Grab The Promo

Makan Sedap Di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam

Makan Sedap Di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam

 
Kepada penggemar makanan Thai atau pun penggemar Tom Yam, anda harus mencuba makanan di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam . Cik iena merupakan penggemar tom yam. Kemana sahaja lokasi restoran atau gerai baru yang cik iena pergi  pasti cik iena akan mencuba tom yam. 
 
Memang sukar untuk mendapatkan Tom Yam yang sedap . Kebanyakan kedai yang cik iena pergi memang kurang memenuhi citarasa cik iena . Cik iena mula mengenali Restoran Jemari ini pada tahun 2013 di mana ketika itu cik iena baru pulang dari Korea dan keluar berjumpa rakan-rakan untuk memberi cenderamata daripada Korea kepada sahabat Karib Cik iena. Destinasi Perjumpaan kami adalah di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam  . Sejak daripada itu cik iena mula menggemari Tom Yam yang terdapat di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam. Sekiranya cik iena ke Shah Alam Insya Allah cik iena pasti singgah makan di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam
 

Kali ini cik iena ke Shah Alam untuk menyaksikan  Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM
Pada awalnya cik iena hadir pada waktu tengah hari pada pukul 12 tengah hari. Malangnya Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam masih belum mengambil tempahan makanan. Restoran telah di buka namun pekerja masih dalam proses penyediaan barang-barang mentah , cik iena bertanya dan mereka menyatakan order di buka pada pukul 12.30 tengah hari. Dengan dukacitanya cik iena berlalu pergi. Cik iena terpaksa cari kedai lain sebab jika pukul 12.30 cik iena tak sempat. Adik cik iena ada pertandingan akhir pukul 1 tengah hari mesti ada di UiTM. Makanya cik iena pergi ke Seksyen 2 Shah Alam.



Limau kasturi asam boi tetap menjadi pilihan cik iena.
Limau kasturi asam boi tetap menjadi pilihan cik iena.


Okay kalau dah kata peminat tom yam kan. dan cik iena memang sangat suka tom yam di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam,  cik iena datang kembali selepas perlawanan habis. Alhamdulillah lepas rindu nak makan tom yam di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam. 


Makan Sedap Di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam
Tom yam seafood yang sedap, banyak isi nya okay. macam-macam ada. Memang puas hati



Makan Sedap Di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam
tom yam ayam yang umphhh





Seperti biasa menu wajib cik iena adalah tom yam. Kali ini kami order tom yam seafood, tom yam ayam , nasi goreng, telur bistik dan juga kerabu mangga.






Makan Sedap Di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam
Nasi Goreng


Makan Sedap Di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam
Kerabu Mangga yang lazat dan pedas


Makan Sedap Di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam
Telur Bistik, pertama kali cik iena makan telur bistik yang banyak kuah. tapi sedap cuma terlalu banyak bawang :)


Okay ini sahaja gambar yang cik iena ambil. Tak sempat nak ambil gambar kedai. Masing-masing kepenatan. Kalau nak tengok keadaan dalam kedai boleh klik link yang cik iena share diatas. Keadaan restoran masih sama pada tahun 2013.

 



Makan Sedap Di Restoran Jemari Seksyen 7 Shah Alam
wah setel semua kecuali bawang-bawang pada telur bistik, banyak sangat bawangnya huhu



Wokay secara keseluruhan makanan memang tip top memang sedap. Pelanggan pun ramai je dekat sini. Sentiasa di kunjungi pelanggan. Cuma pada kehadiran cik iena baru-baru ni pekerja agak kurang memuaskan lah. Mungkin sebab terlalu ramai pelanggan dan mereka agak kepenatan. Takpa cik iena maafkan. Tapi mohon kalau boleh jangan selalu bermasam muka dengan pelanggan. Kami cuma meminta untuk tambah gula pada air teh o ais kerana airnya terlalu tawar. Anda dapat bayangkan ke tidak minum teh o tawar. Rasa nya dia terlupa letak gula. Walaupun sudah diminta tambah gula masih tawar. Cik iena pun malas nak gaduh, biar jelah. Cuma tak patut pekerja hentak-hentak air customer.





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve