Grab The Promo
Grab The Promo

Sejarah Awal Pembukaann Butik Mama



"Saya mengusahakan perniagaan ini bermula pada tahun 2007, secara talian dan bertambah yakin apabila jualan berganda setiap bulan,"kata Puan Ainna selaku Pengarah kepada syarikat Mama Secret Industry. 


Butik Mama pelawa orang ramai menjadi stokis dan pengedar untuk meluaskan rangkaian pemasaran


Butik Mama Mengutamakan kehendak pelanggan dengan rekaan terkini fesyen wanita kontemporari, pemilik Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim dibantu suaminya, Azman Mohd Salleh

Mengikut Katan Puan Ainna, perniagaan secara talian senang dan mudah kerana tidak memerlukan modal dan kos yang banyak.

Menurutnya, beliau menggunakan RM300 sebagai modal permulaan .

"Saya boleh buka premis ni pun sebab sokongan dan permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan yang ingin melihat kemajuan dan kemampuan jenama Ainna bersaing dengan jenama lain setelah popular di pasarkan melalui talian,"katanya.
Beliau berkata, setakat ini, jenama Ainna mempunyai stokis di seluruh negeri dan pasarannya meluas sehingga merentasi Brunei, Singapura, Australia Dubai dan United Kingdom.


Sejajar usaha mengembangkan perniagaan, Puan Ainna berkata, beliau kini menawarkan peluang niaga kepada mereka yang berminat. 



Menurutnya, Butik Mama mempunyai dua produk utama iaitu Scarves Ainna's yang memfokuskan untuk jualan tudung manakala Apparels Bussaina dikhaskan menjual pakaian seperti jubah, maxi dan blaus wanita. 


Bercerita mengenai jualan, Ainna berkata, setiap bulan dianggarkan sebanyak 400 hingga 500 helai tudung dijual.
"Jualan tudung sahaja mencecah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dan kami tawarkan dengan harga yang berpatutan sesuai untuk semua golongan lebih-lebih lagi golongan pertengahan,"kata Puan Ainna.



Bagi memastikan jualan terus stabil, Puan Ainna juga turut memperuntukkan RM30,000 hingga RM40,000 dalam satu-satu masa untuk tujuan promosi dan pengiklanan.

Katanya, kedua-dua aspek itu saling membantu dan telah memperkenalkan jenama Ainna terus dikenali sama ada oleh generasi muda mahupun yang berusia.

"Rekaan kami terutamanya maxi, sesuai untuk semua peringkat umur dan inilah gaya terkini yang menjadikan seseorang itu tampak sopan, anggun dan bergaya,"katanya.



Perancangan masa depan
Melihat perkembangan jualan yang meningkat,Puan Ainna berkata, beliau mempunyai rancangan dan hala tuju yang tersendiri dalam mengukuhkan lagi perniagaannya.

"Saya berazam untuk menjadi pusat sehenti pakaian Muslimah di negara ini dan berjaya membentuk keperibadian wanita agar menutup aurat dan bersopan ketika berfesyen"

"Berfesyen tidak salah asalkan kita pandai sesuaikan mengikut adat dan budaya kita, lagipun, menuntut aurat itu dituntut oleh agama kita,"katanya.

Menurutnya, saingan bukanlah halangan utama untuk jenama Ainna terus menempa nama.

"Saya sedar, kini terdapat ratusan jenama dan koleksi di keluarkan tetapi jenama Ainna mempunyai keunikan dan ciri-ciri yang tersendiri, sehingga mampu menyaingi jenama sedia ada, semua produk di bawah jenama kami terutamanya tudung, tahan lasak sehingga boleh dicuci menggunakan mesin basuh,"katanya.

INFO :
  • Butik Mama adalah pengeluar jenama tudung Ainna's Scarves dan himpunan koleksi muslimah seperti maxi labuh dan blaus di bawah jenama Busaaina Apprels
  • Diasaskan oleh Nor Ainna Ibrahim dan suaminya Azman Mohd Salleh sejak 2007 secara dalam talian(online)
  • Mempunyai rangkaian pengedar di setiap negeri di Malaysia dan pasaran luar seperti Brunei, Singapura, Australia, Dubai dan United Kingdom.
  • Membuka peluang perniagaan untuk menjadi stokis dan pengedar kepada yang berminat
  • Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.butikmama2u.com / 012-3056727 atau kunjungi cawangannya di seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Jenama Ainna juga popular menerusi Dutanya, Siti Murni Aziz yang sering menggayakannya ketika membaca berita di TV1.







Begitulah sejarah permulaan pembukaan Butik Mama..

Cik iena jumpa source nie di blog kak wani
dan story tu pun mmg sahih sebab cik iena dh double confirm dengan pemilik butik mama..kak ainna..
so cik iena amek sumber ni untuk rujukan bagi blog post cik iena mengenai sejarah awal pembukaan butik mama..
Bermula dengan perniagaan secara online dan kini butik mama telah pun mempunyai banyak cawangan di malaysia ...
gambar2 diatas merupakan gambar diawal pembukaan butik mama
sekarang ni perkembangan butik mama sgt mengagumkan..
datang la sendiri ke butik mama dan lihat perbezaan nya..
jom semak cawangan butik mama berhampiran anda di www.butikmama.com.my




Psttttttt nak bagi tau nie..
bulan mei 2012 nanti owner butik mama akan merasmikan kedai baru beliau yg bertempat di bandar baru bangi..
nk tau kdai ape tak???
nantikan next entry yaaa
hihi yg pasti bukan Butik laa..
syukur alhamdulillah
semoga bertambah maju biz beliau..



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve