Grab The Promo

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA


 
Sayur pucuk geti atau pucuk turi merupakan sejenis sayur tradisional orang Nusantara.
Pokoknya mudah tumbuh, dan senang didapati. Sayur ini juga dikatakan dapat mengurangkan inflamasi atau gatal hidung. Selain itu ia juga air rebusan akar digunakan untuk mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.
 

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA
 
 
Sayur ini amat versatile, dimasak lemak berencahkan bawang dan ikan bilis atau udang kering dan ditambahkan keledek atau dimasak asam pedas yang rebus cuma berencahkan cebisan ikan bilis dan bawang merah.BOleh juga dimasak lemak  bersama belimbing buluh berencahkan ikan bilis seperti menu cik iena di bawah.

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA
 

Pucuk atau daun turi yang dicelurjuga boleh dimakan bersama sambal air asam jawa yang dibancuh pekat dan dicampur dengan cili  ditambah gula dan garam secukup rasa atau dimakan dengan sambal belacan yang ditumbuk diperahkan air asam jawa yang pekat.

PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA


Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, vitamin C. Setiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 77.2 g, protein 8.4 g, lemak 1.1 g, karbohidrat 9.7 g, serat1.8 g, kalsium 181 miligram (mg), fosforus 29 mg, besi 0.3 mg, natrium 23 mg, kalium 356 mg, karotena 5022 ug vitamin A 837 ug, vitamin B1 0.06 mg, B2 0.71, niasin 2.4 mg, vitamin C 114 mg.
 
 
PUCUK GETI ATAU PUCUK TURI DAN KHASIATNYA
wahh sedap tau masak lemak pucuk geti dengan belimbing berencahkan ikan bilis  buluh dan ikan goreng serta sambal belacan. Terangkat sedapnye.

POKOK TURI (SESBANIA GRANDIFLORA)
(Petikan:  Agromedia Bil. 6, 1999)

 
Pokok turi, nama saintifiknya Sesbania grandiflora sememangnya tumbuhan semula jadi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan India.  Ia tahan keadaan kemarau, tanah tidak subur atau bermasalah dan kawasan air bertakung.  Lazimnya ia ditanam sebagai sayuran atau sebagai tanaman hiasan.  Ada dua jenis pokok turi yang dapat dibezakan melalui warna bunganya.  Satu jenis bunganya berwarna putih, yang satu lagi bunganya samar kemerah-merahan.  Pokok ini hidup subur di kawasan persekitaran kampung, di tepi-tepi jalan dan di batas padi.
Sejak dulu lagi (entah berapa lama) pokok turi ini diberikan status sebagai tanaman makanan untuk orang miskin. Orang kampung tak berkira sangat, nak beli sayuran mahal kurang mampu.  Jadi apa yang ada di persekitaran asalkan halal dan boleh dimakan tanpa mendatangkan apa-apa kemudaratan, makan sahaja. 
Pokok turi ini sebenarnya pokok serbaguna yang mempunyai banyak kelebihan.  Dari akar hinggalah ke pucuk, semuanya boleh dimanfaatkan.  Ia digolongkan dalam keluarga kekacang.  Pada akarnya terdapat bintil-bintil besar yang dapat mengikat nitrogen di udara dan dikatakan dapat meningkatkan mutu tanah.
Pokok turi boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m.  Batang utamanya tumbuh menegak berbentuk selinder.  Keratan rentas batang ini boleh mencapai sehingga 25 cm. 

Batangnya dari jenis kayu putih yang lembut.  Ia boleh digunakan sebagai bahan akar atau diproses untuk dijadikan kertas.  Kulit batang berwarna kelabu cerah beralur-alur dan tidak begitu elok.  Daunnya dari jenis pinat 15-30 cm panjang, dengan 16-30 pasang anak duan.  Tangkai bunga sepanjang 2.5 cm dengan 2-4 kuntum bunga.  Bentuk bunganya seperti kupu-kupu.  Ia merupakan bunga terbesar dalam keluarga tumbuhan kekacang. Kelopaknya sepanjang 7-9 cm.
Di Indonesia, pokok turi ini ditanam bagi menghasilkan bahan bakar.  Ia ditanam semula pada selang 5 tahun.  Penanaman seluas 1 hektar dapat menghasilkan  3m3 bahan bakar untuk tempoh 2 tahun penebangan.  Selain itu, batang turi juga digunakan oleh petani sebagai tiang sokongan atau para-para bagi tanaman seperti sirih, lada hitam dan vanila.  Pucuk turi, bunga dan lengai yang muda boleh dijadikan sayuran yang enak.  Kandungan protin kasar daun turi amat tinggi kira-kira 30%, begitu juga dengan mineral dan vitamin.  Pokok turi berbunga sepanjang tahun.  Bunga ini jika dicelur, rasanya seperti cendawan, tetapi bahagian tengah bunga perlu dibuang dahulu supaya hilang rasa pahitnya.  Lenggai turi yang muda dan lembut boleh dimasak dan dimakan seperti kacang panjang.  Biasanya panjang lenggai mencapai 50-60 cm dengan lebih kurang 50 biji benih.  Kandungan protinnya tinggi iaitu 40%.
Pucuk turi pula boleh dipelbagaikan masakannya.  Namun, perlu diiingat daun turi ini agak pahit.  Apa juga juadah yang dihidangkan, perlu dimasak supaya hilang rasa pahitnya.  Masak lemak dengan keledek atau lobak merah ataupun dibuat urap/keluban sungguh enak sekali.  Pucuk turi dimakan oleh manusia, forajnya pula sungguh baik jika diberi makan kepada ternakan, terutamanya ternakan ruminan.  Di Pulau Jawa pokok turi ini memang ditanam.  Forajnya dijadikan makanan lembu.  Pokok ini dicantas dalam tempoh tertentu, sama aras dengan ketinggian yang dapat dicapai oleh ternakan.  Selepas dicantas, pokok ini cepat bertunas semula.  Ia tidak mempunyai kesan keracunan terhadap makanan.  Dalam kajian yang telah dijalankan di Jawa, sebanyak 1.8 kg turi segar diberi makan kepada lembu setiap hari sebagai foraj tambahan kepada diet jerami padi.  Didapati pertambahan berat badan yang diperolehi setanding dengan lembu yang diberi makan diet terumus.  Mengikut satu lagi kajian yang telah dijalankan di Australia, apabila pokok ini ditanam pada jarak 90 cm, ia menghasilkan 4.5 - 9.1 kg daun setahun.  Apabila 12000 pokok ditanam sehektar, 50 - 100 tan daun setahun dapat dihasilkan.  Dengan kandungan air 75%, bahan kering yang dihasilkan ialah sebanyak 12-25 tan setahun. 
Kegunaannya sebagai foder sampingan kepada ternakan lembu amat menggalakkan.  Kegunaan pokok turi bukanlah setakat batang dan daunnya sahaja, ia boleh ditanam di tepi jalan sebagai tanaman hiasan atau sebagai penanda kawasan atau pagar hidup.  Dengan kanopinya yang terbuka dan melebar, ia memberikan teduhan yang nyaman.  Ia juga boleh digunakan sebagai pokok pelindung kepada tanaman yang memerlukan lindungan.  Daunnya yang gugur menjadi bahan sungkupan serta baja kepada tanaman lain yang berdekatan.  Namun, pokok ini tidak sesuai ditanam di kawasan tiupan angin yang kuat kerana dahannya yang lembut mudah patah.  Apabila pokok ini ditebang atau kulitnya dikikis, kulit pokok mengeluarkan sejenis gam yang merah jernih.  Gam ini menjadi hampir hitam selepas terdedah di udara.  Ia boleh digunakan sebagai pengganti gam arab dalam pelbagai jenis pelekat.  Juga, ia boleh disapu pada tangsi joran supaya tangsi tersebut tahan lebih lama.
Dari segi kesihatan, akar, kulit, daun dan bunga turi boleh digunakan sebagai penawar pelbagai jenis keuzuran.  Tepung akar turi dari jenis pokok berbunga merah boleh digunakan sebagai penuam atau sapuan pada bengkak sendi, lebam-lebam atau sakit akibat terseliuh bagi mengurangkan rasa sakit.  Daun juga boleh digunakan dalam kaedah yang serupa.  Jus bunga turi boleh digunakan untuk merawat pening kelapa dan hidup tersumbat.  Di Ambon, jus bunga digunakan bagi mengubati mata yang rabun dengan cara memerah jus terus ke dalam mata.  Serbuk kulit turi juga boleh digunakan bagi mengubati kudis, jangkitan kulat pada kulit dan ulser mulut serta usus.  Di Jawa, tepung kulit pokok turi dijadikan bahan asas persolekan.  Ekstrak kulit ini juga boleh digunakan sebagai racun lipas. Cirinya yang paling istimewa ialah kadar pertumbuhan yang amat cepat dan mudah dibiak sama ada secara tampang atau menggunakan biji benih.  Boleh hidup sendiri dengan sedikit penjagaan.


SUMBER : pertanianmjg.perak.gov.my

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve