Grab The Promo

Daftar vaksin COVID-19 menerusi Aplikasi MySejahtera

Seperti yang anda sedia maklum Vaksin Covid-19 telah pun tiba di Malaysia. Untuk orang awam pendaftaran vaksin COVID-19 ini boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera.

Untuk makluman, Vaksin bagi individu normal berumur di atas 18 tahun akan diedarkan dari 20 Mei hingga Februari 2022.Walaubagaimanapun anda perlu mendaftar telebih dahulu untuk mendapatkan tarikh janji temu.

Wanita hamil,  Ibu Menyusui,  Wanita yang merancang untuk hamil,  dinasihatkan untuk tidak mengambil vaksin buat masa ini. ..

Cara daftar vaksin covid-19

Kepada anda yang tidak mempunyai rangkaian internet untuk update di aplikasi MySejahtera anda boleh mendaftar di Klinik Kesihatan terdekat.Berikut Cik iena kongsikan Cara mendaftar Vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

 

 

Daftar vaksin COVID-19 menerusi Aplikasi MySejahtera

 

Daftar vaksin COVID-19 menerusi Aplikasi MySejahtera

 
Pertama sekali anda perlu update aplikasi MySejahtera terlebih dahulu kemudian anda boleh meneruskan proses pendaftaran vaksin covid-19.
 
 
Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
Buka aplikasi MySejahtera dan klik button close diatas sebelah kanan



Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
Klik Covid-19 Vaccination icon



Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
klik vaccine for nama anda



Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
sahkan maklumat anda


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
kemudian klik NEXT



Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
Click here button untuk menjawab soalan tentang diri anda yang berkaitan pengambilan vaksin, soalan kesihatan


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
submit soalan yang telah dijawab


Okay dah selesai daftar sebagai penerima Vaksin Covid-19. Seterusnya anda perlutunggu tarikh untuk temujanji yang akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera. Rujuk Langkah 2  Proses Vaksinasi Covid-19 dibawah untuk langkah seterusnya selepas anda dapat tarikh temujanji.


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera
anda boleh dapatkan maklumat mengenai vaksin dengan klik covid-19 vaccine information


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera

Contoh maklumat vaksin di aplikasi MySejahtera. 


Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera

Daftar vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera

Dua rajah datas adalah screenshoot dari aplikasi MySejahtera. Berikut Cik iena tulis info yang di screenshoot.


MAKLUMAT VAKSIN COVID-19 BAGI PENERIMA VAKSIN


APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VAKSIN COVID-19 PFIZER-
BIONTECH?


Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech adalah jenis mRNA di mana bahan utama adalah mRNA,
lipid, gula, garam.


Perincian kandungan vaksin adalah seperti berikut: mRNA, lipids ((4-
hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane-6,1-diyl)bis(2-hexyldecanoate), 2 [(polyethylene glycol)-
2000]-N,N-ditetradecylacetamide, 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3-phosphocholine, and
cholesterol), potassium chloride, monobasic potassium phosphate, sodium chloride, dibasic
sodium phosphate dihydrate, and sucrose.


APAKAH YANG PERLU SAYA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN SEBELUM MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?


Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda:
• mempunyai sejarah alahan yang teruk;
• mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia,
Idiopathic Trombhocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya;
• sedang dalam rawatan ubatan pencair darah;
• sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan;
• sedang mengandung atau merancang untuk hamil;
• sedang menyusukan bayi; atau
• telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain


BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH DIBERIKAN?


Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech akan diberikan secara suntikan ke dalam otot seperti di
otot bahu. Anda akan menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang masa tiga (3)
minggu (21 hari). Anda hendaklah menerima kedua-dua dos bagi memastikan perlindungan
optima. Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi semua orang
daripada jangkitan COVID-19.


APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?

Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan

bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:
• sakit di tempat suntikan;
• penat (tiredness);
• sakit kepala;
• sakit otot;
• menggigil;
• sakit sendi;
• demam;
• pembengkakan di tempat suntikan;
• kemerahan di tempat suntikan;
• loya;
• merasa tidak sihat;
• pembengkakan kelenjar limfa; dan
• kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari semasa ke
semasa
 

 

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh
menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam
tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin COVID-19 Pfizer-
BioNTech. 


ADAKAH VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH SELAMAT PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA?


Ya, vaksin ini selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Jan 2021 untuk penggunaannya di
Malaysia. Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah membenarkan penggunaan
Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebagai langkah kecemasan untuk mencegah COVID-19
dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas di bawah Penggunaan Kecemasan
Kebenaran (EUA). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin
COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh digunakan bagi tujuan kecemasan pada 31 Disember 2020.


Ia juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di USA, UK, negara-negara Eropah,
Israel dan Singapura. Malah sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini.




Proses vaksinasi COVID-19

Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama merangkumi 18 langkah.

Bagaimanapun, bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 Digital akan diberikan manakala penerima vaksin jenis dua dos proses tamat di Langkah 18.

Berikut adalah proses vaksinasi COVID-19:


Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)

Langkah 2 : Terima tarikh janji temu

Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 5 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 6 : Konsultasi dan mengisi borang kebenaran

Langkah 7 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)

Langkah 8 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 9 : Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)

Langkah 10 : Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19

Langkah 11 : Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)

Langkah 12 : Hadir ke PPV

Langkah 13 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 14 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 15 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)

Langkah 16 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan

Langkah 17 : Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual)

Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan

Individu yang mengalami kesan sampingan suntikan boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com.

 

Daftar vaksin COVID-19 menerusi Aplikasi MySejahtera

 

 

Sudahkan anda mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19?

Cik iena yakin ada diantara anda yang anti vaksin. Terpulang pada diri sendiri nak ambil atau tak. Tapi apa yang perlu anda tau, Vaksin ni bukan sahaja penting untuk diri sendiri tapi juga untuk orang yang kita sayangi . LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA .

 

Sumber :  https://www.vaksincovid.gov.my/



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve