Ikan Sela Kuning Masak Kicap


Resepi cincai2 dr cik iena..
masak sambil tgk citer BFF
hihihi cik iena masak asal boleh je..
tp rase nye cm okay je..



okies jom tgk resepi cik iena ye

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan selar kuning
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia - dimayang halus
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 batang cili merah
  • 5 batang cili api*
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • satu sudu sos tiram
  • Sebiji tomato


Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap,sos tiram dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan,tomato,cili merah dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.



nyummy..
ni la resepi cik iena
(^_~)



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve