Grab The Promo

Kenyataan Media - Pemberitahuan Mengenai Tempoh Memperbaharui Pasport


Viral bahawa proses permohonan pasport mengambil masa enam bulan adalah tidak benar. Berikutan Viral ini, pejabat imigresen telah di banjiri orang awam untuk membuat permohonan baru dan memperbaharui passport.

Masalah ini juga sedikit sebanyak memberi kesan pada cik iena yang turut sama terlibat dalam proses pembaharuan passport. Gara-gara viral tersebut pihak majikan mengarahkan cik iena untuk memperbaharui passport kerana cik iena ada dan syarikat ada urusan kerja dan bercuti di bandung pada bulan hadapan.

Hari ini tanggal 2 Ogos cik iena ke UTC Pudu untuk membuat pembaharuan tersebut . Cik iena tiba sekitar jam 8 pagi, queue untuk mengambil tiket sudah sampai ke bahagian parking . *8.30 am pejabat buka. beberapa minit selepas buka nombor telah pun habis. UTC pudu hanya mengeluarkan sebanyak 100 nombor sahaja.

Kemudian cik iena ke Jabatan Imigresen Putrajaya, cik iena tiba di sana dalam pukul 9.20 am tetapi nombor juga sudah habis. Di sini mereka mengeluarkan 700 nombor. Akan tetapi di sebabkan viral tersebut seawal 7.30 setelah kaunter di buka nombor tersebut habis di edarkan. Menurut pengawal keselelamatan di situ. Orang ramai mula menunggu sejak jam 5 pagi lagi.

Cik iena di minta untuk cuba ke Imigresen lain .Memandangkan berada di putrajaya cik iena ke Imigresen Kajang. Keadaan yang sama berlaku. Nombor habis. Di kajang hanya 160 nombor di buka. Di Kajang cik iena sempat bertanya pada pegaiwai mengenai viral 6 bulan tersebut. Menurut pegawai tersebut viral itu tidak benar belaka . Situasi yang sebenar adalah pihak imigresen menghadkan pengeluaran atau pembaharuan passport diatas sebab mereka sedang dalam proses menaiktaraf passport Malaysia . Bukan seperti yang di hebahkan tempoh 6 bulan untuk membuat passport dan memperbaharui passport.

Berikutan dari viral ini, ramai orang salah faham dan membanjiri pejabat imigresen untuk membuat dan memperbaharui passport mereka termasuklah cik iena. Diatas desakan majikan cik iena ke 3 pejabat imigresen pada hari ini di mana ketiga2 nya tidak membuah kan hasil kerana kebanjiran orang awam yang hadir untuk memberpaharui passport.

Selepas itu cik iena pulang ke pejabat dengan hampa. setibaya di pejabat cik iena baca laman web Imigresen . Ni cik iena kongsikan.



 
Kenyataan Media - Pemberitahuan Mengenai Tempoh Memperbaharui Pasport
 

TEMPOH MEMPERBAHARUI PASPORT 


Jabatan ini merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa akhbar tempatan pada 29 Julai 2016 bahawa proses permohonan pasport mengambil masa enam bulan Situasi ini dikatakan berpunca dari masalah kekurangan bekalan pasport oleh pihak pembeka

Jabatan ini mengambil serius akan laporan tersebut yang telah menyebabkan situasi panik dikalangan orang ramai.  Susulan daripada laporan tersebut,  pejabat-pejabat pasport seluruh negara dibanjiri dengan orang ramai untuk membuat permohonan,  sama ada permohonan baharu atau memperbaharui pasport. 

Untuk makluman orang ramai,  walaupun Pasport Malaysia Antarabangsa sedang dalam proses transisi kepada pasport vorsi baharu dan menghadapi sedikit masalah penghantaran namun pihak Jabatan lmigresen sentiasa memastikan agar bekalan pasport tidak terganggu.  Untuk makluman permohonan pasport sedia ada akan diproses pada hari yang sama

Pihak Kerajaan dan Jabatan ini secara khusus sentiasa melaksanakan usaha yang terbaik dalam memperkasakan perkhidmatan awam.  Selama ini rekod pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa adalah yang terbaik berbanding negara-negara lain dan penyerahan pasport dalam masa 1 jam selepas bayaran adalah yang pertama diperkenalkan di dalam dunia.  Negara-negara maju juga mengambil masa selama 2 minggu ke 3 bulan bagi mendapatkan pasport. 

Dalam keadaan sekarang orang ramai diseru agar merancang perjalanan dengan bijak bagi mengelakkan sebarang masalah.  Orang ramai juga digalakkan untuk mengelak dari membuat permohonan di saat akhir di mana keadaan ini akan mengakibatkan masalah yang lebih besar kepada pemohon sekiranya pasport mereka tidak dapat diproses pada hari yang sama akibat lambakan orang ramai di pejabat pasport seluruh negara .

Sehubungan itu dinasihatkan agar orang ramai tidak panik di atas isu ini dan memberi ruang dan sokongan kepada Kerajaan untuk menangani isu ini dengan berkesan.  Pihak Jabatan akan terus memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik untuk kemudahan semua pihak.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve