Grab The Promo
Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama, 10 Peserta Lawak Solo Janji Persembahan Lebih Mengancam Jumaat Ini


Menjanjikan hiburan tanpa henti kepada penontonnya, Astro Warna kini tampil dengan sebuah program komedi terbaharu iaitu Lawak Solo yang telah pun menemui penonton Jumaat lalu,  jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

 
Peserta Lawak Solo
Peserta Lawak Solo

Program pencarian bakat solo ini dihasilkan dengan tujuan untuk mencari pelapis pelawak tunggal tanah air yang mampu menjadi penyambung kegemilangan dunia komedi solo mahupun stand-up comedy di Malaysia yang semakin mendapat tempat di hati peminat dunia lawak tempatan.



Lawak Solo juga menampilkan 10 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang yang berentap di pentas mingguan Lawak Solo selama lapan minggu berturut-turut bagi merebut gelaran Juara Lawak Solo musim pertama yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 80,000.00.



Minggu lalu di aksi pembukaan Lawak Solo, tiada penyingkiran dilakukan dan sekali lagi kita akan menyaksikan 10 peserta yang bakal membuat penonton tidak kering gusi Jumaat ini menerusi tema “Kisah Aku”. Mereka adalah  DANIAL, MAD SABAH, NIZAM, AG HAFIZ, AARON, WAN GEGAU, KC NAZARI, DINN (Dengerous), FIKRY dan RIDZUAN.



Selain itu, Johan, Saiful Apek dan Dato’ AC Mizal antara pelawak popular yang turut terlibat dalam menjayakan program terbaharu Astro Warna ini. Siapakah yang akan berjaya mencuit hati penonton dan juri pada minggu kedua ini? Siapa pula yang akan meninggalkan pentas Lawak Solo? Jom sama-sama kita saksikan Jumaat ini. Juliana Evans akan turut hadir selaku juri undangan.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pentas Lawak Solo Bermula Jumaat Ini


Menjanjikan hiburan tanpa henti kepada penontonnya, Astro Warna kini tampil dengan sebuah program komedi terbaharu iaitu Lawak Solo yang bakal menemui penonton bermula 21 Oktober 2016, Jumaat ini  jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134). 

Pentas Lawak Solo


Program pencarian bakat solo ini dihasilkan dengan tujuan untuk mencari pelapis pelawak tunggal tanah air yang mampu menjadi penyambung kegemilangan dunia komedi solo mahupun stand-up comedy di Malaysia yang semakin mendapat tempat di hati peminat dunia lawak tempatan.

Lawak Solo juga menampilkan 10 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang dan bakal berentap di pentas mingguan Lawak Solo selama lapan minggu berturut-turut bagi merebut gelaran Juara Lawak Solo musim pertama yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 80,000.00.

10 nama peserta yang bakal membuat penonton tidak kering gusi bermula Jumaat ini adalah  DANIAL, MAD SABAH, NIZAM, AG HAFIZ, AARON, WAN GEGAU, KC NAZARI, DINN (Dengerous), FIKRY dan RIDZUAN.

Selain itu, Johan, Saiful Apek dan Dato’ AC Mizal antara pelawak popular yang turut terlibat dalam menjayakan program terbaharu Astro Warna ini. Siapakah yang akan berjaya mencuit hati penonton dan juri pada minggu pembukaan ini? Jom sama-sama kita saksikan Jumaat ini.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve