Grab The Promo

Cendawan Shiitake turunkan tahap kolesterol

Cendawan shiitake memang banyak khasiatnya. Malah disebabkan kebaikan dan nilainya untuk kesihatan maka sejak bertahun lamanya cendawan yang turut dikenali dengan nama Lenthula Edodes ini telah dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia.
..

Menurut cerita, berkurun lama dahulu masyarakat bangsawan dan kenamaan Jepun telah menganggap bahawa cendawan shiitake sebagai afrodisiak atau pembangkit syahwat. Bukan itu sahaja, sejarah mengatakan bahawa maharaja China telah memakan cendawan shiitake bagi melewatkan proses penuaan.
..

Cendawan Shiitake dikatakan berasal dari Asia timur namun kini cendawan shiitake boleh diperolehi di mana-mana sahaja. Terdapat cerita bagaimana bermulanya pengambilan cendawan shiitake sebagai makanan. Dikatakan cendawan ini pada mulanya telah dipersembahkan kepada Maharaja Jepun bernama Maharaja Chuai oleh sekumpulan penduduk asli yang dikenali sebagai Kyusuyu pada tahun 200.
....

Walau bagaimanapun nilai pemakanan dan perubatan cendawan ini sebenarnya telah diketahui oleh bangsa China lebih lama lagi daripada insiden tersebut. Di China, cendawan shiitake dikenali sebagai Hoang-mo.
....

Cendawan Shiitake teramat popular di Jepun sehingga dikatakan mereka mengambil kebanyakan sumber protein daripada cendawan ini. Seperti juga cendawan lain, cendawan shiitake berwarna coklat dan mempunyai kepala berukuran kira-kira dua hingga empat inci diameter. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, daun, bunga atau biji.

..

Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A,B,B12,C,D dan niasin. Kajian telah mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. .


..

Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain.

..

Lentinan yang juga secara teknikalnya dikelaskan sebagai polysaccharide juga dikatakan telah menunjukkan aktiviti anti-kanser di dalamnya. Cara lentinan bertindak adalah sama ada bagi menghenti atau memperlahankan pertumbuhan tumor. Malah boleh dikatakan cendawan shiitake ini mampu digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara serta dipercayai mampu merencatkan semula sel kanser daripada merebak.

..

Kandungan antioksidan tinggi

Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan mendapati bahawa komponen aktif dalam cendawan shiitake yang telah dikenali sebagai eritadenine dikatakan telah menurunkan tahap kolesterol. Walaupun apabila haiwan ujian ini diberikan pemakanan yang kaya protein methionine –asid amino yang dikatakan sebagai sebagai pembentukan kolesterol, eritadenine dikatakan tetap mampu menurunkan tahap tahap plasma kolesterol. Kesimpulannya, lebih banyak eritadenine diberikan maka lebih banyak tahap kolesterol dikurangkan.

..

Antioksidan berkuasa yang dikenali sebagai L-ergothioneine juga telah ditemui dalam cendawan. Melalui kajian yang telah dipersembahkan semasa American Chemical Society 2005 di Washington D.C. para penyelidik mendedahkan cendawan mengandungi kandungan sejat L-ergothioneine yang tinggi daripada sumber pemakanan lain. Bukan itu sahaja, L-ergothioneine tidak musnah apabila cendawan ini dimasak sebelum dimakan.

....

Terdapat pelbagai cara cendawan shiitake boleh digunakan sebelum dimakan. Namun begitu tidak semua boleh memakan cendawan shiitake. Dikatakan bahawa mereka yang menderita kanser pundi kencing tidak boleh mengambil cendawan shiitake dalam bentuk mentah dan kasar.

..

Apa yang pasti, sungguhpun cendawan shiitake dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan tapi penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. -mingguan wanita

 

CREDIT TO http://cendawanglobal.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve