Grab The Promo

Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab


PTS Media Group Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat komersial yang bergiat aktif dalam sektor penerbitan dan pengedaran buku dalam bahasa Melayu. PTS memperkenalkan tagline “Buku Untuk Semua” yang menggambarkan variasi pilihan buku yang terdiri daripada pelbagai genre meliputi semua kategori umur tidak mengira bangsa mahupun agama, Semestinya ia sesuai di jadikan wadah ilmu buat seisi keluarga sejajar dengan misi memandaikan bangsa seperti yang di pegang oleh syarikat ini

Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab

PTS Media Group dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) mengadakan Majlis Meet & Greet bersama Felixia Yeap (Rara) dan pelancaran buku terbaru beliau iaitu #AmoiBerhijab. Eksklusifnya pada hari tersebut, selain Rara berkongsi pengalaman, para pengunjung juga turut berpeluang membeli buku beliau ini di Pasar Raya Besar MYDIN USJ pada harga RM18.00 senaskah dan juga para pengunjung berpeluang bergambar bersama Rara dan mendapatkan tanda tangan khas daripada Rara kepada peminat yang membeli buku beliau.

Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab


Agenda di mulakan dengan Prof. Emeritus Abdullah Hasan, Penasihat Akademik PST Media Group Sdn. Bhd memberi sepatah dua kata dan seterusnya melancarkan #AmoiBerhijab bersama Felixia Yeap (Rara)


Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab





Kemudian , Sesi soal jawab bersama Rara dan penulis iaitu Syarafuddin Sulaiman berlansung dengan lancar. Rara menjawap pelbagai soalan dari media dan peminat  dengan tenang.
Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab
 

Kerjasama PTS Bersama Mydin

Hubungan antara PTS dan Mydin juga turut terjalin sebelum ini menerusi kerjasama melalui beberapa majlis pelancaran seperti Mushan Furqan, iaitu Al-Quran pertama PTS serta karya dari Indonesia iaitu Socrates adalah Luqmanul Hakim Berkulit Hitam. Selain kerjasama dalam bentuk acara, PTS dan MYDIN juga turut menjalinkan kerjasama erat dari segi pengedaran beberapa buah buku amalam agama bersaiz poket seperti Yasin & Tahlil Edisi Al-Manzil (Zikir Pendinding Diri Daripada Sihir Dan Syaitan), 7 Surah Pilihan sebagai Amalan harian, dan Mulakan Kerja Dengan Doa, Yasin Edisi Angin Ahmar (Strok) - Doa Pelindung & Penawar.

Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab
 

Buku #AmoiBerhijab Oleh Raisyyah Rania Yeap


Tajuk : #AmoiBerhijab
Kategori : Motivasi & Inspirasi
Penulis :  Raisyyah Rania Yeap
Penerbit : PTS Publishing House SDN BHD
Jumlah muka surat : 160
Harga Semenanjung : RM 18.00
Harga Sabah/Sarawak : RM 20.00
Sebut nama Felixia, yang datang dalam fikiran kita adalah seksi.
Sekiranya tidak seksi, yang mungkin datang adalah Playboy.
Kalau pun tidak Playboy, tergambar soal Hijab.
Namun siapa sangka, disebalik wajah menawan itu ada banyak kisah. Kisah yang selama ini dipendam, disimpan dan tidak dikongsikan.
Dalam  #AmoiBerhijab , ada banyak cerita yang istimewa. Cerita waktu kecilnya yang disalah faham sebagai bisu. Cerita waktu sekolahnya yang asyik di buli. Cerita waktu remajanya yang penuh dengan agenda menjaga adik sahaja.

Kemudian tentulah ramai ingin tahu hidup seorang model Playboy. Bagaimana hidup dalam dunia glamour. Serta hebatnya sehelai tudung, mampu mengubah hati seorang insan.

#AmoiBerhijab merupakan sebuah buku ikhlas daripada hati. Sebuah tulisan yang sejujurnya mahu berkongsi, buat sesiapa yang mahu mengetahui.

Sesi Tanda tangan Felixia Yeap (Rara) Bersama peminat


Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab

Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab



Majlis Meet and Greet bersama Felixia Yeap( Rara ) dan pelancaran buku #AmoiBerhijab



iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve