit. urutan lembut selama dua minit boleh menghilangkan keletihan, menyantaikan wajah dan memberi kecerahan kulit.
• Banyaklah minum air putih.

Untuk kulit kering:
• Berilah kesenangan setiap saat.
• Ubah jenis produk perawatan kulit sesuai musim, iklim, dan gaya hidup Anda: lingkungan ber-AC, kehidupan di alam terbuka.
• Mula menggunakan produk perawatan anti-penuaan segera setelah tanda penuaan muncul. Perkara ini kerap terjadi lebih cepat untuk jenis kulit Anda (utamanya di kawasan sekitar mata)
• Hindari mandi dengan air panas, ada baiknya memakai bath oil

Untuk kulit sensitif:
• Hangatkan dulu produk perawatan di genggaman tangan sebelum Anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok
• Sebaiknya gunakan jari jemari daripada kain atau tisu.
• Gunakan penyembur air, jangan membasuh melalui keran air.

Untuk kulit separuh baya:
• Pilihlah produk perawatan kulit anti-ageing tergantung pada kondisi kulit, kebutuhan dan musim.
• Leher, mata, dan tangan Anda bisa mengurangi keindahan penampilan, jadi imbali mereka dengan perhatian yang sangat spesial.
• Di setiap pagi yang menyulitkan, janganlah ragu buat menggunakan produk kecantikan yang sesuai, yang bisa melembutkan permukaan kulit.
• Sering terkena sinar matahari langsung, bisa menyebabkan keriput dan noda di kulit.

Untuk kulit berminyak
• Lindungi dirimu dari sinar matahari secara langsung dan penimbunan lemak di kulit wajah
• Jangan mengeluarkan jerawat dan beruntusan di wajah secara swalayan
• Lakukan perawatan peeling pada wajah sekali hingga tiga kali seminggu.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MERAWAT WAJAH DI RUMAH



Sememangnya jarang dilakukan kerana tiada kesedaran betapa pentingnya rawatan wajah. Selain itu kekurangan maklumat juga membuatkan kita tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Melakukan rawatan wajah di rumah adalah lebih baik kerana mengunakan produk kita sendiri dan murah tanpa perlu mengeluarkan kos hanya menggunakan produk yang sedia ada dalam koleksi yang digunakan.

Justeru itu disini diberikan cara untuk kita merawat wajah dirumah dan sediakan bahan yang diperlukan.

Bahan:Pembersih wajah
Krim untuk pengelupasan (scrub)
Air hangat
Mask (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
Pelembap

Caranya:

1. Bersihkan wajahBertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. PengelupasanGunakan jari tangan, sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh wajah anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan
Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk lalu ditekan lembut pada wajah sebanyak 2 hingga 3 kali.

4. Sapukan maskJika mempunyai kulit berminyak, gunakan mask daripada bahan berasaskan tanah liat. Jika berkulit kering, gunakan mask berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah dibersihkan dengan air biasa.

5. Pelembap
Langkah akhir, sapukan krim pelembap pada wajah. Elakkan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve