Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Wednesday, July 22, 2015

Bayi Syurga memimpin ayahnya berjumpa keluarga baru


Bayi Syurga memimpin ayahnya berjumpa keluarga baru

Alhamdulillah, masin mulut cik iena bergurau dengan cerita suzie yang mengatakan suaminya bermimpikan arwah bayinya memimpinnya ke suatu tempat . Cik iena mengatakan mungkin arwah anaknya ingin membawa berjumpa adik baru . Keesokan harinya, iaitu hari ini, Alhamdulillah cik iena mendapat perkabaran gembira bahawa sahabat karib cik iena tersebut hamil . Tahniah sayang. Setelah 6 tahun penantian . Bayi pertama meninggal satu jam sepuluh minit selepas di lahirkan. Alhamdulillah sekali lagi hamil . Semoga semuanya dipermudah kan segala urusan.
 
Dear Nor Suzeyanti Masran  Jaga kandungan elok2 tau
jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga emosi
Insya Allah semoga Allah berkati dan permudahkan segala urusan kau
 
 
Ringkasan Cerita Sebelumnya
 
Tempoh yang cukup singkat bersama anak syurga ini cukup membuat hati cik iena tersentuh. Penantian selama 6 tahun berumahtangga untuk mempunyai cahayamata sendiri hanya satu jam sepuluh minit sahaja. Kejadian berlaku kepada sahabat baik cik iena. Cik iena turut sama berada di Wad bersalin hospital Selayang menemani sahabat. Pada asalnya cik iena hadir untuk berkongsi kegembiraan setelah 6 tahun penantian . Ini merupakan perkahwinan kedua sahabat cik iena , suzie. Setelah 6 tahun menunggu cahayamata akhirnya impian di kabulkan. Tetapi Allah lebih menyanyangi bayi nya.

Baca Selanjutnya
 
http://www.ienaeliena.com/2015/05/satu-jam-sepuluh-minit-bersama-anak.html 
 
 
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Khalid Bin Roslan.

Nota Blog : wahh bestnya dua2 BFF yang rapat ni pregy ehemmm.. ummie and suzie.. anak korang sebaya lah nanti ..




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

UBER PROMO CODE - IENA

UBER PROMO CODE - IENA