Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Monday, April 19, 2010

Achik Spin Selamat Dikebumikan


Achik Spin Selamat Dikebumikan





 

Achik atau nama sebenar Abdillah Murad Md. Shari, 28 terbunuh akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) kelmarin

kejadian dikatakan berlaku pukul 6.15 petang melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Achik terbabas kenderaan tersebut dikatakan terbakar dan meletup.

Achik yang tercampak keluar daripada kenderaannya itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Allahyarham ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2.

Achik berasal daripada Felda Sendayan Negeri Sembilan. Antara filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah Diari Romeo pada tahun 2003 (pelakon utama) dan menyertai kumpulan Spin pada tahun 1999.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Bintang Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke 17 pada 2004.

Jenazah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban pada kira-kira 1 petang (18/4/2010).

Al-Fatihah.

 

 

AlFatihah untuk Achik Spin.

Achik Spin maut kemalangan ngeri


SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan


 

 

 

Credit to http://syahrilkadir.wordpress.com





JIKA RAJIN..SILA KLICK..







No comments:

Post a Comment

Facebook Comment