Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Amy Mastura pengulas jemputan. Show all posts
Showing posts with label Amy Mastura pengulas jemputan. Show all posts

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Meriahkan Siaran Langsung Super Spontan Superstar Jumaat ini!



 Siaran Langsung Super Spontan Superstar
 

Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna  sekali lagi membawakan  program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.



Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.



Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk (tersingkir), Ozlyn, Jamal (tersingkir), Waris (tersingkir), Zulin Aziz (tersingkir) & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan (tersingkir), Zukiee (tersingkir) & Julia Ziegler (tersingkir).



Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.



Minggu lalu, kumpulan Monyet Mafia  telah berjaya mengungguli permainan dan Harimau Hipster terpaksa menyingkirkan pemainnya! Personaliti media sosial, Jamal dan Syuk  menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan pentas Super Spontan Superstar. Monyet Mafia telah berjaya menyumbangkan ganjaran mingguan sebanyak RM 5,000 kepada anak seni yang terpilih.



Istimewa bersempena sambutan Hari Malaysia juga, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akan turut memeriahkan siaran langsung kali ini. Sama ada sebagai peserta ataupun artis undangan, semuanya dapat kita saksikan Jumaat ini!



Penyanyi Amy Mastura pula bertindak sebagai pengulas jemputan.




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve