Grab The Promo

Khasiat Buah Kedondong

Khasiat Buah Kedondong

Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah amrah di Hilir Perak. 

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.

Kulit pokok kedondong mempunyai aktiviti mengecutkan tisu. Buahnya mengandungi vitamin C dan besi (membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, terutama kolestrol tidak baik jenis LDL).

KHASIAT DALAM MAKANAN:
Buah Kedondong Hijau:
Sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

Daun muda:
Sesuai dimakan mentah (dicelur), ulam, kerabu, agen perisa rasa masam dalam masakan.

Daun dan Pokok (Kulit):
1) Dijadikan ubat pupuk pada luka, kudis, bisul dan luka terbakar. Daunnya boleh dicampurkan dengan ramuan lain sebagai ubat rawatan ibu lepas bersalin.

2) Kulit pokok direbus bersama kulit ketapang lalu diminum untuk rawatan cirit-birit.

3) Boleh digunakan untuk mengubati batuk. Caranya, ambil 2 atau 3 buah kedondong. Cuci bersih, lalu parut. Tanpa ditambah air peras airnya. Tambahkan sedikit garam, minumkan kepada pesakit tadi 3x sehari. Semoga bermanfaat.





♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


4 comments:

  1. baru semalam minum air kedondong.. wah byk khasiat rupanyer.. trima kasih berkongsi ye

    ReplyDelete
  2. cik mama hnya pndai mkn buah jerr.. tak tau lakk daun nya pun ada khasiat... sgt berguna info ni.. thanks for shearing.. ^_~

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve