Grab The Promo

RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT | Percuma Minuman Mengikut Pilihan dengan Pembelian Rice Meal atau Noodle di Rasa Utara


Bersempena bulan kemerdekaan sudah pastinya ramai usahawan mahupun pengusaha restoran mengambil kesempatan untuk turut sama meraikan bulan kemerdekaan ini dengan memberikan tawaran hebat kepada pelanggan mereka.


RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT | Percuma Minuman Mengikut Pilihan dengan Pembelian Rice Meal atau Noodle di Rasa Utara


Tidak lupa juga Sebuah restoran yang menawarkan masakan melayu iaitu Rasa Utara  di mana mereka sedang giat mengadakan Kempen Merdeka 60 Minit bagi menghargai pelanggan mereka serta bagi meraikan bulan kemerdekaan.



RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT | Percuma Minuman Mengikut Pilihan dengan Pembelian Rice Meal atau Noodle di Rasa Utara

 
 

KEMPEN RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT



Kempen ini menawarkan Minuman Percuma Mengikut Pilihan  anda dengan setiap Pembelian Rice Meal atau Noodle di Rasa Utara . Seiring dengan nama kempen yang di berikan iaitu Merdeka 60 Minit, kempen ini cuma sah dalam masa 60 minit iaitu pada jam 1 pm sehingga 2pm Setiap hari bermula 15 Ogos 2017 sehingga 17 September 2017.



Name of the promotion : Merdeka 60 Minit
Mechanism : Get a FREE drink of your choice when you purchase a Rice Meal or Noodle from us”.
Promotion period : 15/8/2017-17/9/2017, 1pm -2pm daily.


RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT | Percuma Minuman Mengikut Pilihan dengan Pembelian Rice Meal atau Noodle di Rasa Utara



Menarik bukan kempen ini , kebiasaannya percuma minuman adalah minuman yang telah di tetapkan. Bebeza dengan Rasa Utara mereka menawarkan percuma minuman mengikut pilihan anda tidak kiralah murah atau pun mahal. Anda boleh memilih salah satu daripada kesemua minuman yang tersenarai di dalam Menu rasa Utara.

Alang-alang tu pilihlah minuman yang paling menarik dan mahal gituh :)
Cik iena kongsi mengenai kempen ini kerana sebelum ini cik iena dan rakan-rakan pernah makan malam di sini. Kami telah mencuba pelbagai jenis menu dan kebanyakan menunya menarik untuk anda cuba.






Jadi dengan itu, cik iena nak kongsi kepada semua pembaca supaya anda semua juga dapat sama-sama merasa masakan di Rasa Utara .


Antara 18 menu yang telah cik iena dan rakan-rakan cuba adalah  Burger Ayam Rendang, Burger Ayam Telur Berkeju, Nasi Goreng Rasa Utara, Set Nasi Rasa Utara , Set Ayam Goreng Cili Lagenda , Ikan Menari ( Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam) ,Mi Soto, Laksa Kedah, Satay Ayam, Mango Pudding ,Sago Gula Melaka , Samosa Ayam,  Karipap , Ayam Nyonya Pinang , Sirap Selasih Laici , Teh Ais Cincai , Calamansi Asam Boi dan Sirap Bandung Cincau .



RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT | Percuma Minuman Mengikut Pilihan dengan Pembelian Rice Meal atau Noodle di Rasa Utara



Bukan 18 menu ini sahaja terdapat banyak menu dari Rasa Utara . Cik iena sendiri tak habis cuba. Insya Allah jika di Beri kesempatan cik iena nak cuba yang lain pula.



Dinner Bersama Rakan-rakan di Rasa Utara Berjaya Time Square


Meluangkan masa bersama teman tentunya seronok ditambah lagi dengan hidangan yang lazat lagi menyelerakan. Cik iena dan rakan-rakan berkesempatan menikmati hidangan makan malam di Rasa Utara Berjaya TIme Square.



Dinner Bersama Rakan-rakan di Rasa Utara Berjaya Time Square
betapa meriahnya cik iena dan rakan-rakan makan :)



Kesempatan ini juga diambil untuk beramah mesra bersama teman lagi-lagi ketika ini kami baru habis bercuti Raya. Masing-masing ada banyak cerita untuk di kongsi . Memang ini la saat yang sesuai untuk berkongsi cerita sambil menikmati hidangan di sini.




Dinner Bersama Rakan-rakan di Rasa Utara Berjaya Time Square
Betapa fokusnya Reef describekan rasa  Masak Lemak yang ada dalam set ayam goreng cili legenda



Keadaan kedai dan dekorasi indah kedai di Rasa Utara ini membuatkan kami seolah berada di Rumah menikmati makan malam . Tidak sedar kami berada di sebuah Restoran. Agak banyak juga cerita yang dikongsi bersama . Tidak lupa juga tentang masakan-masakan yang kami cuba di Rasa Utara.



Dinner Bersama Rakan-rakan di Rasa Utara Berjaya Time Square



Bercakap mengenai rasa masakan sudah pastinya citaras bagi setiap orang adalah berbeza. Pada cik iena Rasa Utara menawarkan masakan Melayu yang pelbagai dan mereka mempunyai resepi yang tersendiri. Rasa masakannya agak lain dari Restoran lain tetapi ianya berasa.



Dinner Bersama Rakan-rakan di Rasa Utara Berjaya Time Square





REVIEW MASAKAN RASA UTARA


Berikut merupakan antara masakan yang cik iena cuba di Rasa Utara Berjaya Time Square dan juga sedikit review dari cik iena tentang rasa masakan tersebut .


 Ayam Nyonya Pinang



Ayam Nyonya Pinang
Ayam Nyonya Pinang

Ayam Nyonya Pinang ini seakan ayam masak asam pedas . Tetapi berbeza sedikit rasanya dari segi kemanisan. Ayam Nyonya Pinang ini agak manis rasanya. Manis-manis pedas . Namun rasa asam pedas nya sangat pekat dan pedas membuatkan cik iena terlupa akan rasa manisnya . Cik iena kurang gemar masakan manis tetapi rasa manis pada Ayam Nyonya Pinang ini sesuai ianya adalah kerana untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan itu.  Ayam nya juga lembut, enak, rasa asam pedas meresap pada daging ayam tersebut.

  Ikan Menari ( Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam)


 Ikan Menari ( Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam)
 Ikan Menari ( Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam)  


Ikan Menari  Antara menu yang menarik perhatian cik iena. Berbeza dengan Restoran lain, uniknya ikan ini di Hidang dalam keadaan seperti ikan itu sedang menari seiring dengan nama menu masakan tersebut. Ikan menari merupakan Ikan talapia yang di goreng rangup yang di hidang bersama  Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam. Ikan Talapia ini sangat rangup dan sedap. Ianya tidak hanyir . Adakalanya ikan talapia yang kita makan akan sedikit hanyir.

Berbeza dengan  Ikan Menari di Rasa utara ianya tidak hanyir.  Ianya di hidang bersama Sambal nuklear yang rasanya  masam-masam pedas. Cik iena suka rasa sambal ini kerana cik iena sememangnya gemar sesuatu yang masam. Tidak lupa juga sambal kicap pedas yang enak. Kombinasi ikan goreng dan kedua-dua sambal ini sememangnya sangat sesuai.

 Ikan Menari
ehh ukan ikan menari je nak menari, cik iena pegang plate pun rasa nak menari (^_~)


Nasi Goreng Rasa Utara
Nasi Goreng Rasa Utara


Set Ayam Goreng Cili Lagenda
Set Ayam Goreng Cili Lagenda

Set Nasi Rasa Utara
Set Nasi Rasa Utara


Laksa Kedah
Laksa Kedah

Mi Soto
Mi Soto
Burger Ayam Telur Berkeju
Burger Ayam Telur Berkeju

Burger Ayam Rendang
Burger Ayam Rendang

 Karipap
Karipap

Samosa Ayam
Samosa Ayam


Satay Ayam
Satay Ayam





Sago Gula Melaka
Sago Gula Melaka

Mango Pudding
Mango Pudding





Menarikkan menu-menu yang cik iena cuba? Walaubagaimanapun selera setiap orang pastinya berbeza. Cik iena cadangkan anda cuba terlebih dahulu untuk rasai sendiri keenakan masakan di Rasa Utara tambahan lagi sekarang Rasa Utara  Sedang mengadakan Promosi Merdeka 60 Minit.

Rasa Utara sangat sesuai untuk anda meluangkan masa makan bersama rakan mahupun keluarga. Sesuai juga untuk gathering bersama rakan-rakan  sama seperti yang cik iena gathering makan bersama rakan-rakan selepas cuti hari raya :)



Dinner Bersama Rakan-rakan di Rasa Utara Berjaya Time Square
Selepas gathering makan-makan bersama rakan perkara wajib adalah bergambar. Terima Kasih Rasa Utara kerana menghidangkan masakan yang enak untuk cik iena dan rakan-rakan. LOVE RASA UTARA (^_~)

Dinner Bersama Rakan-rakan di Rasa Utara Berjaya Time Square
Bergambar bersama rakan-rakan sebelum pulang :) Masing-masing muka happy kekenganyan
 



Kepada anda di luar sana yang berada berhampiran kesemua cawangan Rasa Utara jangan lupa singgah Rasa Utara Sempena kempen RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT ini ya :)



Cawangan Rasa Utara



Berjaya Times Square

Lot G-12 & G-13 , Ground Floor,
No. 1, Jalan Imbi, 55100
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2110 0884
Operation hours : 7.30am – 11.00pm


IOI City Mall

Lot LG-46 IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502
Putrajaya
Telephone number : 03 – 8328 0733
Operation hours : 10.00am – 10.00pm

Mid Valley Megamall

LG049-050, Lingkaran Syed Putra, 59200
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2201 3258 / 03 – 2282 0749
Operation hours : 10.00am – 10.00pm

Untuk Maklumat Lanjut :


Website : http://www.rasautara.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/rasautara/
FAcebook : Rasa Utara



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Frangipani Shampoo dari Lemongrass House syampu kelemumur terbaik


Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Cik iena yakin pasti ada dikalangan wanita diluarsana khususnya yamng memakai tudung mengalami masalah kelemumur yang teruk. Begitu juga dengan cik iena. Sejujurnya sejak tahun lepas selepas cik iena membuat rawatan rambut di sebuah saloon. Rambut cik iena didatangi masalah kelemumur yang sangat teruk. Mungkin kerana produk yang di gunakan oleh saloon tersebut tidak sesuai dengan cik iena.


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House




Selepas daripada itu cik iena telah mencuba pelbagai jenis syampu . Ada diantaranya yang tidak memberi kesan lansung dan juga ada yang memberi kesan tetapi memakan masa dua ke tiga bulan untuk menampakkan hasil. Kemudian sekiranya berhenti ia akan datang lagi.

Frangipani Shampoo | Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House  


Baru-baru ini cik iena telah mencuba syampu natural dan organik dari Lemongrass House iaitu Frangipani Shampoo.

Review Frangipani Shampoo Lemongrass House


Syampu ini sememangnya sangat cik iena gemari kerana ia berhasil menghilangkan masalah kelemumur cik iena yang sangat teruk dalam masa dua ke tiga hari sahaja.

Dalam tempoh dua ketiga hari penggunaan kelemumur lansung tiada di rambut cik iena. Rakan cik iena sendiri tegur perubahan cik iena. Jika sebelum ini cik iena ke surau di pejabat untuk solat apabila cik iena menguruskan rambut, akan kelihatan kelemumur yang banyak jatuh pada baju , lagi-lagi jika cik iena memakai baju bewarna hitam atau gelap.


Frangipani Shampoo Lemongrass House
Frangipani Shampoo Lemongrass House

Sejujurnya sangat tidak selesa. Sudah pasti rasa gatal yang teramat. Alhamdulillah selepas menggunakan frangipani shampoo ini kelemumur hilang hampir 100% dan kegatalan pada kulit kepala serta masalah rambut gugur berkurangan. Mungkin sekiranya cik iena teruskan penggunaan masalah kulit kepala gatal dan rambut gugur juga boleh pulih :)


Jadi kepada anda diluar sana yang masih tercari-cari syampu untuk masalah kelemumur anda boleh cuba frangipani shampoo dari lemongrass house ini. Tidak salah mencuba bukan? selagi kita tidak cuba kita tidak tahu akan hasillnya tambahan pula setiap orang akan mempunyai kesan yang berbeza. jadi berikhtiar lah. Cuba sampai jumpa syampu yang sesuai.

Harga  Frangipani Shampoo 120ml RM40 

 Lemongrass House


Selain daripada syampu terdapat banyak lagi produk keluaran Lemongrass House . Selain syampu, ntara yang cik iena cuba adalah  Thai Bergamot Soap Bar, Royal Lotus Conditioner dan Mandarin Orange Shower Gel . Untuk pengetahuan kesemua produk Lemongrass House adalah natural dan organik.


Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House

Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House
Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House

Untuk lebih banyak gambar lihat di Lemongrass House Malaysia

Pelbagai Pilihan Shampoo dan Conditioner

Di lemongrass house bukan sahaja syampu, conditioner juga ada di jual sekali. Terdapat pelbagai jenis pilihan shampoo dan juga conditioner .Sejujurnya cik iena juga agak rambang mata membuat pilihan.. Cik iena telah dibantu oleh jurujual kecantikan disitu untuk memilih shampoo dan conditioner yang sesuai.


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
terlalu banyak pilihan syampu dan perapi, cik iena pun rambang mata


Review Royal Lotus Conditioner Lemongrass House

Royal Lotus Conditioner Lemongrass House
Royal Lotus Conditioner Lemongrass House


Tidak lengkap syampu tanpa conditioner bukan? Maka dengan itu cik iena telah dicadangkan oleh jurujual kecantikan untuk menggunakan Royal Lotus Conditioner . Cik iena juga suka akan conditoner ini kerana haruman yang bertahan lama. Kenapa cik iena katakan haruman tahan lama kerana beberapa hari yang lepas cik iena sangat sibuk dan cik iena tidak sempat syampu rambut selama tiga hari. Tetapi rambut cik iena masih berbau harum seperti baru di cuci :)

Royal Lotus Conditioner dan fangipani shampoo  Lemongrass House
Royal Lotus Conditioner dan fangipani shampoo  Lemongrass House

Harga Royal Lotus Conditioner 120ml RM40


Review Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House


Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House
Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House


Sabun ini sesuai digunakan untuk mandian mahupun untuk membersihkan wajah. Cik iena juga menggunakannya untuk membersihkan wajah. Selepas mencuci wajah dengan sabun ini kulit akan rasa  bersih . Segala kekotoran akan hilang.




Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House
Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House

Cik iena suka sabun ini kerana minyak-minyak pada muka hilang serta solekan mudah dibersihkan tanpa menggunakan make up remover. Kebiasaannya cik iena akan menggunakan make up remover terlebih dahulu sebelum mencuci muka. Dengan sabun ini solekan anda mudah untuk di bersihkan. Selain itu ianya juga mempunyai buih yang banyak serta haruman yang menenangkan.

Tekstur Thai Bergamot Soap Bar
Tekstur Thai Bergamot Soap Bar

Apa yang cik iena perhatikan juga sabun ini  tidak mudah cair seperti sabun yang lain sekiranya di terkena air di dalam bilik air.  Sabun ini juga tahan lama . Untuk penjimatan potong sabun seperti yang cik iena lakukan.

Harga Thai Bergamot Soap Bar 200g RM40

Review Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House

 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House
 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House


Haruman Mandarine orange ini unisex sesuai untuk perempuan dan juga lelaki. Haruman mandarine orange ini sememangnya akan memberikan ketenangan ketika anda membuat sapuan pada tubuh anda. Kulit anta juga akan lembut dengan menggunakan mandian ini.

 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House
 Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House

Harga Mandarin Orange Shower Gel 120ml RM40 

Selepas mencuba empat produk dari Lemongrass house sememangnya cik iena akui produk ini sangat bagus. Cik iena difahamkan oleh boss cik iena juga Lemongrass House merupakan jenama yang terkenal di Thailand. Pusat urutan yang bagus juga adalah lemongrass house.

Alkisah yang membuat boss bercerita adalah , hari ini cik iena dan rakan-rakan pejabat akan bercuti ke Bangkok, Thailand. Sewaktu sesi perbincangan , rakan pejabat ingin mencari pusat urutan yang memberikan perkidmatan yang terbaik dan boss cik iena bersuara mengatakan Lemongrass House. Cik iena tersenyum sendiri dan di dalam hati berkata  "patutlah produk ni berkesan dan ok rupanya produk ni agak polular dan menjadi pilihan boss cik iena yang cerewet di Thailand"




Lemongrass House


Wokay istimewa buat pembaca Blog cik iena  anda boleh dapatkan Butterfly Pea Hair Conditioner 60ml secara PERCUMA dengan pembelian RM100 dan ke atas untuk pembelian di kedai.Disamping itu anda juga layak menerima diskaun 5% tanpa pembelian minimum.  
  
  
Gunakan Kod promosi:  eliena-lgh.  
Kod promosi sah sehingga 30hb. Sept.



VIDEO REVIEW LEMONGRASS HOUSE

Jemput tonton cik iena membebel mengnai produk lemongrass house yang awesome ni (^_~)


 


Disini juga  cik iena ingin kongsikan serba sedikit mengenai Lemongrass House :)


Pengasas Lemongrass House - Dari Filem ke Aromaterapi


Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
Diasaskan oleh Bobby dan  Palita Duchowny, Lemongrass House merupakan pembekal dan penyedia produk spa buatan tangan terkemuka untuk hotel dan pusat spa bertaraf dunia.   Lemongrass House  terkenal sejak bertahun-tahun dari segi integriti, kreativiti dan kualiti.

Bobby dilahirkan di Malibu, Amerika Syarikat. Pada tahun 1996, dia datang ke Thailand untuk tugasan filem, dan akhirnya dia jatuh cinta dengan Thailand,. Beliau telah memutuskan untuk menetap terus di Thailand. Beliau juga telah membangunkan kepakaran dalam pengekstrakan minyak tumbuhan tulen, dan telah lanjutan itu, beliau telah diberi ilham untuk mencipta satu jenama yang berasaskan dan berakar umbikan sumber alam di mana produk-produknya menggunakan bahan-bahan tulen yang diperoleh daripada sumber alam yang kekal.

Dengan menggunakan “”Neem Oil” sebagai racun serangga semula jadi, Bobby dan Palita menghasilkannya di dapur apartmen mereka di Bangkok dan menjualnya di Chatuchak Weekend Market di Bangkok.

Dari Chatuchak Market ke Pengiktirafan Antarabangsa



Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
Tuah datang bergolek kepada mereka apabila UNICEF Thailand telah membuat tempahan produk yang besar untuk racun semburan nyamuk semulajadi mereka. Selepas itu, sebagaimana yang mereka katakan, adalah sejarah sehinggalah kejayaan mereka hari ini. Lemongrass House semenjak itu telah dipaparkan dan di war warkan sebagai "Yang Terbaik di Asia" dalam majalah TIME, Conde Nast Traveler dan The New York Times.

 

 

Pembekal kepada Hotel dan Spa Bertaraf 5 dan 6 Bintang

Kelemumur Hilang dengan Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
antara haruman diffuser yang menjadi kegemaran cik iena

Dengan latar belakang dalam aromaterapi yang diperolehi di Amerika Syarikat, rangkaian produk Lemongrass House telah berkembang dengan pesat sekali. Dari gerai yang ringkas di Chatuchak Weekend Market, Lemongrass House kini mempunyai 40 cawangan runcit di 11 buah negara. Produk kami diedarkan di 55 negara di seluruh dunia, di lebih 480 hotel dan spa bertaraf 5 dan 6 bintang. 

100% Produk Semulajadi dan Mesra Alam



Lemongrass House
Lemongrass House pada masa ini menghasilkan lebih 1,200 produk spa dan penjagaan badan, kesemuanya buatan tangan, pada kuantiti satu kilogram pada satu-satu masa. Produk-produk dihasilkan di outlet utama kami di Phuket, Thailand. Kesemua produk dibuat menggunakan minyak pati dan bebas daripada parabens, sulfat, pewarna, minyak wangi, dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Lemongrass House mempunyai komitmen yang tinggi kepada alam sekitar, di mana ia boleh dilihat dalam setiap aspek syarikat kami. Hanya bahan-bahan segar dan yang paling asli (bebas bahan kimia) digunakan dalam produk kami. Premis kedai kami direkabentuk dengan latar belakang kayu asli dan rak. Bahan-bahan pembungkusan produk-produk kami diperbuat daripada bahan kitar semula 100%.

 

Pemenang Anugerah Produk Spa Buatan Tangan Telah Tiba Malaysia


Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dan penyelidikan saintifik dalam aromaterapi, jenama Thailand terkenal di peringkat antarabangsa ini telah tiba di Malaysia, diedarkan secara eksklusif oleh Little Empire Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Lemongrass House


Menempatkan pelbagai minyak pati, mandi & badan, penjagaan muka, penjagaan rambut, kanak-kanak & penjagaan bayi, penjagaan haiwan peliharaan, aromaterapi rumah, teh herba dan racun penghalau serangga semulajadi, Lemongrass House disebut-sebut sebagai produk buatan tangan spa yang ulung dan terbaik untuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam aromaterapi.

Lemongrass House Malaysia terletak di F102B, Tingkat 1, Pusat Beli Belah 1 Utama Old Wing, dibuka pada November 2016.


Antara Produk Lain di Lemongrass House


Lemongrass House
pelbagai pilihan shower gel


Lemongrass House
pelbagai pilihan diffuser

Lemongrass House
pelbagai pilihan hand soap

Lemongrass House
Baby massage oil

Lemongrass House
Body mAssage


Lemongrass House
Towel cologne

Lemongrass House
soap bar


Lemongrass House
Tea

Lemongrass House
herbal compress



Lemongrass House
body butter

Lemongrass House
Toning face mask




 Menarik bukan? terdapat banyak lagi produk keluaran lemongrass house, cik iena tak sempat ambil semua . Untuk lebih banyak gambar lihat di  Lemongrass House Malaysia



Kepada anda di luar sana yang ingin  mencari rakan kongsi spa atau menjual produl lemongrass house di seluruh Malaysia.  anda boleh hubungi mereka di talian  013-333 6807 untuk maklumat lanjut.

Untuk Maklumat Lanjut :




Nota Blog : Cik iena harap cik iena jumpa Produk Lemongrass House di Pratunam atau Platinum Bangkok . Tahun sebelum ni cik iena ke Chatuchak tapi tahun ni takde dalam itinerary. Agak sedikit sedih la sebab cik eina suka shopping di chatucak . Sekiranya jumpa cik iena akan beli lagi sebab produk ni memang bagus :)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY | RUNNING MAN VERSI MALAYSIA


Bulan Ogos dan September merupakan bulan-bulan bersejarah untuk negara Malaysia yang tercinta. Ogos merupakan bulan kemerdekaan, manakala September pula merupakan Hari Malaysia. Negara  kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala Penubuhan Malaysia pula ialah pada 16 September 1963. Ini bermakna pada tahun ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke-60 dan Hari Malaysia yang ke-54. Sabah dan Sarawak pula merdeka pada hari penubuhan Malaysia.
 
 
 
 
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY
 


Justeru itu, kedua-dua bulan ini dianggap sebagai bulan sambutan kemerdekaan. Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan tidak kira dari sektor kerjaan mahupun swasta sempena memperingati bulan kemerdekaan ini.Antara aktiviti kemerdekaan yang menarik hati cik iena adalah A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day.   

A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY

 
Bersempena Sambutan Kemerdekaan Ke-60 yang bakal menjelma, A2A Global Network Sdn Bhd buat julung-julung kalinya  menganjurkan A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day yang akan diadakan pada 1-3 September 2017 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Wilayah Persekutuan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam
 
 

Acara ini dianjurkan bersama oleh A2A Global Network, Malaysia Inflatable Challenge, Persatuan Belia Prihatin Malaysia, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Ikatan Badan Badan NGO Belia & Sukan.
Siri baru "dynamic inflatable obstacle" ini direka untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak dari semua peringkat umur  kerana peralatan "inflatable" ini direka penuh dengan keselamatan untuk menjaga keselamatan pengguna.

Ciri-ciri keselamatan peralatan Water Inflatable sesuai untuk semua peringkat umur

 Ciri-ciri keselamatan peralatan Water Inflatable sesuai untuk semua peringkat umur

 
 
Selain daripada itu aktiviti ini juga tidak mempunyai had umur. Orang dewasa, kanak-kanak pelbagai peringkat umur mahupun warga emas yang sihat boleh bermain bersama dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
 
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY
 

Salah satu dari misi acara ini adalah untuk mempromosikan aktiviti gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak dengan aktiviti yang menyeronokkan dalam skala yang besar. Antara aktiviti menarik yang anda perlu cuba di A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day adalah seperti Lari Man Battle, pertandingan mewarna, pertunjukan silap mata, persembahan nyanyian dan tarian, vendor makanan dan minuman, Live Band (Le'Lagoo) dan banyak lagi. Selain daripada itu bagi memeriahkan dan bagi memberi semangat pada peserta , peserta berpeluang memenangi  hadiah cabutan bertuah.
 


RUNNING MAN VERSI MALAYSIA
 

 
 

Harga Tiket  A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day


Harga Tiket  A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day
Harga Tiket  A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day
 
 

 
 

A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE

 
Berikut merupakan sebahagian dari gambar aktiviti di acara tersebut. Anda yang meminati rancangan Running Man semestinya akan menggemari aktiviti seperti ini . Jadi jangan lepaskan peluang  ini untuk menyertainya di negara anda sendiri . Jika di Korea ianya "Running Man" , di Malaysia ianya di panggil "Lari Man" .

 
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE




A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE



A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE
 

Menarik bukan ? ala-ala Runing Man gituh (^_~). Cik iena memang suka aktiviti seperti ini. Bukan senang aktiviti seperti ini di lansungkan secara besar-besaran di Malaysia. Untuk Lebih banyak gambar sila lihat di A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE CHALLENGE

 
Kepada anda yang berminat untuk menyertai acara ini, sebarang urusan berkenaan dengan pembelian tiket sila hubungi talian +603-7931 9808 atau +6013-997 1133 Atau anda boleh mendaftar secara online atau dalam talian di https://goo.gl/forms/3rlRVuYMaiJMoHnh2
 
 
 
 
A2A FIRST MY MERDEKA WATER INFLATABLE DAY

 
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai  A2A First MY Merdeka Water Inflatable Day  ini sila layari http://waterinflatable.a2a.network/?Culture=ms-MY
 
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve