Grab The Promo

Cara Hilangkan Selulit

Apa Dia Selulit?
Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen. Gabungan collagenitulah yang memberikan selulit rupa seperti "cottage cheese" yang dimana kebanyakan org  tidak menginginkannya. Selalunya selulit terbentuk pada peha, punggung dan kadangkala pada tangan, dan betis.

Masalah selulit adalah genetically driven (85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit) dan jarang terdapat pada kaum Adam kerana sel lemak pada kulit lelaki adalah yang lebih jauh daripada lapisan atas kulit. Oleh kerana ia berpunca daripada keturunan, ia juga terdapat pada wanita yang sebenarnya kurus dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Cara Untuk Mengurangkan Selulit?
Malangnya, disebabkan oleh ciri-ciri selulit, hampir mustahil untuk menghilangkan selulit. Apa yang  boleh lakukan adalah mengurangkan lemak!
Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu jelas kelihatan.
Untuk keterangan yang lebih lanjut, berikut merpakan   kaedah untuk merawat selulit (kurangkan lemak) :
  • Liposuction: Ia adalah rawatan untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan terjadi semula sedikit demi sedikit.
Selain itu, terdapat juga rawatan berikut :
  • Mesin Endermologie: ia banyak digunakan oleh pusat rawatan dan spa. Ia mengunakanroller dan suction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Sekali lagi, ia hanya rawatan jangka pendek.
  • Pil Pembentung (Blocker) Collagen. Teori : Kurang collagen maka kurang selulit?
  • Krim-krim dan lain-lain.
  • Gaya hidup sihat! Ini mungkin cara yang paling berkesan untuk mengurangkan lemak dan kesan selulit.
Kesimpulan
Kita patut terima hakikat bahawa selulit adalah genetically driven. Rawatan di spa dan pusat kecantikan bukan sahaja mahal tetapi ia hanya untuk jangka masa yang pendek untuk mengurangkan kesan selulit (bukan untuk menghilangkan terus). Jadi kita perlu sentiasa jaga pengambilan lemak dengan pengamakan gaya hidup yang sihat dan akhir sekali, terima badan anda seadanya.

Sumber






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve