Grab The Promo

Kaio Studio

Mawar Rashid

Kaio merupakan nama timangan yang dikenali dikalangan rakan-rakan Saudara Khairul Anwar Abdullah. Maka dengan itu bagi memudahkan rakan-rakan dan anda diluar sana , Khairul Anwar Abdullah telah memilih nama Kaio Studio untuk jenama perniagaan photography dan videography beliau. Dewasa kini Nama Kaio Studio sering menjadi sebutan ramai. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan dan hasil yang sangat mengujakan.

Latar Belakang Pemilik Kaio Studio


Pemilik Kaio Studio iaitu Khairul Anwar Abdullah yang dikenali dengan nama Kaio merupakan daripada Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.

Pemandu Pelancong - KAIO BERSAMA TETAMU
Pemandu Pelancong - KAIO BERSAMA TETAMU



Karier beliau bermula deggan  sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008.  Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab.



Pemandu Pelancong - Kaio di MHI TV3
Pemandu Pelancong - Kaio di MHI TV3



Kaio juga pernah disiarkan di kaca Telivision, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 





Pemandu Pelancong - KAIO DI DADA AKHBAR
Pemandu Pelancong - KAIO DI DADA AKHBAR



Pemandu Pelancong - KAIO DI Majalah Aniqah
Pemandu Pelancong - KAIO DI Majalah Aniqah




Untuk pengetahuan semua, Kaio juga merupakan seorang  blogger .Beliau mula berblogging pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari





























Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan. 


Pembikinann muzik video Azlan Typewriters
Pembikinann muzik video Azlan Typewriters

WEDDING BY KAIO
WEDDING BY KAIO

WEDDING BY KAIO
WEDDING BY KAIO
 





Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.  



Anwar Abdullah (Kaio) bersama Anuar Zain di Paris berlatar belakangkan" Arc de Triomphe"
Anwar Abdullah (Kaio) bersama Anuar Zain di Paris berlatar belakangkan" Arc de Triomphe"

Cairo - Dalam perjalanan pulang ke Malaysia
Cairo - Dalam perjalanan pulang ke Malaysia

Cairo - Kaio bersama sahabat yang belajar di mesir
Cairo - Kaio bersama sahabat yang belajar di mesir

Cairo - Kaio bersama Ungku Ismail Aziz
Cairo - Kaio bersama Ungku Ismail Aziz

Cairo - Kaio ketika bertugas
Cairo - Kaio ketika bertugas


Ungku Ismail Aziz di Cairo - Gambar oleh Anwar Abdullah
Ungku Ismail Aziz di Cairo - Gambar oleh Anwar Abdullah

Melinda Looi - Bersama Kaio
Melinda Looi - Bersama Kaio

Melinda Looi - Selesai videoshoot
Melinda Looi - Selesai videoshoot

Hasil kerja Anwar Abdullah ketika di Paris satu ketika dahulu
Hasil kerja Anwar Abdullah ketika di Paris satu ketika dahulu


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. 


FELDA GLOBAL VENTURE IN CHIANG MAI THAILAND
FELDA GLOBAL VENTURE IN CHIANG MAI THAILAND


Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’


KAIO bersama Datuk Maznah Hamid
KAIO bersama Datuk Maznah Hamid





Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism  Authority of Thailand
Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.  

Kaio bersama Siti Nurhaliza
Kaio bersama Siti Nurhaliza

Pencapaian Kaio Studio 

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio) 
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza 
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka 
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt. 
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night 
7. Pure Lens by Mawar Rashid. 
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015 
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis. 
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd


Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini






Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

TOP 5 Most Glam Fashion Videographer https://youtu.be/LeyhYNQ56AE

 

 

 

 

 

 

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.  Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.

Saiful Nang Academy
Saiful Nang Academy


Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

KELAS VIDEO
KELAS VIDEO

Team Kaio Studio
Team Kaio Studio

Team Kaio Studio


Okay panjang betul cerita mengenai Kaio Studio kan. Secara keseluruhan cik iena memang puas hati dengan perkhidmatan Kaio Studio. Komitmen yang diberikan sangat memuaskan. Hasil gambar dan juga video sangan memuaskan ditambah lagi dengan sifat mesra oleh pemilik Kaio Studio dan juga team member Kaio Studio. Ketika sesi photography dan videography bersama team Kaio Studio pun amat menyenangkan. Kerjasama dan arahan yang di berikan amat mudah di fahami dan bersifat mesra pelanggan .


Macam mana nak hubungi Kaio Studio? Anda boleh layari laman web Kaio dan juga follow sosial media Kaio Studio seperti di bawah untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini.


website : www.kaiostudio.com
instagram : @kaiostudio
facebook : Kaio Studio
twitter : @kaiostudio
youtube : kaiostudiotv
Blog dan Instagram peribadi pemilik Kaio : www.kaio.my & @kaio_my



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve