Grab The Promo

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Wanita sememangnya sinonim dengan produk kecantikan. Terdapat banyak produk kecantikan yang wujud dipasaran dengan pelbagai fungsi yang tertentu. Antara produk kecantikan yang Cik iena pernah cuba adalah ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream.

Review ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

Setiap wanita pastinya inginkan kulit yang sihat, cantik dan cerah berseri. Begitu juga dengan Cik iena.Apabila kulit kita cerah secara semulajadinya kita akan nampak cantik dan menonjol. Disini Cik iena ingin kongsikan produk pencerahan dari ViViWhite yang Cik iena sedang Cuba.

Hari hari ViViWhite barulah snow white 

ViviWhite

 

Dengan memegang cogan kata "Hari hari ViViWhite barulah snow white" , ViViwhite mengutamakan falsafah  4N iaitu Nature, Nutrion, No Irritation dan No Addition. Krim penjagaan wajah ini berfungsi untuk melindungi tekstur semula jadi kulit dengan menggunakan formula semula jadi untuk penjagaan kulit wajah.

Falsafah ViViwhite 4N


1. Nature
2. Nutrition
3. No Irritation
4. No Addition

Istimewanya  ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ini adalah ianya mengandungi 4 Bahan Asli dan juga 4 Bahan utrien yang sangat diperlukan untuk kulit wajah kita dimana kesemua bahan asli dan nutrien ini akan membantu mempercepatkan lagi proses merawat wajah secara semulajadi.

Bahan Asli

1. Akoya Pearl Extract: Brighten skin.
2. Heliance Annus Seed Oil: Control grease on the skin.
3. Cynanchum Atratum Extract: Anti-inflammatory agent.
4. Rose Damascena Phytplacenta Extract: Soothing and Reducing Redness on the skin surface.
 

Bahan-bahan nutrien

1. Sodium Hyaluronate: Moisturizing and water-locking film on the skin.
2. Lecithin: Repair and Nourishing skin.
3. Vitamin E: Anti-aging and Antioxidant agent.
4. Titanium Dioxide: Dark spots lightening.

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

 

 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream diperkaya dengan ekstrak Ros yang bertindak sebagai penghilang kemerah merahan pada wajah . 

Ekstrak Mutiara Akoya – Mencerahkan Kulit
Ekstrak Mutiara Akoya – Mencerahkan Kulit

 

Ianya juga mengandungi ekstrak mutiara Akoya dari Jepun untuk membantu mencerahkan dimana ekstrak mutiara ini menggunakan program saintifik nano yang mengandungi 18 jenis asid amino mikronutrien yang diperlukan oleh kulit.

Selain itu ian juga mengandungi Cynanchum Atratum Extract . Ekstrak ini mempunyai gelaran agen Anti-perengsa, terdiri daripada ekstrak herba tumbuhan BaI Wei. Ia dapat memberikan 5 Kesan Anti-Kulit = "Anti-sensitiviti, Anti-iritasi, Tahan minyak, Anti-pigmentasi dan Anti-dehidrasi".

Minyak bijian Helianthus Annuus - Mengawal minyak
Minyak bijian Helianthus Annuus - Mengawal minyak

 


ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream dikatakan cream yang unik kerana

1. Krim pencerah gred penjagaan kulit yang sekata cerah dalam 8 saat.
2. Ia menyegarkan, tidak berminyak.
3. Penggunaan krim pencerah kelas penjagaan kulit jangka panjang yang tidak akan sensitif terhadap pengelupasan.
4. Krim pencerah kelas penjagaan kulit yang boleh digunakan sepanjang hari.

 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream Tanpa Bahan Terlarang

Istimewanya ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream adalah kerana ianya tidak mengandungi bahan terlarang yang boleh merosakkan kulit.

1. No Paraben
2. No Mineral Oil
3. No Formaldehyde
4. No Silicone
5. No Alcohol
6. No Artificial Colouring
7. No Talcum
8. No Triethanolamine

Seperti kita sedia maklum 8 ramuan ini akan menyebabkan kepekaan kulit dan menjadikan kulit anda lebih rapuh, kering, tersumbat, dan beberapa urutan. Untuk ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ini ianya tidak mengandungi bahan terlarang yang merbahaya ini.


 


Clinical laboratory trials proof

Istimewanya lagi produk ini kerana ianya  mempunyai Ujian makmal klinikal membuktikan bahawa ia dapat memperbaiki 8 masalah kulit dengan berkesan:


1. Menguning kulit
2. Tona kulit tidak sekata, cela
3. Pigmentasi
4. Bulatan gelap
5. Kulit merah
6. Kulit kering
7. Pori besar
8. Garisan halus pada kulit  



 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

 

Jenama antarabangsa ViViwhite mempunyai jenis kulit yang terbukti secara klinikal di pelbagai negara seperti di bawah:


1. Cerah seketika, HANYA 8 SEKITAR!
2. Mencerahkan tona kulit.
3. Melembapkan dengan mendalam.
4. Pelembap tinggi selama 12jam.
5. Menyegarkan dan mengawal minyak, menyegarkan serta-merta dan tidak berminyak.
6. Kekurangan pembaikan yang kuat, memperbaiki garis, dan memperbaiki liang tanpa alat solek atau alat solek.
7. Cemerlang dalam warna Pudar, pembentukan semula kulit, dan pertumbuhan epidermis dalam masa 28 hari.
8. Tahan melanin dan UV pelindung matahari.
9. Sesuai untuk semua jenis kulit Asia dan telah diuji untuk anti-alergi, anti-tusukan, anti-kemerahan, dan anti-pengoksidaan.
10. Untuk aplikasi jangka panjang, kulit menjadi lebih cerah dan lebih sekata setelah 90 hari penggunaan dan membentuk lapisan pelindung kulit yang khas.

 


ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
Wajah Cik iena selepas 11 hari penggunaan. Gambar tanpa CC Cream or make up

Hydra Brightening Cream mempunyai 3 transform (3T):


Krim Pencerah Hidrasi Ektrak Mutiara ViViwhite adalah seperti produk penjagaan kulit artis yang boleh berkata, kerana dia mempunyai 3 Perubahan (3T):


  1. Perubahan Pertama = Kulit kusam menjadi cerah
  2. Perubahan Kedua = Kulit kering menjadi lembap
  3. Perubahan Ketiga = Kulit sensitif menjadi sihat


Review ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

Cik iena kongsikan review selama 11 hari menggunakan krim ini. Secara keseluruhannya masih belum dapat kesan putih seperti yang di inginkan. Baru 11 hari guna kan. Perlulah bersabar. Lagi lagi kalau produk menggunakan bahan semulajadi kesan agak lambat tapi hasilnya memang berkesan dan berpanjangan.

 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
Wajah selepas 11 hari penggunaan . Tiada jerawat, cuma ada bekas parut datang bulan sebelum ni tapi dah semkin pudar Ehh ada yang dot hitam tu tahi lalat tau muka iena ada banyak tahi lalat terutama keliling bibir haha

 

Untuk 11 hari penggunaan kesan yang Cik iena rasa adalah kulit lebih cerah sedikit berbanding sebelumnya. Sejurus selepas pakai krim kulit memang akan brighter. Apa yang Cik iena perasan bila bangun pagi tanpa sebarang solekan kulit tampak lebih cerah dan gebu.

Tekstur krim ini juga tidak berminyak dian ianya sangat mudah diaplikasikan. Ianya muda menyerap dalam kulit serta tidak melekit.

Untuk pengetahuan Sepanjang tempoh 11 hari  pemakaian krim ini tiada jerawat yang muncul di wajah Cik iena walaupun diketika ini Cik iena sedang datang bulan. Kebiasaannya wajah Cik iena akan naik jerawat bila datang bulan. Bila tiada jerawat yang naik memang kulit nampak cantik sahaja bila Cik iena mengenakan solekan. Solekan tu lebih berseri :)


ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
Bila kulit licin takde jerawat, solekan pun nampak lagi cantik :)

Walaubagaimanapun untuk kulit jenis kering seperti Cik iena tahap kelembapanya masih belum mencapai tahap kelembapan yang Cik iena impikan. Kulit Cik iena berjenis kering dan sangat kering. Cik iena perlu memakai krim pelembab terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan yang baik.Cik iena rasa cream ini lebih sesuai untuk anda yang berkulit normal, berminyak atau combination.

Untuk pengetahuan kondisi kulit setiap orang adalah berlainan, Cik iena review mengikut kondisi kulit Cik iena. Jadi tidak salah untuk anda mencuba produk ini untuk merasai sendiri kesannya terhadap kulit anda.

Rating ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

8/10


Untuk Maklumat Lanjut layari



 



38 comments:

  1. Wah guna serbuk mutiara rupanya. Kita pun obses nak cerah. Bukanla terlalu putih, asalkan fair tone color dgn kulit sihat pun memadai kann. Nanti kita try.

    ReplyDelete
  2. wahhh gambar iena yang baju pink tu memang bersinar bak mutiara. kulit pun nampak lebih bersih kan

    ReplyDelete
  3. first time dengar nama produk ni. banyak juga ya kelebihan penggunaan produk ni. terbaiklah. nnti saya nak suggest dekat mak & kakak saya :)

    ReplyDelete
  4. Rawlins suka tengok packaging dia yang nampak mewah. And manfaat dia tu semua Rawlins perlukan agar sentiasa nampak menarik dan segar

    ReplyDelete
  5. Terkesima nengok wajah Eina uii..cantikkk..
    Tapi kalau produk yang guna white pearl ni memang bagus.. sebab pernah guna satu produk tu .. kalau amalkan pemakaiannya, kulit akan gebu dan halus macam mutiara berseri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mekap je tu kak..ade virtual dinner..alang2 melawo amek gambar ngan produk :D

      Delete
  6. Bagus nya ingredients yg ada dlm viviwhite ni. Sgt bermanfaat pada kulit. Thanks for sharing this ya iena

    ReplyDelete
  7. So far belum pernah try produk ni, baca review macam best jugak. Yang ni sesuai untuk semua jenis skin ke macam combination-skin ?

    ReplyDelete
  8. Iena selalu share the best beauty product review. suka sangat baca entry entry iena. whitening pearl ini memang boleh nampak differences kat gambar yang iena share. tapi dia sesuai ke untuk kulit sensitive? sebab kulit saya sensitive kepada semua whitening produk. kadang kadang saya nak cuba pun takut muka i akan jadi gatal atau bengkak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kulit sensitif perlu tanya pihak viviwhite dulu...kulit iena tak sensitif..kusam je. So sesuai produk ni :)

      Delete
  9. Wow first time baca tentang ViviWhite ni.. menarik juga produk ni ye,, cantik packaging dia nampak so elegant... memang sesuai with sis kan.. nampak berseri2 dalam gambar..

    ReplyDelete
  10. Iena, wajah iena tak mekap tu baru akak nampak sama ngan adik Iena! Hehehe. Masa mekap tak perasan langsung mcm adik beradik. Hehehe. Nanti nak try produk ni. Besar tub dia. Berbaloi juga.

    ReplyDelete
  11. Produk baru ya? Suka packaging dia nampak cantik exclusive gitu. Paling tertarik bahan dia natural dan selamat. Teruja nak cuba.. Sebab dah patloh tiga ni ada jeragat sikit kat muka ni. Nak cantik macam iena jugak

    ReplyDelete
  12. wow, there are so many good brightening products in the market now and i dont know where to choose from. definitely need to try this brand soon!

    ReplyDelete
  13. First time dgr brand ni. Bagus ingredients dia, takde bahan2 terlarang yg merosakkan kulit.

    ReplyDelete
  14. Tengok bahan2 yang ada dalam tu memang bagus untuk cerahkan kulit. Yang penting takde bahan2 bahaya tu semua. Selamat dan tak perlu ragu2 bila nak pakai.

    ReplyDelete
  15. first time dengar pasal viviwhite ni. Perkongsian yang baik dari penggunaan peribadi sendir. a must try la untuk wanita-wanita di luar sana.

    #followed here #1063

    ReplyDelete
  16. Menarik sbb dia ada guna bijan. Boleh try nanti.. tgk sesuai dengan kulit wajah iena

    ReplyDelete
  17. glowingnya muka.. tak pernah dgr lg brand ni.

    ReplyDelete
  18. Produk viviwhite ni baru ni tau nti blhlah tgk kegunaannya

    ReplyDelete
  19. baru tau brand ni..ya ampun cntiknya kulit iena

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve