Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Sunday, February 21, 2010

Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung…

---------- Forwarded message ----------


From: My friend

Date: Fri, February 19, 2010 4:48:02 PM


Subject:Fw: Fwd: Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung…

To: all reader

 

 

Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung…

Jalan Ipoh

Kuala Lumpur

28 Jan 2010

12 tgh

Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim ditolak.

Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya.



Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC , dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.

Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan, malah ianya tidak diiktiraf.

(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf. Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. 

Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal. Saya akan mendedahkan konflik sebenar yang mengelirukan umat Islam selama ini mengenai status sijil-sijil yang bermacam-macam ini.)

Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan.

Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya.

Antara alasannya ialah – dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan, tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.

Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halal kepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya.

Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim, dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.

Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang, mana mungkin ia akan diluluskan.

Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung.

(Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu, silalah lihat contoh di dalam serbuan ini – apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?)

Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran, suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.

Senarainya amat panjang,:

Serbuk Kunyit

Serbuk Kari Ayam

Serbuk Kari Ikan

Serbuk Rempah Biryani


Serbuk Cili

Serbuk Lada Putih

Serbuk Lada Hitam

Serbuk Kurma

Serbuk Jintan Putih

Serbuk Jintan Manis

Serbuk Ketumbar

Tepung Beras

Tepung Atta

Tepung Kacang Kuda


Tepung Ragi

Tepung Suji

Tepung Kacang Hijau Goreng

Tepung Jagung

Tepung Kentucky

Tepung Kastard

Tepung Marukku

Tepung Kuih Bunga Ros

Tepung Addresam

Tepung Ommapodi


Tepung Raya Thosai

Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya, Mohd Amri Abdullah serta pegawai dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya.

Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.

Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup, beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini.

Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk, debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.

Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerja dengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk.

Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni, kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.

Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini, kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang, tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.

Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal?

Nota: Rampasan dari serbuan ini bernilai kira-kira RM80,000 kerana kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

 

iEna : bnyk btul dpt foward email yg gambarnyer ade trademark ondscene.my..bukak ler website tu..hmm mmg bnyk story..

so this article credit to http://ondscene.my


JIKA RAJIN..SILA KLICK..



No comments:

Post a Comment

Facebook Comment