Grab The Promo
Grab The Promo

TIPS MENJAGA BIBIR

Kulit bibir tidak terlepas dari bahaya UV. Kalau sudah terlalu lama terdedah dengan sinaran, tidak mustahil kulit bibir akan pecah, kering dan berdarah. Sebaiknya sapukan balm bibir yang mengandungi aksi penghalang sinaran UV. Dengan ini, pH bibir tetap selamat walaupun anda berada dibawah terik mentari.
Rasanya anda tahu perkara ini. Perbuatan membasahkan bibir dengan air liur adalah salah. Air liur yang kering dibibir sebenarnya akan mengeringkan lagi pelembap semula jadi di bibir anda. Hasilnya bibir yang lembap hanya seketika. Sudahnya, ia akan menjadi pucat dan bertambah kering.
• Jika bibir anda mengalami alahan, gunakan krim bibir sebelum menyapu gincu. "vaseline" adalah antara produk yang diyakini. Kekerapan bergincu biasanya mudah membuatkan bibir anda cepat kering dan hilang lembapan semulajadinya.
• Bibir juga memerlukan vitamin yang cukup untuk memastikannya kekal sihat. Oleh itu,banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat terutamanya buah dan sayur.
• Jika bibir anda terluka atau mengelupas, jangan mengenakan pengilat bibir rumusan pudina. Walaupun ia sejuk, tindakan itu hanya akan menambahkan rasa luka dan pedih. Akibatnya keadaan bibir akan menjadi lebih serius.
• Jangan mengambil alkohol. Alkohol bukan saja menerbitkan bau yang tidak enak pada mulut, bahkan ia akan mengeringkan bibir dan mengusamkan warnanya.
• Untuk membantu mengekalkan bibir yang sihat dan kuat, pilihlah gincu yang bervitamin. Sekarang ini banyak pilihan gincu yang mempunyai pelbagai khasiat vitamin E, A dan C. Tidak dinafikan, gincu seperti ini agak mahal harganya tapi apalah sangat demi mendapatkan bibir yang mekar.Bak kata orang, alah membeli menang memakai.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

SUSU TERAPI MINDA

Anda cepat marah dan berasa jiwa tidak tenang? sudah puas mencuba pelbagai petua serta menghabiskan ribuan ringgit untuk mengatasinya? Mengapa tidak mencuba satu cara murah dan enak.


Hanya dengan minum susu dapat membantu mengatasi masalah itu. Selain susu apa saja makanan yang kaya kalsium berupaya menenangkan jiwa. Ada banyak faktor menyebabkan seseorang cepat marah. Makanan mengandungi kalsium bukan jawapan mutlak untuk meredakan kemarahan, tetapi kajian sains membuktikan kalsium mempunyai kesan terhadap sistem saraf manusia, iaitu merehatkan otak.

Sudah terbukti kalsium mempunyai kebolehan menenangkan jiwa. Malah kajian mendapati antara faktor penyebab kemarahan ialah kekurangan kalsium.

• Perhatikan bayi selepas minum susu mudah tidur lena. Begitu juga orang yang menghadapi masalah tidur, antara petuanya minum susu supaya mudah mengantuk.
• wanita sedang haid sering dikatakan mudah marah, keadaan ini berlaku kerana ketika itu keperluan kalsium meningkat tetapi tidak dipenuhi.
• Keperluan kalsium amat penting termasuk mengurangkan rasa sakit dan wanita yang hendak bersalin digalakkan minum susu untuk mengurangkan rasa sakit, manakala golongan tua perlu mengambil kalsium yang cukup untuk megelakkan pereputan tulang.

Diusia tua, kalsium banyak digunakan untuk tugas lain, ini meyebabkan tulang menjadi berongga dan keadaan fizikal berubah seperti bongkok boleh berlaku. Oleh itu perbanyakkan meminum susu dari sekarang.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve