Grab The Promo
Showing posts with label fashion Muslimah. Show all posts
Showing posts with label fashion Muslimah. Show all posts

Diskaun 15% Swimwear di pinknproper.com

Berenang merupakan salah satu kegiatan yang menyihatkan dan digemari kerana ianya dapat  membuat tubuh lebih segar dan sihat. Bukan hanya itu,  berenang juga dapat menghilangkan stress.


Diskaun 15% Swimwear di pinknproper.com
Diskaun 15% Swimwear di pinknproper.com


Bagi memudahkan aktiviti renang, pemakaian memainkan peranan penting bagi memudahkan pergerakan didalam air dan juga untuk tujuan keselamata. Bagi wanita bukan muslimah amat mudah untuk mencari pakaian renang berbeza dengan wanita muslimah agak sukar dalam mencari pakaian renang muslimah yang tidak kelihatan seksi.

Disini Cik iena ingin kongsikan tempat dimana anda boleh dapatkan pakaian renang muslimah . Terdapat juga pakaian renang lain untuk pilihan.

Muslimah Swimwear Malaysia di pinknproper.com


Baru-baru ini Cik iena telah cuba pakaian renang muslimah dari pinknproper.com. Ianya amat selesa di pakai. Material yang tebal dan cepat kering. Terdapat tali pada bahagian dalam baju untuk di ikatkan pada seluar supaya baju tidak akan terselak didalam air ketika berenang.



PINK N' PROPER Modest Azra Floral Muslimah Swimwear Set
PINK N' PROPER Modest Azra Floral Muslimah Swimwear Set
Set ini didatangkan dengan tudung renang, namun cik iena lebih selesa menjadikan tudung renang sebagai inner dan cik iena selempang shawl di kepala agar tidak kelihatan janggal. Gunakan warna kontra untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.

Kepada anda diluar sana yang masih mencari pakaian mandi muslimah atau pakaian renang muslimah / muslimah swimwear anda boleh dapatkan dari pinknproper.com. Selain itu terdapat juga pelbagai jenis pakaian renang lain di pinknproper.com


Diskaun 15% Swimwear di pinknproper.com


Untuk pengetahuan anda boleh dapatkan diskaun 15% untuk kesemua koleksi di pinknproper.com dengan menggunakan code IENA15

KOD DISKAUN : IENA15

Sah sehingga 31 DEC 2019


PINK N' PROPER Modest Azra Floral Muslimah Swimwear Set



PINK N' PROPER Modest Azra Floral Muslimah Swimwear Set
PINK N' PROPER Modest Azra Floral Muslimah Swimwear Set


Top:
- Floral sleeve print swim top
- Includes swim cap
- High neckline
- No cups
- Relaxed fit
- Polyblend

Bottom:
- Solid tone swim bottoms
- High rise
- Regular fit
- Elasticated waistband fastening
- Polyblend

SIZE  : S, M, L, XL

REVIEW PINK N' PROPER Modest Azra Floral Muslimah Swimwear Set




A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on




Lepas kesejukan mandi sungai kita pergi kolam air pans ulu tamu batang kali pula. Belakang cik iena tu kolam air panas, tapi cik iena suka amek pic dekat sini nampak hijau dan langit nan membiru❤❤❤ . Selesa betul cik iena pakai swimwear dari @pinknproper nie . Material tebal berkualiti, cepat kering dan terdapat tali di tepi baju bahagian dalam untuk di ikat pada seluar. Haa kalau terover berenng dalam air tu takde la baju ternaik naik.. Cekci wakkk klu bju ternaik tu.. Nampak la wewoot cetcet😂😂😂 . Wardrobe : @pinknproper #pinknproper . Kepada korang yang mencari pakaian renang boleh dapatkan diskaun 15 % utk kesemua jenis pakaian renang dengan menggunakan code . IENA15 Di www.pinknproper.com . . 📷 : @hidellni . #blogger #bloggermalaysia #bloggermy #malaysianblogger #beautyblogger #fashionblogger #swimwear #muslimahswimwear
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on




A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on






Untuk maklumat lanjut :

Website : https://www.pinknproper.com
Facebook : https://web.facebook.com/PinknProper/
Instagram : https://www.instagram.com/pinknproper/


Opening hours:

Office: 10am - 5pm Mondays - Fridays (Strictly by appointment only)
Online store: 24/7
Customer care: 9am - 6pm

No.39-2, Jalan 10/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, W. Persekutuan (Same row as DBKL. By appointment only)

Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa


Hai semua, hari ni cik iena nak kongsi tentang selendang yang cik iena gayakan baru-baru ini. Rata-rata rakan yang cik iena jumpa di pejabat mahupun di laman social suka beberapa koleksi selendang terbaru yang cik iena gayakan terutama Printed Long Shawl bewarna Putih yang sering cik iena gayakan.



Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa

Bukan rakan-rakan je suka. Cik iena sendiri sangat suka selendang putih tersebut. Corak nya yang sangat eksklusif menambahkan lagi seri kewanitaan seseorang. Nampak lembut suci murni :)



Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa
Cik iena menggayakan printed shawl dari koleksi hudaa by royale orchid ketika menghadiri jemputan Food Review di Rasa Utara Berjaya Times Square


Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa
Cik iena menggayakan printed shawl dari koleksi hudaa by royale orchid ketika menghadiri jemputan Food Review di Rasa Utara Berjaya Times Square



Baiklah untuk pengetahuan selendang ini merupakan salah satu dari Koleksi Hudaa by Royale Orchid. Bukan sahaja selendang putih ini yang cik iena selalu gayakan. Ketiga-tiga selendang lain yang hadir dalam koleksi tersebut juga merupakan warna asas yang sesuai digayakan dengan pelbagai jenis warna terutama warna hitam dan coral.



Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa
Cik iena menggayakan shawl bewarna light purple dari koleksi hudaa by royale archid di Majlis Rumah Terbuka  Indigital , D'Empangan Udang Galah, Putrajaya.




Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa
Cik iena menggayakan koleksi huda bewarna hitam di majlismy tren venture




Koleksi Hudaa by Royale Orchid

 
Royale Orchid telah memperkenalkan Koleksi Hudaa . Ia merupakan satu koleksi baru yang menggunakan 3 warna asas (light purple, black dan coral)  dengan perincian pada hiasan di hujung tudung, dan  ianya juga hadir dengan sehelai selendang eksklusif dengan Enchanted Garden . 
Ke empat-empat Selendang panjang ini dengandi datangkan di dalam sebuah kotak eksklusif . Kesemua koleksi Huda ini  sesuai untuk acara santai mahupun acara rasmi. Ianya dijual pada harga pengenalan RM 139.


Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa by Royale Orchid,
Cik iena menggayakan shawl bewarna light purple dari koleksi hudaa by royale archid

Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa by Royale Orchid,
Cik iena menggayakan shawl bewarna light purple dari koleksi hudaa by royale archid

Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa by Royale Orchid,
Cik iena menggayakan shawl bewarna Coral dari koleksi hudaa by royale archid

Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa by Royale Orchid,
Cik iena menggayakan shawl bewarna Coral dari koleksi hudaa by royale archid

Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa by Royale Orchid,
Cik iena menggayakan shawl bewarna Hitam dari koleksi hudaa by royale archid

Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa by Royale Orchid,
Cik iena menggayakan shawl bewarna Hitam dari koleksi hudaa by royale archid

Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa by Royale Orchid,
Cik iena menggayakan printed shawl dari koleksi hudaa by royale orchid


Sejujurnya cik iena sangat suka pada perincian di bahagian hujung selendang yang menjadi pemberat selendang tersebut. Ianya menampakkan lagi kelainan serta keunikan selendang tersebut berbanding selendang lain yang kebanyakan nya hanya plain serta menggunakan branding tag sebagai pemberat  tanpa perincian lain seperti Koleksi Hudaa by Royale Orchid ini

Koleksi Hudaa ini juga panjang dan lebar. jadi anda boleh melabuhkan selendang mengikut citarasa anda :)




Promosi RM129 Free Postage





Gambar Menggayakan Koleksi Huda By Royale Orchid di Instagram


Wokay di sini cik iena kongsikan gambar beserta video di Instagram yang cik iena ada menggayakan koleksi Huda By Royale Orchid ini .




















 

Untuk Maklumat Lanjut Layari :


Cantik Seperti Che Ta Dengan Koleksi Hudaa by Royale Orchid,
Cik iena menggayakan shawl bewarna Coral dari koleksi hudaa by royale archid, nampak tak paper beg starporium tu hehe..wokay kalau berminat boleh beli di situ yaa







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Aidilfitri menjelang tiba , pasti anda sibuk menyediakan persiapan raya . Begitu juga dengan cik iena. Baju Raya merupakan antara  perkara penting untuk persiapan Aidilfitri lagi-lagi buat yang sudah bekeluarga.Disini cik iena ingin mencadangkan salah satu tempat yang boleh anda dapatkan koleksi baju raya yang cantik.

Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Cik iena merupakan salah seorang peminat kebaya.Cik iena sememangnya menggemari baju kebaya berfashion sejak kecil lagi. Cik iena juga pernah menjahit sendiri baju kebaya moden yang di reka sendiri oleh cik iena.Cuma sekarang cik iena dah terlalu lama meninggalkanesin jahit jadi sekarang cik iena terpaksa beli siap sahaja.


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Di Cahaya taj terdapat pelbagai koleksi baju kebaya yang menarik dan yang istimewanya adalah kebaya di sini didatangkan sekali beserta brooch atau keronsang.Jadi kita tidak perlu tercari-cari dan beli di kedai yang berasingan.
Sebelum cik iena kongsi gambar koleksi yang ada di Cahaya Taj cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Cahaya Taj

Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj

Butik CahayaTaj


Butik CahayaTaj mula beroperasi pada 05 Mei 2015 bertempat di  Melaka . Cahaya Taj Boutique mengangkat pakaian Muslimah sebagai pakaian Utama sebagai usaha mempelbagaikan lagi Design-design yang boleh meperlihatkan kejelitaan wanita-wanita di luar sana. 

Mengapa Cahaya Taj di Melaka? 

Antara faktor yang menyebabkan pembukaan Butik Cahaya Taj di Melaka adalah :-
1) Melaka merupakan tempat tumpuan para pelancong 
2) Terdapat institusi-institusi pengajian tinggi yang terdapat disini. 
   Jadi tidak hairanlah terlalu ramai golongan wanita yang berada di Melaka. 


Apa yang menarik  mengenai CahayaTaj butik adalah mereka sentiasa menampilkan rekaan terbaru pada setiap 3 bulan. Jadi para pengikut setia mereka tidak menunggu lama untuk memiliki koleksi rekaan terbaru dari butik Cahaya Taj.



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj
bergambar bersama rakan blogger di booth cahaya taj bazar paknil

Usahasama bersama Designer pakaian dari Universiti Lim Kok Wing 

Selain itu CahayaTaj Butik sangat menitikberatkan soal kualiti, rekaan & jahitan. Oleh itu mereka  hanya mengambil hasil rekaan terbaik dan menjual dengan harga yang mampu milik dimana mereka  juga mengadakan usahasama bersama designer pakaian dari Universiti Lim Kok Wing dan institusi institusi pengajian swasta yang lain. 
Maka tidak hairanlah design baju  dari cahaya taj cantik-cantik terutama kebaya. Jahitan juga kemas dan kualiti kain yang bagus pada harga mampu milik.




Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj
sambil tengok koleksi terkini kita selfie :)



Material  diimport dari Korea, china dan Indonesia

Material kain pakaian yang dijenamakan di atas CahayaTaj Butik kesemuanya diimport dari Korea, china dan Indonesia . Dengan kualiti kain yang terbaik serta  gabungan diantara  pereka yang terbaik dari Universiti Lim Kok Wing dan institusi institusi pengajian swasta yang lain ianya menjadi satu kabolarisasi sempurna dalam penjenamaan Pakaian Muslimah CahayaTaj Butik. 
Untuk makluman CahayaTaj butik tidak hanya menumpukan kepada jualan onlinesahaja, rekaan Cahaya Taj juga boleh didapati di Butik lain hasil kerjasama bersama Vendville Johor Bahru yang berada di nong chik, johor bahru. Selain itu mereka juga tidak ketinggalan mengikuti jelajah keseluruh Malaysia bersama Mood Republik,Eh Eh Bazaar serta organisasi fashion yang lain.

Jualan Hari Raya Aidilfitri Cahaya Taj


Bersempena Raya pada 2017 ini, CahayaTaj butik  telah mengeluarkan koleksi-koleksi pakaian muslimah terbaru . Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi-koleksi terbaru Cahaya Taj dengan walk-in di :-
  1. Bazaar di KipMall Bangi Sentral
  2. Mood Republik Raya
  3. Vendville Johor Bahru,
  4. Bazaar Jalan Hang Tuah Melaka 
  5. Bazaar Klebang Melaka. 
Selain itu pembelian Secara online pula boleh di beli di website kami www.cahayataj.my di  instagram serta facebook Cahaya Taj.

Koleksi Terkini Cahaya Taj

Okay di sini cik iena ingin kongsikan design terkini yang cik iena suka

Iris Kebaya Peplum 

Iris Kebaya Peplum

Iris Kebaya Peplum


Iris Kebaya Peplum direka khas bagi peminat yang menyukai baju kebaya dan baju peplum. Ia terhasil daripada gabungan dua jenis baju yang berbeza menjadi satu design yang baharu. Rekaannya exclusive dan elegant


 PEPLUM LABUH – ORKED

PEPLUM LABUH – ORKED

PEPLUM LABUH – ORKED




Peplum Labuh Orked direka khas bagi peminat yang menyukai baju peplum tetapi dalam keadaan labuh dari kebiassan peplum yang ada.Rekaannya exclusive dan elegant

 BAJU KURUNG RIAU – HAWA



BAJU KURUNG RIAU – HAWA
BAJU KURUNG RIAU – HAWA
Baju kurung riau Hawa direka khas bagi peminat yang menyukai baju kurung Pahang. Ia sesuai dipakai untuk semua golongan umur. Rekaannya yang ringkas dan elegant

Serra Kebaya Labuh

Serra Kebaya Labuh
Serra Kebaya Labuh
Serra Kebaya Labuh direka khas bagi peminat yang menyukai baju kebaya panjang. Didatang khas dengan kerongsang tradisional. Rekaannya yang ringkas, elegant dan classic.


Terdapat banyak lagi design yang menarik , anda boleh rujuk website Cahaya Taj iaitu : www.cahayataj.my

Jualan Penghabisan Stock Cahaya Taj

Selain koleksi terkini, Cahaya Taj juga mengadakan jualan penghabisan Stoc bagi koleksi :-

  1. Lady Dee
  2. Ezzah
  3. Azalea
  4. Khylla

Jualan Penghabisan Stock Cahaya Taj

Okay di sini juga cik iena ingin kongsikan gambar cik iena menggayakan dua koleksi dari Cahaya Taj
 Maaf cik iena tak ingat nama koleksi ni, Kalau tak silap koleksi ini telah habis terjual :)


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Yang ini pula Koleksi Iris Kebaya Peplum, kebaya ni sangat cantik. Pertma kali cik iena nampak cik iena terus jatuh cinta. Kualiti kain yang cantik, jahitan yang kemas serta tidak ketat. Sangat sesuai untuk muslimah. Untuk pengetahuan kebaya ini di datangkan sekali dengan brooch. Jadi anda tidak perlu lagi membeli brooch untuk baju kebaya ni. Tak perlu susah-susah lagi :)


Koleksi Iris Kebaya Peplum


Cantikkan, nampak klasik sangat baju ni. Klasik yang dimodenkan dengan design peplum.
Nanti kalau cik iena pakai baju ni lagi cik iena share lagi di social media cik iena ya 
(^_~)


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :-

Website : www.cahayataj.my
Facebook : CahayaTaj
Instagram :  @cahayataj.my
Alamat HQ : NO.10, JALAN BBP 1, TAMAN BUKIT BERUANG PERMAI, 
                  75450, BUKIT BERUANG, MELAKA


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve