Grab The Promo

MASALAH TIDUR

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:

- Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
- Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
- Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
- Penyalahgunaan dadah dan alkohol
- Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala
- Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
- Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
- Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.

Kesan dan akibat
Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
- Cepat menjadi marah
- Sukar mengawal emosi
- Sukar memberi tumpuan/perhatian
- Kemungkinan boleh membuat kesilapan
- Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

Rawatannya adalah dengan mendapatkan bantuan profesional-Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.
- Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
- Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

Pencegahan 
Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:
- Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
- Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
- Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
- Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.

RehabilitasiAmalan tidur yang sihat dengan tukar tabiat anda-Berhenti merokok
- Jangan tidur pada siang hari
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
- Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda- Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
- Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
- Pastikan juga tilam dan katil anda selesa

Amalan sebelum tidur- Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
- Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
- Tidur bila rasa mengantuk
- Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

Simpan satu diari tidur-Catit jumlah jam dan kualiti tidur
-Masa masuk dan bangun dari tidur
- Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
- Perasaan anda

P/S : Elakanan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter
 
 




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


2 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve