Grab The Promo
Grab The Promo

MANDI SHOWER MENCANTIKKAN WAJAH


Ternyata, banyak manfaat mandi dengan menggunakan shower. Pertama, itu menunjukkan kepekaan kita terhadap faedah dengan memanfaatkan air secara maksimal. Kerana penggunaan air dengan shower ketika mandi jauh lebih baik daripada kita menggunakan gayung.

Manfaat kedua, adalah untuk kecantikan kulit kita. Mengapa? Kerana dengan menggunakan air, kita dapat memperoleh lebih banyak ion negatif yang bermanfaat bagi kulit kita. Dalam udara bebas, sebenarnya ada ion negatif dan positif yang bersatu. Dengan adanya pancutan air, maka ion negatif dan ion positif terpecah. Ion positif yang lebih berat, membuat ion ini cepat jatuh sedangkan ion negatif dapat melayang di udara. Itulah sebabnya kita merasa lebih nyaman dan segar ketika mandi di air terjun atau ketika menghirup udara setelah hujan kerana terdapat ion negatif di udara. 

Dalam satu pancutan, jumlah ion negatif meningkat 10 kali ganda setelah digunakan shower selama 5 minit dan terus bertambah dengan semakin lamanya penggunaan shower. Tetapi harus diingat, bahawa wap panas dapat meningkatkan ion positif, maka bila kita mandi pastikan ada ruang udara dan sehingga terjadi pertukaran udara.

Penggunaan shower juga dapat memberi urutan pada wajah kita sehingga wajah kita dapat bernafas dengan lebih baik. Maka untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaknya shower tidak digunakan secara tegak lurus, tetapi dengan megiring lebih kurang 60 darjah. 


Jadi, tidak ada salahnya cuba menggunakan shower ketika mandi sebagai terapi untuk wajah kita.



Notes: ade rakan fb yg tny cik iena

"Sama ke dgn mandi air hujan yg turun ke bumi?"

Jawapan nye : tidak sama

Air hujan mengandungi gas2 pencemar seperti sulfer dioksida dan nitrogen dioksida..
lagi2 kalau kawasan perumahan korang tu dkt dgn kawasan perindustrian..
banyak lg gas2 tercemar yg kilang keluarkan
(^_~)

jgn mandi air hujan yer
mandi air shower kt dlm bilik air nun haaaaaa






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Penjagaan Rambut

Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik.

Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini:



Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.



Hapuskan Kutu

Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.



Yogurt lembutkan rambut

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.



Mengelak Keguguran Rambut

Petua 1 :

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Petua 2 :

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.



Petua 3 :

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah. 
Selamat mencuba..








Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve