Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Thursday, November 24, 2011

Khasiat Madu Tualang

Madu merupakan supplement yang terbaik untuk menjaga kesihatan dan memberi khasiat kepada pengamalnya. InsyAllah amalan meminum madu tualang asli dapat mencegah daripada pelbagai penyakit seperti berikut:

  • Batuk

  • Batuk Kering
  • Darah Tinggi
  • Asma
  • Alahan
  • Barah
  • Buasir
  • Gastrik
  • Haid
  • Jerawat
  • Letih
  • Lendir Kahak
  • Lemah Jantung
  • Mata
  • Pening
  • Penyeri Muka
  • Resdung
  • Sakit Kepala
  • Rambut Gugur
  • Sakit Pinggang
  • Sakit Sendi
  • Sukat Tidur
Selain daripada itu terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperolehi daripada madu tualang yang asli:

  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.



Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.



Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.



Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.



No comments:

Post a Comment

Facebook Comment