Grab The Promo
Grab The Promo

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

LUMOS Kids’ Tablet direka khas bagi memenuhi keperluan kanak-kanak berumur 3 hingga 9 tahun, dengan keseimbangan antara pembelajaran dan hiburan. Tablet ini dilengkapi pelbagai aplikasi pembelajaran seperti bahasa, matematik dan permainan minda (puzzle) yang membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Pada masa yang sama, hiburan selamat seperti YouTube Kids turut disediakan untuk memastikan pengalaman skrin yang menyeronokkan dan sesuai dengan usia.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

Tablet ini hadir dengan antara muka khas kanak-kanak serta sistem kawalan ibu bapa (Parental Lock) yang membolehkan ibu bapa mengawal kandungan, masa penggunaan dan aplikasi yang boleh diakses. Reka bentuk antara muka yang comel dan mesra pengguna memudahkan kanak-kanak menggunakannya sendiri, sambil memastikan masa skrin yang sihat, selamat dan berfaedah.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

Dari segi reka bentuk, LUMOS Kids’ Tablet sangat mudah dibawa dan tahan lasak. Ia dilengkapi pemegang yang mudah digenggam oleh tangan kecil, fungsi sokongan berdiri segera, serta bingkai getah penyerap hentakan yang mampu melindungi tablet daripada jatuh dan hentakan harian. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk penggunaan di rumah mahupun semasa dalam perjalanan.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

Secara keseluruhan, LUMOS Kids’ Tablet adalah peranti pintar yang menyokong pembelajaran awal kanak-kanak dengan cara yang menyeronokkan, selamat dan praktikal.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

LUMOS KIDS’ TABLET 

1. Antara Muka Khas untuk Kanak-Kanak

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Antara Muka Khas untuk Kanak-Kanak

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Antara Muka Khas untuk Kanak-Kanak

LUMOS Kids’ Tablet dilengkapi dengan antara muka khas kanak-kanak yang direka secara ringkas, comel dan mudah difahami. Susun atur yang mesra pengguna membolehkan kanak-kanak menggunakan tablet ini dengan mudah tanpa bantuan orang dewasa. Semua aplikasi penting disusun dalam satu paparan, menjadikan navigasi lebih teratur dan senang diakses.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Deeja enjoy education apps dalam LUMOS KIDS TABLET

Reka bentuk ini memastikan pengalaman penggunaan yang menyeronokkan serta mengelakkan kekeliruan, terutamanya bagi kanak-kanak kecil. Dengan hanya beberapa sentuhan, mereka boleh beralih antara aplikasi pembelajaran dan hiburan dengan lancar.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Deeja enjoy education apps dalam LUMOS KIDS TABLET

2. Kawalan Ibu Bapa (Parental Lock)

LUMOS Kids’ Tablet dilengkapi dengan ciri Kawalan Ibu Bapa (Parental Lock) yang memberi kawalan sepenuhnya kepada ibu bapa terhadap penggunaan tablet oleh anak-anak. Melalui fungsi ini, ibu bapa boleh menetapkan had masa skrin, menyekat aplikasi tertentu, serta mengawal kandungan yang boleh diakses.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Dengan tablet ini anda boleh tetapkan downtime

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Dengan tablet ini juga anda boleh tetapkan limit penggunaan harian

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Antaramuka parental control selepas selesai configure tablet

Ciri ini memastikan kanak-kanak hanya dapat menonton dan menggunakan kandungan yang selamat serta sesuai dengan umur mereka. Dengan Parental Lock, ibu bapa boleh berasa lebih tenang kerana penggunaan tablet anak-anak sentiasa dipantau dan terkawal, sekali gus membantu membentuk tabiat penggunaan gajet yang sihat dan berdisiplin.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Antaramuka amaran Timeout sekiranya masa yang diperuntukkan tamat, untuk sesuatu keadaan contoh ketika berada diluar, anda boleh menambahkan masa tambahan untuk anak anda menggunakan tablet dengan kebenaran anda

3. Aplikasi Hiburan Selamat untuk Kanak-Kanak

LUMOS Kids’ Tablet menyediakan aplikasi hiburan yang selamat dan mesra kanak-kanak, termasuk YouTube Kids, yang direka khas untuk tontonan mengikut peringkat umur. Kanak-kanak boleh menikmati pelbagai kandungan seperti video pendidikan, kartun, ulasan mainan serta banyak lagi, semuanya dalam satu ruang yang selamat dan terkawal.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

Dengan penapisan kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak, ibu bapa tidak perlu risau tentang bahan yang tidak sesuai. Aplikasi hiburan ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu menyokong pembelajaran sambil bermain, menjadikan masa skrin anak-anak lebih bermakna dan berfaedah. 

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

4. Aplikasi Pendidikan untuk Pembelajaran Menyeluruh

LUMOS Kids’ Tablet dilengkapi dengan pelbagai aplikasi pendidikan yang merangkumi pembelajaran bahasa, matematik serta permainan berunsur pendidikan. Aplikasi ini direka untuk membantu membina kemahiran asas kanak-kanak melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan mudah difahami.

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 9 tahun, kandungan pembelajaran ini menyokong perkembangan kognitif, kreativiti dan kemahiran berfikir secara berperingkat. Dengan pendekatan belajar sambil bermain, kanak-kanak dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan diri mereka dalam suasana yang selamat dan terkawal. 

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Sangat membantu proses pembelajaran anak anda

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Anak anda pasti akan menggemari tablet pintar ini

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Anak akan lebih fokus belajar atau mengenal sesuatu melalui apps di dalam tablet ini

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Warna antaramuka yang menarik, pasti menarik perhatian anak anda
 
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Anak Gembira dapat sebut dengan betul
 
5. Reka Bentuk Mudah Alih & Persediaan Pantas

LUMOS Kids’ Tablet direka dengan reka bentuk mudah alih yang praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Ia dilengkapi dengan pemegang terbina dalam yang selesa digenggam oleh kanak-kanak, menjadikannya mudah dibawa sama ada di rumah, dalam kereta atau semasa melancong.

Selain itu, tablet ini boleh disediakan dalam beberapa saat sahaja dengan adanya penyokong (stand) yang praktikal. Kanak-kanak boleh terus menggunakannya untuk belajar atau menonton tanpa perlu memegang tablet terlalu lama, memberikan keselesaan dan pengalaman penggunaan yang lebih baik. 

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Untuk sesuatu keadaan ianya sangat membantu. Jika di kedai makan, CIk iena akan bagi Deeja tonton Kartoon. Kalau tak deeja kan berlari main satu kedai

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
Reka Bentuk Perlindungan Tahan Jatuh
 
6. Reka Bentuk Perlindungan Tahan Jatuh

LUMOS Kids’ Tablet direka dengan bingkai getah penyerap hentakan yang berfungsi melindungi tablet daripada jatuh secara tidak sengaja. Perlindungan ini membantu mengurangkan kesan hentakan dan memastikan tablet kekal selamat, kukuh dan tahan lasak walaupun digunakan oleh kanak-kanak yang aktif.

Dengan reka bentuk perlindungan yang menyeluruh, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya tablet terjatuh semasa penggunaan harian. Ini menjadikan LUMOS Kids’ Tablet pilihan yang sesuai untuk penggunaan jangka panjang oleh kanak-kanak. 

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
reka bentuk pemegang yang memudahkan ianya dibawa kemana-mana

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

7. Prestasi Tinggi dengan 6GB RAM

LUMOS Kids’ Tablet dilengkapi dengan RAM sehingga 6GB, menawarkan prestasi yang lebih pantas berbanding tablet kanak-kanak biasa. Dengan keupayaan ini, aplikasi dapat dijalankan dengan lebih lancar, masa pemuatan menjadi lebih cepat, dan peralihan antara aplikasi terasa lebih responsif.

Prestasi yang dipertingkatkan ini memastikan pengalaman penggunaan yang bebas gangguan dan tanpa rasa kecewa, sama ada semasa belajar, bermain permainan pendidikan atau menonton video. Ia memberikan keselesaan penggunaan yang optimum untuk kanak-kanak serta ketenangan kepada ibu bapa.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

8. Jenama Dipercayai di Malaysia

Sejak pelancarannya, LUMOS telah menjadi jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia. Produk-produk LUMOS, termasuk LUMOS Kids’ Tablet, telah menerima sambutan yang sangat positif daripada para pengguna tempatan.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

Dalam tempoh 3 tahun, LUMOS telah mengumpulkan lebih 2,000 ulasan 5 bintang di laman web rasminya, mencerminkan tahap kepuasan pengguna terhadap kualiti, prestasi dan kebolehpercayaan produk. Kepercayaan ini membuktikan komitmen LUMOS dalam menyediakan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan keluarga Malaysia.

LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak
LUMOS KIDS’ TABLET – Tablet Pintar Khas untuk Kanak-Kanak

Harga LUMOS Kids’ Tablet

LUMOS Kids’ Tablet ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu RM399 sahaja, lengkap dengan jaminan tempatan selama 1 tahun serta sokongan khidmat pelanggan khusus bagi memastikan pengalaman pembelian dan penggunaan yang lebih yakin dan terjamin.

Produk ini kini boleh didapati secara pembelian terus melalui laman web rasmi LUMOS Projector di:
👉 https://www.lumosprojector.my/lumos-kids-tablet

Untuk pengetahuan buat masa ini, LUMOS hanya menyediakan penghantaran dalam Malaysia sahaja, bagi memastikan perkhidmatan dan sokongan terbaik kepada pelanggan tempatan.  Jadi kepada anda diluar sana yang sedang mencari Tablet untuk pembelajaran anak-anak. LUMOS Kids’ Tablet adalah tablet pintar yang terbaik buat anak anda.

Selain dilaman web rasmi LUMOS, anda juga boleh membeli secara dalam talian di Shopee

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2

Adakah anda sedang mencari rumah idaman yang selesa, moden dan mesra keluarga? Atau sedang merancang hujung minggu yang menyeronokkan bersama anak-anak dan si bulus tersayang? Purr & Play Showhome Day: Catwalk To Your New Home adalah acara yang tidak boleh dilepaskan!

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2

Purr & Play Showhome Day

Bertempat di Laman Sendayan 2, Bandar Sri Sendayan, acara istimewa ini menjanjikan pengalaman yang unik dan berbeza daripada lawatan rumah biasa. Ia bukan sekadar peluang untuk meneroka kediaman moden yang direka khas untuk gaya hidup masa kini, malah satu sambutan penuh keceriaan yang menggabungkan lawatan show unit eksklusif, aktiviti keluarga yang interaktif serta pengalaman bertemakan kucing yang comel dan menghiburkan.

Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat sendiri susun atur rumah yang luas, ciri-ciri rumah pintar dan persekitaran kejiranan yang kondusif, malah boleh juga menikmati pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak dan haiwan kesayangan seperti peragaan fesyen kucing yang bakal mencuri tumpuan, bengkel kreatif untuk kanak-kanak dan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Setiap sudut acara direka untuk mencipta kenangan indah buat seisi keluarga.

Inilah peluang terbaik untuk merasai sendiri gaya hidup di Laman Sendayan 2, sambil menikmati suasana hujung minggu yang menyeronokkan, mesra keluarga dan penuh kehangatan komuniti.

Laman Sendayan 2: Kediaman Masa Depan Dalam Bandar Matang

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2

Laman Sendayan 2 terletak strategik di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan. Ia merupakan sebuah perbandaran matang yang dibangunkan secara lestari dengan perancangan rapi dan visi jangka panjang untuk kehidupan berkualiti. Direka khusus untuk memenuhi keperluan keluarga moden, kawasan ini menekankan keseimbangan antara keselesaan kediaman, kemudahan harian dan persekitaran yang selamat serta hijau.

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2

Dilengkapi dengan infrastruktur moden, sistem jalan raya yang teratur serta kemudahan awam yang lengkap, kehidupan di Laman Sendayan 2 menjadi lebih mudah dan teratur. Akses pantas ke lebuh raya utama dan hab perniagaan membolehkan penduduk menikmati perjalanan harian yang lebih lancar, sama ada untuk bekerja, urusan perniagaan mahupun aktiviti seharian bersama keluarga.

Laman Sendayan 2 lebih daripada sekadar lokasi strategik, Bandar Sri Sendayan menawarkan suasana kejiranan yang matang dengan pelbagai kemudahan gaya hidup di sekelilingnya seperti institusi pendidikan berkualiti, pusat rekreasi dan kelab komuniti, hinggalah ke pusat komersial yang lengkap dengan pelbagai pilihan makanan dan perkhidmatan.

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2

Inilah destinasi yang sesuai untuk golongan profesional yang inginkan kemudahan dan aksesibiliti, serta keluarga yang menghargai ruang, keselamatan dan kualiti hidup. Laman Sendayan 2 bukan sekadar tempat tinggal, tetapi sebuah komuniti yang menyokong gaya hidup seimbang untuk hari ini dan masa hadapan.

Antara tarikan utama di sekitarnya termasuk:

  • d’Tempat Country Club :  Kelab rekreasi terbesar di Negeri Sembilan
  • Matrix Global Schools :  Sistem sekolah antarabangsa & swasta bertaraf premium
  • X-Park Sendayan :  Taman sukan ekstrem popular (go-kart, futsal, paintball & banyak lagi)
  • Sendayan Merchant Square :  Pusat komersial lengkap dengan kemudahan runcit & makanan
  • Kehadiran jenama terkenal seperti McDonald’s, Watsons, Coffee Bean, FamilyMart, A&W, ZUS Coffee dan banyak lagi

Memiliki rumah di sini bukan sekadar membeli sebuah hartanah, tetapi satu pelaburan bijak dalam gaya hidup yang lengkap, selesa dan bernilai tinggi. Setiap aspek di Laman Sendayan 2 dirancang untuk menyokong kehidupan moden,daripada lokasi strategik, kemudahan bertaraf premium, hingga persekitaran kejiranan yang matang dan berkembang pesat.

Di sinilah anda melabur bukan sahaja pada kediaman fizikal, tetapi juga pada kualiti hidup seisi keluarga. Akses mudah ke sekolah, pusat rekreasi, kemudahan harian dan jenama-jenama terkenal menjadikan kehidupan lebih praktikal dan menjimatkan masa. Dalam masa yang sama, persekitaran yang terancang dan berpotensi tinggi menjadikan kediaman ini satu aset yang kukuh untuk masa depan.

Sama ada untuk didiami sendiri atau sebagai pelaburan jangka panjang, Laman Sendayan 2 menawarkan nilai yang berterusan, gaya hidup yang seimbang dan peluang pertumbuhan yang menjanjikan. Di sinilah rumah bertukar menjadi lebih daripada sekadar tempat tinggal dimana ia menjadi asas kepada kehidupan yang lebih bermakna dan masa depan yang lebih terjamin.

Rekaan Rumah Luas & Ciri Pintar

Projek Laman Sendayan 2A (Meria & Elaria) direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden:

  • Keluasan binaan 20’ x 70’ – 75’
  • 4 bilik tidur & 3 bilik air
  • Harga bermula dari RM5xx,xxx
  • Dilengkapi sistem rumah pintar (smart home system)

Susun atur yang praktikal, ruang dalaman yang luas dan teknologi pintar menjadikan kediaman ini selesa, selamat dan sesuai untuk jangka panjang.

Gambar House Tour di Show Unit Laman Sendayan 2  

Ruang Tamu 

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Ruang Tamu yang luas untuk 
 
Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Ruang Tamu 
 
 Ruang Makan

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Ruang makan yang luas

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Ruang makan yang luas

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Ruang makan yang luas
 
Bilik Bawah

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bilik di bahagian bawah yang sesuai untuk orang tua mahupun tetamu, dilengkapi tandas yang bersambung dengan dapur
 
Dapur 
 
Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Ruang dapur yang luas dan selesa
 
Ruang Keluarga (Atas) 
 
Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Ruang keluarga dibahagian atas yang besar dan selesa
 
Bilik Utama (Atas) 
 
Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bilik utama yang sangat luas dengan bilik air peribadi

Tandas di bilik utama
 
Bilik 2 (Atas)

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bilik kedua di tingkat atas

Tandas di Bilik kedua di tingkat atas

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bilik kedua di tingkat atas

Bilik 3 (Atas)

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bilik ketiga di tingkat atas

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bilik ketiga di tingkat atas

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Tandas di Bilik ketiga di tingkat atas

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bilik ketiga di tingkat atas

Purr & Play Showhome Day di Show Unit Laman Sendayan 2
Bilik ketiga di tingkat atas

Purr & Play Showhome Day

Tarikh : 10 & 11 Januari 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 3.00 petang
Lokasi :  Show Unit Laman Sendayan 2

Acara ini direka untuk seisi keluarga, pencinta kucing dan bakal pemilik rumah. Antara aktiviti menarik yang menanti anda:

Aktiviti di Purr & Play Showhome Day

  • Unveiling Show Unit 
    Terokai unit pameran baharu yang eksklusif
  • Purrwalk Fashion Show 
    Saksikan atau sertai peragaan fesyen bersama kucing kesayangan
  • Kids Colouring Contest 
    Aktiviti kreatif untuk kanak-kanak
  • Whisker Craft Workshops 
    Seni & kraf bertemakan kucing
  • Cat Café Zone  
    Nikmati kopi dan snek sambil berinteraksi dengan kucing
  • Cat Adoption Lounge 
    Peluang bertemu dan mengambil kucing angkat
  • Merchandise Stalls 
    Barangan unik untuk pencinta kucing
  • Animal Magic Show 
    Persembahan interaktif dan menghiburkan

Untuk menyertai Purrwalk Fashion Show dan Kids Colouring Contest, pendaftaran boleh dibuat melalui Facebook Matrix Concepts.

Ganjaran Eksklusif Untuk Pembeli

Tempah rumah pada hari acara dan sertai Blind Box Reward Program dengan peluang memenangi hadiah menarik seperti:

  • Petron E-Fuel Card
  • Grab Rewards
  • Percutian Lexis Hibiscus 3H2M
  • Airwheels Electric Smart Riding Suitcase
  • Marshall Stanmore III Bluetooth Speaker

Jom Datang & Alami Sendiri Pengalaman yang mengujakan ini!

Sama ada anda sedang mencari rumah pertama, menaik taraf kediaman, atau hanya ingin menikmati hujung minggu yang berbeza bersama keluarga dan haiwan kesayangan , Purr & Play Showhome Day adalah destinasi terbaik untuk anda.

Untuk Maklumat Lanjut : https://www.matrixtogo.com/
Hubungi: 1800 88 2688

Jom Catwalk ke rumah impian anda di Laman Sendayan 2. Jumpa anda di sana! 

Terima Panggilan Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee

BAru sebentar tadi (1/12/2025) Cik iena terima Panggilan Shopee , Seorang lelaki dari nombor 60175538495 katanya beliau dari Shopee Mid Valley ingin memaklumkan kepada pelanggan setia shopee mengenai  Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee.

Cik iena tengah sibuk masa tu dan tak terfikir ianya scam . Beliau call untuk mengesahkan alamat dan nama. Belia mengatakan tidak perlu bayar. Ianya barangan percuma daripada Inisiatif Shopee khusus buat pelanggan Shopee. 

Tak tau kenapa Cik iena sangat bodoh masa tu percaya dah iakan . Kemudian letak panggilan terus google dan dalam masa sama contact shopee di Facebook . Shopee menyatakan ianya Scam.

Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee

Jadi Cik iena nak kongsi untuk yang lain supaya berhati hati . Bila Cik iena tanya shopee apa perlu saya buat dia just remind ini scam . Macam tak membantu, tak nak ambil tindakan pada orang yang merosakkan nama shopee. Nombor iena dah bagi . Dia just ambil tindakan berkenaan order shopee. 

Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee
 
Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee

Takpelah nanti iena update kalau dah dapat barang tu, iena pesan pada mak jangan terima apa apa barang dari shopee buat masa ni selain barang dari SHEIN sebab cik iena cuma ada beli barang dari SHEIN dalam masa terdekat ni .

So selain barang ni tiada buat apa-apa pembelian. Jadi jangan terima. Minta rider return semula . ini kalau boleh lah. Kalau tak boleh tindakan seterusnya Cik iena akan maklumkan untuk perkongsian . Tapi Cik iena ada baca modus operandi penipuan ni. CIk iena kongsikan Screenshoot okay . 

Cik iena juga ada whatsapp nombora yang call Cik iena . Bagi tau cancel. Dia reply pura-pura tak tau. Tapi macam mustahil orang call pakai nombor dia kan. Mesti tu nombor dia . Saja pretend tak tau . Cik iena cakap Cik iena dah report .

Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee
HAHAH RASSA BODOH SANGAT IENA HARI NI TAU, TAKPELAH MESEJ JE CAKAP XNAK

Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee
TIBA DIA KATA DIA XDE CALL, TIPU JE NI

Rasa macam bodoh sangat tadi pergi percaya. Macam kene mandrem haha biasa iena akan cakap not interested if ada dapat tah apa apa offer. Ni sebab kita pelanggan setia shopee kot tu macam ada percaya sikit. Hai la iena kene tipu kau .

Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee

Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee

Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee
 
Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee

Terima Panggilam Shopee - Program Inisiatif Shopee Barang Percuma kepada Pelanggan Shopee

Ini link thread utk perbualan cik iean SS : https://www.threads.com/@malika.ariana07/post/DPBSAUvkxH_?hl=en

Case lain di FB https://www.facebook.com/groups/1241592472888049/posts/2455090244871593/ 

Kesimpulannya Cik iena telah di scam . Tengoklah kalau dapat barang nanti just suruh rider return to sender kata alamat tak wujud atau kalau rider tak boleh buat macam tu. Kita tunggu apa update si scammer seterusnya sebab iena dah wassap nombor tu bagi tau iena dah report.

Kalau dia takde hantar barang bermakna memang itu scammer , dia dah tau iena tau dia scammer, iena takkan ikut arahan dia macam mana yang dalam perkongsian thread tu.

Apa-apa iena akan update . Tapi kan takkan lah iena takde shopping kan dalam masa terdekat. untuk mengelakkan kekeliruan mungkin iena shopping hantar alamat office buat masa ni. Risau pulak nanti semua barang yang sampai mak iena pulangkan kat rider haha.. Dan iena juga perku keep in mind if ada orang whatsapp barang dah sampai tanya dari mana. Biasa kan barang sampai akan hanta mesej.

Sekian perkongsian terbodoh pulak hari ni tertipu dengan scammer haha
 
UPDATE
 
4/12/2025 Cik iena terima barang dari orang yang dipercayai sebagai scammer . Tak nak ambil dan Nak pulangkan kurier tugasannya hantar sahaja. Dia tak ambil tau scammer atau tidak. Jadi setelah iena baca pengalaman orang lain. MEreka kata mereka call beritahu barang penghargaan dari shopee dan ianya percuma. jadi kita simpan je la. Cuma jangan ikut arahan mereka seterusnya.
 
Setakat hari ini  5/12/2025 Cik iena masih belum menerima sebarang mesej dari scammer. if scammer nak hantar dari nombor yang dia call iena, memang sudah ada conversation yang iena bagi tau iena taknak barang percuma dan nombor tu reply bukan dia yang call dan dia juga sendiri juga cakap hati hati scammer.

Barang yang dihantar adalah mop

Luckin Coffee x Butterbear: Siri Minuman Perayaan Paling Comel di Malaysia 2025!

Menjelang musim perayaan hujung tahun ini, Luckin Coffee Malaysia memperkenalkan siri minuman terbaru mereka iaitu Little Butter Series dan Holiday Series , hasil daripada kolaborasi menarik bersama Butterbear, watak comel dan popular dari Thailand.

LUCKIN COFFEE MELANCARKAN SIRI LITTLE BUTTER & HOLIDAY BERSAMA KOLABORASI DENGAN BUTTERBEAR

Kolaborasi ini bukan sekadar membawa minuman baharu, tapi juga menambah pengalaman minum kopi yang lebih istimewa, hangat, dan penuh keceriaan buat para peminat kopi di Malaysia.

Antara minuman istimewa yang boleh dinikmati ialah:
☕ Little Butter Latte
☕ Little Butter Americano
☕ Tiramisu Latte
☕ Toffee Hazelnut Latte
🍫 Joyful Cocoa
☁️ Soufflé Latte

Semua minuman ini akan tersedia sepanjang bulan November dan Disember.

Bukan itu saja, bermula 14 November, Luckin Coffee juga bakal memperkenalkan rangkaian kek dan pastri pertama mereka di cawangan terpilih! Nikmati kopi kegemaran anda bersama hidangan manis yang sempurna untuk musim perayaan ini. 🎄💛

Luckin Coffee x Butterbear: 2 Siri Yang Mencairkan Hati

Diilhamkan daripada semangat Butterbear yang lembut dan penuh kehangatan, siri baharu ini pasti akan mencuri hati para peminat kopi! 🌼

Bermula 7 November 2025, peminat Luckin Coffee boleh mencuba dua minuman istimewa daripada Little Butter Series:

🧈 Little Butter Latte
Minuman paling laris di Singapura pada tahun 2024! Gabungan sempurna antara susu berperisa mentega dan espresso yang kaya menghasilkan rasa yang lembut, berkrim, dan punya aroma kacang yang wangi menjadikan ianya satu kombinasi yang menenangkan dan memanjakan deria. ☕💛

🧈 Little Butter Americano
Untuk penggemar rasa kopi yang lebih kuat, minuman ini menggabungkan espresso pekat dengan susu berperisa mentega. Hasilnya adalah rasa seimbang antara kuat dan lembut, dengan sentuhan hangat yang pasti menenangkan setiap hirupan. 🌤️

Musim perayaan kali ini jadi lebih meriah dengan kemunculan “Holiday Series” daripada Luckin Coffee dengan gabungan rasa manis, mewah dan penuh suasana perayaan! 🎄✨

Berikut antara minuman yang bakal menceriakan hari anda:

🎂 Tiramisu Latte (14 November)
Latte sejuk dengan espresso yang pekat dan susu lembut, ditambah serbuk koko di atasnya. Setiap hirupan memberikan rasa segar dan memuaskan sama seperti pencuci mulut dalam bentuk minuman! 🍫☕

🍯 Toffee Hazelnut Latte (5 Disember)
Perpaduan espresso berperisa karamel toffee dan kehangatan hazelnut panggang menjadikan minuman ini lembut, beraroma kacang dan sangat menyamankan. Sempurna untuk dinikmati di hujung hari yang sibuk. 🌰💛

🍫 Joyful Cocoa (5 Disember)
Koko yang kaya, berkrim dan manis ini sangat sesuai untuk menghangatkan hari anda sambil menikmati suasana perayaan yang penuh keceriaan. 🎁

☁️ Soufflé Latte (29 Disember)
Espresso pekat yang dihiasi dengan krim kastard lembut, memberi pengalaman minum kopi yang halus dan mewah menjadikan anda seolah-olah minum awan dalam cawan! ☕💭

LUCKIN COFFEE MELANCARKAN SIRI LITTLE BUTTER & HOLIDAY BERSAMA KOLABORASI DENGAN BUTTERBEAR

Dan untuk melengkapkan kegembiraan, Luckin Coffee juga memperkenalkan koleksi eksklusif Butterbear!
✨ Pelekat comel (mula 7 November)
✨ Pin enamel eksklusif (mula 14 November)
✨ Cawan seramik & bingkai polaroid (mula 5 Disember)

Koleksi ini boleh didapati bersama setiap pembelian minuman daripada Little Butter Series atau Holiday Series. Sesuai untuk dijadikan koleksi atau hadiah musim perayaan! 🎅💖

LUCKIN COFFEE MELANCARKAN SIRI LITTLE BUTTER & HOLIDAY BERSAMA KOLABORASI DENGAN BUTTERBEAR

Butterbear Mengambil Alih 12 Cawangan Luckin Coffee di Lembah Klang

Sempena kolaborasi istimewa bersama Butterbear, Luckin Coffee membawakan pengalaman yang lebih meriah dengan menghiasi 12 cawangan terpilih di Lembah Klang menjadi lokasi bertema yang sangat comel dan Instagram-worthy! 🧸💙

Setiap cawangan dihiasi dengan dekorasi Butterbear bersaiz besar dan pelbagai paparan eksklusif yang menonjolkan keunikan kolaborasi ini. Peminat boleh datang untuk merasai suasana penuh Butterbear sambil menikmati minuman lazat daripada Little Butter Series dan Holiday Series. ☕✨

Luckin Coffee mengajak semua rakyat Malaysia untuk berkongsi kehangatan dan kemanisan musim perayaan ini  sama ada menikmati kopi untuk diri sendiri, atau berkongsi detik istimewa bersama insan tersayang. 🎁❤️

Jangan lupa muat turun aplikasi Luckin Coffee secara PERCUMA di Apple App Store, Google Play, atau Huawei AppGallery untuk promosi dan ganjaran menarik!

Untuk kemas kini terkini, ikuti Luckin Coffee Malaysia di media sosial rasmi  Facebook, Instagram, TikTok, dan XiaoHongShu. 🌟

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve