Adakah anda sedang mencari rumah idaman yang selesa, moden dan mesra keluarga? Atau sedang merancang hujung minggu yang menyeronokkan bersama anak-anak dan si bulus tersayang? Purr & Play Showhome Day: Catwalk To Your New Home adalah acara yang tidak boleh dilepaskan!
Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bertempat di Laman Sendayan 2, Bandar Sri Sendayan, acara istimewa ini menjanjikan pengalaman yang unik dan berbeza daripada lawatan rumah biasa. Ia bukan sekadar peluang untuk meneroka kediaman moden yang direka khas untuk gaya hidup masa kini, malah satu sambutan penuh keceriaan yang menggabungkan lawatan show unit eksklusif, aktiviti keluarga yang interaktif serta pengalaman bertemakan kucing yang comel dan menghiburkan.
Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat sendiri susun atur rumah yang luas, ciri-ciri rumah pintar dan persekitaran kejiranan yang kondusif, malah boleh juga menikmati pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak dan haiwan kesayangan seperti peragaan fesyen kucing yang bakal mencuri tumpuan, bengkel kreatif untuk kanak-kanak dan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Setiap sudut acara direka untuk mencipta kenangan indah buat seisi keluarga.
Inilah peluang terbaik untuk merasai sendiri gaya hidup di Laman Sendayan 2, sambil menikmati suasana hujung minggu yang menyeronokkan, mesra keluarga dan penuh kehangatan komuniti.
Laman Sendayan 2: Kediaman Masa Depan Dalam Bandar Matang
Laman Sendayan 2 terletak strategik di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan. Ia merupakan sebuah perbandaran matang yang dibangunkan secara lestari dengan perancangan rapi dan visi jangka panjang untuk kehidupan berkualiti. Direka khusus untuk memenuhi keperluan keluarga moden, kawasan ini menekankan keseimbangan antara keselesaan kediaman, kemudahan harian dan persekitaran yang selamat serta hijau.
Dilengkapi dengan infrastruktur moden, sistem jalan raya yang teratur serta kemudahan awam yang lengkap, kehidupan di Laman Sendayan 2 menjadi lebih mudah dan teratur. Akses pantas ke lebuh raya utama dan hab perniagaan membolehkan penduduk menikmati perjalanan harian yang lebih lancar, sama ada untuk bekerja, urusan perniagaan mahupun aktiviti seharian bersama keluarga.
Laman Sendayan 2 lebih daripada sekadar lokasi strategik, Bandar Sri Sendayan menawarkan suasana kejiranan yang matang dengan pelbagai kemudahan gaya hidup di sekelilingnya seperti institusi pendidikan berkualiti, pusat rekreasi dan kelab komuniti, hinggalah ke pusat komersial yang lengkap dengan pelbagai pilihan makanan dan perkhidmatan.
Inilah destinasi yang sesuai untuk golongan profesional yang inginkan kemudahan dan aksesibiliti, serta keluarga yang menghargai ruang, keselamatan dan kualiti hidup. Laman Sendayan 2 bukan sekadar tempat tinggal, tetapi sebuah komuniti yang menyokong gaya hidup seimbang untuk hari ini dan masa hadapan.
Antara tarikan utama di sekitarnya termasuk:
- d’Tempat Country Club : Kelab rekreasi terbesar di Negeri Sembilan
- Matrix Global Schools : Sistem sekolah antarabangsa & swasta bertaraf premium
- X-Park Sendayan : Taman sukan ekstrem popular (go-kart, futsal, paintball & banyak lagi)
- Sendayan Merchant Square : Pusat komersial lengkap dengan kemudahan runcit & makanan
- Kehadiran jenama terkenal seperti McDonald’s, Watsons, Coffee Bean, FamilyMart, A&W, ZUS Coffee dan banyak lagi
Memiliki rumah di sini bukan sekadar membeli sebuah hartanah, tetapi satu pelaburan bijak dalam gaya hidup yang lengkap, selesa dan bernilai tinggi. Setiap aspek di Laman Sendayan 2 dirancang untuk menyokong kehidupan moden,daripada lokasi strategik, kemudahan bertaraf premium, hingga persekitaran kejiranan yang matang dan berkembang pesat.
Di sinilah anda melabur bukan sahaja pada kediaman fizikal, tetapi juga pada kualiti hidup seisi keluarga. Akses mudah ke sekolah, pusat rekreasi, kemudahan harian dan jenama-jenama terkenal menjadikan kehidupan lebih praktikal dan menjimatkan masa. Dalam masa yang sama, persekitaran yang terancang dan berpotensi tinggi menjadikan kediaman ini satu aset yang kukuh untuk masa depan.
Sama ada untuk didiami sendiri atau sebagai pelaburan jangka panjang, Laman Sendayan 2 menawarkan nilai yang berterusan, gaya hidup yang seimbang dan peluang pertumbuhan yang menjanjikan. Di sinilah rumah bertukar menjadi lebih daripada sekadar tempat tinggal dimana ia menjadi asas kepada kehidupan yang lebih bermakna dan masa depan yang lebih terjamin.
Rekaan Rumah Luas & Ciri Pintar
Projek Laman Sendayan 2A (Meria & Elaria) direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden:
- Keluasan binaan 20’ x 70’ – 75’
- 4 bilik tidur & 3 bilik air
- Harga bermula dari RM5xx,xxx
- Dilengkapi sistem rumah pintar (smart home system)
Susun atur yang praktikal, ruang dalaman yang luas dan teknologi pintar menjadikan kediaman ini selesa, selamat dan sesuai untuk jangka panjang.
Gambar House Tour di Show Unit Laman Sendayan 2
Ruang Tamu
| Ruang Tamu yang luas untuk |
Ruang Makan
| Ruang makan yang luas |
| Ruang makan yang luas |
| Ruang makan yang luas |
| Bilik di bahagian bawah yang sesuai untuk orang tua mahupun tetamu, dilengkapi tandas yang bersambung dengan dapur |
| Bilik utama yang sangat luas dengan bilik air peribadi |
| Bilik utama yang sangat luas dengan bilik air peribadi |
| Bilik utama yang sangat luas dengan bilik air peribadi |
Bilik 2 (Atas)
| Bilik kedua di tingkat atas |
| Bilik kedua di tingkat atas |
| Bilik kedua di tingkat atas |
| Bilik kedua di tingkat atas |
| Bilik kedua di tingkat atas |
| Bilik kedua di tingkat atas |
| Bilik kedua di tingkat atas |
| Tandas di Bilik kedua di tingkat atas |
| Bilik kedua di tingkat atas |
Bilik 3 (Atas)
| Bilik ketiga di tingkat atas |
| Bilik ketiga di tingkat atas |
| Tandas di Bilik ketiga di tingkat atas |
| Bilik ketiga di tingkat atas |
| Bilik ketiga di tingkat atas |
Purr & Play Showhome Day
Masa : 10.00 pagi – 3.00 petang
Lokasi : Show Unit Laman Sendayan 2
Acara ini direka untuk seisi keluarga, pencinta kucing dan bakal pemilik rumah. Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
Aktiviti di Purr & Play Showhome Day
- Unveiling Show Unit
Terokai unit pameran baharu yang eksklusif - Purrwalk Fashion Show
Saksikan atau sertai peragaan fesyen bersama kucing kesayangan - Kids Colouring Contest
Aktiviti kreatif untuk kanak-kanak - Whisker Craft Workshops
Seni & kraf bertemakan kucing - Cat Café Zone
Nikmati kopi dan snek sambil berinteraksi dengan kucing - Cat Adoption Lounge
Peluang bertemu dan mengambil kucing angkat - Merchandise Stalls
Barangan unik untuk pencinta kucing - Animal Magic Show
Persembahan interaktif dan menghiburkan
Untuk menyertai Purrwalk Fashion Show dan Kids Colouring Contest, pendaftaran boleh dibuat melalui Facebook Matrix Concepts.
Ganjaran Eksklusif Untuk Pembeli
Tempah rumah pada hari acara dan sertai Blind Box Reward Program dengan peluang memenangi hadiah menarik seperti:
- Petron E-Fuel Card
- Grab Rewards
- Percutian Lexis Hibiscus 3H2M
- Airwheels Electric Smart Riding Suitcase
- Marshall Stanmore III Bluetooth Speaker
Jom Datang & Alami Sendiri Pengalaman yang mengujakan ini!
Sama ada anda sedang mencari rumah pertama, menaik taraf kediaman, atau hanya ingin menikmati hujung minggu yang berbeza bersama keluarga dan haiwan kesayangan , Purr & Play Showhome Day adalah destinasi terbaik untuk anda.
Untuk Maklumat Lanjut : https://www.matrixtogo.com/
Jom Catwalk ke rumah impian anda di Laman Sendayan 2. Jumpa anda di sana!













